Saturday, December 05, 2009

Udang Masak Berempah

Alhamdulillah...dapat juga update resepi udang kali ni. Resepi ni ikut stok yang ada je lah tapi hasilnya tak mengecewakan. Yang tak bestnya, hari ni terlebih makan nasik pulak sb ada benda alah ni lah...dgn ikan puyu tu lagiii!!...waduhh! mmg nk kena kontrol lepas ni...tu cakap jer..ntah bila nak diet tak pastilah pulak...huhu...

Ok, di sini dyg sertakan resepinya jika sudi nak 'menerai'...hehe. Kalau tak pun cuci2lah mata tu dgn gambar2 yang ada ni. Janji tak sakit mata udah ler....huhu. Sambil2 tu nak tengok latest movie kat sini pun boleh....tu bagi yang tak berkesempatan nak tengok wayang ler..boleh download kat SINI atau kat Sbox tu. Jangan lupa register dulu....hehe

Resepi Udang Masak Berempah


Bahan-bahan :
  • 400 g udang basah (dibersihkan, diperapkan sebentar dgn sedikit serbuk kunyit dan garam)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 2-3 sudu makan cili kisar
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • sedikit gula melaka
Cara-cara :
  1. Sediakan minyak utk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, goreng udang selama 1 minit. Angkat dan tuskan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk jintan dan ketumbar. Kacau lagi.
  4. Masukkan daun limau purut, sos tiram, kicap dan sos tomato. Masukkan sedikit air dan kacau rata2.
  5. Masukkan udang, gula melaka, garam jika perlu dan bawang besar. Kacau lagi hingga kuahnya pekat. (kalau tak suka pekat boleh lebihkan air)
  6. Setelah masak, hidangkan panas2 dengan nasi panas.

1 comment:

TintaCyber/DapurkuBerasap said...

kitak masak nang nyaman2 tiap hari...mun mukak kedey mkn ..laku eh...bangga rasa ktk sudi jadi follower kmk..hihihi...slalu mlepak d blog ktk..cuma kdg2 sik brsuara....