Friday, December 04, 2009

Mini Buns

Bukan setakat roti arab jer tapi sempat juga buat roti kosong utk anak2. Tapi roti ni buat tengah malam tadi. Si princess tu ler suka sangat makan roti esp roti sandwich. Satu hari pun boleh habis sebuku tu. Tak larat nak beli hari2. Bila kita tegur, dia kata "roti ni kena abiskan sebelum expired"....huhu...padahal lambat lagi nak luput...hehe.

So meroti sakanlah malam tadi. Buat ikut style sendiri. Janji menjadi. Tak ada tepung roti pun bedal jelah tepung biasa. Buat kecik2 comel2 sesuailah dgn saiz mulut si kecik tu... sb dia yang nak sangat roti ni kan...heheh. Kalau bab2 menguli ni mmg aku suka. Letih memanglah letih tapi berbaloilah dapat hasil yang diinginkan walaupun tak secantik yang chef buat.

Bahan-bahan : (12 biji)
  • 250 g tepung roti @ tepung serbaguna (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sk shortening
  • 1 sk yis mauripan
  • 170 ml air
  • 1 sk dough softener
  • 1 sk bread improver
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar gula pasir/gula halus
Cara-cara : Satukan kesemua bahan di atas dan uli hingga menjadi doh yang elastik. Tutupkan doh dan rehatkan selama 45 minit. Panaskan oven pd sudu 180C. Bentuk2kan doh menjadi bebola kecil dan susunkan di dalam dulang pembakar yg sudah disapu dgn mentega. Rehatkan sekali lagi selama 15-20 minit. Spray doh dengan air dan bakarlah selama 20 minit. Setelah masak sapukan sekeliling roti dgn mentega atau marjerin.


***kalau ada BM, gunakanlah sebaik mungkin. Tapi kalau tak ada, uli doh dgn tangan sahaja. Tetapi pastikan doh betul2 kenyal, elastik dan licin. Selain bergantung pd yis dan juga bahan2 lain, proses menguli dgn tangan perlukan kesabaran dan juga keyakinan. Jangan merungut semasa menguli sb suara rungutan tu lah yg akan mencacatkan doh tu. Seolah2 tak ikhlas ler kan...semacam tak ada 'chemistry' kat situ..jadi, uli dgn keikhlasan dan ketulusan hati. InsyaAllah, roti akan naik gebu. (ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri yer...hehe)

6 comments:

Azian Nd said...

wah rajinnye....gebu aje nampak bun tu...Rasa nak merotilah pulak!...

E-na Zarina said...

nak seketui mini bun tu, ada lagi tak? E-na dah bawa pinggan ni...lapauuuu

DjDayang Jack said...

DJ>>Pn.Azian : tq2..roti simple jer tuu...bl dh rajin mmg mcm tu lah...takleh nk brenti. hehe. mailah kte sama2 meroti eh... :D

DjDayang Jack said...

DJ to Ena Zarina : dia ni kan lapo sokmno...:D..mehlah sini..ade lg tu...nak roti ni, nak roti arab, roti bakar...sume ade..jom!!!

Watierman said...

Dayang ni goda lah pulak....!!!Cunnya mini bun tu!!

DjDayang Jack said...

kak Watie, hihik...mini bun main redah jer tu kak...dh lm gak ank2 request suruh buat bun kecik2..barulah ade masa nk wat ni. kalo x, beli kat ke kedai jelah...hehe