Friday, June 29, 2012

Kek Belacan

Tekstur kek yg baru lepas masak dan masih suam lagi...tp x sabar nk potong dan makan...hehe

Yep betul!..ni lah yg dikatakan kek Belacan. Salah satu kek eksotik Srwk yg sgt femes dan sgt sedap!. Walaupun rupanya kurang menarik dan seakan2 belacan tapi sebenarnya kek ni x ada campuran belacan dalam resepinya. Hanyalah sekadar nama shj. Kenapa diberi nama kek belacan? Sb mungkin tekstur kek ni mcm belacan dan mungkin juga empunya asal resepi ni ada cerita di sebalik cerita...wallahualam. 

Tentunya ramai yg 'tipah tertipu' kali ni kan...hehehe. Ada yg mati2 ingatkan kek ni ada campuran belacan,...huhu...mcm manalah rasa agaknya...tak dpt dibayangkan...heheh.

Adehh....ok. Nak dijadikan cerita satu hari si dayangjack ni tgh 'stress'. Kalau kat Facebook tu teman2 taulah ceritanya...ada beberapa nota resepi hilang entah ke mana sejak balik dr Srwk ari tu...mmg penatlah mencarik menda alah tu x jumpa2 sampai sekarang. Antara resepi yg hilang tu ialah kek belacan ni lah..dohh...mmg stress giler dibuatnya...dahlah saat2 kita perlukannya, hilang pulak dah...Finally, terpaksa mtk resepi dari HaSue. Mujurlah dia ada simpan resepi dan sms kat DJ...fuhh! lega sket. Thanks Sue. Rasa2nya resepi ni mmg lbh kurang sama je dgn resepi yg ada dlm simpanan DJ tu...cuma dikurangkan sedikit sukatan gulanya. Resepi asalnya mmg mewah dgn gula...heheh. 


Setelah dibiarkan semalaman, kek jd lebih moist dan lembut....

Nak tau sedap ke tak sedap kek ni, kenalah belajar buat sendiri lah ye. Bahan2nya agak mewah dan mahal setanding dgn rasanya. O ya, kek ni adalah kek kukus yg dikukus selama 4 jam. Cuma kali ni DJ bakar je dgn cara bain marie/steam bath dgn suhu 160C selama lebih kurang 1 jam 30 minit utk 1/2 adunan. 30 minit pertama DJ tutup loyang dgn kertas foil supaya bahagian atasnya tak cepat hangus. Selepas tu, DJ bukak kertas foil dan bakar lagi seperti biasa selama 30 minit dgn kaedah steam bath tadi. Kemudian baki 30 minit lagi DJ keluarkan loyang dari loyang yg berisi air tu dan bakar seperti biasa sehingga masak sempurna dgn suhu 140C (faham tak ni??...hehehe). Dah masak, DJ sejukkan dulu kek ni dan taraaaa!..ni lah hasilnya seperti dlm gambar. Sgt2 moist dan sedaaaappp! 


Ok2...jomlah kita semak resepinya ye. Kalau berminat nk cuba, silakan jer. Tak rugi pun.... ^__^.

Kek Belacan (Kukus)
sumber : HaSue
sumber II: DayangJack

Bahan2:
  • 16oz mentega
  • 10 biji telur
  • 1 gelas gula halus (DJ guna 1/2 gelas jer)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin kecil serikaya
  • 1 tin kecil nestle cream
  • 1 peket kecil horlicks
  • 2 gelas tepung gandum
  • Browning sugar secukupnya (jika susah nak dapat, sila rujuk DI SINI untuk cara-cara membuatnya)
  • satu sudu kecil nescafe (dibancuh sedikit air panas)
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara2:
  1. Jerang air pengukus dan pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mengukus kek nanti
  2. Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata(masukkan sebiji telur,pukul lagi sebelum masukkan telur seterusnya)
  4. Masukkan esen vanilla,susu pekat manis,serikaya,nestle cream dan pukul sebati
  5. Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe..sebatikan adunan
  6. Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan browning sugar sehingga warna adunan benar2 kehitaman.
  8. Gaul adunan sehingga benar2 sekata dan sebati
  9. Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung
  10. Masukkan adunan ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil(jangan rapat kerana adunan akan naik semasa dikukus) untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan dan kukuslah selama 4 jam
  11. Sejukkan sebelum dipotong..Selamat mencuba!

Monday, June 25, 2012

Kek Lumut Kukus (resepi II)

Kek Lumut yg baru lps masak...msh suam2 lagi...dah kena potong...heheh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Minggu lepas entah mcmmana rasa terpanggil pulak utk mengukus kek lumut dgn menggunakan resepi kedua DJ. Dah lama sebenarnya nk buat tapi tu lah, asyik tertangguh jer. Bila dah sampai seru, Alhamdulillah...akhirnya beginilah kejadiannya. Tapi dek kerna masa yg terlalu limited, dan sibuk melampau, DJ tak dpt lah nk update resepi ni di blog pd masa yg dijanjikan...adusss... sabar je lah kan...

Kek ni menurut kata SIL DJ 'sgt moist dan sungguh sedaaaappp!'. Lepas satu, satu lagi masuk ke mulut...last2 dah tinggal suku...heheh. Memang berbaloi2! 

kek akan jd mampat dan padat bila dah berhari2 disimpan. Moist, lembut dan sgt sedap!

Resepi yg pertama dulu ada di SINI. Boleh tahan gak sedapnya. Ramai gak dah mencuba resepi ni. Terima kasih byk2 ye.

Ok, x dpt nk pot pet memanjang dulu...nanti sambung lagi. Byk kerja sedang menunggu. Jom layan resepi dulu k. 

Kek Lumut II
resepi : DayangJack@Dapurku Sayang

bahan-bahan : loyang 8" x 8"
  • 10 biji telur gred A
  • 450g mentega berkualiti tinggi (Golden Churn, Anchor, SCS)
  • 3/4 cawan gula kastor 
  • 2 cawan nestum (dikisar halus)
  • 1 cawan serbuk almond
  • 1 cawan serbuk horlicks
  • 1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 botol besar (60 ml) pes pandan cap Kopoe-Kopoe ( pewarna dan perisa pandan yang lain pun boleh)
  • 1 cawan susu pekat manis
Cara-cara :
  • Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit  tepung (alaskan loyang dengan kertas minyak jika suka) 
  • Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima. 
  • Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis. 
  • Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati. 
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum . Kacau sebati. 
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter (supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil). 
  • Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering) 
  • Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 


Tuesday, June 19, 2012

Rojak Buah dan Sos Kuah Rojak/Rojak Petis (Homemade)


Ada sesiapa nak belajar buat kuah rojak (petis)?? Mari kita belajar sama2 ekk..heheh. Masa bercuti ke kampung halaman hari tu, ter'miss' pulak kelas amali cara2 membuat rojak petis yg diajar oleh mak angkat aka mak sedara. Tapi skrg dah tau, sb mak dah tlg ajarkan secara teori...Alhamdulillah, mekasih kedua2 sifuku. 

Bagi yang duduk jauh di perantauan, mungkin terlalu sukar utk mendapatkan petis udang dan rojak petis yg dah siap dijual dlm botol tu kan. Kalau dah teringin sgt nk makan, bolehlah belajar buat sendiri. Lagipun hasilnya gerenti berbaloi2. Yang penting, utk versi rojak petis ni, kenalah ada stok tepung kanji atau dikenali sbg tepung ubi. Sebut psl tepung kanji ni kan, ada ramai yg bertanya ttg perbezaan tepung kanji, tepung ubi dan tepung tapioka. Setahu DJ la kan ketiga2 tepung ni adalah tepung yg sama, iaitu tepung berkanji yg diperbuat daripada ubi kayu. So, yg menyebut tepung kanji atau tepung ubi tu, mungkin kerana dah terbiasa...mengikut keselesaan masing2... :)

Sos kuah rojak ni, time nk buat tu baunya sungguh tak menyenangkan...nasib tak ada orang kat rumah...hahaha. Tapi bila makan....adehh...takleh brenti dibuatnya....heaven!

Sejak ada sos kuah rojak ni, asyik makan rojak jer lah mak budak nih...hehehe. Tapi serius, my gugurl pun gemar makan rojak ni...selagi tak abis, selagi tu tak brenti...huhu. Tapi /tak apa la kan, bukannya selalu pun...



Apa2pun, jom kita semak resepi mudahnya ye...

Sos Kuah Rojak/Rojak Petis(homemade)
resepi  : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 
  • 1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
  • 300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya
  • gula pasir secukupnya jika perlu
  • 1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
  • 1/2 botol kecil sos cili
  • 3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh - DJ menggunakan cili asli Walfood
  • bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
  • 125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)
Cara-cara :


  1. Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
  2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin. 
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.
  4. Tutupkan api. Biar ia sejuk.
  5. Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit. Selamat mencuba!
Cili Asli Walfood (hot & spicy)

Bahan-bahan untuk dibuat rojak ni ikutlah selera masing2 ye. DJ pun guna stok yg ada je. Ada mangga, sengkuang, timun, tauhu goreng, starfruit, dan nenas. Kalau ada tauge dan kangkung, bolehlah dicelur dan dimasukkan sekali. Waduhh! sedapnyaaaa!


Thursday, June 14, 2012

Onde-Onde Inti Kelapa


Sebenarnya onde2 ni adalah salah satu kuih favorite DJ. Kalau dtg mood rajin, DJ akan buat sendiri.Tapi kalau dah terasa mls nk buat, DJ main beli jer. 4 bijik reganya rm1.20 kan?...dah tak ingat dah...huhu...tapi malangnya..slalu je dpt yg dah basi. Last2 masuk dlm cik tong. Kesimpulannya, kenalah buat sendiri, baru puas hati...heheh.

Kuih inti kelapa ni mmg femes kat Sarawak. Memang sedap sgt tau. Bagi yg x pernah try lagi, silalah cuba sendiri. Mesti nak lagi dan lagi pas tu...hehe. 

Mak kalau buat onde2 ni mesti sedap dan tak liat. Apa rahsianya??...Bila dah tengok cara2 mak membuatnya, barulah tau rahsia sebenarnya. Hari tu mak kata, kalau guna 1/2 kilo tepung pulut, tepung gandum lak bolehlah letak dlm 1/2 cawan(minum) gitu. Ternyata mmg berbaloi2 mencubanya....

Bila tengok resepi HaSue ni, mcm lebih kurang sama je dgn yg DJ buat. Cuma DJ olah sedikit mengikut citarasa (sebenarnya tak berapa larat nk memerah otak menulis resepi time ni sb byk sgt kerja lain yg x siap...hehehe)... Apa2pun mekasih ye Sue sb sudi berkongsi resepi ni. Sekarang rakan blogger kita ni dah kembali bersemangat berblogging dgn resepi2 yg best dan sedap2 belaka...syabas kawanku! InsyaAllah, jika ada rezeki dan dipanjangkan usia, kita akan bertemu juga nanti...sabar ye. :)


Onde-Onde Inti Kelapa
Resepi asal : Hasue
Olahan : DaYangJack

Bahan-bahan :

UNTUK INTI: 
  • 250g gula Apong/gula melaka 
  • Kelapa parut dari setengah biji kelapa 
ADUNAN TEPUNG: 
  • 250g Tepung pulut 
  • 30g Tepung gandum (DJ tambah)
  • sedikit air kapur (DJ tambah) - optional
  • Jus Daun pandan+sedikit pewarna hijau secukupnya 
BAHAGIAN LUAR: 
Kelapa parut(putih sahaja) +1/2 sudu kecil garam 

Cara-cara :

INTI:

Kacau dan goreng kelapa di atas kuali tanpa minyak sehingga agak kering dan kekuningan. Masukkan gula melaka yang sudah dipotong2.. >boleh tambahkan sedikit gula biasa jika mahu. 
kacau sehingga gula benar-benar cair dan gaul sebati. Jika mahu inti nampak lebih gelap, tambahkan sedikit browning sugar. Padamkan api. Inti sedia digunakan.

KUIH:
  1. Bancuh adunan tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk bulat-bulat. Masukkan inti dan bulatkan kembali..lakukan sehingga adunan habis. 
  2. Jerang air dalam periuk, masukkan bebola tadi dan ia akan timbul setelah masak. 
  3. Angkat dan toskan. Gaul dengan kelapa parut tadi 


Thursday, June 07, 2012

Rendang Ayam .... rindunya nak blogging semula


Yuhuuuuuuu!!!!...I'm backkkkk!...
Assalamualaikum dan salam rindu semuanya.....

Adehh....lamanya tak update blog...rindu dan semakin sayang lah pulak walaupun semangat utk menulis   ni belum ada lagi... al maklumlah kan...DJ sebenarnya msh bercuti di kampung halaman lagi buat masa ni...sibuk bersama keluarga dan bermacam2 aktiviti nk dibuat sehingga x cukup masa dan ruang utk mengadap lappy....huhuh. InsyaAllah...setelah balik semula ke KL nanti, DJ post resepi lagi ye. Apa2pun, terima kasih byk2 kpd semua pengunjung dan pembaca setia blog ni krn sudi menjengah dan  mencuba resepi2 yg ada di sini. DJ sgt2 menghargai setiap kunjungan anda. Dan mohon ampun sgt2 sb x sempat nk reply komen satu persatu...adehh...kalau ada kesempatan nanti, DJ akan usahakan juga utk menjawab/membalas komen yg ada...harap bersabar ye. ^__^

Walaupun tgh sibuk melayan keluarga tapi sempat jugalah DJ ambik gambar makan2...tp byk yg ter'miss'. Bukan sengaja tau...tapi tak sempat dan kdg2 dah habis makan baru teringat nk ambik picture...hahaha...biasalah kan..tgh cuti sekolah ni, tambah lagi Sarawak cuti Hari Gawai sampai 4 hari berturut2 baru2 ni...lagilah rmh mcm org nk pergi kenduri...hehehe...tp seronok sgt2 dpt berkumpul ramai2 bersama ahli keluarga...itulah saat dan kenangan terindah biarpun ada pahit manisnya... Alhamdulillah...

Oklah...jomlah kita kembali ke pangkal jalan...heheh...

Ayam yg dimasak secara tak dirancang ni pd mulanya nk dibuat kicap blackpepper...DJ dok tercari2 biji lada hitam tak jumpa lah pulak...rupa2nya ada stok serbuk lada hitam je...mak suruh beli ler ke kedai...tp malaslah pulak...pas tu kebetulan mak baru je siap buat kerisik dan rencah utk buat mi kari...tetiba terbit lak idea nk buat rendang,... mulalah mencarik daun kunyit kat belakang rumah, then daun limau purut pun ada sekali...apa lagi...on je lah projek merendang nih...hehe..nasib baik mak dah blend  bawang2, lengkuas dan halia byk2..dptlah tumpang sekaki...hanya perlu tumis je...dan bila dah siap merendang, bolehlah dihidangkan ...waduhh2....enak bangat!!! tak sedar bertambah2 nasik...huhuh...


Resepinya mudah aje... sama mcm kita buat rendang biasa tu la...cuma dlm resepi ni DJ menggunakan stok yang ada je la kan...termasuklah penggunaan gula apong. Kalau x ada stok tu, DJ guna gula melaka seperti yg biasa DJ buat bila berada di negeri orang..heheh...

Jom kita semak resepinya ye...

Rendang Ayam Harum
resepi : DayangJack

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan dibersihkan)
  • daun kunyit secukupnya (dihiris)
  • 3 helai daun limau purut 
  • sedikit air asam jawa
  • santan secukupnya
  • kerisik secukupnya
  • gula apong/gula melaka/gula pasir/gula perang
  • 2 batang serai (diketuk)
  • rempah 4 sekawan (buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
  • cili giling/cili kisar secukupnya
  • sedikit serbuk kari daging (optional)
bahan-bahan kisar : 
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas

Cara-cara :
  1. Tumiskan rempah 4 sekawan bersama serai, bahan-bahan kisar, serbuk kari dan cili kisar/cili kering sehingga pecah minyak. 
  2. Kemudian masukkan ayam, daun kunyit, daun limau purut dan sedikit air. Gaul-gaulkan dan masaklah hingga ayam hampir empuk.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya dan masak hingga kuahnya pekat.
  4. Setelah masak, bolehlah dihidangkan bersama nasi putih, lemang, nasi impit, nasi lemak, pulut kuning dan sebagainya. Selamat mencuba!