Thursday, April 29, 2010

Tauhu Kukus Sos Cili



Seperti biasa, hari ni masak lauk ayam & sup sayur utk anak2. Mamanya pulak nak makan ikan bakar. Tapi kesemua hidangan tengahari tadi tak masuk dlm entri ni sb lauk2 biasa jer kan. Dah byk kali tayang pun...hehe.

Malam ni tuan rumah nak escape dari makan nasik. So, layan jer lah tauhu kukus ni. Sedap meratah mcm tu jer. Rasa masam, manis, pedas, masin semuanya cukup. Kenyang dah tuuu....hehe.


Jom layan resepi mudah ni!

Tauhu Kukus Sos Cili

Bahan-bahan :
  • 1 pek tauhu lembut (dikukus hingga masak)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • 2 biji bawang merah (dicincang)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2-3 sb sos cili thai
  • 1 sb sos tiram
  • 1-2 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • sedikit udang basah
  • sedikit hirisan daun sup
Cara-cara :
  1. Tumis kesemua bawang hingga terbit bau.
  2. Masukkan kesemua sos dan sedikit air. Masak hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan udang dan daun sup. Kacau lagi hingga masak. (kalau nak campurkan dgn kapsikum, nanas, tomato atau hirisan epal pun ok juga)
  4. Susunkan tauhu di dlm pinggan dan siramkan kuah tadi di atasnya. 
  5. Hidangkan panas2.

Wednesday, April 28, 2010

Udang Tumis Asam Keping



Hidangan hari ni selain ayam dan sayur petola rebus, dyg sempatlah memasak lauk udang kegemaran. Kali ni tumis2 gitu jer. Bahan-bahan pun tak perlu dikisar. Tapi masa menumis tu, harum semerbak satu rumah...hehe. Walaupun nampak ringkas jer cam dlm gambar, tapi sebenarnya, sedaaaapppppp! 


Ini resepinya utk rujukan bersama. Sila2lah cuba jika sudi. Setakat ni Alhamdulillah...semua masakan udang yg ada di dapur dyg sangat2 menepati selera keluarga. Nanti nak buat sate udang pulak ekk..tapi kena dapatkan udang galah dulu ler...hehe.

Resepi Udang Tumis Asam Keping

Bahan-bahan :
  • 400 g udang basah 
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 3 keping asam gelugur
  • 5-6 biji cili padi (diketuk)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • 2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 tangkai daun kari
  • kicap manis secukupnya
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
  • sedikit hirisan bunga kantan
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang besar, bawang merah dan bawang putih selama 1 minit.
  2. Masukkan halia, daun kari, cili merah, cili padi dan serai. Tumis lagi selama 2-3 minit.
  3. Masukkan tomato, bunga kantan, asam gelugur, kicap, garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata2.
  4. Kemudian barulah dimasukkan udang. Kacau hingga masak. Padamkan api.
  5. Hidangkan.


Tuesday, April 27, 2010

Ayam Panggang Bersantan



Penat memikirkan nak masak apa dgn ayam sekor ni. Ayam panggang sate ke atau ayam panggang santan??..Finally, nak buat ayam panggang stail ginilah. Kali ni buat versi berkuah. Sekali pandang, mcm ayam percik lak kan....tapi yg ni lain sket teknik memasaknya. Rasanya pun enak bangat!!

Ambik gambar pun tak ada deko2 dh tu. Malas tahap gaban!!!....apa2pun ayam ni cukup sedap tau. Resepi  mengikut citarasa  sendiri. Jika berminat, bolehlah mencuba yer.

Ayam Panggang Bersantan

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu makan serbuk jintan manis
  • 400 ml santan
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit air asam jawa
Bahan-bahan mesin :
  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 10-15 tangkai cili kering
 Cara-cara :
  1. Satukan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit. Nak perap lama2 pun boleh.
  2. Kemudian panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Keluarkan ayam dari perapan tadi dan goreng sehingga 1/2 masak.
  3. Sediakan dulang pembakar. Balutkan dgn kertas foil. Susunkan ayam dan siramkan sedikit dgn bahan-bahan perapan tadi. Kemudian pangganglah hingga masak. (Semasa memanggang, pastikan ayam diterbalikkan dan disiram dgn bahan perapan secara berulang2 hingga habis)

Monday, April 26, 2010

Mixed Fruit Crumble


Salam....

Tuan rumah baru nak bersidang...hehe. Terima kasih atas kunjungan anda. Seperti biasa, kalau tak disebabkan hal2 lain, dah pasti dapat update blog ni hari2 kan....sebab tu lah tak confident nak join segmen geledah dapur anjuran Mr Ben sana tu....takut tak boleh nak penuhkan syarat2 beliau (salah satu syarat2nya ialah kena rajin update, betul kan??)...nanti kalau tak dapat update hari2, kang ada pulak yg terkecewa...siapa yg malu???...akakkk gak kan....hehe...tak mengapalah...memadailah apa yg ada ni yer. Biarlah blog ini dikenali dgn cara tersendiri dan seadanya. Sesungguhnya dyg bersyukur sb ada yg sudi follow blog ini tanpa ada paksaan atau pujukan atau rayuan pun. Terima kasih byk2. Anda happy, tuan rumah lagilah happy....

Jomlah...kita layan dulu apa yg ada ni. Tak sempat nak tayang lauk tengahari. Tapi sekurang2nya ada gak entri kan...hehe. Dessert ni dyg buat masa nak lunch tadi. Sekejap jer buat. Sedap tau....tak cukup pulak buat satu bekas.

Resepinya pun ringkas dan senang jer nak buat. Sesiapa yg belum pernah cuba, mmg patut mencuba. Mana tau lepas ni terus jatuh cinta....ngan dessert ni ler...hehe.

Resepi versi terdahulu boleh Klik Di Sini.

Mixed Fruit Crumble

Bahan-bahan :

Bahan A : Crumble
  • 1 cawan tepung serbaguna/tepung gandum
  • 1/4 cawan butter 
  • 1/4 cawan brown sugar
  • 1/4 sk serbuk kulit kayu manis (x letak pun ok)
Bahan B :
  • 3 biji epal hijau (dikupas kulit dan dipotong kiub)
  • 2 biji pisang ranum (dipotong kiub)
  • 1 biji pear (dikupas kulit dan dipotong kiub)
  • sedikit kismis atau hirisan kurma
  • 1-2 sb gula
Cara-cara :
  1. Gaul dan ramas bahan2 A sehingga menjadi serbuk roti.
  2. Bahan2 B digaulkan dgn gula hingga rata.
  3. Sediakan bekas tahan panas atau paper cup. Sudukan bahan B dan taburkan bahan A di atasnya tetapi jangan ditekan.
  4. Bakar pd suhu 180C selama 20-30 minit atau hingga keemasan.

Saturday, April 24, 2010

Date Scones



Salam buat pengunjung semua....

Hari ni tak sempat nak tayang lauk apa2 sb sibuk dgn mcm2 hal. Lagipun menu biasa2 jer tu. Walau bagaimanapun, entri tetap ada walaupun lambat sket nak publish. Tetapi sebelum tu, terima kasihlah byk2 yer kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini. Kehadiran anda sudah pasti memeriahkan lagi suasana di dapur dyg yg selalu berserabut ni...pening2...asyik2 tukar langsir. Lepas ni mungkin nak tukar lagi kot...ada jer yg tak kena di mata...huhu.. Tapi kan kalau tengok free background kat internet ni mmg rambang mata dibuatnya...kalau boleh semua nak sambar...hihik.

Ok2lah...straight to the point. Entri kali ni dyg ingin share cerita dan resepi membuat skon (masa kecik2 dulu suka buat tapi yg kosong jer ler...hehe). Setakat yg dyg tau lah, ada 2 jenis skon. Pertama, skon titis atau in English 'dropped scone'...yg mcm dorayaki tu ler..dimasak dgn menggunakan kuali leper. Yang kedua, skon bakar...haa, yang mcm dlm gambar ni. Makanan ni mmg sgt2 popular kat negara2 Barat sana tu. Berdasarkan sejarah, scone asalnya adalah makanan  tradisi org2 Scotland, dan kemudiannya menjadi makanan popular di lain2 tempat seperti Ireland, England dan Amerika. Biasanya disajikan utk sarapan pagi atau minum petang..dan dimakan bersama krim, mentega, jem, madu dan sebagainya. Yang belum pernah makan skon ni mesti ingat benda ni adalah biskut kan. Sebenarnya, ia adalah sejenis kek  yang menyerupai biskut. Texture nya agak kasar dan kering. Berbentuk bulat dan kadang2 boleh juga dibuat spt bentuk square atau triangle. Bahan asas utk membuat plain scone adalah tepung, gula, telur, mentega, susu dan paling penting ialah agen penaik (baking powder). Untuk plain scone ini mmg kena perlu dimakan bersama jem atau krim atau kedua2nya sekali sb rasanya yg sedikit tawar. Selain daripada bahan2 asas tadi, bahan2 sampingan boleh juga dicampurkan sekali bagi menambahkan keenakannya. Antaranya termasuklah kismis, kurma, almond, chip coklat, prune dsbnya. 

Di sini dyg kongsikan resepi membuat scones versi campuran kurma.  Bagi sesiapa yg berminat, bolehlah mencubanya. Sedap dan mengenyangkan!

Bahan-bahan : 6 keping
  • 125 g tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 30 g mentega sejuk/beku (dipotong kecil2) - boleh juga guna marjerin
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1-2 sb gula perang
  • 1/4 cawan kurma yg sudah dicincang/dihiris
  • secubit garam
  • 80-90 ml susu segar
  • sedikit esen vanilla
Cara-cara :
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder di dlm bekas yg agak besar.
  2. Kemudian masukkan mentega dan garam. Gaul dan ramas dgn hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.
  3. Masukkan pula buah kurma tadi. Gaulkan rata2.
  4. Sementara itu, satukan susu segar, telur, esen vanilla dan gula di dlm satu bekas dan kacau hingga sebati. 
  5. Tuangkan  ke dlm tepung tetapi pastikan ditinggalkan sedikit bakinya utk dibuat sapuan. Uli doh hingga tidak melekat di jari. 
  6. Canaikan doh dan teraplah sebanyak 6 bahagian.
  7. Susunkan skon di dlm dulang pembakar. Sapukan bahagian atasnya dgn baki susu tadi. 
  8. Bakarlah pd suhu 180C selama 20 minit  atau sehingga keemasan.
  9. Hidangkan panas2 dgn jem atau mentega. Nak makan gitu jer pun boleh.

Scone ini sedap dimakan panas2...bahagian luarnya rangup tetapi di bahagian dalamnya sedikit lembut.

Belah 2 dan sapukan jem atau butter di tengah2nya.....Sedaaapppp!

Awards.....lagi.



Salam....

Hari ni dapat gantung frame lagi. Hadiah daripada E-na di Lovelykitchen. Cantik sungguhlah bunga2 tulip ni. Rasa nak baring jer kat atas bunga tu cam cerita Hindustan tu...bestnyaaaa....pandailah cik E-na kita ni ambik gambar....pssstt!, bila lg nak buat nasik minyak???...tak sabarlah...ahaks....Anyway dear, thanks a lot & thanks 4 remembering me!....

Rasa nak pengsan jer dapat hadiah red roses nih!....mcm tau2 jer kita suka bunga mawar. Terima kasih byk2 yer kak atie. Teringat masa kecik2 dulu, dyg ada sorang kawan yg namanya, Mawar. Rupa dan character nya pun sebijik mcm bunga mawar. Wajahnya yg manis, penyayang, lembut, tulus dan mulus. Suara pun aduhai....halus dan lembut jer....sekarang, dah lost contact. Tak tau dia di mana. Semoga dia baik2 aje. To, kak Atie cayang....thanks again. Semoga persahabatan kita sentiasa berkekalan sampai bila2....Amin...

Thursday, April 22, 2010

Sambal Sotong + Terung



Inilah antara lauk yg sempat berposing masa dinner tadi. Lain2, lauk ayam dan ikan bakar...dah kena sambar dulu sebelum sempat di'shoot'....hehe.


Lauk sotong ni sebenarnya tak cukup, jadi, utk memeriahkan suasana, kita campur dgn sayur terung sket. Sedapnyaaaaa!!....

Bahan-bahan :
  • sotong secukupnya (digaul dgn serbuk kunyit dan garam. Rebuskan 1/2 masak dan toskan)
  • sedikit terung (dipotong menyerong)
  • 2-3 sb cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sk kicap pekat
  • sedikit garam & gula
Cara-cara :
  1. Tumiskan bahan2 kisar dan diikuti dgn cili kisar hingga garing.
  2. Masukkan sos tiram, kicap pekat, sos cili dan sos tomato. Kacau rata2.
  3. Masukkan terung dan sedikit air. Kacau lagi hingga terung hampir masak.
  4. Kemudian barulah dimasukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah masak, hidangkan panas2.

Ada sesiapa nak tumpang makan??? Jom!!!.... :P
 

Apple Date Cake (Kek Epal Kurma)



Dah lama juga tak buat kek. Nak makan tapi malas nak buat. Last2, buat jugak. Pada mulanya nak buat fruit cake tapi stok epal dan kurma ni jer yg ada pd masa tu, on jer lah. Alhamdulillah, beginilah kejadiannya. Lembut dan sedap jer kek ni. Sesuailah dgn citarasa. Selera anak tekak ni nakkan rasa masam dan manis tetapi taknak pakai byk sgt epal dan kurma...huhu...bukan senang nak 'fit'kan dgn taste...silap2 masuk dlm tong...hihik....

Untuk pengetahuan, kek ni mmg dah habis licin yer....hanya tinggal gambar2 kenangan atau santapan mata  jer lah...hehe.


Untuk itu, tuan rumah ingin berkongsi resepinya di sini utk rujukan bersama. Bagi yg ingin mencuba, silakan yer.

Apple Date Cake

Bahan-bahan :
  • 250 g tepung gandum + 1 sk baking powder (diayak) - boleh juga guna tepung naik sendiri
  • 250 g gula perang (DJ guna soft brown sugar) - boleh juga guna gula kastor
  • 250 g mentega (pd suhu bilik)
  • 5 biji telur gred B (pd suhu bilik)
  • 50 ml susu segar
  • 1 biji epal hijau (dikupas kulit dan dipotong kiub kecil)
  • 1 biji epal (dikupas kulit dan dihiris nipis)
  • 100 g kurma (dihiris/dicincang halus)
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 180C. Lengserkan loyang dgn mentega dan alaskan dgn kertas serap minyak/baking paper. Sapukan lagi dgn sedikit mentega dan taburkan sedikit tepung.
  2. Epal yg sudah dipotong kiub serta hirisan buah kurma hendaklah digaulkan bersama dgn 1/2 cawan dp sukatan tepung tadi.
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.
  4. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar dgn perlahan. 
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diselangselikan dgn susu segar. Kemudian masukkan esen vanilla. Putar lagi hingga sebati.
  6. Masukkan epal dan kurma dan gaulkan perlahan2 dgn cara kaup balik.
  7. Susunkan hirisan epal pd dasar loyang dan tuangkan adunan di atasnya.
  8. Bakar selama 45 minit. (bergantung pd suhu oven masing2)
  9. Setelah masak, keluarkan kek. Biarkan ia sejuk terlebih dahulu. Kemudian terbalikkan kek sebelum dipotong.
***Oleh kerana suhu oven DJ cepat panas dan bermasalah, pd 20 minit pertama DJ guna suhu 180C, kemudian diturunkan pd 160C sehinggalah kek masak.
***buah kurma boleh juga direndamkan terlebih dahulu dgn susu segar selama 1 jam dan kemudian ditoskan  sebelum digaul dgn tepung.
***Kek ini sangat sedap dimakan setelah dibiarkan 1 hari. Tapi pastikan loyang/bekas kek ditutup kemas utk mengekalkan kelembapannya.

Kek yg sudah diterbalikkan.

Sedaappp!

Wednesday, April 21, 2010

Ayam Masak Padang



Kali ke berapa entah buat ayam stail gini. Setakat ni tak pernah jemu lagi sb apa??...sebab keenakan rasanya itu yg membuat hati ini bertambah sayang dan semakin sayanggg....hehe. Rugi wooo kalau tak cuba masakan Padang...

Sebenarnya, hari ni nak masak 2 jenis lauk. Ayam Padang dan Ikan Bakar. Tetapi si kecik merengek2 pulak dah. Tu yg terpaksa berhenti memasak. Sempat masak satu lauk jer. Ikan tu dah siap perap tapi esok2 jerlah. Lagi lama perap lagi bagus kan...


Resepi ayam Padang boleh rujuk DI SINI. Terima kasih atas kunjungan rakan2 semua. Tuan rumah memohon maaf sekiranya belum sempat lagi berborak atau membalas komen anda ketika ini. Jika ada masa terluang nanti, pastinya akan dijawab satu persatu. Jangan serik yer utk meninggalkan jejak di sini...hehe.


Asam Pedas Daging



Salam....

2 hari selepas masak rendang Tok, tuan rumah sekali lagi merajinkan diri ke dapur semata2 nak buat asam pedas daging pulak. Sesiapa yg belum pernah cuba, cubalah sekali. Mana tau kena dgn taste. Tak rugi tau. Masaklah 1/2 kilo jer dulu atau suku kilo ker...mmg sedap sgt2!...kuahnya pulak kenalah masam dan pedas. Barulah best sesuai dgn nama asam pedas gitu....

Tuan rumah ni dulu2 lah tak reti makan asam pedas daging ni. Biasa buat dgn lauk ikan jer. Tapi once dah cuba, mesti nak lagi lepas tu. Sampai sekarang dah jadi one of the favorites...


Terima kasih juga buat suami tersayang, sb dgn dialah tempat aku belajar memasak asam pedas ni....harap2 tanggal 12 May nanti dia akan masak special utk kami sekeluarga. Dah lama dia tak turun padang....hehe.

Ok, resepi asam pedas daging ni ada di Sini.

Monday, April 19, 2010

Sambal Tauhu & Kacang Buncis



Hari ni masak simple jer. Ikan masak stim dan sambal tauhu with buncis. Sedap nih!..Lain2, masak bubur ayam sket buat si Danial. 2 hari lepas gigi susunya dah tertanggal sendiri. Hari ni tumbuh pulak gigi baru. Tapi baru sebatang. Gigi2 yg lain masih elok lagi. Tak ada satu pun yg berlubang. Bila dah patah gigi, dia rasa tak selesa. Tu yang sampai terdemam2. Sabar ajelah...


Berbalik cerita pasal tauhu ni. Sebagai peminat setia, tauhu ni wajib dibeli setiap minggu. Masak jer apa2 tetap berselera. Biasanya dyg akan masak mcm ni lah. Sedap ni tau. Sayang tak ada udang, kalau tak, boleh jadi teman tapi mesra...hehe.

Jom layan diri!

Bahan-bahan :
  • 3 keping tauhu (digoreng 1/2 masak dan dipotong)
  • 5 batang kacang buncis (dihiris)
  • 2 biji cili merah*
  • 3 biji cili api*
  • 3 biji bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • segenggam ikan bilis @ udang kering
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap manis
Cara-cara :
  1. Tumbuk atau kisar kasar bahan2 bertanda *.
  2. Tumiskan bahan2 tadi hingga garing. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis.
  3. Masukkan tauhu dan kacang buncis. Kacau rata2. Perasakan dgn garam jika perlu.

Sunday, April 18, 2010

Rendang Tok



Apa sahaja jenis masakan daging lembu ni dyg tak pernah tolak. Mesti suka. Tak kisahlah yg berkicap, masak merah, masak lemak cili api, berempah, kari, rendang dsbnya....semuanya dyg dah pernah cuba. Memang best!....

2 hari lepas, ingat tak dyg dok sibuk bangun pukul 4 pagi tu semata2 nak buat rendang Tok ni lah. Dah lama minat kat rendang masakan Perak ni. Inilah pertama kali tercapai niat nak memasaknya. Biasa makan yg org buat jer. Bila cuba2 sendiri....perghhhh!!!...sedapnyaaaaa!!!....Sekilo daging memang tak cukup...hehe.

Mencabar sungguh buat rendang nih!...tapi berbaloi2!!!

Resepi rendang Tok ada byk versi setelah dikajiselidik dlm internet. Kalau nak tengok kepelbagaian versinya, bolehlah google DI SINI atau DI SINI. Nanti senang2 dyg tulis resepinya di sini.

Update :

Actually, hari tu kan tuan rumah bukan stkt masak rendang Tok jer, tp lengkap sekali dgn nasi impit dan kuah kacang seperiuk. Itu yg amat2 meletihkan...huhu. Apa2pun yg bestnya...habis licin tak sampai satu hari....hehehe....anak2 pun boleh tahan...berselera sungguh makan nasi impit especially dgn kuah kacangnya....Alhamdulillah...tak rugi masak seperiuk.


Ok, dibawah ini dyg kongsikan resepi rendang mengikut sukatan bahan dan citarasa sendiri. Jika berminat nak cuba, silakan yer. Terima kasih.


Resepi Rendang Tok

Bahan-bahan :
  • 1 kilo daging (dipotong kiub atau ikut suka)
  • 10 ulas bawang merah (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 cm lengkuas (dikisar)
  • 3 cm halia (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 5 sudu makan cili kering kisar ( boleh tambah atau kurang ikut kepedasan cili)
  • 1 liter santan
  • gula melaka secukupnya
  • garam dan gula pasir secukup rasa
  • sedikit isi kelapa - dibakar dan dihiris (tak letak sb tak ada stok)
  • sedikit kerisik 
  • sedikit hirisan daun kunyit
  • 2-3 helai daun limau purut
  • sedikit air asam jawa
Bahan-bahan yang disangai dan ditumbuk halus:
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1/2 sudu makan lada hitam
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih
Cara-cara :
  1. Perapkan daging bersama bahan2 tumbuk selama 2 jam atau semalaman.
  2. Masukkan bahan perapan tadi ke dlm kuali atau periuk besar bersama air secukupnya. Masak dgn api perlahan sehingga empuk. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Serbuk kunyit dan serbuk cili dibancuh dgn sedikit air dan disatukan dgn cili kisar. Kemudian masukkan ke dalam bahan2 tumis tadi. Kacau dan biarkan ia betul2 pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan gaulkan rata2. Masukkan santan dan kerisik dan kacau tanpa henti dgn api perlahan. 
  5. Kemudian masukkan pula garam, gula melaka, gula pasir, daun kunyit, daun limau purut, air asam jawa dan isi kelapa. Kacau lagi hingga kuahnya pekat atau kering. Ikutlah selera masing2.
  6. Hidangkan.

Saturday, April 17, 2010

Siakap Sup Berlengkuas


Dah banyak hari asyik masak hidangan berempah, bergoreng dan berkicap. Hari ni buat yang bersup pulak.  Ikan siakap ni biasanya dimasak sweet sour. Sedap tuu...tapi masak sup yg ada lengkuas dan serai ni lagilah sedap. Bertambah2 nasik dibuatnya...hehe. Tak percaya, cubalah sendiri.

Cara nak memasaknya pun mudah jer sb tak byk pakai bahan. Nak buat lagilah lepas ni sb ada seekor lagi yg sedang menunggu giliran...hehe.

Mana si makyung sorang ni??...meh la makan...dari td dok ulang alik ke dapur kita ni...cian dia...lapar ekk??...hehe :P

Siakap Sup Berlengkuas

Bahan-bahan :
  • 1 ekor siakap XL (dibersihkan)
  • 3 cawan air
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 5-6 biji cili api (diketuk)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 inci lengkuas (dihiris/diketuk))
  • 1/2 inci halia (dihiris/diketuk)
  • sedikit garam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 1/2 sudu makan tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit hirisan daun sup
Cara-cara :
  1. Didihkan air di dlm kuali besar. Masukkan serai, bawang, lengkuas dan halia. Biarkan ia mendidih seketika.
  2. Masukkan sos tiram. Kacau perlahan. Kemudian barulah dimasukkan ikan, cili api, sedikit daun sup dan garam secukup rasa.
  3. Setelah ikan hampir masak, masukkan jus limau dan bancuhan tepung jagung. Kacau rata2. Akhir sekali masukkan tomato. 
  4. Setelah masak, taburkan lebihan daun sup. Hidangkan panas2.

Friday, April 16, 2010

Terung Sambal Bilis Kicap



Waduh2!!...berselera sungguh makan terung stail gini....tekak ni pulak cam faham2 jer...tetiba hilang lak sakitnya...herrran!...

Sebenarnya kan terung panjang ni dah nak 'berkedut; kulitnya. Nasib baiklah isinya elok lagi. Boleh buat sambal utk dinner tadi...nyum nyum....mmg sedap sangat2!...


Bahan-bahan : hidangan utk 1-2 org.
  •  1 biji terung panjang (dipotong ikut suka)
  • segenggam ikan bilis *
  • 3 biji cili padi *
  • 3 biji bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 biji cili merah*
  • 1-2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
Cara-cara :
  1. Tumbuk atau kisar kasar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk/kisar tadi hingga garing. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Biarkan ia mendidih.
  3. Masukkan terung dan kicap manis. Gaul2kan sehingga rata atau hingga terung lembik. (Boleh tambah garam jika perlu).
  4. Setelah masak, hidangkan panas2.

Honey Prawns (Resepi III)




Kalau tak dapat makan udang hari2, dapat makan sekali seminggu jadilah...hehe. Ini menu semalam yer. Baru sempat nak tayang sb waktu ni tgh free. Tak masak utk lunch dah, sebab dah masak seawal subuh tadi...kalau sempat, boleh tayang entri baru nanti. Walaupun tgh free skrg ni, penat pg tadi belum hilang lagi...apa benda lah yg dimasak oleh tuan rumah ni ekk???...biarlah rahsia dulu....hehe



Oklah, menu udang masak bermadu kali ni ada lain sket versinya. Tapi tak kurang hebat rasanya. Memang mabeles!!...Mula2 ingat nak buat HP yg biasa tu jer tapi daun ketumbar bersama buah lemonnya nggak ada sih...sb tu lah ilham ni datang utk cipta resepi mengikut stok yang ada kat dapur nun...nak ke kedai malas pulak rasanya...

Alhamdulillah...mmg menyelerakan masakan HP ni. Sesiapa yg nak cuba resepi ni, dipersilakan yer. Memang tak rugi mencubanya. Walaupun gambarnya tak menarik,....tetapi rasanya cukup menyelerakan!...

Honey Prawns (resepi III)

Bahan-bahan :
  • 500 g udang basah (dibersihkan)
  • 2-3 sb cili kering kisar + 1 sb serbuk kari daging (dibancuh dan dijadikan pes)
  • 1 tangkai daun kari
  • 2-3 sb madu + 60 ml air
  • 60 ml susu cair / santan
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos tomato
  • garam 
Bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
 Cara-cara :
  1. Tumiskan daun kari diikuti bahan2 kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan pes kari tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, susu cair, madu dan garam secukupnya. Boleh tambah air jika perlu. Kacau perlahan2 dan biarkan mendidih seketika.
  3. Akhir sekali masukkan udang dan gaul2kan sebati. Padamkan api setelah masak.
  4. Hidangkan.


Thursday, April 15, 2010

Acar Rampai


Atas permintaan dayangku789, akak tuliskan resepi acar rampai pd entri terbaru. Masih menggunakan gambar yg sama. Selamat mencuba yer.

Resepi Acar Rampai (versi dayang)

Bahan-bahan :
  • 1 biji timun (dihiris memanjang)
  • 1 biji lobak merah (dihiris memanjang)
  • 2 biji bawang merah (dibelah 4)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris memanjang)
  • 1 biji cili hijau (dihiris memanjang)
  • 2-3 sudu besar cili kering kisar + 1/2 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit sos cili 
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sudu makan cuka @ jus limau kasturi (boleh tambah jika suka)
  • sedikit bijan (digoreng tanpa minyak)
  • 1/2 sk biji sawi - tak letak pun ok
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
  1. Rendam timun dan lobak merah dgn air bergaram atau air kapur selama 15 minit. Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan biji sawi hingga naik bau. Kemudian masukkan pes cili tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Kemudian masukkan pula cuka/limau, sos cili, gula, garam dan serbuk kunyit. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan lobak merah, timun, cili merah, cili hijau dan bawang merah yg dibelah 4 tadi. Gaul2kan hingga rata.
  5. Angkat dan taburkan dgn bijan. Hidangkan.

Wednesday, April 14, 2010

Sotong Masak Berempah



Bagi peminat2 sotong, gerenti suka masakan sebegini. Resepi adalah hasil ilham sendiri. Nak tau rasanya.....Sedaappp!!!...tapi harap maaf yer....tuan rumah tgh sibuk ms ni. Resepinya akan ditulis kemudian. Harap bersabar dulu yer. Jomlah makan2 dulu....


Update :

Sotong Masak Berempah

Bahan-bahan :

  • 300 g sotong basah (digaulkan dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian direbus 1/2 masak dan dituskan)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 sk biji sawi - optional
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sb serbuk cili / cili kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 3-4 sb santan pekat / susu cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sb sos tomato
  • 1 biji hirisan cili merah
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis daun kari, biji sawi, bawang merah, bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga wangi. 
  2. Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan jintan putih di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air.
  3. Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, cili merah dan santan. Kacau hingga mendidih. Boleh tambah air jika perlu.
  5. Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan sotong, garam dan gula. Kacau hingga masak. (tak perlu masak terlalu lama)

Tags and Awards

Salam....

Dah lama kumpul tag dan award. Baru sempat nak jawab...kali ni berjaya siapkan sampai habis...hehe. Kepada rakan blogger yg telah meng'tag dayang, terima kasih byk2 yer. Nasib baiklah tag ni tak panjang berjela, kalau tak, mmg tak tau bila boleh siapkan...hehe.


Dyg dapat tag ni dp Along. Salah seorang teman blogger yg rajin memasak lg dedikasi. Thanks a lot. We'll be friends forever.


The award came with request to share 10 honest truths about me:
  1. Seorang isteri dan ibu kpd 2 org cahaya mata.
  2. Memiliki ketinggian 157 cm, berat 49 kg, berkulit putih, bermata coklat, berketurunan Melayu, Cina dan Arab. 
  3. Seorang yg penyayang dan mengambil berat ttg keluarga.
  4. Gemar memasak mcm2 utk keluarga sb tu jarang makan di luar.
  5. Warna hijau adalah warna favorite dan warna kelabu adalah warna yg tidak disukai.
  6. Seorang yg sgt2 pemalu tapi bila dah kenal dan bila bercakap, mcm 'machine gun'....hehe
  7. Alergik dgn asap rokok. Boleh sesak nafas dibuatnya. Tetamu2 yg dtg ke rumah tidak dibenarkan merokok kecuali di luar rumah.
  8. Bila marah, perkara pertama yg akan dibuat ialah pergi ke dapur dan masak mcm2 walaupun sebenarnya tak tau nak masak apa. Perkara kedua, kemas dapur. Perkara ketiga, menyendiri seketika.
  9. Makanan kegemaran ialah udang dan minuman kegemaran ialah air tembikai
  10. Suka menonton filem seram/thriller. Tapi tak berapa gemar dgn filem romantis especially bila berada di pawagam, boleh tidur dibuatnya....hehe. Apa2pun, filem Hindustan boleh tahan gak sb ada lagu yg best2! 
Would like to hear from my friends below:

- All the folllowers. Jika berminat nak join, silalah ambik tag/award ni yer.




Satu lagi award dan tag yg agak lama gak tak siap2. Terima kasih buat Love2Cook, pakar masak2 ni mmg sweet dan peramah orangnya. Sekarang tgh sibuk pindah rumah baru. Semoga semuanya berjalan dgn lancar yer, Love. Jangan lupa, tayang sket rumah baru tu nanti tau...hehe.


* Cara-cara: Copy Tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda..

~> Sudah.

* Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.

~> Boleh, tiada masalah.

* Sila jawab dengan jujur..

~> InsyaAllah...

[#1] Siapakah diri anda di rumah?

~> Seorang wanita biasa, isteri dan ibu kepada 2 org cahaya mata.

[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?

~> Dayang_ Jack

[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai

~> Ingin memiliki Nissan Murano.

~> Teringin nak berlakon teaterdi Istana Budaya

~> Ingin nak tulis buku masakan

~> Teringin nak ke Mekah

~> Teringin nak buka restoran makan

[#4] Siapakah nama pasangan anda?

~> sayang ...hehe

[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

~> Baik hati dan prihatin

~> Tegas dan penyayang

~> Tidak suka menyusahkan orang

~> Tidak cerewet pasal makan

~> Jujur

[#6] Bila tarikh anda couple?

~> Oktober 1995 kot....hehe

[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

~> Terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tapi Alhamdulillah...Tuhan masih panjangkan usia kami.

[#8] Lagu tema cinta anda?

~>  tiada

[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

~> Saya terima dia seadanya tapi kalau dia nak berubah utk menjadi terbaik di mata saya dan anak-anak, sayalah orang yg paling bahagia

[#10] Tag 10 rakan ada yang lain

~> hehe...sesiapa yang sudi, sila2kanlah ambik tag ni yer. Tiada paksaan.



Koleksi Hadiah


Terima gift ni drp K.Ham. Tq so much. Dyg mudah tersentuh jika ada yg sudi bagi bunga tak kiralah berbentuk ecard atau bunga hidup2 lbh2 lg yg duduk dlm bakul tu. Jangan bagi pasu bunga, udah ler....hehe...to Kak Ham, thanks a lot yer....lebiuuu!


Waduh2!!!...crown yg bersinar2 lagi cantik ini datangnya drp Nenek. Bila dyg pakai tiara ni kan sebijik mcm Ratu Universe!..hahaha...perasan!....Nenek kata crown ni simpan elok2. Ok nenek, cucu akan jaga sampai bila2....to Nenek, thank you so much...semoga persahabatan kita kekal berpanjangan...amin...



Tak cukup dgn crown, dapat kalung cantik pulak dari  Sheila.  Cantik bangat!!! Thanks a lot, dear. Tak sabar nak pakai utk pergi function....hehe. 



Haaa...red roses!!!...i likeeee!!!....sooo sweet!!!...from Lina_pg. Teman blogger yg sentiasa ceria dan happy...maklumlah, tgh menghitung bulan utk menerima orang baru...tahniah yer.....psst!!...hantarlah bunga lagi....tp roses jer tau. bunga lain tak nak...:P