Wednesday, August 29, 2012

Kek Lapis Keju Coklat


Kek lapis yg menggunakan tepung hongkong agak jauh bezanya dgn yg menggunakan tepung gandum biasa. Tekstur kek jd lebih halus, lembut dan moist selain penambahan susu pekat dan gula halus. Meskipun tepung hongkong agak mahal sedikit berbanding tepung gandum, tapi hasilnya sgt berbaloi. Para penggemar kek lapis(bakar) dah tentunya berpuas hati kan...hehe. DJ x pasti pulak harga tepung hongkong di Sarawak skrg ni. Yg DJ beli kat Kedai Bagus ni berharga rm6.30 sekilo. Tepung ni mmg cepat rosak sb tu susah nk dpt terutama di pasaraya, tp kalau dah dpt tu, eloklah disimpan dlm peti sejuk kalau msh ada baki lps buat kek. Begitu gak dgn tepung gandum atau mana2 tepung yg berbaki. DJ akan sumbatkan saja dlm fridge kalau ada. Tapi masa nk guna tu, keluarkan dulu dan biarkan pada suhu biasa atau jemur kat tempat panas kecuali kalau resepi menggunakan air ais, boleh jer pakai terus...itu pengalaman DJ lah...heheh. 

hmm...kalau nk cerita psl kek lapis ni mmg tak ada kesudahannya. Mcm2 boleh terjadi kan...ada yg hasilnya sgt bagus, ada yg stkt OK la, dan yg paling x best ialah KO...huhu...DJ pernah buat kek lapis x menjadi tau...mmg faham sgtlah 'perasaan kecewa' tu. Tp dgn semangat yakin boleh buat dan tak pernah putus asa, DJ buat lagi dan lagi sampai lah berpuas hati. Dari situ kita belajar ttg kesilapan. Practice makes perfect! Selagi ada minat dan keseronokan, teruskan saja niat nk melapis tu...jgn dipendam2...dah berjaya esok, kita gak untung, org yg terdekat dgn kita pun tumpang berbangga dgn hasil kerja kita...btl tak? Yang paling seronok ialah kalau dpt menggunakan bakat yg ada ni utk buat bisnes....bisnes kek lapis... ;) :)

Ada ramai yg tanya mcm mana nk buat layer kek ni sama rata dan x tunggang terbalik. Seperti yg DJ maklumkan sblm ni kan...DJ bukanlah pakar dlm bab2 melapis kek ni...stkt ok2 jer tu...heheh. Tapi apa yg DJ tau itulah yg DJ kongsikan di sini...setakat yg DJ mampu ye...moga2 sedikit banyak dpt jd panduan kita bersama. 

Biasanya DJ hanya menggunakan sudu makan untuk melapis kek ni. Untuk loyang 7x7 = 5 sudu makan, loyang 8x8 = 7 sudu makan dan loyang 9x9 = 9 sudu makan. Pastikan semuanya sama rata. Tapi jika menggunakan tepung hongkong, lebihkan sedikit sukatan sudunya supaya lapisan tak terlalu nipis. Namun, terpulanglah citarasa masing2. 

Adehh...jomlah kita beralih arah ke resepi kek ni pulak...dah agak lama DJ tak update resepi kek lapis keju coklat...sbnrnya dp penghujung tahun lepas lagi. Ramai yg mintak resepi ni. DJ hanya upload gambar ke FB jer tp resepinya asyik2 lupa nk tulis. Tapi gambar2 ni semuanya yg terkini ye. Resepi asalnya dah hilang entah ke mana, jd, DJ terpaksalah create semula resepi yg baru tp kena buat keknya dulu barulah dpt tulis resepi...hehehe. Resepi asalnya kalau tak silap menggunakan kuning telur yg banyak dan putih telurnya pulak sedikit. Taaapiii...resepi kali ni DJ taknak membazirkan putih telur. DJ guna semuanya sekali utk buat kek lapis sedap ni. (huhu...stok putih telur ada baaanyak sgt dlm fridge lps buat kek lapis bercorak tempoh hari. Siapa nk guna? Terfikir gak nk buat pavlova n macaroon...tp benda2 ni agak manis dan menyakitkan gusi..adehh...simpan je la dulu putih telur tu..)

Hadoii...DJ selalu mcm ni...semakin kecik loyang digunakan, semakin halus dan semakin nipislah layer yg DJ buat. Rasa2 ni lah layer yg paling nipis yg pernah DJ buat. Nasib baik msh dpt tengok lg jalur2nya tu kan..hehe. Apa2pun hasil kek ni mmg best! Sedap sangat! 

Mari kita semak resepinya ye....Selamat mencuba! 


Kek Lapis Keju Coklat
resepi : DayangJack@DapurKuSaYang

bahan-bahan : (menggunakan loyang 7x7x3. Boleh juga menggunakan loyang 8x8x3)

bahan A :
  • 7 biji telur gred A
  • 250g tepung hongkong (boleh juga menggunakan tepung gandum sebanyak 220g)
  • 180g gula halus (boleh kurangkan ikut citarasa)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 75 ml air ais

bahan B :
  • 250g mentega berkualiti (pada suhu bilik)
  • 140g cream cheese (pada suhu bilik)
  • 7 sudu besar susu pekat manis
bahan C :
  • 50g serbuk koko (diayak) - kurang sukatan jika menggunakan pure cocoa
  • 2-3 sudu besar susu pekat manis
  • sedikit pewarna coklat atau coklat emulco 
Cara-cara :
  1. Pukul bahan A hingga kembang dan pekat.
  2. Dalam bekas/mangkuk pengadun berasingan, pukul bahan B hingga berkrim.
  3. Kemudian satukan bahan A dan B. Putar lagi dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong (lebihkan sedikit bahagian ni jika suka) dan satu lagi disatukan dengan bahan C (putar sebati). 
  5. Bakar/grill lapis demi lapis. Mulakan dengan lapisan coklat, ratakan dengan 6 atau 7 sudu makan adunan dan bakar/grill menggunakan api atas sahaja (suhu 180C-200C) selama lebih kurang 5 minit (tetapi bergantung juga pada jenis oven masing-masing. Jika cepat panas, masa membakar boleh dikurangkan dan begitu juga sebaliknya). Setelah itu, keluarkan loyang dari oven, dan tekan lapisan kek dengan menggunakan penekan kek atau alat lain yang besesuaian. Kemudian lapiskan lagi dengan adunan seterusnya. Ulangi proses hingga habis lapisan coklatnya. 
  6. Teruskan melapis dengan lapisan putihnya pula sehingga habis. (Untuk memastikan lapisannya sama rata, adunan boleh disukat menggunakan bekas-bekas kecil atau cawan-cawan kecil yang sama saiznya jika tak yakin menggunakan sudu makan). 
  7. Setelah habis membakar semua lapisan, bakar untuk keseluruhan kek selama 5-6 minit dengan suhu 160C (api atas dan bawah) atau ikut keselesaan masing-masing.
  8. Sejukkan kek setelah dikeluarkan dari oven. Setelah itu, potong kek dan hidangkan.
**Jika lapisan kek agak kering, bolehlah disapukan dengan sedikit mentega terutama yang menggunakan tepung gandum. 
**Kek ini boleh bertahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk. 
**Semakin lama kek disimpan semakin sedap dan moist.


Gara-gara nk cepat update resepi, ikut sesuka hati je nk tangkap gambar...
potongan kek ni pun x berapa cantik jadinya....huhu...

dah keesokannya.....

Tuesday, August 28, 2012

Salam Aidil Fitri...maaf terlewat...

Assalamualaikum dan salam aidil fitri buat pengunjung2 yg beragama Islam. Masih ber'mood' raya lagi ni kan....Dgn kesempatan ini, DJ ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri. Mohon maaf zahir dan batin. Semoga bergembira hendaknya ye.   

Alahaiii...betapa lamanya tak menulis di sini ...pasti ada yg rindu2an tu kan...heheh. Terima kasihlah byk2 ye sudi menjengah ke sini biarpun tuannya selalu menghilangkan diri. Komen2 pun tak terbalas...banyak lagi tuu...adehh...bilalah dpt nk menjawabnya....harap2 jgn ada yg berkecil hati ye...bkn DJ xnk jawab, cuma masa je yg membatasi segala2nya...lbh2 lg time puasa hari tu sehinggalah selepas raya ni. Mmg x ada ruang utk DJ menulis apa2 entri. InsyaAllah...ada kesempatan nanti, DJ berkarya semula..mungkin pd masa terdekat ni lah.... Sabar ye... :)


Raya thn ni tak byk sgt buat kek lapis...ada lah dlm 5-6 mcm gitu..tu pun separuh2 dan suku2 jer...ada yg lebihan dari tempahan kek yg DJ buat ari tu. Alhamdulillah...bisnes kecil2an jer...baru jer start terima tempahan 3 bulan yg lepas. Itupun penat juga buat kek x ada pembantu. Apa2pun, syukurlah sb semua tempahan kek raya siap sebelum hari raya (terima kasih kpd yg sudi menempah kek daripada DJ)... Jadi, kalau ada sesiapa yg berminat nk menempah kek lapis utk hari2 biasa, open house atau bila2 masa jer, boleh lah hubungi DJ di FB yer (dalam Malaysia sahaja). Walaubagaimanapun, resepi kek2 lapis tetap DJ kongsikan di sini sekiranya ada kesempatan nanti.

hmm...apa lagi nk cakap eh?..rasa2 tu je la kot buat masa ni...skdr nk preheat dulu DapurKu SaYang ni. Nak tayang gambar beraya mmg x ada lah...gambar famili pun x sempat nk ambik tahun ni...terukss sungguh.
Mcm x ada semangat pulak tahun ni...maybe terlalu rindukan keluarga d kampung halaman kot...yelah tuu...hahaha....

Oklah...jumpa lagi pd entri yg baru nanti ye. Salam Saaaayang buat semua pembaca!... :)

Wednesday, August 01, 2012

Ayam Prun

Alhamdulillah....dapat juga menulis entri hari ni. Biarpun agak sibuk sket, DJ rasa x sampai hati pulak nk membiarkan blog ni bersawang. Baru je nk bg tau yg DJ nk rehatkan blog ni buat sementara waktu...entah mcm mana tetiba ada kekuatan dan kerajinan pulak utk menulis satu lagi resepi juadah berbuka semalam. sebenarnya ada byk lagi gambar2 menu yg dah lepas msh terperap lagi dlm folder. Entah bila nak update agaknya....DJ pun tak pasti...sgt2 sibuk dan tak cukup masa utk berblogging...hmmm.

Oklah...hari ni DJ nak kongsikan resepi ayam prun pulak. Dulu pernah DJ buat daging prun menggunakan rencah yg sama tp x sempat nak share resepinya di sini. Kali ni DJ buat sekali lagi menggunakan ayam pulak. Alangkah sedapnyaaaaaaaaa!. Bau dan aromanya sungguh wangi ketika dimasak dan bila dah dihidangkan bersama nasi putih....hadoiii...habislah dietku...huhu. Kalau ada nasi beriani atau nasi minyak ni lagilah bertambah2 sedap dan berselera...

Jom kita semak resepinya ya....berminat bolehlah cuba. :) Terima kasih sudi menjengah ke sini. 

Ayam Prun
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil-kecil atau ikut suka)
  • 70g buah prun (pitted atau dibuang biji)  +/-
  • 1 sudu besar rempah kerutuk (DJ menggunakan rempah kerutuk Adabi)
  • 4 sudu besar cili giling (boleh tambah atau kurang)
  • air secukupnya
  • 2-3 sudu besar madu atau secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar sos plum
  • 2 sudu besar sos tomato
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih)
bahan-bahan kisar :
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Perapkan ayam bersama rempah kerutuk, cili giling dan bahan kisar selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak secukupnya. Tumis rempah rempah 4 sekawan hingga wangi.
  3. Masukkan ayam bersama bahan perap tadi. Kacau perlahan sehingga mendidih. Kemudian barulah dimasukkan air secukupnya.
  4. Apabila ayam hampir masak, masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau lagi hingga sebati. Masukkan tomato ceri jika suka. Gaulkan.
  5. Apabila sudah masak, tutupkan api. Angkat dan hidangkan. (jika suka boleh hiaskan dengan gajus panggang dan bawang goreng)
Resepi ni mmg kena sgt dengan citarasa DJ sekeluarga...tapi tak pastilah pulak dgn selera orang lain. 
Lain orang lain citarasa..kan...hehe.