Tuesday, February 12, 2013

Kek Coklat Keju Kukus


Wahhh! Dah agak lama tak mengukus kek. Rindu pulak nak makan. Projek mengukus ni pulak asyik tertangguh2 disebabkan kesuntukan masa dan jugaaa...heheh...kemalasan yang tak dapat dielakkan. Betul! DJ sejak dua menjak ni banyak sangat dilanda kemalasan. Tapi selera nk makan kek kukus bukan main lagi...Ingat nk order dari biras jer tp dia tak buat sangat kek kukus. So, DJ akhirnya terpaksalah merajinkan diri ke dapur ...godek2 apa2 yang patut. Alhamdulillah, berkat rajin dan semangat, akhirnya terjadilah satu lagi koleksi kek dan resepi baru DJ. Sebenarnya nk buat kek ni taklah sesusah mana pun....heheh.

Tapi sebelum kejadian kek keju coklat yg sedap ni, penat gak DJ memikirkan nk buat kek kukus apa. Mula2 terfikir nk buat kek keju pandan. Lepas tu tak jadi pulak. Lepas tu terfikir pulak nk buat kek keju stoberi...heheh...adehh...pening2. Akhirnya DJ buat coklat keju je lah. Alhamdulillah....sangat elok kejadiannya. Rasa pun taklah manis sgt. Tapi sedap dan lembut jer. Hehehe....habislah dietku lepas ni...baru jer lepas kurangkan lemak sbyk 3-4kg....harap2 maintain la ek... :D :P


Jom kita semak resepinya! Boleh cuba jika berminat. Inshaa Allah sekiranya rajin nanti DJ nk buat versi pandan keju atau strawberi keju pulak. ;)

Terima kasih sudi menjengah ke dapur DJ ye. Selamat bercuti dan ceria selalu!

Kek Coklat Keju Kukus
resepi : dayangjack

bahan-bahan : loyang 8x8x3

Lapisan Coklat :
  • 170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
  • 170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - DJ menggunakan mentega jenama Farmcows
  • 3 biji telur gred B
  • 220g gula kastor
  • 45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Lapisan Keju :
  • 600g krim keju (pada suhu bilik)
  • 2 biji telur
  • 120g gula kastor
  • 1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
  • 4 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :
Lapisan Coklat :
  1. Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan. 
  2. Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi. 
  3. Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan. 
Lapisan Keju :
  1. Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
  3. Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati. 
Cara mengukus :
  1. Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. 
  2. Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
  3. Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit. 
  4. Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
  5. Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. 
** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum. 

Tak sangka pulak yang paling byk makan ialah mr hubby....ekeke


SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI DJ DI FB. TQVM. 

Saturday, February 09, 2013

Ayam Kicap Berempah dan Berkerisik


Ayam Kicap Berempah dan Berkerisik
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka dan dicuci bersih)
  • 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili kisar/cili giling
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis atau secukupnya
  • sedikit kicap manis
  • sedikit hirisan daun sup
  • sedikit madu/gula dan garam
  • sedikit air asam jawa
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 3 sudu makan kerisik
bahan-bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
Cara-cara :
  1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan 1 sudu makan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
  2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan kicap pekat dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam dan kerisik. Gaulkan rata-rata. 
  5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. 
  7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!
***sebelum menumis, kalau nak goreng ayam tu separuh masak pun boleh. 

Saturday, January 26, 2013

Kek Lapis Nirwarna


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua......

Wahh2! Lagi2 kek lapis ye....hehe. Sebenarnya kek ni dayang buat tahun lepas lagi. Dah tayang pun kat FB tapi x tulis lagi resepinya. Sekadar cuci2 mata jelah...hehehe. 

Nasib baiklah dayang msh simpan lagi gambar2 kek ni. Bolehlah dayang update resepinya di sini. Resepi asalnya adalah kepunyaan Puan Rabiah Amit, seorang pakar dlm membuat kek lapis di Sarawak. Byk gak koleksi resepinya yg menjadi inspirasi buat dayang utk membuat kek lapis dlm pelbagai corak mengikut citarasa sendiri. :)

Kek ni mmg sedap dan amat menarik warnanya. Rasa sayang pulak nk makan. Kalaulah dapat diawetkan, nak jugak dayang buat mcm tu. Lepas tu, hias dan jadikan pameran...hehe. 

Oklah...nampak gayanya dayang tak boleh duduk lama depan laptop. Banyak sangat gangguan dan kerja2 lain yg tak habis2...huhuh.

Dayang salin semula resepi asalnya di sini ye. Sesiapa yg berminat, bolehlah mencuba resepi ni. Yang penting, ada semangat dan minat....hehe. 

Kek Lapis Nirwarna
Resepi : Puan Rabiah Amit
Sumber : Dayang@DapurKu Sayang

bahan-bahan :
  • 10 biji telur (asingkan putih daripada kuning)
  • 2 gelas gula halus (dayang guna 160g gula halus)
  • 400 g mentega 
  • 2 1/2 gelas tepung gandum (dayang menggunakan tepung hong kong)
  • 1 tin susu pekat manis (dayang menggunakan 300g susu pekat)
  • 1 botol kecil coklat urai (dayang tak letak sebab tak ada stok)
  • 1 botol kecil mentega kacang/peanut butter
  • 1 tin kecil serikaya
  • 1 cawan serbuk Horlicks (dayang menggunakan 50g Horlicks)
  • pewarna hijau, merah, coklat dan kuning (dayang menggunakan warna hijau, kuning, ungu dan merah jambu)

Cara-cara :
  1. Pukul putih telur dengan 1 gelas gula hingga agak keras. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dengan baki gula hingga ringan dan kembang. Sambil mesin terus berputar, masukkan kuning telur satu demi satu. Pukul hingga kembang.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata.
  4. Masukkan susu pekat dan kacau rata.
  5. Satukan dengan adunan putih telur. Gaul sebati. Bahagikan kepada 4 bahagian: 1 bahagian warnakan hijau dan masukkan mentega kacang. 1 bahagian warnakan merah dan masukkan serikaya. 1 bahagian warnakan coklat dan masukkan coklat urai. 1 bahagian  warnakan kuning dan masukkan horlicks.
  6. Sediakan acuan 8 1/2" x 8 1/2" x 4" (dayang menggunakan loyang 8x8x3. Griskan dengan mentega dan alaskan dengan baking paper). Tuangkan selapis nipis adunan warna coklat ke dalam acuan dan ratakan. Bakar dengan api gril di dalam ketuhar bersuhu 250C selama 3 minit. Adunan juga boleh dikukus selama 3 minit.  (bakar/gril menggunakan api atas sahaja. Lain oven lain tahap kepanasannya. Sila adjust sendiri)
  7. Tuangkan pula selapis nipis adunan kuning dan ulangi proses sebagaimana dalam langkah 6. (dayang tuang adunan sebanyak 7 sudu makan)
  8. Ulangi dengan melapis warna hijau dan merah sebagaimana proses dalam langkah 6 dan 7, sehingga semua adunan habis. 
  9. Akhir sekali bakar dalam ketuhar bersuhu 180C selama 5 minit. (bakar keseluruhan)
  10. Keluarkan dan biarkan kek sejuk di dalam acuan/loyang. 
***sukatan gelas/cawan yg boleh muat 200 ml air.
***gunakan butter yang berkualiti tinggi. Dayang menggunakan butter jenama Anchor.


Ini adalah gambar asal  Kek lapis Nirwarna oleh Puan Rabiah Amit.

Saturday, January 19, 2013

Kek Lapis Cadbury Pandan



Yuhuuuuu! Assalamualaikum dan salam rinduuuu......

Apa khabar pengikut2 serta pengunjung2 setiaku sekalian???....Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria selalu. Sudah begitu lama dayang x menjengah blog sendiri apatah lagi nk ber'blogwalking'...waduhh...rindunyaaa...banyak masa dihabiskan dengan urusan keluarga dan hal2 yg lain. Memang tak berkesempatan utk update apa2. Tapi hari ni kugagahkan jugak utk menulis kerana x dpt dah nk menahan rindu....huhu. Alhamdulillah....dapatlah menulis sekurang2nya satu resepi kek lapis lagi yg mana resepi ni sepatutnya dayang update pada penghujung tahun lepas lagi. Ooppss! Meskipun agak terlewat, tetapi dayang nak wish jugak ...Selamat Tahun Baru ye kpd anda semua.... Semoga tahun ini segala hasrat dan impian akan terlaksana dengan jayanya. 

Dayang juga sgt2 berterima kasih kpd semua yg sudi singgah ke teratak usang hamba ni..adehh... biarpun rmh tak bertuan, namun kubersyukur kerana setiap hari ada saja kunjungan silih berganti utk mencari dan mencuba resepi2 dari dapur yg x seberapa ni... terima kasih sekali lagi. Ada byk komen yg tak berbalas hingga kini. Maaf byk2 ye. Sekiranya berkesempatan nanti, dayang akan reply.

Cuma dayang ingin berpesan sekali lagi, sekiranya anda ingin Copy n Paste resepi dari sini ke website anda, silakan ye...dan tak perlu meminta izin dari dayang. Yang penting resepinya diletakkan sumber, tu dah memadai. Lagi satu, sekiranya ingin mengambil/meminjam gambar masakan dari sini, dayang izinkan juga tetapi gambar tersebut tidak di'crop' dan diubah watermark. Biarkan dengan gambar asalnya saja. Tetapi seboleh2nya mintalah keizinan terlebih dahulu dari empunya resepi...itulah sebaik2nya. okay?...hehe.

Orait, tak dapat pot pet memanjang. Dah terlalu ramai teman FB tanya resepi kek lapis ni....aduhaaiii, siannyaaa...dari tahun lepas lagi tak ter'update'...hmm. Sejak virus M melanda ni, lagilah rancak bercuti panjang...huhuh. 

Tak silap dayang, kek lapis cadbury ni dayang buat selepas raya tahun lepas. Buat adunan separuh je ni sb tu nampak rendah sket. Saja nk perhabiskan stok coklat cadbury yg ada tu....tu pun x cukup gak nk buat utk separuh adunan...nasib baiklah dpt adjust. Kek ni lbh kurang sama rasanya dengan kek Lapis India/Cadbury, cuma ada berperisa pandan sket. Bagi penggemar2 pandan, pasti tak boleh resist....mesti suka rasa kek ni... :)

O ya sebelum terlupa, ada yg tanya mcm mana nk susun coklat cadbury ni. Tak cair ke kalau dibakar? Jawapannya tak. Senang cerita, letak adunan ke dalam loyang, ratakan. kemudian susunkan kepingan coklat secukupnya dan terus bakar/gril hingga perang. Inshaa Allah, coklat tak cair. Coklat Cadbury je tau, sila jgn guna coklat brand lain ye...hehe.

Gambar contoh menyusun kepingan cadbury mengikut citarasa...

Ini pula jenis cadbury yg digunakan....

Ok, di sini dayang kongsikan resepi mudahnya. Selamat mencuba!

Kek Lapis Cadbury Pandan

bahan-bahan: loyang 8" x 8"
  • 500g mentega berkualiti tinggi (dayang menggunakan mentega Anchor)
  • 300g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian ditimbang)
  • 150g gula halus
  • 10 biji telur gred A 
  • 75 ml air sejuk (dari peti ais)
  • 50g serbuk santan (1 peket)
  • 11/2 sudu besar ovalette
  • sedikit esen vanilla
  • 300g susu pekat manis
  • kepingan coklat Cadbury secukupnya
  • pes pandan secukupnya
  • kelapa parut kering (optional)
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega. Alaskan loyang dengan baking paper. 
  2. Satukan tepung biskut marie, santan serbuk, telur, ovalette, gula, esen vanilla dan air sejuk ke dalam mangkuk pengadun dan putar adunan hingga kembang. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk adunan berasingan, putar mentega bersama susu pekat hingga berkrim dan gebu. Kemudian satukan dengan adunan tepung tadi. Sebatikan.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian 1, 2 dan 3 (B1, B2 dan B3)
  5. Ambil B1 dan masukkan pes pandan. Gaulkan rata-rata. Manakala sukatan B2 dan B3 dibakar dalam warna asal. 
  6. Ambil 7 sudu besar adunan warna asal dan ratakan ke dalam loyang dan bakar/gril hingga keperangan (api gril selama lebih kurang 5 minit, tetapi bergantung pada kepanasan oven masing-masing).
  7. Ulangi melapis dengan adunan warna asal dan bakar (untuk lapisan kedua).
  8. Kemudian sudukan 7 sudu besar adunan pandan ke dalam loyang. Ratakan. Susunkan kepingan coklat cadbury secara rambang atau mengikut ciatarasa. Jika suka, taburkan sedikit kelapa parut kering pada adunan hijau tadi. Kemudian barulah dibakar/gril. 
  9. Ulangi proses dengan 2 lapisan adunan warna asal, diikuti 1 lapisan adunan warna hijau. Buat hingga habis. 
  10. Kemudian bakar lagi kek dengan api atas dan bawah dengan suhu 160C selama 10 minit. 
  11. Sejukkan kek sebelum dipotong.