Wednesday, March 24, 2010

Hati Goreng Kunyit Pedas



Salam.....

Kembali bersiaran.... Maaf dipinta sb dah 2 hari tak update blog. Apa2pun terima kasih krn rakan2 serta pengunjung2 setia sudi singgah dan sudi meninggalkan jejak. Komen2 serta mesej2 anda akan dibalas kemudian yer.

Ok, menu ni adalah menu semalam. Hati lembu goreng kunyit ni mmg sedap tau. Walaupun resepinya agak ringkas tapi kalau makan,..walla!!!...tak boleh nak stop dibuatnya..dah habis nasik pun masih meratah lagi...hehe. 

Jom layan resepinya. Jika berminat, bolehlah mencuba.

Bahan-bahan : 
  • 300 g hati lembu (dibersihkan, dipotong ikut suka dan direbus 1/2 masak. Toskan)
  • 2 ulas bwg putih(ditumbuk lumat)
  • 10-15 biji cili padi (ditumbuk lumat) - boleh tambah atau kurang
  • air asam jawa secukupnya
  • serbuk kunyit secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang dan digoreng sedikit)
  • garam secukup rasa
  • hirisan kacang panjang jika suka
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang dan cili padi sehingga garing. 
  2. Masukkan hati dan sedikit air. Gaulkan rata2.
  3. Kemudian masukkan serbuk kunyit, kacang panjang, garam dan air asam jawa. Kacau lagi. (tak perlu dimasak terlalu lama)
  4. Setelah masak, gaul2kan dgn bawang yg sudah digoreng.
  5. Hidangkan panas2.