Thursday, September 29, 2011

Ketam Masak Merah


Ketam Masak Merah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 6 ekor ketam (dibersihkan dan direbus bersama garam dan serai ketuk hingga 3/4 masak & toskan)
  • 2 sudu makan cili giling
  • sos cili secukupnya
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • 3 helai daun limau purut
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula/madu secukupnya
  • sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
bahan-bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan kicap manis. Kacau sebati. Kemudian masukkan air secukupnya. 
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan ketam, daun limau purut, garam, gula/madu dan air asam jawa. Kacau rata-rata. 
  4. Apabila sudah masak, tutupkan api. Taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.



Wednesday, September 28, 2011

Ayam Kicap Berlada Hitam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Waduh2....tetiba je hilang idea nk menulis entri ni...aci tak kalau tulis resepi je dan tak payah ckp apa2??...kang tak psl2 si jiran sebelah dua belah nun komplen....ekeke. 

Oklah, semalam btl2 tak tau nk masak apa dengan ayam ni. Siap berdiskusi lagi dengan geng2 yg suka masak2 ni kat FB termasuklah Mat Gebu, k. Ummi Kuantan, Hasue S'wak dan k. Nor Ganu. Ishh2x...bl b'sembang dgn dia orang ni mmg x kering gusi dibuatnya...kecoh betul!..tp seronok...hehe. Dlm kekecohan tu terbitlah idea mcm2...ada yg suggest buat ayam panggang, ayam percik, msk halia, msk goreng pedas, msk Vandaloo dan mcm2 lg lah sampai sendiri pun tak tau nak pilih mana satu. Last2 msk ayam kicap je sb inilah antara yg senang dimasak dan teramat sedap dimakan. Terima kasih kpd geng2 di sana. Itulah gunanya  berkawan dgn geng2 masak ni, seronok, byk dpt info, tip, dan idea yg dpt dikongsikan bersama tanpa ada sempadan. Yalah, kalau dibandingkan dgn mereka2 yg femes ni, diri ini terasa kerdil dan rendah sgt (tapi ketinggian taklah rendah sgt...just nice...ahakss)...

Eh, panjang pulak ceritanya...ingatkan x ada idea tadi...heheh. Jomlah kita tengok resepi ayam kicap ni. Sgt mudah dan senang je nak follow. DJ mmg nk tulis seawal pagi ni sb dah ada yg tak sabar nk masak ayam kicap stail gini utk lunch nanti. Resepi ayam kicap ni dah byk versinya dlm blog ni...pi ler selongkar sendiri ye. Yang ini tak kurang juga hebatnya. Sangat2 menepati citarasa DJ sekeluarga. 


Kalau nak cuba, silakan ye.

Ayam Kicap Berlada Hitam
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
  • 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili kisar/cili giling
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • sedikit hirisan daun sup
  • sedikit madu/gula dan garam
  • sedikit air asam jawa
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
bahan-bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
Cara-cara :
  1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
  2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata. 
  5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan. 
  7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!


Tuesday, September 27, 2011

Kek Dandy

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Bersiaran kembali setelah bbrp hari tak update resepi. Entah kenapa mood tak berapa nk best sejak dua menjak nih. Mungkin ingatan ni msh ke kampung halaman lg la kot. Padahal tahun ni saja dah 2-3 kali balik. Tp mcm tak puaslah meskipun bercuti panjang...rasa nk balik terus je....huhu. Apa2pun, tengoklah keadaan nanti....kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan segala-galanya.

Ok, jom kita jamu mata dengan kek buah ni atau lbh dikenali sbg Kek Dandy. Inilah antara kek evergreen Sarawak yg sgt sedap dan femes esp ketika menyambut hari Lebaran. Bg penggemar kek buah dah pastinya suka akan kek2 sebegini kan. DJ mmg gemarkan kek ni berbanding kek kismis sb rasanya yg lbh sedap, masam manis dgn campuran buah2 sultana....adehh, mmg best! Kalau disimpan lbh lama dlm fridge lg lbh sedap rasanya. Lg manis kek tu lg lama ia boleh bertahan sampai berbulan2 lamanya. Tp kenalah sentiasa disimpan dlm fridge tau...hehe.

Mari kita semak resepinya ye. Selamat mencuba!

Kek Dandy
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : loyang 8" x 8"
  • 5 biji telur A
  • 16 oz mentega (DJ menggunakan mentega SCS) - 2 buku (mentega jenama lain pun boleh)
  • 600g tepung gandum (diayak)
  • 100g horlicks 
  • 1 1/2 cawan gula halus 
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • Sultana mix fruits (digaul bersama sedikit tepung)*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak bersama tepung)
  • 2 sudu kecil esen vanilla

* Sultana mix fruits : 1 PKT CERI HIJAU,1 PKT CERI MERAH, SEDIKIT BIJI ALMOND, MANISAN LIMAU DAN KUNDUR, 250g KISMIS HITAM, 250g KISMIS KUNING DAN SEDIKIT BUAH PRUNES. - semua bahan ini dihiris kecil2 dan kemudian digaul bersama sedikit tepung

Cara-cara :
  1. Didihkan air kukusan. Sediakan loyang. Lapikkan dengan kertas serap minyak griskan dengan mentega. 
  2. Pukul mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul perlahan.
  4. Masukkan susu pekat, horlicks dan kacau lagi hingga sebati.
  5. Masukkan sultana mix fruits dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu.
  6. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau lagi hingga sebati.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang dan tutup kemas dengan kertas aluminium/kertas foil.
  8. Kukuslah selama 4 jam. (jika air berkurangan, tambahkan air panas)
  9. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong.
Gunakan mentega berkualiti utk menghasilkan kek yg lbh lembut dan sedap!



Saturday, September 24, 2011

Rest sekejap!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....

DJ memohon maaf sebab tak berkesempatan nak update blog buat masa ni. InsyaAllah, akan dpt bersiaran semula mulai minggu depan. Terima kasih atas kesudian anda berkunjung ke sini. Selamat berhujung minggu!


Saturday, September 17, 2011

Cornflake Madu Pedas Rangup

Kalau makan kerepek jagung ni gerenti takleh brenti dibuatnya...my hubby suka sgt mengadap benda ni. Anak2 apatah lagi...dok mengunyah jelah kerja dia org sampai ada yg tersakit gigi. Buat 4 balang besar pun tak cukup. Mmg tak ada can lah nk hidang pd tetamu...hehe. 

Nak buat kerepek rangup ni senang je. Walaupun dimasak dgn dua kaedah iaitu menggoreng dan bakar, namun, taklah mengambil masa yg begitu lama. Hasilnya mmg best! Sangat sesuailah dihidang pd hari lebaran atau bila2 masa shj.


Jom kita cuba resepi mudah ni...


Cornflake Madu Pedas Rangup
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 bungkus cornflake
  • 1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)
  • 6 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • sedikit cili giling/cili kisar
  • madu secukupnya
  • sedikit garam
  • 100 g mentega +/-
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.
  3. Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata. 
  4. Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.
  5. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C. 
  6. Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang. 
  7. Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama. Selamat mencuba!



Friday, September 16, 2011

Satay Ayam Goreng dan Kuah Kacang Versi III

Salam semuanya.....

Hari ni x dpt nk citer panjang lebar sb badan rasa kurang sihat sket. Apa2pun utk tdk menghampakan rakan-rakan fb dan pembaca budiman, DJ nk kongsikan dua resepi istimewa ni buat semua. Biasanya DJ akan buat satay goreng setiap kali lebaran tetapi kdg2 tu buat jugak hari2 lain kalau dah teringin sgt. Satay goreng ni sgt mudah penyediaannya. Cuma perlu blend bahan2, gaul2, perap dan goreng. Yang penting serai tu kena banyak sket. lg banyak lg bagus..lg sedap rasanya. Garam dan gula juga main peranan. Pastikan satay ni manis dp masin. Sukatannya mmg DJ x tulis sb main campak2 jer. Lagipun terpulanglah pd citarasa masing2 kan. :)

Jom kita layan resepinya....Selamat mencuba!

Satay Ayam Goreng
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : anggaran
  • 1 ekor ayam (dicuci bersih dan dipotong kecil-kecil atau diambil isinya sahaja)
  • air asam jawa secukupnya
  • gula perang secukupnya
  • garam secukup rasa
bahan-bahan kisar :
  • 10-12 batang serai 
  • 1 1/2 inci halia
  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu makan ketumbar - disangai (boleh juga menggunakan serbuk ketumbar)
  • 1/2 sudu makan jintan putih - disangai (boleh juga menggunakan serbuk jintan)

Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan di atas dan gaul-gaulkan sebati.
  2. Perapkan semalaman atau sekurang-kurang 2-3 jam.
  3. Sediakan minyak untuk goreng terendam.
  4. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga keemasan.
***jika menggunakan daging, jangan goreng terlalu lama, nanti jadi liat.





Kuah kacang ni lain sket teknik memasaknya. Kali ni buat dengan gabungan versi kakak plak. Sangat special dan sedap! Jom semak resepinya....

Kuah Kacang Versi III
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 500 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
  • 2 1/2 senduk cili giling (Cap Puteri) +/- 
  • gula melaka @ gula pasir @ gula apong secukupnya
  • 2 batang serai (diketuk)
  • minyak masak (lebihkan sedikit)
  • air secukupnya
bahan-bahan kisar:
  • 2 batang serai
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
Cara-cara :
  1. Satukan kacang tanah bersama air secukupnya di dalam periuk dan jerangkan dengan menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya ia tidak berketul. Jangan risau jika terlebih air dan nampak cair. Biarkan ia masak lebih lama (tetapi sentiasa dikacau). Kuah itu sendiri akan menjadi pekat (tetapi tidak kembang). Apabila sudah mendidih dan kelihatan pekat, tutupkan apinya sebentar.
  2. Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar bersama serai hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. Setelah masak, tutupkan api.
  3. Kemudian bahan-bahan tumis tadi dimasukkan ke dalam periuk kuah kacang. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
  4. Nyalakan semula apinya dengan menggunakan api kecil. Kacau perlahan-lahan hingga nampak sebati dan mesra. Masak lama sedikit hingga keluar minyak. 
  5. Setelah itu tutupkan api. Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama satay, nasi impit, rendang dan sebagainya.
  • jika menggunakan cili giling Cap Puteri, tidak perlu letak air asam jawa dan garam yang banyak. 
  • kuah kacang ini boleh bertahan 2-3 hari tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk tetapi sentiasa  dipanaskan sedikit agar kuahnya maintain sedap.

Wednesday, September 14, 2011

Kek Kukus Ombak - Updated

Jom jamu mata dulu dgn kek merah jambuku ini. Buat 2 hari sudah..konon2nya nk sambut hari jadi bersama tetamu yg jln2 raya ke rmh tapi terlupa plak nk keluarkan kek ni dr peti ais...hehe. Deko kurang menarik tapi rasanya sedap sb ada campuran serikaya dan nestum. Nanti update lagi sb msh kebizian dan kepenatan.


Sila2lah jamu mata dulu yer. tq sudi singgah... :) 



UPDATE :

Anak2 tak reti nak makan nestum atau bubur nestum. Jadi DJ campurkan nestum dlm adunan kek tanpa pengetahuan dia org. Wahh! .. habis licin gak kek nih. Haa...baru tau betapa sedapnya nestum tu kan...heheh. 

Resepi ni dah diubahsuai mengikut citarasa sendiri. Teksturnya keknya lebih kurang sama dengan kek kukus Sarawak. Resepi asal boleh lihat di SINI. DJ suka dengan cara pembuatan kek ni. Mudah dan cepat siap.(Thank you kpd Kak Fida krn telah memberi ilham kpd DJ utk mengolah semula resepi ni mengikut versi sendiri. Mintak ampun byk2 sekiranya DJ menderhaka byk kali ni...huhu). Cuma bab2 mendekonya mmg DJ tak brp gemar sgt. Tp x salah kalau sekali sekala nk buat special sket kan...hehe. 


Kek Kukus Ombak
Resepi : DaYangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan ( loyang 8 inci )
  • 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1/2 cawan nestum kisar
  • 1 sk baking powder (diayak bersama tepung)
  • 6 biji telur gred A (sejuk)
  • 170-180 g gula halus
  • 3/4 cawan mentega cair (DJ menggunakan SCS)
  • 170 ml susu cair
  • 1 sb ovallete
  • 1/2 sk garam
  • 2 sk esen vanilla
  • 2 sudu besar serikaya
  • pewarna ungu, hijau, pink dan coklat (atau ikut warna pilihan)
  • Secukup serbuk koko

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kpd 5 bahagian. Lebihkan adunan ke 5. Warnakan ungu, hijau, pink dan coklat. Manakala adunan yang ke 5 dibiarkan kosong dan dibahagi menjadi dua adunan.
  5. Ratakan adunan kosong di dalam loyang. Ayak serbuk koko di atasnya sehingga menutupi ruang.
  6. Tindihkan adunan berwarna pink di atas koko tadi. Ratakan dengan kemas dan jangan sampai jadi comot. Gunakan sudu untuk membuat tompokan dan kemudian diratakan. Ayakkan pula serbuk koko di atasnya. Ulangi proses hingga habis serta diakhiri dengan lapisan kosong(tidak perlu ditaburkan koko).
  7. Tutup loyang kemas-kemas dengan kertas foil. Kukuslah selama 50 minit.
  8. Setelah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dihiaskan dengan topping (jika suka).

Untuk hiasan : mengikut citarasa DJ

Cream Cheese Frosting 
  • 100 g butter (DJ menggunakan SCS) - pada suhu bilik
  • 100 g cream cheese - pada suhu bilik
  • 60 g gula icing
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Putarkan semua bahan hingga kental. Kemudian sapukan rata-rata pada kek. Simpankan di dalam peti sejuk.

Coklat Icing (merah jambu)
  • 125 g coklat masakan perisa strawberi atau coklat masakan biasa
  • 30 g gula icing
  • 125 g butter - pada suhu bilik



Cara-cara : Cairkan coklat secara double boil. Kemudian satukan dengan gula icing dan butter. Putar hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam piping bag. Dengan menggunakan nozzle pilihan, hiaslah kek mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

***untuk deko pagar kek ni DJ tak sempat nk buat 'the making' tapi baru teringat kat rmh hana ada tuturiolnya. Bolehlah menjengah ke SINI. Selamat mencuba!


Tuesday, September 13, 2011

Yuhuuuuu!...Miss me?? :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Whaaaaa! Lamanya tak masuk dapur niii....rindu dan bertambah sayanggg. Rindu kat DapurKu SaYang dan rindu kat anda semua. Terima ksh lah byk2 kpd pengunjung yg msh setia bersama DJ. Waduh2!..ada byk komen yg tak sempat dibalas. Minta maaf byk2 yer. Tuan rmh bkn sengaja tak update blog. Tapi msh kebizian lg lbh2 lg selepas balik kampung yg jauh di seberang nun. Fuhh! Memang byk kerja nk buat. Nak pergi ke open house lg, ada kenduri lagi, nk sambut tetamu lg...mcm2 lah sampai x ada time nk menjengah ke blog sendiri. Cuma dpt update status kat FB jer utk ketahui perkembangan DJ...ehek...adehh, cam celebrity ler plak..haha prasan!....

Alhamdulillah....syukur kepadaNya krn msh lg diberi kesempatan utk meneruskan karyaku di sini. Mmg ada byk resepi yg bakal dikongsikan nanti, InsyaAllah. Satu persatu lah yer. Blog ini msh lg beroperasi biarpun agak perlahan. Yalah, nk buat mcm mana kan...DJ ada byk komitmen lain yg perlu diutamakan dulu. Bak kata hubby, blogging boleh, tp biarlah berpada-pada dan jgn sampai tanggungjawab sebenar terabai. Thanks for reminding me, dear. 

Kpd pengunjung2 lama atau yg baru, terima kasih krn telah memberikan komen. Jika ada kesempatan DJ akan membalasnya satu persatu. Kalau tak sempat, DJ akan cuba menjawab komen anda dlm bentuk n3. Semua resepi di sini boleh dikopipes ke mana2 laman yer asalkan ada 'backlink' nya sekali. Silakan berbuat demikian sb ada yg mohon share sblm ni. Bg DJ ok jer. Kpd yg tlh sudi mencuba resepi2 di sini, DJ ucapkan berbanyak2 terima kasih. Alhamdulillah....setakat ni mmg ramai yg memberikan respon yg baik. Semoga apa yg dikongsikan akan memberi manafaat kpd semua, InsyaAllah.

Ok. Setakat ni lah dulu yg dpt DJ khabarkan buat semua. Sekurang2nya dptlah menghilangkan rasa rindu dendam tu kan...hehe..ada yg rindu ker??....ngeee. Resepi2 akan menyusul kemudian dengan n3 baru. Sebelum tu, DJ ingin mengucapkan ribuah terima kasih yg tak terhingga buat semua teman di FB krn sudi menghantar ucapan serta limpahan doa sempena Hari Lahir DJ semalam. DJ sgt terharu dgn ucapan yg diberikan. Sayang anda semua! Syukur sgt2 krn diri ini msh lg diberi kesempatan utk bernafas serta dikurniakan kesihatan yg baik. Alhamdulillah.

Terima kasih krn sudi singgah dan meninggalkan jejak di sini. Salam sayang daripada dayangjack@DapurKu SaYang.