Wednesday, December 02, 2009

Honey Prawns



Lagi satu n3 hari ni. Walaupun sebelum ni dah tayang kat sini tapi tak mengapalah. Kita refresh balik resepinya. Terima kasih juga kepada yang telah mencuba resepi HP ini. Sesiapa yang tak pernah mencuba lagi, silalah cuba. Mudah-mudahan kena dengan citarasa. :)

bahan-bahan :
  • 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing - taknak garing pun xpe)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara : Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

8 comments:

Watierman said...

Berkilat jer namapk prawn tu..nyummmy!!

LOVE2COOK said...

Hi KakDayang, whoa sedapnya nampak HP tuh!!! Love dulu pernah try...confirm sedap! Okey, dah bawak bekas nih, nak tapau...hihi ;)

HALAMANKU said...

SifuKu Kak DJ...erma memang da try he he mudah n sedap...walau agak manis tapi tersendiri...nak tapau juga...

E-na Zarina said...

sedapnya honey prawn tu...yummy...yummy

dayang_jack said...

to kak Watie : hehe....thanks kak.

dayang_jack said...

to Love2Cook : haa..br muncul..hehe. Oops! dh abis lah dear. it's ok, akak masak yg baru. wait ha.. :D

dayang_jack said...

to erma : kalao manis boleh kurangkan madu tu yer. nxt time buat lagi tau..heheh...jgn ler panggil sifu..maluuu

dayang_jack said...

to Ena : try ler buat. mmg sedap. selamat mencuba.. :)