Sunday, March 07, 2010

Ikan Bakar Berempah dan Air Asam




Menu semalam. Layan jer.....hehehe....

Perencah ikan ni ditumis dulu sebelum dijadikan perapan. Memang sedaaappp!

Air asam penambah selera! Campur sket dgn belimbing....bestt!!


Ikan Bakar Berempah 
bahan-bahan : (maaf, tak ada sukatan. boleh adjust sendiri)
  • ikan segar (dibersihkan)
  • daun kunyit (dihiris)
  • air asam jawa
bahan2 kisar :
  • bawang merah
  • cili kering
  • bawang putih
  • belacan bakar
  • 1 batang serai
  • lengkuas
  • halia
  • kunyit hidup
  • sedikit jintan manis (disangai sebelum dikisar)
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. Kemudian perasakan dgn garam dan gula. Kacau lagi. Masukkan air asam jawa.
  2. Setelah masak, gaulkan bersama ikan dan daun kunyit. Perap selama 1 jam sebelum dibakar.
  3. Bakar hingga masak pd suhu 180C.

Air Asam

bahan-bahan :
  • air asam jawa
  • tomato (dihiris dadu)
  • cili padi secukupnya (dihiris)
  • belacan bakar
  • bawang besar (dihiris dadu)
  • belimbing buluh (dipotong bulat)
  • garam dan gula
Cara-cara : kisar separuh dp bahan2 di atas dan gaulkan bersama bahan2 selebihnya.

4 comments:

ShAhAnIm said...

salam...meleleh air liur tgok ikan bako n air asam. xde recpnye ke?

dayang_jack said...

w'salam...tq krn sudi singgah...

dah ade resepinya cuma kena adjust sendirilah yer sb kte main campak2 jer bahan2nya...selamat mencube! ;)

Fadz Lyana said...

cam sedap jer..nak try jugak lah.. TQ

Ir. Lawrence Low said...

sy dah try buat...mmg sedap... baunya wangi... dah mcm ala2 ikan percik....:) terima kasih resepi ikan bakar 2...