Sunday, October 31, 2010

Sambal Udang Berserai

Salam...

Hari ni tuan rumah tak ke mana-mana. Duduk rumah jer. Layan TV sambil lipat kain. Malas pun satu hal. Tapi malas2 pun dpt gak update blog..hehe. 

Layan jelah menu yg ada ni yer. Lauk hari ni ialah ayam masak lomak, ikan masin, sambal belacan dan udang sambal berserai. Si anak perempuanku itu ckp yg sambal udang ni tersangatlah sedapnya...lain dp yg biasa. Yang biasa tu pun sedap mmg sedaplah, tp yg ni lain sikit rasanya...yelah tu kot...resepi spontan kan...Alhamdulillah, berbaloi2!....hehe

Nasib baik sempat tangkap gambar. Tinggal yg ni jer. Tapi lepas ambik gambar, terus licin diratah princess...huhu. So, jamu mata jelah yer dgn gambar2 versi pemalas ni...hehe.

Sambal Udang Berserai

  • 300-400 g udang segar (dibersihkan dan digoreng seperti biasa hingga masak)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar) - optional
  • 1-2 batang serai (dikisar)
  • 1/2 inci belacan bakar (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • 3-4 sb cili giling (cap Puteri) - cili giling yg lain pun boleh tp kena add garam dan asam jawa
  • 1 sudu makan sos tiram
  • gula secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kemudian, tambah gula, garam(jika perlu), perahan asam jawa(jika perlu) dan bawang besar. 
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan udang yg telah digoreng tadi. Gaul2kan hinga sebati. 
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Thursday, October 28, 2010

Kastard Jeli Pandan


Malam ni layan jelah dessert yg ada ni ek. Resepi asalnya adalah kastard jeli perisa strawberi cuma dyg edit sikit je tang bahan2nya tu. Oleh kerana tak ada stok jeli strawberi tu, dyg gantikan dgn jeli perisa pandan. Boleh tahan gak sedapnya. Nyaman je rasa  anak tekak walaupun di tempat dyg ni sentiasa sejuk..huhu. Kalau nak try resepi asal, bolehlah rujuk di SINI



Kastard Jeli Pandan


Bahan-bahan :
  • 90 g Premix Crystal Jelly perisa Pandan (cap Nona)
  • 3 cawan susu cair
  • 3 sb gula
  • 1-2 sb susu pekat manis
  • 1 tin buah-buahan koktel (disejatkan)
  • 1 sk esen vanilla
  • 2-3 sb tepung kastard (dibancuh dgn 3 sb air)
  • 1 sb mentega 
Cara-cara :
  1. Satukan susu cair, gula, susu pekat, esen vanilla, tepung kastard dan mentega di dalam periuk dan masak hingga pekat. 
  2. Tuangkan adunan kastard tadi ke dalam bekas yg bersesuaian (seelok2nya gunakan bekas/cawan kecik) . Biarkan ia sejuk sebentar dan kemudian susunkan buah2an koktel tadi di atasnya. Ketepikan.
  3. Untuk adunan jeli : Didihkan air 500 ml ke dalam periuk dan masukkan serbuk jeli tadi hingga larut. Kemudian tuangkan ke atas adunan kastard tadi. 
  4. Sejukkan terlebih dahulu.


Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2010/08/kastard-jeli.html#ixzz13fAOcZCh
Under Creative Commons License: Attribution

Wednesday, October 27, 2010

Chiffon Cheesecake


Dalam bulan ni saja dah 4 kali buat kek chiffon ni. Rasa mcm jimat pulak beli cream cheese sb tak pakai banyak. Lagipun, senang nak buat. Tak perlu buat mcm biasa tu (Steam bath). Tak perlu nk risau kek tu masak ke tak. Kalau guna loyang chiffon InsyaAllah kek masak sekata dan naik gebu. Tetapi bergantung juga pada kesegaran telur. Kalau tak segar, hasilnya dah pasti mengecewakan....kalau dah kecewa, mmglah  rasa nak give up jer kan...hehe.


Resepi ni dyg olah mengikut sukatan sendiri dan selera anak tekak sendiri yer. Bahan2nya lebih kurang sama jer dgn resepi chiffon cheesecake yg ada dlm internet ni. So, jangan komplen yer kalau tak menepati selera. Bagi dyg, kek ni btl2 fit my taste. Tak spongy sgt dan tak creamy sgt. Payah nak explain sebenarnya, tp kalau nak tau kena cuba sendirilah kan...hehe.


Alhamdulillah....anak2 kata sedaappp!..lembut, gebu dan lemak2 manis gitu. Time dah nak masak tu, mmg best!..harum dan wangi jer baunya..semerbak satu rumah.



Chiffon Cheesecake

Bahan A :

  • 90 g cream cheese
  • 50 g butter
  • 80 ml susu segar
  • 2 sb jus oren
  • 100 g tepung gandum
  • 5 biji kuning telur gred A
Bahan B :
  • 5 biji putih telur gred A
  • secubit garam
  • 100 g gula kastor
  • 1/4 sk krim tartar
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 150-160C. 
  2. Bahan A (kecuali tepung dan telur) disatukan sekali di dalam periuk dan dicairkan hingga sebati dgn menggunakan whisk. Masak dgn kaedah double boil(sediakan kuali / periuk leper yg berisi air. Dan kemudian letakkan periuk yg berisi bahan2 A tadi di atasnya dan panaskan dgn api perlahan). Setelah masak, sejukkan sebentar.
  3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata.
  4. Masukkan kuning telur dan kacau lagi secara perlahan-lahan hingga adunan betul2 sebati dan tak bergentel. (masih menggunakan whisk)
  5. Bahan B : Pukul putih telur hingga berbuih dan barulah dimasukkan garam, krim tartar dan gula sedikit demi sedikit. Putar hingga gebu dan bertanduk. Jangan sampai overbeat.
  6. Satukan bahan B dgn bahan A tadi. Ratakan secara kaup balik dgn menggunakan rubber spatula.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon berukuran 22 cm (tak perlu disapu mentega) dan goyang2kan sedikit loyang tersebut supaya adunannya sekata.
  8. Bakarlah selama 50 minit atau sehingga kek masak keperangan. (yang ni kena adjust sendiri mengikut jenis oven masing2. Memandangkan oven DJ ada masalah, DJ bakar dgn suhu 140C dulu selama 50 minit dan kemudian dinaikkan pula pd 160C utk selama 10-15 minit lagi)
  9. Setelah masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang dan letak atas redai kek. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Selamat mencuba!

Cucur Nasi Ikan Bilis


Salam...

Rasa mcm dah lama lak tak jenguk rumah ni...hehe. Minta maaflah yer, tuan rumah asyik2 menghilangkan diri jer ni. Now u see now u don't...hehe. Waduhh!...ramai gak yg dok tunggu2 akan resepi ciskek tu ekk..hmm..kena sabar dulu...wait2 ha...InsyaAllah lepas entri ni, dyg akan update resepi ciskek tu pulak. 

Pagi tadi, dgn penuh semangat dyg buatkan cucur nasi ikan bilis utk sarapan memandangkan lebihan nasi yg dimasak mlm tadi msh ada lagi...kebetulan nampak menu ni di rumah izah (thanks izah, akak terskodeng resepi cucur ikan bilis di rumahmu tadi...hehe). Hasilnya mmg bestlah!..sedap sgt2!...betul! Siapa yg belum cuba, kena cuba resepi ni. Terima kasih juga buat Yatie krn sudi berkongsi resepi cucur nasi yg sungguh sedap dan lembut. Dyg buat 1/2 adunan je dp resepi asal. Cukuplah utk makan kami bertiga. Hubby lak outstation. Apa2pun, Alhamdulillah, anak2 suka sangat. Dyg cnp resepinya di sini yer. TQ. Lain kali boleh buat lagi. 



Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi (DJ letak 1 cawan)
  • 2 cwn air (DJ letak 1 cawan)
  • 1 biji bwg besar (DJ letak 1/2 labu)
  • 2 biji bwg putih (DJ letak 1 ulas)
  • 1/2 cwn ikan bilis (DJ letak segenggam)
  • 2 1/2 cwn tepung gandum (DJ letak 1 cawan)
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka) - tak letak
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
  • sedikit serbuk cili (DJ tambah)
  • sedikit serbuk kunyit (DJ tambah)
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

Sunday, October 24, 2010

Chiffon Cheesecake


Setelah bbrp kali ulang alik ulang alik ke Ilham Dapur semata-mata nak tengok resepi cipon ciskek, maka, akhirnya, terhasil gaklah projek ni 2-3 hr lepas. Bakar waktu malam, esoknya daah tinggal loyang..hehe. Tu pun time dah keluarkan dari loyang tu, si princess tak sabar2 nk suruh potong. Apalagi, kelam kabut gaklah kita ni dibuatnya. Posing pun entah apa2 dah tu. Last2, gambar yang dua ni jelah yg boleh publish. Yang lain, mmg rosakk!...huhu.

Sebenarnya kan dyg tak ikut sukatan dlm resepi tu walaupun bahan2nya hampir sama. Yang ni mmg main redah jer. Alhamdulillah, sangat2 menjadi, sedap dan lembut. Akan adalah siaran ulangannya nanti sb dah ada yg request lagi. Sepatutnya nak buat lg hari ni tapi tak laratlah. Nanti2lah. Maka, resepinya akan dicatat kemudian yer. 


Terima kasih atas kunjungan anda. Minta maaf sgt2 sb belum sempat nak reply mesej dan komen anda. Kpd yg telah mendoakan kesihatan dyg, terima kasih byk2. Terharu sampai tak terkata. Thanks.

Wednesday, October 20, 2010

Cakey Brownies



Salam....
Hari ni tak dapat nak membebel panjang lebar yer. Dah ketandusan idea sebenarnya. Sejak jatuh sakit hari tu, terus hilang mood nak update blog. Tapi Alhamdulillah lah hari ni, walaupun mood malas msh mengatasi segala2nya, kugagahkan juga menulis sepatah dua kata. Terima kasih atas kunjungan anda yang tak putus2.

Dah lama simpan pic brownies ni dlm folder. Baru teringat nak upload. Kalau tak silap, brownies ni dyg buat bulan puasa hari tu. Menggunakan resepi yg sama, tapi ada sedikit tambahan pd bahan-bahannya iaitu hirisan badam. Manakala untuk topping kat atas tu, dyg cairkan coklat putih dan coklat biasa. Sesekali makan brownies mmg sedaplah. Nak jenguk resepi boleh KLIK DI SINI

Monday, October 18, 2010

Tauhu Kukus Sos Plum/Taucu



Ingat tak hari tu dyg masak Ketam kukus sos plum?? The next day, dyg buat lagi sos plum tu untuk tauhu kukus pulak. Memang sedap sgt2!

bahan-bahan :
  • 1 paket tofu lembut (dikukus hingga masak)
  • 1/2 labu bawang besar (dipotong dadu kecil)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu makan taucu pedas 
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos plum
  • minyak bijan secukupnya
  • sedikit kicap cair (kicap manis pun boleh)
  • sedikit gula jika perlu
  • sedikit hirisan cili benggala 
  • sedikit hirisan daun bawang
  • hirisan cili padi - optional
Cara-cara :
  1. Di dalam kuali, panaskan minyak bijan secukupnya. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau. Kemudian masukkan taucu dan sos plum. Tumis lagi. (Jika suka, bolehlah dimasukkan sedikit udang basah).
  2. Masukkan sos cili, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih. Kemudian, masukkan gula (jika perlu), cili benggala dan cili padi. Jika ingin kuahnya pekat, bolehlah ditambah dgn bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kelihatan pekat. Tutupkan api dan tuangkan ke atas tofu yg sudah dikukus tadi.
  3. Hiaskan dgn hirisan daun bawang. Hidangkan.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2010/10/ketam-kukus-sos-plum.html#ixzz12h5OtD8G
Under Creative Commons License: Attribution


Set Nasi Dagang


Salam....

Hari ni barulah ada kesempatan nak update entri biarpun tak berapa sihat. Tiba2 jer sakit kepala dan sakit badan. Jadi, tak berapa laratlah nak masak berat2. Cuma goreng ikan kerisi sket dan sayur campur jer. Lagipun lauk kari ayam mlm tadi masih ada lagi. Bolehlah dipanaskan jer. 

Tengahari semalam, sempat jugalah masak nasik dagang kegemaran. Sepatutnya buat hari Sabtu tapi tak jadi pulak atas sebab2 tertentu. Sesekali masak sendiri mmglah puas hati. Kali ni dyg rujuk resepi dari dapur kakpah. Boleh tahan sedapnya. Terima kasih yer kakpah atas sumbangan resepinya. Kalau nak tengok resepi, boleh KLIK DI SINI.   


Biasa buat gulai ayam, tapi kali ni buat gulai lemak ikan tenggiri pulak. Sedaappp!

Bahan-bahan untuk acar ni ringkas jer tapi sedap. Timun, karot, bawang besar, cili api, cuka, garam dan gula.

Friday, October 15, 2010

Puding Coklat Sos Kastard....lagi.

Hari bila entah tak ingat, dyg buatkan lagi puding coklat ni sbg memenuhi permintaan si princess. Itupun asyik tertangguh jer sb malas...hehe. Last2 buat gaklah. Ikut resepi yg sama. KLIK DI SINI. Ingat nak share resepi ni kat MYR. Dah lama tak simpan resepi kat dapur nun sejak ada blog sendiri. Rindu pulak rasanya. Di situlah pertama kalinya dyg sumbang resepi. Sekarang ni dah hampir 2 tahun dah dyg menjadi ahli. Seronok dpt berkenalan dgn geng masak2 di samping berkongsi resepi. 


Layan jelah dulu dessert ni yer. Dari segi rasa, mmg mabeles! sos kastardnya pulak kalau nak dibuat lebih pekat, bolehlah tambah tepungnya tp dyg lbh suka berkuah sedikit cair (tak pekat tak cair sgt)...cuma kalau nak buat puding, depends gak dgn jenis serbuk agar2 yg digunakan. Sesetengah brand kena pandai2lah adjust sendiri. Mungkin kena lebihkan air/cecair dsb. Kalau tak, hasilnya nanti kurang memuaskan pulak. Finally, jadi agar2 coklat lak dan bukannya puding coklat...hehe. So, dyg lebih suka menggunakan cap bunga ros jer sampai sekarang. Apa2pun terpulanglah pd citarasa masing2. Terima kasih juga kpd yg telah mencuba resepi ni. Alhamdulillah... 

Daging Masak Hitam TMK



Salam....
Semalam tuan rumah tak berkesempatan nak update blog. Macam biasalah, busy sgt dgn urusan keluarga. Tapi tak apalah kan, yang penting, n3 tetap ada biarpun lambat update.

2 hari lepas, dyg teringin sgt nak merasa daging masak hitam dgn mencuba resepi Lina_pg. Dah berkali2 dok skodeng umah dia. Memang tak boleh tahanlah tengok menu daging hitam tu. Resepinya pun teramatlah mudah. Apalagi, dyg pun buatlah biarpun 'derhaka tidak sengaja' menggantikan rempah kurma kpd rempah beriani, sb rempah tu jelah yg ada selain rempah kari..pas tu cili boh terpaksa digantikan dgn cili giling.....sori yer Lina. Apa2pun rasanya tak jauh bezakan kan, Lina??...hehe.

Lepas masak, tak sabar lak nak makan dgn nasi panas. Memang menyelerakan! sampai menambah2 lak tu. Fuhh!!...berpeluh2 makan!!...memang berbaloilah cuba resepi nih...TQVM, Lina. Sedap resepi ni. Lain kali DJ guna rempah kurma atau rempah sup lak, ok. DJ cnp dulu resepinya di sini. TQ.


Daging Masak Hitam TMK
sumber : Lina_pg

Bahan Perap :
  • 1 kilo daging pejal ( potong selebar 2 jari ) 
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 1 paket rempah kurma @ serbuk sup ( DJ guna rempah beriani)
  • 1 paket kari daging
  • 1 paket kerisik ( 40g )
*** Satukan semua bahan perap kemudian perap semalaman***


Bahan-bahan:
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • Rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
  • 2-3 helai daun pandan ( simpul )
  • 3-4 sudu makan cili boh ( boleh tambah/kurang ) (DJ guna cili giling Puteri)
  • 2-3 sudu makan tomato puri ( boleh tambah/kurang )
  • kicap pekat 
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Minyak 
  • Air
Cara-Cara:
  1. Tumis rempah 4 beradik bersama bawang hingga bawang garing
  2. Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri.
  3. Masukkan daging, kacau sebati.Masukkan daun pandan
  4. Masak hingga daging empuk ( masukkan air jika perlu )
  5. Bila daging empuk, masukkan kicap dan sos tiram. Sesuaikan rasa.
  6. Dah siap

Tuesday, October 12, 2010

Ketam Kukus Sos Plum


Resepi ketam ni mmg mabeles!...Hari tu masa kat Petronas, sempat gaklah belek2 buku2 serta majalah2 masakan. Tiba2 mata ni tertarik dgn satu resepi ketam yg nampaknya sungguh menyelerakan. Tapi dah tak ingat resepi dari buku mana. Tak beli pun buku tu sb dah terbeli majalah Rasa. Lagipun buku tu resepinya tak banyak pilihan. Namun, sempat gaklah baca bahan2nya. Ingat masa tu je lah. Balik rumah terus ingat2 lupa pulak...hehe. Hari ni ternyata sampai gak hajat nk buat meskipun resepinya tak 100% menggunakan resepi yg dalam buku tu. Dyg cuba buat mengikut citarasa sendiri. Alhamdulillah...sedap betul masakan ketam ni..dengan bau minyak bijannya semerbak satu rumah..mmg tak rugilah....



Ketam Kukus Sos Plum

bahan-bahan :

  • 1 kilo ketam bunga (dibersihkan)
  • 1/2 labu bawang besar (dipotong dadu kecil)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 sudu makan taucu pedas 
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1-2 sudu makan sos plum
  • minyak bijan secukupnya
  • sedikit kicap cair (kicap manis pun boleh)
  • sedikit gula jika perlu
  • sedikit hirisan cili benggala 
  • sedikit hirisan daun bawang
  • hirisan cili padi - optional
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan bekas tahan panas atau loyang. Susunkan ketam di dalamnya. Taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
  2. Di dalam kuali, panaskan minyak bijan secukupnya. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau. Kemudian masukkan taucu dan sos plum. Tumis lagi. 
  3. Masukkan sos cili, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih. Kemudian, masukkan gula (jika perlu), cili benggala dan cili padi. Jika ingin kuahnya pekat, bolehlah ditambah dgn bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kelihatan pekat. Tutupkan api dan tuangkan ke atas ketam tadi.
  4. Kukuslah selama 7-10 minit atau sehingga masak. 
  5. Setelah masak, angkat dan hiaskan dgn hirisan daun bawang. Hidangkan.

*****************************************

Monday, October 11, 2010

Eggless Fruit Cake / Kek Buah Tanpa Telur (versi bakar)


Dah lama teringin nak makan kek buah. Semalam dyg buatlah seloyang utk mkn diri sendiri. Anak2 tak reti pun...kalau yg kek coklat tu lainlah cerita..hehe. Sebenarnya kan, dyg pun bukanlah penggemar fanatik kek2 buah versi bakar. Kalau dah teringin sgt2 barulah nak buat. Itu pun nak versi yg tak guna telur. Alhamdulillah, walaupun kek ni taklah secantik mana, tetapi ia tetap memenuhi selera. Dengan kata lain, kek ni sedap dan tak kering.


Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)

Bahan A :
  • 250 g tepung gandum
  • 110 g tepung kek
  • 1 1/2 sk baking powder
  • 1 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/4 sk serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren
Bahan B :
  • 250 g butter 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170-180  g gula perang / soft brown sugar
  • 2 sb madu / golden syrup
Cara-cara :
  1. Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
  2. Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dgn Bahan B tadi. Sebatikan dgn senduk kayu atau spatula shj. 
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dgn mentega dan ditaburkan dgn sedikit tepung (jika suka, guna loyang yg mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengah -  griskan loyang dan alaskan dgn kertas minyak). DJ menggunakan loyang chiffon berukuran 20 cm.
  5. Bakarlah selama 45 minit atau sehingga masak pd suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pd jenis oven masing2).
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dp loyang.




Keledek Tumis Kari Berudang


Salam....

Hari ni tuan rumah dah kembali sihat sediakala...dah tak sakit tekak dah...Alhamdulillah. Terima kasih juga diucapkan kpd rakan2 yg sudi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yg baik buat diri dyg. 

Antara menu hari ni ialah keledek kari berudang..cam pelik jer bunyinya kan...hehe..tapi keenakannya mmg menepati selera. Sebenarnya, dah buat pun minggu lepas. Oleh kerana keledek merah msh berbaki, sayang pulak tak dihabiskan. Jadi, dyg masaklah lagi menu yg sama. Nak buat puding, malas pulak..


Oklah, layan jelah dulu resepinya. Kalau berminat, bolehlah cuba. Semoga kena dgn citarasa. Lauk2 lain akan menyusul kemudian, InsyaAllah.

Keledek Tumis Kari Berudang


Bahan-bahan:

  • 200 g keledek merah (dikupas dan dipotong ikut suka tetapi jangan terlalu tebal)
  • 4 batang kacang panjang (dipotong)
  • 100 g udang basah (dikupas kulitnya dan dibersihkan)
  • 2 sk serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1 sk serbuk cili (dibancuh bersama serbuk kari) - optional
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • sedikit garam 
  • sedikit kicap manis
Cara-cara :
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. (kalau nak letak 2-3 helai daun kari pun boleh).
  2. Masukkan bancuhan pes kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan keledek dan air secukupnya. Masak hingga separuh lembut.
  4. Kemudian masukkan udang dan kacang panjang. Kacau sebati.
  5. Akhir sekali perasakan dgn garam dan sedikit kicap manis.
  6. Setelah masak, bolehlah angkat dan dihidangkan bersama nasi panas.

Saturday, October 09, 2010

Kek Coklat Tanpa Telur (Resepi II)

Salam....
Hari ni tuan rumah tak berapa nak sihat. Malam tadi tak boleh tidur nyenyak gara2 sakit tekak. Mungkin dah tiba musimnya kot. Kena banyak minum plain water ni sebelum melarat. Menu hari ni pun buat sup ayam dan udang madu/Honey Prawn jer. Yang lain2 tak larat dah nak masak.


Sebagai memenuhi permintaan anak2...kubuatkan lagi kek eggless ni kali yang ke berapa entah. Kali ni ingredient nya ada sedikit berbeza dgn resepi eggless yg sebelum ni, namun, tekniknya tetap tak jauh beza. Mudah dan cepat. Oleh kerana tak perlu diadun dengan mixer, maka senanglah anak2 nak bantu. Hanya tolong kacau2kan adunan dgn senduk, lepas tu tuang dalam loyang. Senang cerita. Alhamdulillah, hasil kerja keras tangan budak2, menjadi gak kek ni...hehe. Bagi sesiapa yg alergik dgn cuka, bolehlah menggunakan jus lemon. Fungsinya tetap sama.

Untuk ganache kek ni pulak, dyg buat cincai jer. Lagipun coklat masak hanya tinggal sket. Jadi pandai2lah adjust. Janji menjadi. Kalau tak letak ganache pun ok sb rasanya dah cukup lemak manis.

Kek Coklat Tanpa Telur (Resepi II)

bahan-bahan : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 2 sk serbuk penaik
  • 2 sk serbuk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam 
  • 2 cawan gula perang lembut / soft brown sugar
  • 3/4 cawan susu perisa coklat
  • 3/4 cawan kopi panas
  • 1 cawan air panas
  • 2 sk esen vanilla
  • 3/4 cawan minyak jagung / minyak sayuran
  • 2 sk jus lemon atau cuka
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan loyang kek yg berukuran 22 sm. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. Seelok2nya dialas dgn kertas minyak.
  2. Sediakan bekas yg agak besar, ayakkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik serta soda bikarbonat di dlmnya. Kemudian masukkan gula dan garam. Kacau rata2.
  3. Masukkan air kopi, susu perisa coklat, air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan spatula atau senduk kayu.
  4. Masukkan pula minyak jagung/minyak sayuran. Kacau lagi hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel. Kalau perlu, tapiskan.
  5. Akhir sekali, masukkan jus lemon atau cuka. Terus kacau cepat2 hingga rata.
  6. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. 
  7. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Hiaskan dgn topping/ganache mengikut citarasa sendiri. Lebih enak dimakan selepas 1 hari.
Gambar ori tanpa make up...

***untuk resepi versi lain, sila Klik Di Sini.

Friday, October 08, 2010

Today's special : Baked Pasta with Cheesy Baked Bean


Hari ni tuan rumah tak ada mood nak makan nasik. Anak2 pun sama. So, layan jelah makaroni sedap ni. Tetap mengenyangkan. 


Sedapnyaaaaaa!!!! 

Untuk resepi ni, bahan-bahannya lebih kurang jer dgn resepi lasagna. Bagi penggemar pasta, gerenti berselera   sb rasanya mmg sedap dan berkrim. Jom cuba!

Baked Pasta

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni 
  • 1 cawan pasta spirals 
  • 100 g minced chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil atau 230 g kacang panggang keju (Ayam Brand)
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1/2 botol sos spagetti atau sos bolognese
  • 1 sudu besar mentega
bahan sos putih :
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sb tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1 slice cheesedale
  • sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oregano

Cara-cara :
  1. untuk pasta : Rebus pasta bersama sedikit garam  hingga lembut ala dente. Kemudian angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang2 hingga naik bau. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. Barulah dimasukkan sos spagetti. Gaulkan sebati.
  3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula jika perlu. 
  4. Akhir sekali masukkan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Tutupkan api.
  5. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan sedikit dgn mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan. Kemudian, ratakan pula dgn kacang panggang di atasnya. 
  6. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dlm sauce pan. Kemudian masukkan cheesedale. Kacau hingga cair. barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat.
  7. Tutupkan api dan tuangkan sos tadi di atas pasta dan ratakan. Taburkan keju parut dan oregano.
  8. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dgn suhu 160C.
***untuk sukatan dlm cawan, dyg menggunakan cawan metrik. Harap maklum. 

haa....inilah contoh sos spagetti yg digunakan utk membuat baked pasta. Ada mushroom... Best!



Thursday, October 07, 2010

Cendawan Goreng Kunyit Cili Api



Cendawan Goreng Kunyit Cili Api

bahan-bahan :

  • 200 g cendawan tiram putih (dibersihkan dan dihiris)
  • 10-15 biji cili api hijau 
  • 3 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil gula
  • sedikit air asam jawa
Cara-cara :
  1. Tumbuk lumat bawang putih, kunyit, cili api dan ikan bilis.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
  3. Masukkan cendawan dan sos tiram. Gaulkan sebati. 
  4. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan tumis lagi hingga airnya kering. 
  5. Setelah itu, angkat dan hidangkan.

*****************************************************

Salam...

....letak resepi dulu baru boleh cakap...tq yer izah...sibuk sket hari ni...melayan si kecik nak buat kek coklat. Dari semalam lagi nak kek eggless tu...hari ni dia mengadun sendiri tepung tu...kita tukang bakar jelah...just tunggu apa hasilnya nanti...hehe.

Menu kat atas tu mmg boleh tahan sedapnya. Mula2 ingat nak buat cendawan kukus tapi terasa malas pulak nak sediakan pengukus. Lain kali jelah. Yang ni pun sgt2 menyelerakan lbh2 lagi dapat mkn dgn nasi panas. Ooopps!...lupa...menu ni dah lepas yer...so, tak dapatlah nak jamu u all. Kalau berminat, boleh cuba resepinya yer.

Wednesday, October 06, 2010

Ikan Kukus/Stim Ringkas


Salam...

Dah lama tak masuk rumah ni...namun Alhamdulillah tak pernah sunyi dgn kehadiran pembaca. Terima kasih atas kunjungan anda semua. Sebenarnya, sjk beberapa hari ni DJ sibuk sket dgn hal2 keluarga di samping melayan FB. Dah lama bukak akaun dari tahun lepas lagi, tetapi jarang sekali nak melepak di situ. Baru2 ni jelah dyg 'merempit'....hehe. Tapi bahaya gak tuu...boleh leka dibuatnya....tak pasal2 kerja2 lain tertunggak..hehe.

Oklah...dgn gambar yg tak seberapa ni...sempat gaklah masuk n3 hari ni. Menu ni dah lepas yer. Tapi petang nanti nak masak lagi...hehe. Tak jemu sebenarnya masak stim ni. Lagipun, sedap, ringkas dan tak muak. Kali ni guna Siakap. Yg dlm gambar tu pulak guna ikan Jenahak yg sudah dipotong..hehe. Ikan kerapu pun sedap juga. Resepinya amat mudah sekali. Kalau nak tengok resepi asal, boleh KLIK DI SINI. Cuma utk resepi ni, dyg menggunakan bahan2 yg ala kadar jelah dgn teknik berbeza. Namun, tetap sedap!... Jom masak!

Ikan Kukus/Stim 

bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) - optional
  • sedikit salted vegetable (dihiris) - optional
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit daun sup (dihiris)
Cara-cara :
  • Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang. 
  • Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
  • Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit. 
  • Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
  • Setelah masak, taburkan hirisan daun sup. 
  • Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

Friday, October 01, 2010

Ikan Masak Madras


Masak lagi ikan tenggiri...tak jemu makan masakan sebegini....boleh rujuk resepi DI SINI yer. Kalau makan dgn nasi dagang pun sedap gak...hehe...bila ler agaknya nak buat nasik tu???...beras dagang dah ade, import dari Kelantan....tunggu masa jer nak buat...

jom layan dulu ikan madras nih...sibuk lagi hari ni...kalau sudi, silalah cuba. TQ.