Saturday, March 20, 2010

Apam Balik



Minum petang tadi tuan rumah merajinkan diri ke dapur jap semata2 nak buat Apam Balik. Dah lama juga tak makan pancake kegemaran ni. Time buat apam balik ni, rasa nak balik kampung jer...kalau boleh skrg gak nak balik.huhu...rindulah dgn masakan mak terutamanya apam balik ni. 


Anak2 kata sedap! lebih sedap daripada yg biasa dibeli...mana taknya, dyg letak intinya lebih sket dan tambah itu tambah ini....sayang, tak ada stok milo. Kalau ada, lagi best!

Resepi Apam Balik ni dyg cnp dari dapur Ms Oreo Myr. Thanks for sharing. Memang sedap!

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

Sumber : Ms Oreo Myr

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air (DJ campurkan susu 2% dan add sedikit air)
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar 
  • Creamy Sweet Corn (DJ tambah)

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)(DJ rehatkan dulu batter ni selama 30 minit)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba! 

6 comments:

** a i l y ** said...

sedapnya!

a d r e y n i e e l i s y a said...

rasa safety jew kan mkn mskn buatan sndiri....

xla ragu2 nk mkn..
nmpk sedap jew tuh..
nk try gak arr nnt..

cikmanggis said...

salam tuan rumah hehe nak apam 3 potong!..selamat berhujung minggu

Mama Azlina said...

sedapnya...my peberet nie...nak sepotong leh? hehehehe...

PALATABLE said...

Salam DJ, datang nak tukar apam balik dgn kuih bakar kentang boleh?

http://treatntrick.blogspot.com

dayang_jack said...

>>aily

thanks...jom makan! :D

>>adrey

mmg btl tu...kalo beli kat stall lom gerenti safety ke tak...hehe
thanks. Selamat mencube...mmg sedap tau..sebijik mcm yg dibeli

>>cik mannggis

w'salam. tq krn sudi singgah. cukup ker 3 potong tu??...hehe :P

>>Mama Azilina

sama ler kte ni peminat setia apam...boleh jer..kene wat byk2 ni takut x cukup...hehe

>>Palatable

sure2...lagi suke kalo ade yg sudi exchange...hehe tq