Friday, December 30, 2011

Cinnamon Pull Apart Bread

Salam Jumaat semuanya....

Bersiaran kembali dengan entri di akhir tahun...mungkin jugak last entri. Tahun depan kita update entri baru plak yer...huhu..mcmlah lama sgt nk tunggu kan...hehehe. Ok, kita terus ke point. Semalam DJ merajinkan diri bermain dgn tepung gara2 tak tahan dengan promosi hebat dari kak Nor, Izah dan Noorsha. Dan mungkin ada ramai lagi yg telah mencuba resepi ni...DJ tak perasan plak...maaf jika nama tak tersenarai...hehe. 

Memang cepatlah virus ni merebak. Terguda i tau...hehe. Mula2 kak Nor tayang tu, DJ leh tahan lagi walaupun sebenarnya teringin nk cuba gak, bila si Izah pulak yg tag gambar CPAB ni di FB, DJ dah mula gelisah..ahakss. Tapi tak terbuat2 gak. Diikuti Noorsha...adeiii..mmg tak boleh tahan dah. Harusku buat gaklah. Lagipun mmg dh lama tak menguli doh ni. Pakai kudrat tangan jek. Bila dah sampai seru tu, Alhamdulillah, akhirnya ...inilah kejadiannya. 

DJ sebenarnya gemarkan roti yang bubuh cinnamon ni. Dulu ada gak menerai Cinnamon Roll. Memang sedap sgt! Sebab tu lah DJ tak rasa was2 utk mencuba resepi ni. Malangnya, time nak prepare bahan2 tu kan, DJ terlupa pulak yg serbuk cinnamon dah habiss...haihh...malasnya nak ke kedai dah. Last2 DJ tumbuk je lah kayu manis yang ada tu. Tumbuk sampai halus.Tapi DJ hanya menggunakan 1/2 sudu kecik jer sb baunya mmglah teramat2 kuat berbanding yg serbuk tu kan. Alhamdulillah, misi berjaya. 

Antara yg sempat dirakam. Harap dapat membantu lah yer. Cuma DJ terlupa lak tang nk potong doh tu kpd beberapa bahagian. InsyaAllah...DJ akan selitkan gambarnya utk percubaan kali kedua nanti.
Guna kudrat tgn je ni. Tak uli lama pun sb nk cepat...hehe. Lepas uli, simpan dlm bekas besar dan tutup dgn tuala lembab.

Sementara tu, bolehlah sediakan bahan-bahan utk dibuat filling. Kalau x ada stok serbuk kayu manis tu, bolehlah tumbuk sket kulit kayu manis sampai jd serbuk. 1/2 sudu kecik pun jadilah. Lepas tu, campurkan dengan gula perang atau gula kasar dan nutmeg(DJ skipped jer serbuk ni). Ikutlah mana2 suka. Kemudian DJ cairkan mentega sampai keperangan. 

Tengok doh dah naik. Kemudian keluarkan dari bekas. Uli lagi sampai licin. Kemudian canaikan sekata dgn rolling pin.

Sapukan dengan mentega cair tadi, taburkan gula, cinnamon dan nutmeg sampai habis. Lepas itu, potonglah kpd beberapa bahagian seperti dlm resepi. Lipatkan doh tadi dan masukkan ke dalam tin loaf atau loyang pilihan masing2.
Part yg ni DJ ter'skipped', lupa nk ambik gambar time nak potong doh tu. DJ potong ikut suka jer. Yang penting muat nak sumbat ke dlm tin loaf tu...hehe.

Memang seronok dan puas hatilah makan CPAB ni. Lembut, gebus dan sedap biarpun hanya menggunakan tepung gandum jer. Tak percaya, cubalah sendiri. Pasti dpt mengubah persepsi kalian tang elergik cinnamon tu. Sedap tak sedap ni mmglah terlalu subjektif kan. Sedap pd selera tekak kita, tapi tak sedap pada selera tekak org lain. Apa2pun, tak rugi kalau mencuba dulu. Pada pendapat DJ la kan, inilah antara resepi roti cinnamon yang terbaekk yg pernah DJ buat. Dan tentu sekali akan ada siaran ulangannya nanti. :)


Kepada kak Nor, Izah, Noorsha dan kpd empunya asal resepi ni, terima kasih byk2 kerana sudi berkongsi resepinya. I love it very much! DJ cnp resepinya dari dapur kak Nor. Thanks kak. Mmmmuahh!

Jom layan resepinya! Selamat menyambut Tahun Baru 2012! ^_____^

CINNAMON PULL APART BREAD
Recipe: Joy the Baker
source : ShidahK.Nor, Izah, Noorsha & DayangJack

For the Dough (in BM)
  • 2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
  • 1/4 cup gula kasar
  • 2 1/4 sudu kecik yeast
  • 1/2 sudu kecik garam
  • 4 tbs butter
  • 1/3 cup susu penuh krim
  • 1/4 cup air
  • 2 biji telur (size A)
  • 1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
  • 1 cup gula kasar ~ k.nor letak 1/2 cawan gula castor (boleh gak gantikan dgn gula perang) - DJ guna gula perang
  • 2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer - DJ letak 1/2 sudu kecil
  • 1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sbb tak ada stok
  • 4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown
Cara:
  1. Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan.
  2. Pukul telur, ketepikan.
  3. Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
  4. Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)
  1. Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk. 
  2. *utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah
  3. Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.
  4. Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.
  5. Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.
* Kaedah K.Nor bila guna BM:
Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)
Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam)
On kan BM dan biarkan ia menguli spt biasa.

Sedaaaapppp!

Thursday, December 22, 2011

Telur Rebus Goreng Masak Merah

Kalau ada biji gajus yg sudah dipanggang, boleh campurkan sekali dlm kuah merah ni. Sedaaaap!

Wahh! Tak sangka boleh update 2 entri hari ni....memang pecah rekodlah...hehe. Agaknya terlebih rajinlah tu. Bagus2!..ucap tahniah pd diri sendiri... :D

Alhamdulillah... hari ni DJ nak kongsikan satu lagi resepi mudah dan sangat2 menyelerakan. Dah lama tak buat telur rebus sambal kan. Sebenarnya siang tadi, DJ rasa keliru sket. Tak tau nak masak apa dgn telur yg sudah direbus tu. Ingat nk buat sambal jer, pas tu terfikir pulak nk dibuatkan kerutup tapi akhirnya...beginilah kejadiannya...cara apa sekalipun tetap sedap kan...


Ok, mari kita semak resepinya. Kalau bahan-bahan dah ada, sudi2kanlah mencuba resepi mudah ni ye. ^__^

Telur Rebus Goreng Masak Merah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 5 biji telur ayam (direbus dan digoreng)
  • 1 cawan santan pekat / susu cair
  • 1 labu bawang besar sederhana saiznya (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sm halia (dikisar)
  • 1 sm lengkuas (dkisar) - optional
  • 1 senduk cili giling (-/+)
  • 1 sudu besar puri tomato / sos tomato
  • sedikit sos cili
  • sedikit kicap
  • sedikit sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan sos tomato/puri tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan ia mendidih hingga pekat. Tutupkan api.
  5. Masukkan telur dan gaulkan. 
  6. Bolehlah dihidangkan bersama nasi.

Cornflake Madu Pedas Rangup ...lagi


Salam kerinduan!...adehh...mmg terlalu rindu sgt nk update blog. Bersawang dah kali ni...huhu. Apa2pun DJ berterima kasih byk2 kpd yg telah sudi bertandang dan meninggalkan jejak di sini. Mohon ampun beribu2 ampun sb tak sempat nk membalas segala komen yg terdahulu. Tp InsyaAllah, akan dibalas sekiranya ada kesempatan nanti. Harap jangan ada yg berkecil hati ye. DJ mmg jarang nk melepak ke blog skrg ni sb asyik tertumpu ke FB jer. Kalau dulu, DJ tak suka merempit di sana, tp skrg dah syok sendiri...ahakkss. Tapi tak ada ler sampai lupa daratan atau leka yer...kerja dan tanggungjawab lain lbh diberi keutamaan. Dunia maya ni skdr mengisi ms lapang jer..dan dah sampai ketikanya nanti, DJ akan berhenti tanpa notis...boleh gitu??...heheh. 

Ok...tanpa membuang masa, meh la kita ulang tayang resepi kerepek rangup yg DJ buat baru2 ni. Huh! Sekejap jer dah habis licin! Buat 5 balang pun tak cukup. Memang nak kena sorok lain kali. Yang paling byk mengunyah ialah mr hubby...tp the whole fmly mmg suka sgt kudapan ni. Memang sesuailah dimakan bila2 masa jer...krap! krup! krap! krup!..sedap dan rangup! 


Resepi asal boleh RUJUK DI SINI. Kalau tak ada stok madu, boleh gantikan dengan gula pasir. DJ biasa buat dgn sekotak (500g) cornflake berjenama Nestle. Sesiapa yg tak pernah try lagi resepi ni, sudi2kanlah ye. Mmg tak rugi dicuba. Kalau nak bubuh ikan bilis yg digoreng rangup pun sedap gak tu. Terpulanglah dgn selera masing-masing kan. Yang penting, sedap.


Kalau buat sekilo pun tak cukup gak ni rasanya....hmmm


Friday, December 16, 2011

Kek Lapis Malim Kundang (bakar)

Pernah menonton cerita Si Tanggang? yang anak 'derhaka' tu lah?...Malim Kundang? 
pernah kan?..
Entah macam mana, byk2 resepi kek lapis, 
baru perasan kewujudan kek Lapis Malim Kundang...hehe. 


Setelah sekian lama gambar kek ni duduk dlm folder, baru sekarang nk update resepinya. Huhu...sebenarnya DJ secara tak sengaja telah menderhakan resepi ni...alahaii..terderhaka jugak aku nih..ishh2.. Memang frust sangatlah. Sebab tu DJ biarkan ia terperap lama dlm tu tp tak jugak jd pekasam...ekeke.

Mula2 dapat resepi dari adik beradik kembar ni. Kredit kpd Liza dan Sal. Tapi resepinya DJ terpaksa olah semula sb sukatan asalnya menggunakan gelas. Lepas tu adalah edit2 sket sukatannya mengikut citarasa sendiri. Disebabkan resepinya terlalu ringkas (hehe... text via fon jer), DJ terpaksa olah menggunakan ayat sendiri supaya mudah nk faham. Cuma masa nk prepare kek ni DJ tersilap langkah plak. Tak baca habis dia punya step. Pas tu tak ada kaler hijau DJ bubuh  kaler hijau. Mentang2lah warna fav kan...main belasah jer kan..yang paling DJ frust sgt ialah DJ tergabung semua sekali horlick, kelapa dan jem strawberi dalam satu adunan..pas tu barulah dibahagi 3 bahagian...haishhh! macam mana boleh tersilap!.. Itulah.. terlalu konfiden sampai tak sedar buat silap..huhu. Nasib baiklah menjadi jugak kek ni wlpn x sama dengan rupa sebenar kek asalnya. Tak apalah kan, derhaka x sengaja...heheh. Lain kali nak buat lg lah sekiranya ada mood... :)

Jatuh hati dgn kek ni. Sedapnya tak dpt nk diperjelaskan dgn kata2. Sesiapa yg dah mencuba resepi ni nanti, barulah tau akan kesedapannya. DJ tak nak komen apa2. Yang DJ tau, DJ nk buat sekali lg kek ni utk makan2. Time tgh tension, mmg eloklah mkn kek ni, mesti hilang tension lps tu...hehe.  

Inilah rupa sebenar kek Malim Kundang yg dihasilkan oleh my sister-in-law 2b yg kiut miut itu...heheh. Buat time raya puasa ari tu.  Hebat juga si anak dara sorang ni. Tak sia2lah jadi adik ipar nanti. Boleh tolong akak masak dan buat kek byk2...ye tak??...hehe.


Kek Lapis Malim Kundang
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 10 biji telur 
  • 450g mentega
  • 300g tepung hong kong atau tepung gandum
  • 180g gula kastor (+/-)
  • 300g susu pekat manis
  • 150g horlicks
  • 190g jem strawberi
  • 100g kelapa parut kering (DJ guna 50g santan serbuk)
  • Coklat Crispy secukupnya
  • 1 sudu besar ovallete
  • pewarna merah, kuning dan coklat
cara-cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovallete sampai kembang.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan sebatikan.
  3. Dalam bekas yang lain, mentega dan susu pekat diputar sampai putih.
  4. Kemudian satukan adunan mentega dengan tepung tadi. Sebatikan.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, kuning dan coklat.
  6. Untuk adunan merah, masukkan jem strawberri dan kacau rata-rata.
  7. Adunan kuning dimasukkan serbuk horlick. Kacau sampai sebati.
  8. Manakala adunan coklat dimasukkan kelapa parut kering.
  9. Sediakan loyang 8" x 8". Griskan dengan mentega. Ambil sedikit adunan kuning dan ratakan. Kemudian bakar/grill hingga masak (guna api atas sahaja) lebih kurang 5 minit. 
  10. Kemudian, masukkan adunan coklat dan susunkan coklat Crispy tadi di atasnya (atau boleh juga bakar lapisan coklat terlebih dahulu lepas tu barulah disusunkan coklat Crispy di atasnya seperti dalam gambar). Bakar hingga masak. 
  11. Kemudian, masukkan pula sedikit adunan merah dan bakar. Ulangi proses hingga habis. 
  12. Untuk lapisan terakhir, bakar selama 5-6 minit atau hingga kek keperangan. Dan bakar lagi selama 10-15 minit dengan menggunakan api bawah supaya kek masak sempurna.
  13. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 

DJ buat 1/2 adunan jer kek ni dgn menggunakan loyang 6 inci. Kalau tak ada stok coklat Crispy, boleh lah menggunakan coklat lain. Janji ada coklat kan. Nak cuba resepinya, silakan ye. Sebarang pertanyaan, selain memberi komen di bawah, bolehlah hubungi DJ di FB atau YM di  id 'dayang_jack', ok. 

Terima kasih sudi singgah... ^___^

Usah diminta kek ni sb habis sudaaaahhh...hihi

Sunday, December 11, 2011

Kerisi Goreng Berempah dan Sup Tulang


Lega rasanya dpt update blog lagi. Salam hujung minggu semua....

Terima kasih yg tak terhingga kpd semua yg telah sudi singgah dan juga meninggalkan jejak di sini. Jika ada kesempatan DJ akan reply ye. Dan tak tak lupa juga pd entri yg telah lepas, jutaan terima kasih atas limpahan ucapan dan doa2 kalian. Terharu rasanya. InsyaAllah, semoga hubungan kita sesama rakan di alam maya ini akan bertambah akrab dan berpanjangan. 

Hari ini DJ hanya nk tayang menu yg dah acap kali buat pun. Yang simple tapi sangat menyelerakan. Seronok sgt dpt tayang menu hari ini biarpun dh lewat ptg...xpe la kan...janji dpt kongsi resepi, ye tak??..hehe. 

Menu pilihan hari ni ialah ikan kerisi goreng berempah. Dah lama sebenarnya tak mkn ikan ni. Sekali dpt yg fresh, DJ masak time tu gak. Bau dan isinya pun enak. Sesekali buat goreng berempah, perghhh! mmg mengancamlah rasanya. Rasa nk menambah nasik tapi DJ belum habis diet lagi...ekeke.

Ok jom kita semak resepinya.

Kerisi Goreng Berempah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 4 ekor ikan kerisi sederhana (dibersihkan)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu makan cili serbuk
  • garam secukup rasa
  • 1 tangkai daun kari
Cara-cara : Gaulkan bahan-bahan di atas hingga sebati dan perap selama 30 minit. Kemudian gorenglah hingga keemasan atau hingga masak. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama nasi putih.




Ini pulak sup tulang. Ikut resepi yg dah biasa DJ buat. Memang xnk tukar resepi lain lg selagi masih berselera dgn resepi ni...heheh. Sedaaaaaaap yg amat!...buat masam2 lagi tu..adehh...mmg sesuailah mkn time hujan2 ni....

Sup Tulang Pedas Masam (resepi II)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 1 kilo tulang lembu (DJ campurkan sekali dengan beberapa ketulan daging biasa)
  • 1 sudu makan perencah sup + sedikit air dan bancuhkan (tak letak pun ok)
  • 1 peket sup bunjut atau rempah 4 sekawan
  • cili padi secukupnya (diketuk)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 1/2 cawan jus limau nipis (lebih masam lagi bagus)
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • bawang goreng
  • daun sup/daun bawang
  • ubi kentang, tomato dan karot untuk campuran
  • air secukupnya
Cara-cara :
  1. Masukkan tulang bersama air dan sedikit garam di dalam periuk. Jerangkan dengan api sederhana. Masak tulang untuk beberapa ketika sehingga lemak-lemak dan minyaknya keluar. Kemudian dengan menggunakan senduk atau sudu, buangkan atau cedok keluar minyak-minyak tadi hingga habis. 
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan perencah sup(jika suka). Tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam periuk berisi tulang tadi. (Masukkan sup bunjut jika tak menggunakan rempah 4 sekawan). 
  3. Masak hingga hampir empuk. Sentiasa tambahkan air panas jika sudah berkurangan. 
  4. Masukkan ubi kentang, karot dan bahan-bahan selebihnya. 
  5. Setelah masak dan empuk, tutupkan api. 
  6. Hidangkan sup ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  7. Makan panas-panas, sedaaapp!
alahai...sebenarnya nk buat sambal belacan bodo...tp takdan nk buatlah ari ni. Lain kali je la. Mesti ada tergelak bl DJ sebut sambal belacan bodo ni kan...hehehe. 

Tuesday, December 06, 2011

Kek Oren Blended lagi dan Terima Kasih Kak Ummi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat dan ceria hendaknya ye. Dah lama gak tak update blog. Dapur pun dah bersawang. Nampak semakin suram dan sunyi je kali ni. Maaflah, mungkin ada yg tertunggu2 dan ternanti2kan entri terkini dari DapurKu SaYang. Apa2pun, demi kasih syg DJ terhadap pembaca yg sentiasa mengikuti perkembangan terkini masakan DJ, rasa bersemangat pulak untuk menulis entri terbaru. Terima kasih kpd semua yg sudi berkunjung ke dapur yg tak seberapa ini. Caaaayangg semua! ^___^

Alhamdulillah...sekali lagi DapurKu SaYang menayangkan entri kek oren blended yg dah acap kali buat. Tak ingat dah kali ke berapa. Disebabkan terlalu mudah dan bahan2 pun simple je kan,  nak buat berkali2 pun no hal punya. Lagipun resepi ni mmg berbaloi2 dicuba. Sedap, lembut dan gebuss!



Terima kasih sekali lagi diucapkan kpd tuan punya resepi, Kak Fida@MYR...dan tak lupa juga kpd semua rakan blogger masak2 yg telah byk kali memperomosikan resepi ni. (DJ x sempat nk backlink semua nama rakan blogger ni...tapi anda semua boleh tinjau2 ke blog list DJ tu ye...hampir kesemua mereka ini pernah buat kek oren yg begitu simple dan sedap ni)..... Resepi ulang tayang boleh RUJUK DI SINI

Kali ni DJ ikut semua bahan yang ada dalam resepi tu...cuma tang gula tu DJ kurangkan sket mengikut citarasa keluarga. Apa2pun tetap sedap dan lembut. Bagi yang belum pernah mencuba resepi ni, sudi-sudikanlah ye. Tak rugi pun mencubanya. 

ok done....

**********************************************

Seterusnya DJ nk cakap psl hal lain pulak ek. Adehh...segan rasanya nak cakap. Terasa amat janggal sekali buat diri DJ. Dah sebulan lebih DJ mendiamkan diri atau buat2 'low profile' jer sehinggalah satu ketika berita ini telah diwar-warkan dalam entri khas Kak Ummi, salah seorang rakan blogger yg amat DJ hormati dan kasihi. Sebenarnya, bukan niat utk buat2 tak tau je kan atau tak nak berkongsi cerita tetapi inilah diri DJ sebenarnya. Lebih suka duduk diam2 sambil main masak2. Diam2 jer kan. Bila ada idea, maka adalah resepi barunya, DJ tulis kat sini supaya tak lupa dan boleh jadi rujukan oleh sesiapa sahaja yg berminat.  Kalau ada yg sudi singgah dan ingin mencuba resepi yang ada ni, Alhamdulillah....DJ amat2 mengalu2kan semuanya dgn senang hati. 

Oleh itu, berita yg disampaikan ini bukanlah niat utk bermegah-megah atau menunjuk2 (DJ tetap menjadi diri DJ seadanya,..tiada apa yg berubah...hanya resepi sahaja yg bertambah....). DJ sekadar ingin berkongsi  kegembiraan kpd semua pembaca khususnya kpd blogger2 masakan. Tanpa pembaca, pengikut setia, serta teman2 blogger, DapurKu SaYang tak mungkin dikenali dan tak mungkin boleh pergi sejauh ini. 

Hal ni DJ dahpun war-warkan ke FB sebelum ni. Sebenarnya DJ tak menyangka blog yg tak seberapa ini tlh mendapat perhatian daripada pihak Majalah Al-Muslimah khususnya kak Nik Fauziah Nik Hussin selaku ketua editor majalah tersebut. Sebelum tu, kak Nik ada menghubungi DJ melalui FB dan kata beliau hendak mengambil beberapa resepi kek lapis dari dapur DJ untuk dimuatkan ke dalam majalah tersebut. Perasaan terharu, terkejut dan berdebar2 semuanya ada. Bagaikan mimpi la pulak. Selepas bincang2, akhirnya DJ bersetuju dengan lamaran kak Nik. 


Dan inilah hasilnya....antara resepi yang dimuatkan ke dalam majalah Al-Muslimah keluaran November lepas adalah Kek Lapis Kembang Melati, kek Lapis Bumi (olahan dari resepi kek Lapis Bumi HaSue), kek Lapis Asam Manis, kek Velvet Ombak Beralun dan kek Lapis Alwani (berlaku kesilapan sedikit tetapi sudah dimaklumkan oleh pihak majalah)...

Maaf beribu2 lemon jika DJ tak buat pengumuman sedari awal di sini. DJ dah bagi tau sebabnya tadi kan..hehe. Apa-apapun DJ amat bersyukur dan berterima kasih kpd kak Nik dan semua yg terlibat atas lamaran yang amat berharga buat DapurKu SaYang. Terima kasih daun keladi.... Alhamdulillah. 

Pada kesempatan ini juga, DJ ingn mengucapkan sekalung tahniah kpd 2 orang lagi rakan seperjuangan, iaitu Diana@Sky Blue's Kitchen dan Ros@Jintan Manis kerana resepi2 mereka turut menghiasi majalah yang berasingan iaitu majalah Aroma dan Jelita keluaran Disember. DJ belum sempat lagi nak mendapatkan majalah2 tersebut. Sesiapa yg tak nak ketinggalan, silalah mendapatkannya sekarang ye. 

Kepada kak Ummi. I like your statement :

"...kalian tetap hebat di mata akak, x kira baru atau lama....itu bukan tanda pengukur arasnya.... Yang penting kalian punya bakat dan kelebihan sendiri yang patut diambil pusing jugak oleh pihak2 media cetak begini. Femes ke picisan ke, hanya sesetengah kita sahaja yang meletakkanya, kita x perlu merasa rendah diri. Kejayaan orang lain sepatutnya jadi tips dan semangat buat kita untuk sama2 dalam perkongsian ini, bertukar2 resepi, berkongsi rasa, nasihat-menasihati dan saling memberi dan menerima serta keakraban kita berpadu hendaknya...Moga tiada benci di hati....amiiinnnn."

aminnn.....kerana statement kak Ummi lah, DJ rasa bersemangat semula untuk meneruskan karya biarpun sejak dua menjak ni dah agak 'suam-suam kuku' katakan...hehe. Terima kasih byk2 ye kak.....mmmuahhh!

Kepada rakan2 yang lain, anda juga blogger yg kreatif dan hebat dalam karya anda. Semoga kita sama-sama meneruskan usaha ikhlas murni selagi kita mampu. Buat kebajikan tak semestinya berupa harta atau tenaga, tetapi boleh diberi dalam bentuk idea dan budi bahasa. Dengan memberi bukannya menerima anda menjadi hebat. Yang penting, lakukanlah dengan seikhlas hati, jangan diungkit kemudian hari dan jgn berkecil hati kalau org tidak dpt menghargai. 

Alhamdulillah....syukur dengan rezeki yang sememangnya datang tanpa diduga.....tak pernah terfikirpun akan pergi sejauh ini. Terharu rasa di hati....tak terkata dah...

Terima kasih semuanya....

Thursday, December 01, 2011

Sushi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Baru dapat bersiaran lagi. As usual, thanks for stoppin' by. DJ amat2 hargai setiap kunjungan anda semua. Fuhh!...dapat juga update blog kali ni dengan menu makanan Jepun...sushi. Sebenarnya dah terlalu lama gambar ni duduk dlm draft. Rasa2nya dalam bulan puasa hari tu lagi kot. Sayang pulak kalau tak update kan. Ada byk lagi gambar lain.. Terpaksa tunggu mood rajin dulu la ek...hehe.

Sushi ni jarang buat. Tapi sesekali bila dah buat sendiri, tak muat nk sumbat dlm esbok...huhu. My kids like it a lot. Mmg berbaloilah kalau buat byk2. Cepat laku!... DJ buat yg ringkas je. Bubuh timun jepun, telur dadar dan crab stick...tu je. Pas tu cicah dgn kicap dan wasabi. Memang best!

Jom kita semak resepi mudahnya ye.


Sushi
by : DJ@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : 4-5 orang makan
  • 2 pot kecil beras Calrose + 4 pot kecil air (-/+)
  • 1 1/2 sudu besar mayonis
  • sedikit cuka - optional (DJ tak letak)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu besar air
  • seaweed/nori secukupnya
  • sedikit hirisan timun jepun
  • sedikit ketam dingin beku
  • sedikit kepingan telur dadar
  • Lain-lain hiasan : tuna, ikan salmon, telur ikan, udang, coleslaw dan sebagainya.(ikut citarasa)

Cara-cara :
  1. Cuci beras hanya sekali sahaja
  2. Masukkan beras ke dalam periuk nasi atau tanak seperti biasa.
  3. Campurkan cuka, mayonis, garam, gula dan air di dalam bekas kecil. Gaulkan dan kemudian ketepikan.
  4. Letakkan nasi di dalam mangkuk kaca dan biarkan ia suam sedikit.
  5. Masukkan campuran mayonis tadi ke dalam nasi dan ratakan.
  6. Sediakan kepingan nori, ratakan nasi di atasnya. Bubuh hirisan timun, telur dadar dan hirisan ketam di tengah-tengahnya. Gulung kemas dan sejukkan sebentar. Kemudian bolehlah dipotong kecil-kecil. Lain-lain bentuk serta hiasan adalah mengikut citarasa sendiri.
  7. Hidangkan bersama light soya sauce dan wasabi jika suka.

Friday, November 25, 2011

Puding Kentang Berkaramel (versi II)

sila abaikan yang comot2 tu ye...hehe

Tak habis lg cerita psl ubi kentang...smlm DJ buat puding pulak. Ada stok 2 bijik je lagi...DJ perhabiskan je sblm mengecut. Alhamdulillah...rasa nyaman je tekak ni dgn keenakan lemak2 manisnya...dan teksturnya yg sungguh lembut, smooth dan sedaaaaapp!...

Plan sebenar2nya nak buat potato brulee. Memandangkan DJ kekurangan bahan2nya, terpaksalah ditangguhkan dulu projek ni. Esok masih ada kan....InsyaAllah.  

Puding kentang ni mmg sedap tau. Bagi yg tak berapa gemar dgn bau telur tu, bolehlah mencuba resepi ni. Amat sesuai sekali. Resepi asal boleh RUJUK DI SINI. Yang ini DJ ada edit sket ikut saiz kentang. Ada satu lagi versi puding kentang tapi tanpa karamel. Pun sedap jugak. Boleh RUJUK DI SINI. Adehh...rasa cam nk buat lagi je puding kentang ni haihh....

Apa2pun jom kita semak resepinya....

Puding Kentang Berkaramel

Karamel :
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/3 cawan air panas
Cara-cara : 
  1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. 
  2. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang bersesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :
  • 1 1/2  atau 2 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
  • 5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
  • 2 cawan susu sejat/susu cair
  • 1/4 cawan air 
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati. 
  2. Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
  4. Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
  5. Bakarlah pada suhu 160-170C selama 45-50 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
  6. Setelah puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.

Thursday, November 24, 2011

Kuih Bakar Kentang...lagi




Ini dah masuk kali kedua buat kuih kentang. Menggunakan resepi yang sama. Rujuk DI SINI. Yg sebelum ni DJ buat versi pandan marble. Kali ni ikut yg resepi asal dan sama sukatan dgn kak Sheila. Tq sekali lagi kpd empunya resepi, kak Jun, kak Sheila, k. AsmaIzah, Noorsha, kak Nor dan semua yg lain kerana telah mempromosikan resepi sedap ni. DJ asyik buat kuih je sejak dua menjak ni...dah musim agaknya. Kalau dah habis musim nanti rasa2nya setahun tak buat kot...hehehe.

Ok, kalau nk resepi, sila rujuk link yg DJ bagi tadi ye. Boleh juga singgah ke dapur2 rakan blogger yg lain. Hasilnya mmg cantik, menawan dan sedaaaap!


InsyaAllah lepas ni ada satu lg entry baru. Kalau line internet ok, bolehlah share. Terima kasih kpd yg sudi singgah dan tinggalkan jejak. Harap jgn ada yg berkecil hati sekiranya DJ x sempat nk jejak balik atau reply komen yg diberikan (DJ hargai sgt2 kalau ada yg sudi komen...thanks a lot). Actually DJ x berapa happy dgn line internet yg DJ guna skrg ni. Skjp2 ok skjp2 tak...i'm so tired & depressed! ...Apa2pun terpaksalah bersabar dulu. Bersusah2 dahulu...bersenang2 kemudian...

Wednesday, November 23, 2011

Roti John


Kdg2 penat memikirkan menu makan pagi ni kan...takkan asyik2 nasi lemak, mi goreng, nasi goreng. Alih2 benda tu gak buat. Haihh...mmg jemulah kalau hari2 masak benda yg sama. DJ kan, sebelum tidur, DJ kena fikir dan set dulu apa nk dimasak utk sarapan esoknya. Selagi tak dpt idea, selagi tu lah takleh nk lelapkan mata....

Oklah, roti john...adalah salah satu hidangan kegemaran anak2 DJ. Penyediaan yg amat mudah tetapi sangat sedap dan memikat selera. Dah pernah tayang resepinya sebelum ni...DJ tuliskan semula resepi berserta langkah-langkahnya sekali di sini supaya senang nak rujuk. 

Jom kita layan.....

Roti John Mudah
resepi : DJ@DapurKu SaYang

bahan-bahan : untuk 1-2 orang makan
  • 2 keping roti hotdog (dibelah dua tapi jangan sampai putus. Sapukan dengan sedikit mentega jika suka)
  • bahan inti :
  • 2 keping beef/chicken burger (direbus sampai lembut dan dilenyek)
  • 2-3 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1 sk serbuk cili
  • hirisan bawang besar/Holland
  • hirisan daun sup
  • 1/2 sudu makan sos cili
  • sedikit garam jika perlu (DJ x letak)

Cara-cara :

Satukan kesemua bahan inti di dalam mangkuk dan kacau sebati.


Panaskan sedikit mentega/minyak masak di dalam kuali leper. Kemudian dadarkan adunan telur tadi.

Tekapkan roti di atasnya sebaik sahaja telur hampir kering. Angkat dan terbalikkan roti. Kemudian hiaskan dengan hirisan kobis, bawang besar, tomato, sos cili dan mayonis. Ikutlah citarasa masing-masing.

Lipatkan roti dan potong beberapa bahagian.


sedia untuk dimakan...

Monday, November 21, 2011

Ayam Masak Merah dan Sayur Lemak Udang

adehh..tersakit mata plak nengok gambar ni...ahh! biarlah...malas nak edit..
nanti susah nk upload lg dgn masalah line connection yg asyik2 fail memanjang...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Kembali bersiaran....adeii..payahnya nak update blog skrg ni. Bkn malas ye...tp line internet agak tenat skrg ni...tambah lagi dgn keadaan cuaca x menentu...lagilah meragam. Sudahnya DJ update kat FB je la...huhu. 

Ok, malas nk citer panjang lebar ttg masalah tu...jom kita layan resepi ayam dan sayur lemak ni dulu k. Menu semalam. Saaaaangat sedap dan menyelerakan. Makan sampai menambah2....x larat dah...hari ni DJ terpaksa berdiet...mkn crackers n buah2an jek....hehe. 

AYAM MASAK MERAH
resepi : DJ@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
* 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng macam biasa)
* 1-2 senduk cili giling (-/+)
* sos cili
* 2 keping asam gelugur 
* 1 labu bawang besar (dimayang)
* garam dan gula
* rempah 4 sekawan - optional

bahan-bahan kisar :
* 6 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 batang serai
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas

Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lg hingga garing dan pech minyak.
  2. Masukkan sos cili, garam dan gula. Kemudian dimasukkan air secukupnya. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan asam gelugur dan bawang besar. Kacau sebati.
  4. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam goreng td. Gaul-gaul mesra. Hidangkan setelah masak.


SAYUR LEMAK UDANG
resepi : DJ@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
* 10 ekor udang basah (dibersihkan dan digoreng terlebih dahulu)
* 1 batang serai (diketuk) - optional
* 1 keping asam gelugur - optional
* sedikit garam dan gula
* santan secukupnya - ikut selera masing-masing
* hirisan sayur campur (buncis, kobis, karot dsb)

bahan-bahan kisar :
* 4 biji cili api atau 2 tangkai cili merah(dibuang biji)
* 1 sudu makan udang kering
* 5 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 cm kunyit hidup (boleh juga pakai serbuk kunyit)
* 1 cm halia

Cara-cara :

1- Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga terbit bau.
2- Masukkan sayur campur, santan dan bahan-bahan selebihnya. Boleh tambah air jika perlu. 
3- Apabila sudah mendidih, barulah dimasukkan udang goreng tadi. Kacau sebati. 
4- Tutupkan api, dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dsbnya.

Friday, November 18, 2011

Kam Heong Chicken/Fragrant Chicken

Fuhh!...punyalah leganya dpt update satu resepi....Alhamdulillah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya...

Hari ni nak share satu resepi ayam yg sgt sedap dan wangiii....serius! Dah 2 kali buat pun...1st time buat masa skodeng rmh kak Nor Ganu hari tu. Memang tak tahan dgn godaan ayam kam heong ni...akhirnya sampai juga ke dapurku sayang ni. 2nd time buat minggu ni pulak. Mesti try resepi ni....sgt berbaloi! Terima kasih buat Kak Nor krn telah mempromosikan resepi yg sedap ni. Thanks to Gert as well (the owner of the recipe), i really love it! 

Kpd yg berminat bolehlah mencuba resepi ni ye. 

KAM HEONG CHICKEN/FRAGRANT CHICKEN
Recipe source: My Kitchen Snippets 
source : K.Nor
source : DJ@DapurKu Sayang

Ingredients:
  • 2 chicken breast - sliced
  • 1/2 egg white
  • 1 tbsp soy sauce
  • ½ tsp salt
  • a few dash of pepper
  • 1 tsp cooking wine - optional ~ k.nor skip
  • 3 tbsp cornstarch

For the sauce:
  • 2 cloves garlic- finely chopped
  • 1 small onion – cut into chunks
  • 10 curry leaves
  • 2 tbsp dried shrimps – soak and finely chopped
  • 4 birds eye chilies, roughly chopped
  • 1 tbsp curry powder
  • 1 1/2 tbsp oyster sauce
  • 1 tbsp light soy sauce
  • 1/2 tsp dark soy sauce
  • 3 tbsp water
  • 1 tbsp sugar
  • salt to taste
  1. Marinate the meat with egg white, soy sauce, salt, pepper and cooking wine. Set it aside for at least an hour. Heat up some vegetable oil for drying. Stir in the cornstarch to the chicken. Mix well.
  2. Fry the chicken until golden brown. Remove and drain the oil on paper towels. Remove most of the oil from the frying pan and leave about 2 tbsp spoons for cooking the sauce.
  3. Heat up the oil and stir-fry the garlic and onion until fragrant and lightly brown. Stir in the dried shrimps, chilies and curry leaves and continue to stir-fry until fragrant. 
  4. Add in the rest of the seasonings and water. Simmer for a few seconds and toss in the chicken. Mix until well combined. 
  5. Serve with warm rice.

**Nanti DJ buat terjemahannya jika ada kesempatan. Terima kasih sudi singgah!

Wednesday, November 16, 2011

Siakap Bakar Tomyam


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya...

Alhamdulillah, sekali lagi DapurKu SaYang dpt bersiaran semula biarpun agak lemau sedikit sejak dua menjak ni. Dah cas bateri pun msh 'weak' gak. Nak kata dah 'kong', tak jugak. Tapi tu lah kan...dah musim agaknya atau mungkin gak musim berblogging sudah hampir ke penghujungnya...wallualam bi sawab..

Sebelum terlupa, DJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua pengunjung tak kiralah yg lama, yg baru atau yg setia dgn DapurKu SaYang, krn sudi datang melawat ke sini. Harap diampun byk2 ye sekiranya terdapat komen2 yg x sempat DJ balas buat masa ni memandangkan ada internet problem. Itulah satu faktor yg membuatkan DJ semakin lemau utk menulis entri. Kurang bersemangat jadinya. Nak update satu entry pun mengambil masa berjam2 lamanya...sedih tau...kdg2 DJ bimbang gak sekiranya ada yg x puas hati atau berkecil hati sekiranya komen x terbalas. Untuk pengetahuan semua, DJ mmg baca komen2 tu ye tp kdg2 tak dpt reply sb line asyik putus je memanjang sjk guna Celcom ni. Maklumlah duduk dlm hutan, coverage taklah seluas mana pun. Mcm duduk kat hujung dunia pulak...hehe. Harap2 fahamlah ye. 

Ok, balik ke pangkal jalan....hehe. Hari ni, DJ nak kongsikan satu resepi ikan bakar tomyam yg sungguh sedap. Dah lama sebenarnya teringin nk buat, sana sini orang lain dah mencuba resepi ni. Mas, k.Zai, Noorsha..ermm...siapa lg eh...k. Nor n k. Ina KL pun dah buat gak kan?...kalau belum, sila2lah cuba. Sedap sgt resepi ni. Antara yg menepati selera DJ selain Siakap Bakar Berempah Harum. Memang semerbak harumnya dalam rmh dan sampai menyinggah ke rumah jiran...hehe. Mcm biasalah, DJ kalau part2 nk bakar ikan ni, DJ pasti akan tumis dulu bahan2 perencahnya. Biar 2 kali ganda naik harumnya. Dah biasa buat mcm tu...Apa2pun resepi ni mmg best dan tak rugi dicuba. Ooopps! terlupa plak, kak Ummi Kuantan pun pernah cuba resepi ni...hmm...rasa2 ramai lagilah yg tlh mencubanya. DJ ni je yg selalu ketinggalan...ekeke.

dalam keterujaan dan ketergesaan...terlupa pulak nk letak tomato...ishh2x...

Kpd Yatie, terima kasih ye kerana secara x langsung menggoda DJ utk mencuba resepi ni dan kredit juga buat kak Liza kerana sudi berkongsi resepi yg sudah semestinya sedap. DJ kopipes resepi dr dapur Yatie utk dikongsikan di sini ye. Terima kasih juga kpd yg lain sb mempromosikan resepi sedap ni kpd   semua pembaca di alam maya.

Kepada yg berminat, bolehlah cuba. TQ ^___^

Siakap Bakar Tomyam
Resepi : Chef Hanieliza

Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut 
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil

Bahan B : (semua bahan ini DJ kisar halus bersama 2 helai daun limau purut)
  • 2 tangkai cili merah
  • 5 biji cili api - nak pedas letak lebih
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos

Cara membuatnya :
  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.
  2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dlm oven.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.
***DJ tumis bahan-bahan kisar terlebih dahulu sebelum digaul-gaulkan bersama ikan.

Tuesday, November 15, 2011

Nasi Impit, Kuah Kacang dan Rendang Daging Cili Api

Menu tertunggak lagi....apa2pun layan jelah ye. Kuah kacang versi ni mmg tak rugi dicuba. Sangat2 menepati selera DJ sekeluarga. Resepi dah ada sebelum ni tapi oleh kerana rajin, DJ kopipes semula. ^__^

Kuah Kacang Versi III
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 500 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
  • 2 1/2 senduk cili giling (Cap Puteri) +/- 
  • gula melaka @ gula pasir @ gula apong secukupnya
  • 2 batang serai (diketuk)
  • minyak masak (lebihkan sedikit)
  • air secukupnya
  • 4 biji buah keras (ditumbuk hancur) - optional
bahan-bahan kisar:
  • 2 batang serai
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
Cara-cara :
  1. Satukan kacang tanah bersama air secukupnya di dalam periuk dan jerangkan dengan menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya ia tidak berketul-ketul. Jangan risau jika terlebih air dan nampak cair. Biarkan ia masak lebih lama (tetapi sentiasa dikacau). Kuah itu sendiri akan menjadi pekat (tetapi tidak kembang). Apabila sudah mendidih dan kelihatan pekat, tutupkan apinya sebentar.
  2. Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar bersama serai hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling diikuti buah keras(jika suka). Tumis lagi hingga pecah minyak. Setelah masak, tutupkan api.
  3. Kemudian bahan-bahan tumis tadi dimasukkan ke dalam periuk kuah kacang. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
  4. Nyalakan semula apinya dengan menggunakan api kecil. Kacau perlahan-lahan hingga nampak sebati dan mesra. Masak lama sedikit hingga keluar minyak. 
  5. Setelah itu tutupkan api. Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama satay, nasi impit, rendang dan sebagainya.
  • jika menggunakan cili giling Cap Puteri, tidak perlu letak air asam jawa dan garam yang banyak. 
  • kuah kacang ini boleh bertahan 2-3 hari tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk tetapi sentiasa dipanaskan sedikit agar kuahnya maintain sedap.
  • boleh juga dimasukkan udang kering yang telah dikisar/ditumbuk halus semasa menumis bahan jika suka (kdg2 DJ letak)
Ini pulak buah hati pengarang jantung....kalau tak ada teman, tak lengkaplah nasi impitku...hehe. Tapi kalau ada nasi lemak lagilah best kan....

Resepi yg mudah je. Tak perlu guna bawang. But i like it a lot. Senang kerja. Buat ikut versi sendiri je ni.  Janji sedaaappp!

Rendang Daging Cili Api
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • sekilo daging lembu (dipotong kiub)
  • segenggam atau lebih cili api (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • sedikit kunyit hidup (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • santan secukupnya
  • kerisik secukupnya
  • gula melaka/gula pasir
  • garam
  • air asam jawa
  • 3 helai daun limau purut
  • sedikit daun kunyit (diracik)
Cara-cara :
  1. Rebuskan daging bersama sedikit air hingga kering. 
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan serai. Gaul-gaulkan dan kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi sebati dan masak hingga daging hampir empuk.
  3. Masukkan santan, garam, gula, daun limau purut dan daun kunyit. Kacau lagi. Dan akhir sekali masukkan air asam jawa dan kerisik. Kacau lagi dengan menggunakan api perlahan.
  4. Masak hingga kuahnya kering atau ikutlah selera masing-masing.
  5. Setelah masak, bolehlah dihidangkan bersama nasi impit, nasi lemak dan sebagainya. 

Friday, November 11, 2011

Kek Coklat Kukus Munira


Kek ni dah lama masuk list. Ramai yg dah buat pun... DJ je yg ketinggalan kan...walaupun DJ ni bknlah penggemar fanatik kek2 coklat tapi nak juga buat demi menunaikan permintaan anak2. DJ suka buat je tp kalau makan cukuplah sekadar 1 slice. Sebenarnya, ada satu lg kek coklat gebu yg inginnn sgt2 nk try. Susah nk explain mcm mana kegebuan kek tu...ia taklah moist sgt, tp padat dgn rasa pahit2 kokonya. Teksturnya pun padat...mmg btl2 kena dgn citarasa DJ selain Super Moist Eggless Chocolate Cake. Nantilah, nk kena buat eksperimen dulu. Kalau dh berjaya nanti, rasa2nya DJ nk tutup buku kek coklat kot...Ooopss! ..heheh

Ok, berbalik kisah kek coklat basah ni atau kek coklat kukus Munira. DJ dah save pun resepi ni dari dapur hanamemories.blogspot.com. seingat DJ la kan, yg dah mencuba kek ni adalah Hasue, Izah, Yatie dan ramai lagi. Mekasih byk2 kpd mereka2 ini kerana mempromosikan resepi yg sgt hebat rasanya. Mmg dah terbukti kan...

Pada mulanya, DJ malas nk deko2 kek ni. Biar gitu je...lagipun tak payah ltk topping pun tak apa. Rasa lemak manisnya pun dah memadai. Tapi atas permintaan anak2, DJ buatlah dgn apa yg ada. Guna coklat masakan dan bubuh minyak masak sket. Kacau sebati secara double boil...pas tu deko nipis je...tak nak tebal sgt...takut nanti rasa muak. Kek ni memang sedap wooo. Malangnya, si boboy tak boleh nak habiskan even 1 slice...maklumlah kan...kek yg bubuh telur ni dia agak kurengg sket...so, bg x menghampakan dia, DJ buatkan satu lg kek coklat kukus tapi tanpa telur. Barulah dia boleh telan...hmm, dah agak dah...  Nanti DJ update resepi kek tu ye...


Ooppss!...terlupa plak nk snap gambar kek yg dah dipotong. Nanti DJ ambik gambarnya dulu. Itupun tengoklah keadaan cuaca mcm mana...kalau hujan, tak dptlah nk ambik gambar si hitam manis ni. Nanti x best ler plak hasilnya kan...ni pun terkial2 nk snap(guna kamera cap ayam je...hehe) dgn keadaan cuaca yg tak menentu. Lenguh seluruh badan makcik ni tau... huhu..

Jom kita layan resepinya. Sangat mudah dan sangat sedap! Oleh kerana mixer DJ baru je wafat, DJ blend je telur tu sampai kembang spt yg ditulis pd resepinya. Nasib baiklah ada 2nd assistant ni kan...hehe. Hasilnya pun tak mengecewakan...Alhamdulillah. Lain kali boleh buat lagi...trm kasih byk2 kpd penyumbang asal resepi ni. DJ kopipes je resepi ni dari dapur Hana. TQ ye Hana. Dah lama dia menyepi dari dunia blogging...rindu plak haihh...harap2 Hana tak lupa akak dan rakan2 blogger masakan yg lain. Rindu tau....Apa2pun, semoga hana sukses dlm bidang yg diceburi...

Kek Coklat Kukus Munira

source : kak.noormasri@coretandaridapur
source : hanamemories.blogspot.com
source : dayangjack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan:

Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje (DJ guna gula perang 1 cup) 
  • 1 cawan serbuk koko 
  • 1 cawan susu cair - hana gune susu segar 
  • 1 cawan susu pekat 
  • 1 cawan minyak masak 
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde 
>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak
  • 3/4 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat 
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder 
Bahan C

4 biji telur - diblender (tapi kak.noor pukul hingga kembang) - hana juga (DJ blend sampai kembang)

Cara-cara
  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk. 
  2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. 
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yang pertama takut kek jadi mendap.
Update :