Wednesday, May 16, 2012

Ayam Kicap Berlada Hitam


Assalamualaikum dan selamat petang semuanya....

Dah seminggu tak meng'update' blog ni...Alhamdulillah masih ramai gak pengunjung yg datang silih berganti...terima kasih semuanya...Tuan rumah sebenarnya tak berapa sihat sejak dua menjak nih...sakit tekak, batuk2, selesema dan sakit kepala...dah musim agaknya. Tapi dlm sakit2 tu kerja2 dapur tetap berjalan seperti biasa. Cuma tak serancak ketika sihatlah...kdg2 tu kalau dah tak larat masak, tapau jelah dari kedai. Tapi tekak ni rasa tawar pulak..rasa nk makan itu dan ini tak mcm kurang berseleralah pulak bila dah menjamah makanan...entahlah kan..biasalah tu dlm keadaan begini....

Taaapiiii....hari ni terasa nk makan ayam kicap lada hitam...mungkin boleh membangkitkan selera...Alhamdulillah...berbaloi2 jugak msk ayam stail gini. Memang sesuailah utk orang yg tak berapa sihat dan x ada selera makan. Lagipun semalam si gugurl request ayam kicap ni...mmg sedap sgt!

Dah selalu sgt tayang resepinya dlm blog ni. Boleh lah rujuk DI SINI ye jika berminat nk cuba. Rasanya belum terlambat lagi nk ucap Selamat menyambut Hari Guru, Hari Jururawat dan Hari Ibu kepada semua pengunjung DapurKu SaYang. Semoga sukses dan ceria selalu. ^___^

Wednesday, May 09, 2012

Kek Lapis Evergreen (Kukus)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Kembali kita bersiaran dengan entri kek kukus pulak ye...hehe. Ramai kenalan FB tertunggu2 akan resepi ni..penantian suatu penyeksaan kan....hehe. Maaflah jika terlambat nk menulis resepinya kali ni. Wahhh! dari mana nk mula ni??...rasa longlai pulak jari jemari ni nk menaip dengan fikiran yang masih melayang2 lagi nih...bukan apa, byk sgt benda dalam fikiran ni sampai tak tau mana satu nk difikirkan dah...huhu...

Ok...baru2 ni DJ teringin sgt nk mengukus kek lapis. Sebenarnya, ada 2 kek yang sedang bermain2 dlm minda ni. Satu kek evergreen ni dan satu lagi kek eksperimen, kek kukus strawberry cheese (resepi baru). Memandangkan stok cheese dah habis, DJ kukus yg ni dulu. Nanti2 pulak try kek stoberi tu pulak ye...hehe. 

Ramai yg tanya DJ mcm mana nk bagi lapisan kek kukus sekata dan tak berombak2. Ada pulak yang rasa ngeri nk melapis kek. Ok, jap...meh tengok resepi KEK ALWANI ni dulu. Lapisan ada 3 lapis jer. Memang sengaja DJ buatkan 3 lapis supaya senang menjadi rujukan kpd yang baru nk berjinak2 belajar buat kek lapis kukus. Itu adalah basic resepi kek lapis kukus Srwk ye. Paling senang dan sedap. Kalau dah berjaya buat yang 3 lapis tu, bolehlah teruskan dgn mengukus lapis byk2 tp masih mudah dan menyenangkan. Tengok versi kek ALWANI ni pulak. Ok, bila dah berjaya menghasilkan kek lapis, tahniah lah ye...Alhamdulillah...anda mmg hebat! 

Petuanya senang je :
  1. Ikut resepi dengan betul sukatannya. Kalau menggunakan sukatan gelas, gunakan sukatan gelas. Biasanya boleh muat 200 ml air. Kalau menggunakan cawan metrik, silalah berbuat demikian. Jangan terlebih dan terkurang atau main agak-agak je mcm masak lauk...tak sama tu...nanti diri sendiri kecewa dgn hasil kek yg tak seberapa... betul tak?
  2. Gunakan loyang yang sesuai dgn saiz kek. Kalau adunannya banyak, gunakanlah loyang yg besar. Contoh 8 inci, 9 inci dan 10 inci. 
  3. Bahagikan adunan sama rata. Gunakan cawan/mangkuk/gelas untuk menyukat adunan supaya nanti lapisan kek menjadi sekata. Contoh kek lapis masam manis yang ada 2 warna. Hijau dan kuning. Mula2 bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Setiap bahagian dibahagikan lagi kpd berberapa bahagian dengan menggunakan bekas/cawan. Kalau menggunakan senduk pun boleh, tapi kalau tak yakin, gunakan cara yg DJ syorkan tadi. Tak susah kan?...
  4. Kek lapis kukus Srwk tak sama dgn kek lapis kukus biasa. Biasanya ia mampat dan padat. Ada juga yang kata bantat. Tapi sebenarnya mmg itulah sebenarnya rupa paras dan tekstur kek tu. Nampak bantat tp sebenarnya tak. Yang ni sering terjadi dan DJ selalu gak dpt aduan spt ni. Jangan risau, kek tu tak bantat tp padat. Kalau terasa spongy dan berongga2, maknanya belum berjaya lagilah tu...kena cuba sekali lagilah ye. Kenapa kek tu kelihatan padat dan mampat?? Sebab penggunaan mentega dan susu pekat manis yg banyak. Hasil kek lagi bertambah moist dan kelihatan basah. 
  5. Sekiranya kek nampak berminyak, sila guna kertas serap minyak utk mengalas kek tu. Nanti kuranglah berminyak kek tu. 
  6. Jangan sekali2 menambah serbuk penaik ke dalam adunan melainkan yang dinyatakan dalam resepi lebih2 lagi kek lapis kukus. 
  7. Gunakan mentega yg berkualiti dan tepung Hong Kong untuk mendapatkan kek bermutu dan lembut. Contoh mentega adalah SCS, Anchor dan baru-baru ni mentega Golden Churn sudah pun  disahkan HALAL oleh pihak Jakim. DJ dapat info ni pun dari Mat Gebu (mekasih ye Mat). Bolehlah menggunakan mentega tu balik tanpa sebarang rasa was2. Sesungguhnya mentega GC adalah mentega yg terbaik utk membuat kek2 lapis dan juga kek2 biasa. 
  8. Putar adunan kek hingga betul2 gebu dan licin. Jangan sampai bergentel2. Ini akan membuatkan lapisan kek tak cantik.
  9. Setiap kali melapis, jangan ditekan lapisannya sekuat2 hati, nanti ia akan berombak2 dan menggelembong. 
  10. Sekiranya ada bubble dalam adunan tu ketika melapis, buangkan. Jangan biarkan, nanti kek berlubang2. 
  11. Kukus lapisan kek hingga betul2 dah tak cair. Barulah dituangkan adunan yang seterusnya. Good Luck!



Untuk resepi kek ni, DJ dah olah semula mengikut ciatarasa DJ. Kalau nak tengok resepi asalnya, bolehlah singgah ke dapur Myresipi.com

Dari segi rasa, memang sedap sgt. Penggemar kek pandan mesti suka ni...hehe. Jom semak resepinya ye... 

Kek Lapis Evergreen Kukus

Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)

Lapisan Hijau
  • 10 biji kuning telur A
  • 225g mentega berkualiti tinggi 
  • 1/3 cawan gula halus
  • 1/4 tin susu pekat manis
  • 1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
  • 1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
  • 1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)

Lapisan Putih :
  • 1  1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
  • 225g mentega berkualiti tinggi 
  • 10 biji putih telur A
  • 1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
  • 1/2 tin susu pekat manis 

Cara-cara

Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya. 

Lapisan Putih :
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)

Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna. 

  • Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus. 
  • Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.

***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama

***Untuk kek ni DJ buat 1/2 adunan je dan menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5"



Tuesday, May 08, 2012

Sotong Sumbat


Layan gambar dan resepi je k. Tak dapat nk pot pet panjang....InsyaAllah entri satu lagi akan penuh satu page....heheh


Jom cuba resepinya! sedaaaaappp! ^____^

Sotong Sumbat 

bahan-bahan :
  • 8 ekor sotong sederhana saiznya (dibersihkan)
  • 2-3 biji telur 
  • 1 keping tauhu basah (dilenyek)
  • sedikit udang basah (dicincang) - optional
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu) - optional
  • sedikit serbuk lada sulah
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu makan udang kering (dikisar)
  • 3 sudu makan cili giling
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan (bancuhkan dengan sedikit air)
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit kicap manis
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
  1. Bancuhkan telur bersama sedikit garam, lada sulah, tauhu dan udang. Kemudian goreng hingga kering. Jika berair, toskan. Ketepikan.
  2. Lumurkan sotong dengan garam dan kunyit. Kemudian sumbatkan dengan inti telur tadi sampai habis. Sematkan dengan lidi. (DJ gorengkan sebentar dalam 1 minit, kemudian buka lidinya supaya masa menumis nanti isinya tak terkeluar)
  3. Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar dan daun kari hingga wangi. Masukkan cili giling dan rempah kari. Kacau hingga pecah minyak. 
  4. Masukkan kicap pekat, kicap manis, garam, gula dan air asam jawa. Kacau lagi hingga sebati. 
  5. Akhir sekali masukkan sotong. Kacau hingga kuahnya pekat. 
  6. Angkat dan hidangkan.
***boleh juga menggunakan telur rebus utk menyumbat sotong. Boleh skip tauhu jika tidak berminat.


Selamat mencuba!


Sunday, May 06, 2012

Eggless Chocolate Cake with Chocolate Streusel Topping


Dah lama plan nk buat kek coklat bubuh topping streusel ni. Jemu dah rasanya nk bubuh ganache atau frosting. Nak try pulak cara lain. Alhamdulillah akhirnya terlaksana jugak. Tapi x usah ditanya lah ada lagi ke tak...buat petang semalam, habisnya pagi tadi...heheh. Masa tengah panaslah paling sedap dimakan...rangup je rasanya dgn rasa walnut tu lagi...hmm mmg x dpt nk dijelaskan dgn kata2lah...hehe. My doter suruh buat lagi...huhuh. 

Malam tadi sempatlah rasa sepotong. Yang selebihnya hubby dan my doter lah yg makan. My doter mmg sentiasa menjadi juri tetap pd setiap masakan mamanya. Untuk resepi ni dia bagi 5 bintang...hehe...yelah tuuu...sebenarnya nk suruh buat lagi sb tak cukup...huhu. Nasib baik x susah sgt nk prepare. Janji bahan2nya ada boleh je on. Sediakan bahan2 streusel dulu dan kemudian simpan dalam fridge/freezer. Time hendak membakar kek, taburkan streusel ni atas adunan kek. Lepas tu bakar hingga masak. 

Kerana terlebih excited buat topping ni kan, DJ hampir2 terlupa nk letak gula perang...haha. Dah uli semuanya baru teringat yg gula x letak lagi..adehh...sb tu lah nampak mcm x sekata jer...hmm. Tak mengapalah...habis jugak semuanya...

Untuk resepi eggless ni pulak, DJ guna versi lain. Tak taulah versi yg ke berapa dah...heheh. Tapi Alhamdulillah..menjadi. Sesuai sgt dgn toppingnya. 

Jom kita semak resepinya ye. Berminat, bolehlah cuba. Terima kasih atas kunjungan anda semua... ^_^

Eggless Chocolate Cake with Chocolate Streusel Topping

Bahan A : ECC (loyang 6 atau 7 inci)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1 3/4 cawan susu cair
  • 1 cawan brown sugar
  • 1/3 cawan minyak sayuran/minyak jagung/mentega cair
  • 1/4 sudu kecil garam 
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil coffee flavour
  • 1sudu besar cuka makan (jus lemon pun ok)
Bahan B : CST
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 25g mentega sejuk (dipotong kiub kecil)
  • 1 sudu makan serbuk koko atau coklat
  • 50g brown sugar
  • secubit serbuk kulit kayu manis - optional
  • sedikit roasted walnut (ditumbuk kasar) - optional
Cara-cara :
  1. Bahan B : satukan kesemuanya kecuali walnut. Uli serta ramas-ramas hingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan walnut dan gaul-gaulkan sebati. Simpan ke dalam peti sejuk terlebih dahulu. 
  2. Bahan A : Ayakkan tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan. Manakala dalam bekas tahan panas/periuk, satukan susu cair, butter, koko, gula, garam, esen vanilla, coffee flavour dan minyak. Dengan api perlahan, kacau sebati hingga gula hancur. Kemudian tutupkan api. Biarkan ia suam sebentar. Barulah disatukan dengan tepung. Kacau dengan spatula atau handwhisk hingga tidak bergentel. Tapiskan jika perlu. Akhir sekali masukkan cuka dan kacau serta merta. 
  3. Pastikan oven sudah dipanaskan dengan suhu 170-180C(Sila adjust sendiri). Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega. Kemudian ratakan atas adunan dengan bahan B tadi. Jangan ditekan. Taburkan sahaja sehingga menutupi ruang adunan kek. 
  4. Bakarlah selama 40 minit atau hingga kek masak.

Pic ni ambik ptg semalam...belum sempat sejuk, dah hilang separuh...hehe

Alamakkkk!!...hari tu ada buat kek blueberry streusel tapi terlupa nk share resepinya kat sini. Lagipun dah terdelete gambar2nya secara x sengaja dlm memory card..huhuh. 
Lain kali je lah ye...jangan maraaaahhh... :)

Thursday, May 03, 2012

Serunding Daging


Kalaulah ada yg sudi nk hadiahkan DJ sepeket serunding tak kiralah serunding daging ke, ayam ke, udang ke atau ikan sekalipun, DJ nak jer terima dgn rasa gembiranya...heheh. Rasa2 dh dekat nak setahun gak tak mkn serunding. Bila tgk yg dah siap dijual tu adehh...terbantut pulak selera nk mkn..bkn main mahal lagi harganya dgn kuantiti yg terlalu sedikit. Mcm x berbaloi lah pulak kan...taaapiii, bila dah buat sendiri, baru tau penat lelah membuatnya. Paling leceh, time nk mencarik daging...ni belum termasuk masa menumis/menggorengnya lagi....aduii...mmg penat dan menyeksakan. No wonder lah harganya mahal...huhuh.

Semalam dgn semangat yg berkobar2, DJ mulakan projek menyerunding dengan merebus daging ni dulu. Sebelah malamnya pulak, DJ start mencarik sambil2 menonton TV....sampai sakit2 belakang dan jari jemari dah...Alhamdulillah siap gak kira2 sekilo. Dulu2 rajin buat, sb ada maid boleh tlg carik menda alah ni... skrg semuanya kena buat sendiri...hmm...nak buat mcm mana kan...

Suka sgt dgn serunding ni esp time bulan puasa...pembangkit selera ketika bersahur.... :)

Ok, di sini DJ kongsikan resepinya mengikut citarasa DJ. Serunding ni boleh ditumis/digoreng tanpa minyak atau dengan minyak. DJ lebih suka tumis jer dgn minyak.

Serunding Daging
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 1 kilo daging (direbus dan dicarik halus)
  • 200 ml santan
  • gula melaka/gula pasir
  • garam
  • 3 senduk nasi cili giling/cili boh/cili kisar - boleh lebih atau kurang
  • sedikit serbuk kunyit
bahan-bahan kisar/tumbuk :
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 40 g biji ketumbar (disangai terlebih dahulu)
  • 10 g jintan manis (disangai)
  • 4 batang serai
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. 
  2. Masukkan cili giling/cili boh/cili kisar serta serbuk kunyit dan tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan, daging dan bahan-bahan selebihnya. Kacau perlahan-lahan tanpa henti hingga kering dengan api perlahan. 
  4. Hidangkan setelah masak.
***kalau tak nak goreng dengan minyak,masukkan semua bahan dalam kuali dan kacau hingga kering.

Wednesday, May 02, 2012

Lala Pedas & Sup Ayam


MasyaAllah...my doter pantang nampak lauk lala ni...tak pandang dah lauk lain...habiss satu bekas ni utk dia sorang...huhu. Nama je lala pedas, tapi taklah sampai berasap telinga...hehe. Cepat dimasak dan sedap dimakan!

Lala Pedas
Resepi : Dayang@Dapurku Sayang


Bahan-bahan :

  • 1/2 kilo lala (dibersihkan)
  • 1 sudu besar cili giling
  • 5 biji cili api (diketuk)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 cm halia (diketuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 helai daun limau purut
  • sedikit sos tomato
  • sedikit sos cili
  • sedikit kicap manis
  • sedikit daun bawang / daun sup(dihiris)
  • sedikit garam 
  • minyak untuk menumis


Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih, halia dan cili giling hingga terbit bau.
  2. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis, cili api dan daun limau purut. Kacau sebati.
  3. Masukkan lala dan sedikit air.
  4. Akhir sekali masukkan daun bawang dan perasakan dengan garam.
  5. Hidangkan setelah masak.



Yang kat bawah ni pulak sup ayam utk si boboi. Tapi part yg ada wing ni reserve utk mama dia...hihik. Cam tau2 je kan, kak Nor...hehehe.
\

Tuesday, May 01, 2012

Pucuk Paku Goreng Belacan


Menu dah lepas. Hanya sempat tayang kat FB je baru2 ni. Tapi oleh krn ada kenalan nak tau gak resepinya, DJ tulis kat sini je lah. Lagipun dah lama gak tak menayangkan resepi sayur2an kan...hehe. Ok, ini resepi mudahnya ye. (tetiba rasa lapar plak nengok sayur fav nih...huhuh)

Pucuk Paku Goreng Belacan
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ikat pucuk paku (dibersihkan)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan udang kering (ditumbuk)
  • sedikit cili giling (boleh juga menggunakan cili merah dan tumbuk)
  • sedikit sos tiram
  • sedikit belacan bakar (ditumbuk)
  • sedikit air
cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga terbit bau. Masukkan cili giling dan tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan sos tiram dan air secukupnya. Kacau sebati.
  3. Akhir sekali masukkan pucuk paku. Kacau lagi hingga sedikit layu. (jika kurang masin boleh tambah garam)
  4. Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan.