Friday, December 31, 2010

Roti Gulung Sosej


Pagi tadi buat roti gulung sosej ni utk bdk2. Mama dia org minum jus oren jek konon2 nak diet la tu...haha. Tapi serius tau, azam tahun baru ni nak turunkan berat badan at least la 5 kg. Eh, esok kan dah nak masuk 2011 kan...adeh, kena buat nih...huhu. Alahai dayang oii..jgn ckp jer, ko kena buat sungguh2 baru la dpt hasilnya. Apa2pun mudah2an la kan dpt kembali slim spt dulu2. Kurus sgt pun tak best, dpt 36 26 36 pun jadilah kan...hihik...mesti ada yg nk termuntah baca kesah diet ku ini...haha. Tak apalah, sekali sekala bercerita meluahkan perasaan di sini apa salahnya kan..sekurang2nya lega dan hilang stres akibat kena sindiran tajam dari suami tercinta..huhu. Diet jgn tak diet....sekali lagi aku gelak sorang2...hahaha!

Berbalik cerita psl roti sosej ni, sebenarnya kan dyg nk 'clear' kan semua stok dapur yg ada. Kebanyakannya dah nak hampir luput tarikhnya termasuklah breadcrumb ni. Roti pun nak kena habiskan gak Dah buat 6 keping, tapi msh ada byk lagi. Buat bubur roti jelah kalau sempat ari ni. Roti sosej ni rasa2 ramai yg dah tau buat kan. Nak prepare pun pun senang jer. Dyg hanya perlukan bahan-bahan seperti tepung goreng serbaguna + sedikit tepung gandum, sedikit air, breadcrumb, sosej yg dicelur dan roti sandwich yg tlh dileperkan. Itu jelah. Buat ala kadar jer tapi sedap! Yang penting, anak2 suka. Dyg tak brp gemar mkn sosej kecuali dibuat conney dog jer sb ada kuah. Sedapnyaa!....

Oklah. Itu saja buat setakat ni. Nanti update lagi yer. Sebelum tu, tuan rumah nk ucap terima kasih byk2 atas kesudian anda menjengah blog yg tak seberapa ini. Sila2lah cuba resepi di sini jika sudi. Terima kasih. Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Semoga tercapai segala azam dan impian....

Wednesday, December 29, 2010

Nasi Mentega Kismis


Resepi nasi mentega kismis ni DJ ambik dari majalah Rasa bulan Disember. Ini menu minggu lepas yer...hehe. Memang best dan sedap rasanya. Cuma DJ buat mengikut sukatan, stok, cara dan citarasa sendirilah. O ya, beras tu pulak guna beras biasa jer tau. Lagi cepat nak masak kan....hehe...yalah, utk hidangan seharian tak apalah, kalau utk dihidangkan kpd tetamu, elok guna beras Basmathi, barulah nampak lbh menarik dan cantik. Susu masam yg instant plak tak ada, so, DJ gantikan dgn sedikit susu cair dan jus limau kasturi.

Nasik ni sesuai dihidangkan bersama lauk kurma, masak merah, beriani atau bukhari(hehe...fav nih). DJ gandingkan dgn udang masak merah jer. Selain tu, ada sedikit dalca dan acar. Memang berselera dibuatnya...



Nasi Mentega Kismis
Sumber : Majalah Rasa, Disember, 2010

bahan-bahan :

  • 1 kg beras (dibasuh dan ditoskan)
  • 1/2 buku mentega
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 sm halia (dihiris)
  • 5 gm kayu manis
  • 5 gm bunga cengkih
  • 5 gm bunga lawang
  • 5 gm buah pelaga
  • 3 kiub pati ikan bilis
  • 100 gm kismis kuning
  • 250 ml susu masam dan air secukupnya
  • 10 gm bawang goreng (utk hiasan)
  • garam dan serbuk perasa secukupnya
  • sedikit daun sup, daun pudina, daun pandan dan daun ketumbar
  • sedikit pewarna kuning
Cara-cara :
  1. Panaskan mentega dan kemudian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga bersama bahan dihiris hingga berbau wangi.
  2. Kemudian masukkan daun pandan bersama kiub pati ikan bilis, air dan susu masam serta serbuk perasa.
  3. Biarkan mendidih kemudian masukkan beras.
  4. Setelah nasi agak kering barulah renjiskan pewarna kuning dan akhir sekali masukkan daun sup, daun pudina serta daun ketumbar.
  5. Biarkan masak seketika dan sedia dinikmati.
Boleh tahan gak rasanya bila dpt digandingkan dgn teman sejatiku ini...heheh

Monday, December 27, 2010

Offline sekejap.....

Assalamualaikum....

Dari minggu lepas sampailah ke minggu ni tuan rumah tak berkesempatan nk update resepi2 terkini sb agak sibuk dgn urusan famili, kenduri dan sebagainya. Kesian kawan kita yg sorang ni asyik koling2 jer, bilalah agaknya tuan rumah nk tulis entri  baru eh, asal bukak page ni jek kuar gambar telur...hahaha.. sabar2 my dear yer...'mem' tengah bz lorr....begitu juga dgn pengunjung2 yg setia bersama DJ, terima kasih byk2 kerana sudi bertanyakan khabar berita DJ. 

InsyaAllah, lepas esok atau lusa, DJ akan update blog. Memang ada byk resepi yg ingin dikongsikan tetapi disebabkan kekangan masa, DJ terpaksa tangguhkan dulu. Sempat gaklah BW jap ke rumah kwn2 tapi tak sempat nk tinggalkan jejak. Harap maaf yer. 

Jom jamu mata jap dgn nasi mentega kismis ni. Sedap tau!....nanti update resepinya.

Hmmm...tu jelah buat setakat ni. Nanti sembang lagi yer. Thanks for the visit. Take care and bye2....

Wednesday, December 22, 2010

Telur Rebus BerSos


Menu telur yg dah agak lama gak tak buat. Cara penyediaannya sangat ringkas dan yg paling penting, sedap dan memikat selera.



Resepi ni dh lama gak dyg letak kat dapur Myr dan juga dlm blog ini. Cuma kali ni dyg edit sikit bahan-bahannya mengikut stok. O ya, ini adalah salah satu menu semalam yer. Yang hari ni punya, belum ready lagi...hehe. 



Bahan-bahan ( hidangan sekeluarga )

  • 5 biji telur (direbus dan dibelah dua)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • 3 ulas bawang merah (dicincang)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 sudu makan cili giling
  • sos cili secukupnya
  • sedikit sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan bunga lawang
  • sedikit air
  • 1 camt tpg jagung (optional)
  • sedikit garam dan gula  (optional)

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali dan tumis rempah 4 sekawan, bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan air (boleh tambah garam dan gula jika perlu). Kacau sebati hingga pekat (kalau x pekat, blh ditambah dgn tpg jagung jika suka).
  3. Susunkan telur di dlm mangkuk/pinggan. Siramkan kuah sos tadi di atasnya.
  4. Sajikan dengan nasi panas. Mudah, kan? Selamat Mencuba!

Tuesday, December 21, 2010

Ayam Kicap Berempah Harum


Fuhh! Kalau tak kerana azam nak turunkan berat badan ni(hihik...yelah tuu), mau jer nak tambah nasik. Memang tak boleh tahanlah dgn adanya lauk ayam kicap nih! Tak heranlah masak berulang kali...hehe. Anak2 pun tak jemu makan tau wlpn yg sorang tu tengah demam selsema. Mungkin juga aroma rempah dan daun supnya yg harum tu yg menyebabkan dia berselera makan kot...apa2pun masakan ini memang sedap dan menyelerakan. Lagi satu kan, selain dgn aroma rempahnya, kalau nak masak ayam ni, daun supnya kena letak banyak sket sb ia akan menaikkan selera si pemakannya. Tak percaya, cubalah sendiri. 

Jom layan resepinya!...asyik2 ayam jer kan...hehe. 

Ayam Kicap Berempah Harum

bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit garam
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

Cara-cara :

  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih. 
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak. 



Monday, December 20, 2010

Buah-buahan Koktel Berkuah


Banyak2 dessert, dessert inilah antara yg paling ringkas dan sedap. Dapat idea ni setelah berkunjung raya ke rumah kawan 2 tahun lepas. Tak tanya pulak ttg resepi tu tapi berdasarkan apa yg dirasa, dyg agak2 jelah resepinya. Lepas tu cuba2 buat sendiri di rumah. Memang sedap dan jimat masa. Pernah nampak resepi sebegini di blog kak Liza 2-3 bulan lepas kalau tak silap, nak tengok boleh rujuk di sini

Minggu lepas dyg buatlah koktel berkuah ni dgn style sendiri dgn mennggunakan bahan-bahan yg ada dlm simpanan. Best tau!

Inilah resepinya yer. 

Buah-buahan Koktel Berkuah

Bahan-bahan :
  • 1 tin besar buah-buahan koktel (atau hirisan buah2an segar pun boleh)
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2-3 sudu makan susu pekat
  • 1 sk esen vanilla 
  • Ice cube secukupnya
Cara-cara :
  1. Satukan gula bersama susu cair di dlm periuk. Masak hingga gula larut. Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Kacau sebati. Setelah itu, padamkan api dan sejukkan sebentar atau suam2 kuku.
  2. Sediakan bekas yg agak besar. Masukkan buah2an koktel (tak perlu sejat jika suka) dan susu tadi ke dalam bekas tersebut dan masukkan kiub ais secukupnya. Hidangkan.

Kari Ayam Jintan


Maaf, ini jelah gambar yg dpt publish. Tak sempat nak posing best2. Gambar2 lain semuanya mcm gempa bumi jek...hehe. Nak cepat katakan...last2 dpt tayang yg ni. Tak apalah kan, janji ada dan yg paling penting, ada resepinya. O ya sebelum tu, ada lagi menu2 sebelum ni belom dapat lagi update. Kena sabar dululah yer. 

Kari ayam jintan ni adalah menu semalam. Kalau ada nasi beriani atau nasi bukhari ni memang kompom sesuai sgt2 sb rasanya ala2 atau seakan2 beriani atau bukhari gitu...hehe. Ala2 masala pun ada. Tapi dyg makan dgn nasi putih jer, pun sedap!. Memang sesuailah dgn selera anak tekak ni. Tak taulah selera org lain kan...hehe. 

Tak nak cakap byk2. Jom layan resepinya dulu....kalau berminat, bolehlah cuba dan kopipes resepinya. 

Kari Ayam Jintan

bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam bersaiz sederhana (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1/2 inci lengkuas (dihiris)
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 3 sudu makan serbuk kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • Rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih)
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 tangkai daun kari
  • 125 ml santan atau susu cair
  • air secukupnya
  • garam
  • 2-3 biji ubi kentang (dipotong)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
Cara-cara :
  1. Tumis rempah 4 sekawan bersama bahan2 hirisan serta daun kari hingga wangi. Sementara itu, satukan serbuk kari, serbuk cili, serbuk jintan dan ketumbar dan bancuhkan dgn air secukupnya. Kemudian, masukkan ke dalam bahan tumis tadi. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau sebati. Kemudian, masukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi dan ubi kentang. Tambahkan sedikit air.
  3. Masukkan santan, kicap dan garam secukupnya. Akhir sekali perasakan dgn garam.
  4. Setelah masak, hidangkan dgn nasi putih atau nasi beriani. Selamat mencuba!

Nasihat dariku :
  • Jika ingin cnp resepi2 di sini ke dalam website anda, sila tuliskan url / link nya sekali yer sbg menghargai serta menghormati tuan punya resepi.  
  • Banyak kejadian kopi-mengkopi gambar masakan utk tujuan tertentu di alam maya ini tanpa keizinan tuan punya resepi. Perkara ini memang amat menyedihkan. Blog ini mmg tak berkecuali. Dari dulu2 lagi sudah ada yg mencuri gambar dan bukan setakat gambar shj, malah dgn entri2 nya sekali...isshk3x!..dah jadi mcm blog klon pulak dah...tak patut tu. Semalam pun saya terjumpa lagi dgn satu blog ni tapi biarlah org lain yg jumpa dan nilai sendiri la yer. Saya malas nk cakap blog mana satu. Jadi, saya berharap, jika ada sesiapa yg nak cnp gambar2 yg ada di sini, sila maklumlah terlebih dahulu kpd saya sblm anda 'terkantoi'..hehe. Terima kasih. 

Sunday, December 19, 2010

Award from Miera


Assalamualaikum....
Selamat berehat dan selamat bergembira bersama orang2 tersayang. Sepanjang hari ni dyg tak kemana2.  Hanya menghabiskan masa dan tenaga dgn mengemas rumah, memasak, melayan anak2, dan yang paling menyeksakan ialah acara melipat kain. Aduh! memang suffer!...huhu. 2-3 hari ni cuaca tak berapa panas sgt lbh2 lagi duduk kat kawasan hutan ni..lagilah payah kain jemuran nak kering kan...hmm..apa nak buat...siapa suruh duduk dlm hutan?...hahaha.

Oklah, hari tu dpt jemputan khas dari Miera (pludcorner.blogspot.com). Katanya nak bagi award dan tag. Dyg terus bergegas ke sana...huhu...betapa segannya nak amik award tu. Yalah kan, tak pernah2 dpt penghargaan yg sebegitu rupa. Terima kasih banyak2 yer, Miera. Akak dah jawab segala tag yg diberi. Minta maaflah yer kalau2 jawapan yg diberi kurang relevan dan kurang memuaskan hati...hehe. Apa2pun, terima kasih sekali lagi atas penghargaan yg diberi. 

Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda?
~ Masakan pertama yg pernah dicuba ialah sambal belacan kaw2...hahaha. Masa tu kalau tak silap masih bersekolah rendah lagi. Lepas tu dah pandai tanak nasik, masak air, masak maggi dsbnya. 

Siapakah yang menggalakkan anda memasak?
~ Mula2 rasa terpaksa. Mak yg paksa. Lama2 jadi minat pulak. Terus teringat kenangan sewaktu di alam persekolahan. Ambil subjek Makanan dan Pemakanan dan belajar ttg ilmu memasak secara teori dan amali. Dari situlah minat makin bertambah. 

Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang-orang kesayangan anda :
~ haa, ni mmg banyaklah..tak terkira...antaranya adalah asam pedas, kari, sup tulang, ikan kukus, satay goreng, pulut kuning, sayur buncis, ketam masak merah, nasi dagang, nasi beriani, nasi ayam, ayam panggang, sotong tumbuk, udang masak merah, daging kicap, ikan bakar, makaroni dan semua jenis pasta, pizza, dan banyak lagilah...semuanya sedap dan menepati selera keluarga.

Tag 5 orang blogger masakan yang sering berkunjung ke blog anda.
~ Sebenarnya ada ramai geng masak2 yg suka visit blog dyg selain yg 5 orang ni...hehe
  1. Kak Nor Ganu
  2. Izah Muffin Lover
  3. Lina_pg
  4. Peri Pia
  5. Yatie Memories
Ok. Done. Lega rasanya dpt jawab tag...hehe.

Saturday, December 18, 2010

Bendi Goreng Telur


Dengan ini, saya, Dayang_Jack, ingin mengumumkan bahawa nama blog ini telah ditukarkan kpd nama 'DapurKu SaYang'. Harap maklum yer. Kenapa tukar tajuk blog??...maaf, tiada sebab. Memang itu sudah keputusan muktamad...jadi janganlah ditanya kenapa mengapa dan disebabkan apa yer...hehe. Walau bagaimanapun, kpd rakan2 blogger yg telah ada link 'Teratak Dayang_Jack' dlm blog masing2 kalau rasa nak rename kat blog list tu, silalah berbuat demikian tetapi kalau tak nak pun tidak mengapa...no problem. Yang penting, url tak berubah yer..tetap maintain sampai bila2 selagi blog ini masih wujud...InsyaAllah.

Oklah, nak crita psl sayur bendi ni plak. Sebenarnya kan menu ni adalah menu yg dah lepas tp oleh kerana dah save gambar dlm folder, maka dyg upload jelah ke sini. Hari tu terbeli banyak bendi ni. Lepas buat asam pedas, buat kari kepala ikan plak, pas tu, buat goreng2 ringkas, tapi masih tak habis lagi...last2 buat stail gini. Barulah habis...begitulah kesudahannya..hehe. Dapat idea lepas jenguk dapur Kak Nor Ganu hari tu. Tapi tak nampak plak resepinya..ker terlepas pandang, tak pastilah plak...kalau ada resepinya, nak kopipes jek...sb rasa2 resepi mungkin hampir sama kot...hehe. Tapi tak apalah kan, dyg tulis juga resepinya mengikut stail sendiri. Bahan-bahan main campak jer tapi rasanya mmg boleh tahanlah...siap main ratah lagi tu sambil2 nonton tv...hehe. 


Jomlah layan resepi simple ni dulu. Walaupun entri agak lambat sket nk publish, tapi dyg pasti ada gak yg sudi skodeng tengah2 mlm ni...hehe. Jom!

Bendi Goreng Telur

Bahan-bahan : tiada sukatan

  • sayur bendi secukupnya 
  • bawang merah (ditumbuk)
  • bawang putih (ditumbuk)
  • sedikit kiub pati ikan bilis
  • cili padi atau cili merah  (ditumbuk)
  • 1 biji telur
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap masin/kicap manis
Cara-cara : 
  1. Bendi direndam dgn air bergaram. Kemudian ditoskan kering2. Kemudian barulah dipotong menyerong.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk hingga terbit bau. Kemudian, masukkan kiub pati ikan bilis, sos tiram dan sedikit air. Kacau sebati.
  3. Pecahkan telur di dlm tumisan tadi dan kacau rata-rata. Barulah dimasukkan sayur bendi dan kicap secukupnya. Goreng hingga masak. Boleh tambah garam jika perlu.




**semua komen serta mesej pengunjung akan dibalas kemudian. terima kasih kerana sudi bertandang ke sini.

Friday, December 17, 2010

Daging Merah bersos Plum


Daging masak merah ni dah agak lama gak tak buat. Kali ni letak sos plum. Bertambah2 sedapnya. Rasa masam, manis, masin dan pedas, semuanya ada. Barulah berselera lbh2 lagi tengah flu ni. Time ni lah cerewet sket nk pilih makan...hehe.

Jomlah layan resepinya...sedap tau


Daging Merah BerSos Plum

bahan-bahan: (3-4 orang makan)
  • 250-300 g daging (direbus dan dihiris nipis)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sudu makan sos plum
  • 2-3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk)
  • sedikit kicap manis jika suka
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1-2 helai daun limau purut jika suka
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan sos tiram, sos plum, sos cili,  kicap, cili padi, cili merah, dan daun limau purut. Masukkan sedikit air dan kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan daging, bawang besar, garam dan gula (jika perlu). Kacau sebati hingga kuahnya pekat. 
  4. Setelah masak, hidangkan dgn nasi panas. 
*** masukkan sedikit pewarna merah semasa merebus daging supaya kelihatan lebih menarik.


Thursday, December 16, 2010

Menu hari ni...

Ayam Kicap Berempah Harum

Sayur Tumis Udang

Dessert mudah

Nanti update resepi. Layan dulu....terima kasih sudi singgah...

Kek Lapis Horlicks dan Kek Lapis Asam Manis


Kek-kek lapis ni adalah antara kek kegemaran dyg. Hari tu sblm balik dari Kuching, sempatlah beli pelbagai jenis kek lapis ni di Kampung Boyan. Tempat tu mmg femeslah dgn penjualan kek-kek lapisnya. Macam2 jenis kek lapis ada dijual termasuklah kek lapis basah. Memang best! dan yg paling membanggakan dyg ialah kehadiran pelancong2 dari luar negara ke situ sedang kusyuk membeli belah. Maknanya kek2 lapis ni bukan shj terkenal di seluruh Malaysia, tetapi juga di negara2 luar.


haa...inilah tempat yg dimaksudkan dyg tadi. Guna kamera fon jer ni. Nampak tak rumah2 kiut tu??...tu lah tempat menjual kek2 lapis yg sedap2 belaka. Time nak hujan pun sanggup gak redah semata-mata nk cari kek lapis....hehe.

Pemandangan yang indah dari kampung yg indah....


Last time buat kek lapis asam manis Sarawak ni ialah 6-7 tahun lepas. Lama tuu...hehe. Nak buat malas pulak, lagipun oven tengah sakit masa ni. Belum berkesempatan nak hantar servis lagi. Kalau setakat nk buat kek plain ok ler. 


Resepi kek lapis Horlicks boleh rujuk di myresipi.com sumbangan dj vjuice . Kek ni boleh dikukus atau dibakar mengikut citarasa. 

Untuk resepi kek lapis Asam Manis akan akan ditulis kemudian yer. Boleh juga rujuk resepi RSR . Resepinya lebih kurang sama jer dgn resepi dalam simpanan dyg. 

Tuesday, December 14, 2010

Crispy Banana Fritters (Cokodok Pisang Rangup)


Minum petang kami sekeluarga. Mula2 buat cokodok biasa. Lepas tu, datang lak idea nak buat stail gini. Pun tersangatlah sedap dan rangup pulak rasanya. Tak rugilah mencuba.

Jom layan resepi dgn gambar2 yg tak seberapa ni....hehe.


Crispy Banana Fritters

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum atau secukupnya
  • pisang secukupnya (dilenyek) - DJ guna pisang emas 5-6 biji
  • 60 ml susu cair
  • 1/2 cawan gula ( -/+ )
  • sedikit garam
  • breadcrumb / serbuk roti secukupnya
Cara-cara :
  1. Satukan kesemua bahan di atas kecuali breadcrumb dan sebatikan hingga gula hancur. Boleh tambah tepung jika perlu. Kemudian, ambil sesudu adunan dan bentukkan mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis.
  2. Salutkan atau golek2kan adunan tadi ke dalam serbuk roti. Sejukkan sebentar.
  3. Panaskan minyak utk goreng terendam. Gorenglah hingga keemasan. 
Sebelum digoreng. 

Sedap dimakan panas2. Tapi alahai, tak cukup gak rupanya...nxt time kena buat byk2!

Cokodok klasik....buat lembik2 sket barulah sedap!

Monday, December 13, 2010

Acar Buah


Masa balik dari kampung tempoh hari, sempat gaklah bawak balik acar buah kegemaran buatan bonda kesayanganku ni. Memang sedap tak terkata. Biasanya mak akan buat berbalang2 banyaknya utk disedekahkan kpd saudara mara terdekat. Memang sedaplah dimakan dgn pelbagai jenis hidangan nasi terutamanya nasi minyak, nasi beriani dan nasi tomato. Acar buah ni kalau kurang manis, ianya boleh bertahan setakat 2-3 bulan sahaja. Tetapi kalau manis, boleh bertahan hingga 8-12 bulan lamanya, bergantung kpd cara penyimpanannya. 

Biasanya kalau duduk kat KL ni, dyg beli yg instant jer namun tak semuanya menepati citarasa. Ada yg terlalu masam dan ada gak yg terlalu tawar. Bila fikir2 lebih baik buat sendiri. Barulah puas hati, kan. Tapi bila entah nak buat sendiri tu, tak pastilah...hehe.


Bahan-bahan : tiada sukatan

  • bawang merah (dihiris)
  • bawang putih (dihiris)
  • halia (dihiris)
  • rempah tumis (bunga cengkih, kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang)
  • cili giling
  • garam
  • gula
  • air limau kasturi (jeruk)
  • jeruk manis campuran (buah cermai, belimbing buluh, limau kasturi, buah kana, prune dsbnya)
Cara-cara : Tumis rempah, bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling. Tumis hingga pecah minyak. barulah dimasukkan jeruk manis campuran, garam, gula dan air limau jeruk secukupnya. Kacau perlahan-lahan dan jika terlalu pekat, bolehlah ditambahkan air secukupnya.

***nanti update lagi dgn cara2 membuat jeruk limau kasturi.

Friday, December 10, 2010

Puding Kentang


Sebenarnya hari ni buat 3 jenis puding kentang. Puding kentang lapis coklat, puding kentang kosong dan yg ini adalah puding kentang perisa Pandan. Anak2 dah tau dah mama dia org suka puding ni sb tu sorang pun tak berani nak sentuh..hehe. Yang dua lagi puding tu tak usah tanyalah....udah habisss...

Ok, actually kan dyg ni tak brp suka sgt puding yg keras mcm agar2 tu. Jadi, dyg akan buat selembut yg mungkin. Barulah menepati selera...hehe. Apa2pun, puding kentang ni sgt sedap dan lembut. 

N3 ni terpaksa didahulukan dulu sementara rajin. Menu2 yg dah lepas akan ditayangkan kemudian. 


Resepi Puding Kentang

  • 10 g serbuk agar-agar
  • 2 biji ubi kentang sederhana saiznya 
  • 200 g  gula pasir
  • 200 ml santan pekat
  • 125 ml susu cair
  • 500 ml air 
  • 3-4 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar mentega
  • 3 sudu makan tepung kastard (dibancuh dgn sedikit air)
  • pewarna atau perisa mengikut citarasa - jika perlu
Cara-cara :
  1. Ubi kentang dicuci bersih(tidak perlu kupas kulitnya). Kemudian direbus bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah itu, kupas kulitnya, dan blend sehingga lumat bersama 180 ml air. Ketepikan.
  2. Satukan gula bersama air 500 ml dan serbuk agar-agar di dalam periuk. Didihkan sehingga gula larut. Kemudian, masukkan ubi kentang yang sudah dikisar tadi diikuti santan, susu pekat dan susu cair. Kacau perlahan-lahan hingga sebati. 
  3. Masukkan mentega dan tepung kastard. Kacau lagi hingga kelihatan pekat. 
  4. Jika suka, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna dan perisa pilihan. Kemudian tuangkan adunan di dalam bekas yg bersesuaian samada secara berselang seli mahupun berlapis. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan di dalam peti sejuk.
  5. Nota : seelok-eloknya guna bekas kecil kerana puding ini agak lembut. Tetapi boleh kurangkan sukatan air mengikut citarasa.  Selamat Mencuba!

Yuhuuuu!...I'm back!!!

Ada yg bertanya, bila lagi nak update blog...hehe. Tak kurang juga ada yg menjangkakan bahawa aku sudah mengandung sb tu senyap memanjang...hahaha!..ada2 jer kan... Owh, sebenarnya tak...body msh slim lagi nih...tapi perancangan utk mendapatkan cahaya mata tu tetap ada...cuma belum ada rezeki lagi..nak buat mcm mana kan...hehe. 

Syukur Alhamdulillah...DJ sudah mula bersemangat utk berblogging setelah sekian lama bercuti. Seronoknya bercuti sehingga tak ada ruang utk menulis entri. Walau bagaimanapun, dlm kesibukan bercuti, sempat juga BW ke rumah rakan2 blogger biarpun tak sempat nak tinggalkan jejak. Minta maaf juga kpd rakan2 yg telah menghantar sms kpd DJ tetapi tak sempat DJ reply pd masa tu. Masa dan ruang membatasi segala-galanya. Harap faham dan tak ada yg berkecil hati yer...

Oklah, DJ tak dapat nk berceloteh panjang lebar masa ni sb ada hal sket. Malam nanti InsyaAllah, DJ akan tayang menu2 yg dah lepas dan terkini. Resepi2 baru akan menyusul kemudian. Sabar dulu yer. Sekali lagi DJ mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian dan kesetiaan anda semua mengunjungi teratak DJ. Love u all!