Monday, November 30, 2009

Ketam Masak Cili Berkuah + Nanas



Untuk lauk hari ni, masak ketam yang dah tak berapa fresh tapi still sedap bila masak gaya gini. Memang mabeles!!! Jom makan!!


Bahan-bahan :
  • 4-5 ekor ketam segar(dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • sedikit hirisan nanas
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan sos tomato/puri tomato
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 batang serai (diketuk)
  • santan secukupnya
Bahan-bahan Kisar :
  • 4 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 3 biji cili padi pedas
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 kisar bersama serai hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tomato atau puri tomato.
  3. Masukkan ketam dan sedikit air. Kacau sebati.
  4. Masukkan santan, nanas, garam, gula dan asam gelugur. Kacau hingga masak.

Ayam Bakar Lada Hitam


Dah lama gak tak tayang gambar ayam kan. Lama dah  ker??..hehe. Sebenarnya hampir setiap hari pun masak ayam pelbagai versi. Cuma segan lak rasanya nak tayang hari2...huhu. Lagipun dah sarat sangat almari tu nak simpan gambar2 ayam. hehe.



Ayam ni dimasak semalam. Jadi, nggak usah ditanya ada lagi ke tak sb mmg dah habis. hehe. Kalau nak mencuba resepinya bolehlah ikut resepi di sini yer. Senang jer nak buat tapi sungguh sedap!!

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dibersihkan, dipotong ikut suka dan direbus 1/2 masak)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 - 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan jus lemon
  • 3 sudu makan madu (dibancuh sedikit dgn air)
  • sedikit garam @ gula jika perlu
Cara-cara : Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan peraplah semalama atau sekurang2nya sejam. Kemudian tambah 2 sudu makan minyak zaitun @ minyak masak dan gaul2kan sebelum dibakar. Bakar selama 30 minit pd suhu 200C atau sehingga masak. (terbalikkan ayam 15 minit terakhir)



Rendang Daging Hijau


Sedap sangat2!!!...sekali pandang ala2 masakan nogori gitu. Tapi  yang ni mengikut style sendiri. Sempatlah buat utk raya hari tu. Hubby mmg suka rendang daging ni tapi tak suka kering sangat. Jadi, kita buatlah sedang2.  Berkuah sangat pun aku lak yang tak suka..huhu. Memang berseleralah  makan dgn nasi impit atau nasi panas. Ooopps! hari tu buat nasi minyak dan kurma ayam tapi terlupa nak shoot...heheh...


Bahan-bahan :
  • 1 kilo daging lembu (dipotong kiub)
  • 3 helai daun limau purut
  • santan secukupnya
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 batang serai (diketuk)
  • sedikit air asam jawa
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • garam dan gula melaka secukupnya
  • 1 helai daun kunyit (diracik)
bahan-bahan yg perlu dikisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi  (boleh tambah atau kurang)
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1 cm kunyit hidup
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering, jintan putih dan ketumbar. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga empuk.
  3. Kemudian masukkan santan, kerisik, daun kunyit, garam, gula melaka dan air asam asam jawa. Masak lagi hingga kuahnya pekat. Nak masak hingga kering pun boleh.


Mini Popia




Salam aidil adha buat rakan2 semua. Dah habis beraya ke belum tu?? hehe. Pasti ada yang dah balik ke rumah masing2 sekarang ni kan..yang sedang bercuti tu selamat bercutilah bersama insan2 tersayang. Sedih ooo...jgn tanyalah dyg beraya kat mana...sebenarnya rindu sangat2 kat kampung halaman. Tapi apakan daya, hubby sedang sibuk menyiapkan projek2 baru.. Outstation sana sini. Kenalah bersabar dulu dan sanggup berkorban....hehe. Walau bagaimanapun, sambutan raya haji ni kalau kata kampung  dyg taklah semeriah raya puasa. Maknanya, raya haji ni kat sana disambut secara sederhana. Kerja2 kat dapur pun taklah banyak sangat. Kek2 pun tak buat kecuali masak rendang, nasi minyak, lauk2 yg sewaktu dgnnya adalah sikit. Lebihan kek2 raya puasa terdahulu pun ada lagi dan bolehlah hidang. Tu lah yang biasa dibuat setiap kali raya haji. Bila dah merantau kat negeri orang ni lainlah pulak suasananya. Tapi still dapat menyesuaikan diri walaupun jauh di lubuk hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tak nak cerita panjang lebar...takut hujan turun lagi...

Oklah. Sebenarnya, ada bbrp perkara nak cakap di sini setelah mendiamkan diri pd n3-n3 yg dah lepas. Bukan tak nak bercakap, cuma belum ada ruang dan feel nak menaip lebih2 lagi tengah tension dgn laptop Sleeping Beautyku itu. Hari ni barulah rasa lega sikit sb hubby dah mula pay attention...hihik...dia dah bawak pi kerja pagi tadi. Harap2 Sleeping Beautyku itu dapat diselamatkan. Nyawa pun tak setanding dgn nyawa ikan...Bila dah ok nanti barulah bersemangat nak update blog hari2 mcm dulu. InsyaAllah...

Mengenai chatbox2 baruku itu..sebenarnya dah lama register tapi tak pakai lagi sb lebih selesa pakai yang sebelum ni. Cuma ada yang mengadu sb tak nampak pintu segala bagai, jadi kita tukarlah yang ini pulak.  Lagipun senang nak tengok kat HP. Boleh reply kat situ kalau ada msg. Yang lama tu mmg tak boleh nak tembus. Harap2 lepas ni dapatlah berfungsi dgn baik dan tak ada sebarang kesulitan lagi. Rakan2 dan pengunjung setia bolehlah tinggalkan mesej kat mana2 chatbox mengikut keselesaan. Kalau tak ok juga, harap inform dyg, ok.



Orait, n3 kali ni ialah mini popia. Banyak gak buat hari tu tapi tak sampai ke raya. Faham-faham je lah. Tu pun dpt tayang suku jer sb dh nak habis. Kalau bab2 nak menggulung kulit popia ni mmg fail. Bukan setakat fail jer tapi sebenarnya malas. Makan suka ler...hehe. Nak buat sendiri, kena tunggu betul2 ada mood. Ni pun kulit popiah asyik keluar masuk keluar masuk peti ais....tertangguh2 nak buat...huhu. Tapi bila dah buat, berbaloi gak rasanya. Sedap dan rangup. Cuma tak bagi pedas sgt takut anak2 tak nak makan.

Nasib baiklah dpt shoot walaupun tinggal sikit jer ni. Itupun si kecik suruh buat lagi. Sedap katanya. Cuma tu lah, nak tunggu rajin sikit baru boleh buat. Resepinya pun main redah jer ni janji sedap...heheh. Lagipun, dah biasa tengok mak sedara buat long time ago, jadi ingat2 gitu jer lah bahan2nya. Selebihnya, pandai2lah alter sendiri...hehe.

Saturday, November 28, 2009

Kek Epal




Kek Epal
Bahan-bahan :
  • 250 g tepung gandum + 1 sk baking powder (diayak)
  • 250 g mentega
  • 250 g gula pasir (dikisar halus)
  • 4 biji telur C (dipukul sedikit)
  • 1 biji epal hijau (dikupas kulit dan diparut dan direndam bersama 50 ml susu segar suam)
  • 50 ml susu segar suam
  • 1 sk esen vanilla @ perisa epal
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 180C. Griskan loyang kek dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. 
  2. Putar mentega bersama gula hingga putih gebu.(high speed)
  3. Masukkan telur perlahan2 sambil diputar hingga sebati. (guna kelajuan minima)
  4. Tuangkan susu segar dan tepung secara berselang seli. Putar lagi hingga sebati.
  5. Masukkan esen dan putar lagi.
  6. Akhir sekali masukkan parutan epal yg sudah direndam bersama susu tadi. Kacau dgn spatula.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45-50 minit atau sehingga kek masak (turunkan suhu pada 160C 20 minit terakhir). Suhu bergantung pada kepanasan oven masing2.
***kek ni taklah 100% rasa epalnya kecuali tambah perisa. Walau bagaimanapun, rasanya mmg best!

Thursday, November 26, 2009

Kek Coklat Marie Kukus

Kek Coklat Marie Kukus


Bahan-bahan : loyang 7" x 7" @ 8" x 8"
  • 250 g tepung biskut coklat marie
  • 1 sk baking powder
  • 50 g horlicks
  • 50 g serbuk koko
  • 7 biji telur gred C (sejuk)
  • 180 g marjerin (dicairkan)
  • 300 g gula halus (dikisar lagi sampai halus)
  • 1/2 cawan susu pekat manis + 120 ml air panas (dibancuhkan)
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
  2. Di dalam satu bekas besar, ayak tepung biskut coklat marie bersama baking powder, horlicks dan serbuk koko.
  3. Masukkan telur, gula halus serta bancuhan susu pekat. Putarkan hingga adunan sebati. Kemudian masukkan esen vanilla. Putar lagi.
  4. Masukkan marjerin yang sudah dicairkan tadi dan kacau dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan. Tutup kemas dgn kertas foil.
  6. Kukuslah selama 1 jam 50 minit atau sehingga kek masak. (uji dgn lidi @ cake tester. Jika tak melekat, maknanya kek sudah masak)

kek yang sudah disimpan 2 hari

Contoh biskut coklat marie

***Biskut coklat marie hendaklah ditumbuk/dikisar sehingga betul2 halus seperti tepung dan perlu diayak 2-3 kali sebelum disukat. Ayak sekali lagi bersama koko dan horlicks.
***seelok2nya guna kertas minyak utk melapik loyang seperti yg selalu disyorkan
***kek ini padat tetapi lembut
***boleh kurangkan gula jika tak suka manis
***sejukkan kek selama satu hari sebelum dimakan. Rasanya akan menjadi lebih sedap.

Tuesday, November 24, 2009

Crispy Onion Rings (my style)

Salam rindu buat rakan2, pengunjung2 setia mahupun silent reader ku yg sentiasa mengikut aku tak kira di mana jua aku berada, siang atau pun malam, panas atau pun hujan...alangkah terharunya....terima kasih byk2 yer krn sudi meninggalkan jejak dan juga sudi klik2 nap nap tu....hihik.

Tak tahan rasanya membaca emel, sms dan juga komen2 di sini...baru satu hari senyap dah ada yg hantar emel minta jgn rehat lama sgt....huhu....apakan dayaku...kekangan masa yg membatasi segalanya. Tapi hari ini sempatlah juga meluangkan sedikit masa utk mengemaskinikan blog dgn langsir baru (pssst!...ikut theme...hihik) dan juga n3 yg dh agak lama dalam simpanan dyg utk dikongsikan bersama anda.

Bila entah ambik gambar onion rings ni tak taulah. Selalu juga buat.. hampir setiap minggu sb si kecik suka sgt mengunyah onion rings ni. Nak shoot pun x sempat2 dibuatnya...maka, satu ketika itu berjaya gak shoot sekeping dua utk tayangan amal. Tu pun spesen jer pose nya...hehe. Tak mengapalah, janji ada gambarnya oklah tu.


Onion rings ni sedap dan rangup. Sesuailah utk hidangan minum petang atau bila2 masa sahaja. Nak buat utk cucur udang dan cucur bawang pun sedap juga. Ada 2 versi resepi yg nak dikongsikan di sini. Jika berminat, bolehlah mencubanya yer.

Crispy Onion Rings

Bahan-bahan :
  • 1 1/4 cawan tepung superfine
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 1 sk baking powder
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1/2 sk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1 1/4 cawan air suam
  • bawang besar (kuning) secukupnya - dihiris bulat
Cara-cara :
  1. Ayak semua tepung bersama baking powder ke dalam bekas besar.
  2. Masukkan bahan2 selebihnya (kecuali bawang) dan gaulkan sebati.
  3. Sediakan minyak utk menggoreng. Pastikan minyak betul2 panas.
  4. Kemudian, celupkan bawang ke dalam adunan tepung tadi dan goreng hingga keemasan.

Another Version :
Sesuai juga utk membuat onion rings/cucur bawang/cucur udang/cucur ikan bilis.

Bahan-bahan :
  • 125 g tepung superfine
  • 25 g tepung ubi
  • 25 g tepung gandum
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1/2 sk lada sulah
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 2 sk garam @ secukup rasa
  • 1 sk yis mauripan
  • 1/2 sk baking powder
  • 250 ml air suam
  • Bawang besar secukupnya (dihiris bulat)
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit.
  2. Ayakkan semua tepung serta baking powder di dlm satu bekas besar.
  3. Masukkan marjerin, kunyit, garam dan gula. Kacau rata2.
  4. Masukkan yis tadi dan gaulkan sebati (jika terlebih pekat boleh tambah air).
  5. Sediakan minyak utk menggoreng.
  6. Apabila sudah cukup panas, bolehlah celupkan bawang dgn adunan tadi dan goreng hingga keemasan.
**nak add serbuk cili pun ok jika suka.
Selamat mencuba! dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Koleksi eCard raya drp rakan2 blogger...thanks

Salam....

Sesibuk mana pun masa ni sempat gak fly ke rumah HaSue semata2 nak angkut ecard raya yg comel ni. Kena angkut awal2 takut nanti ketinggalan flight..heheh...Anyway, Thank you so much! Selamat Hari Raya Aidil Adha buat Sue sekeluarga. Maaf Zahir Batin.


Yang ini pula adalah pemberian kad dp erma181. trm kasih banyak2 yer. Tahniah juga diucapkan kpd erma krn telah berjaya membuka blog sendiri. Semoga persahabatan kita kekal berpanjangan. Salam Aidul Adha juga buat erma sekeluarga. tq. mmmmuahhh!


Friday, November 20, 2009

Cuti Rehat jap.....

Salam....

Dah beberapa hari x sempat nak kemas umah, tayang menu dsb. Walau bagaimanapun, terima kasihlah kpd rakan2 dan pengunjung setia krn tak jemu2 singgah ke rumah agak sunyi dan suram ni. Harap bersabarlah yer tuan2 dan puan2. Ketika dan saat ini dyg sedang bercuti rehat dari segala aktiviti di alam maya ni demi menumpukan perhatian pd hal2 lain. Jadi, tak ada n3 lah yer selama bbrp hari ni. Mungkin dlm 10 hari gitu....tak lama, kan?? sekejap jer tu...jangan ada yang kerinduan lak nanti yer. Dah bagi tau awal2 lagi ni...kang ada lak tercarik2, ternangis2...huhu...tak mau lah mcm tuu... kita akan kembali bersiaran selepas bercuti rehat nanti.

Apa2pun jutaan terima kasih dyg ucapkan pd rakan2 serta pengunjung yg dihargai sekalian krn sudi tinggalkan msg kat cbox tu. Jika ada masa terluang, dyg akan reply. Tak lupa juga kpd yang tlh sudi mencuba resepi2 di sini, terima kasih banyak2 yer. Resepi2 di sini adalah utk dikongsikan bersama dan silakanlah salin @ C&P resepinya jika sudi. Terima kasih. (dah dihalalkan yer, tak perlu minta izin lagi tau...hihik).

Di sini juga dyg ingin memohon seribu kemaafan jika ada salah silap, terkasar bahasa yg mungkin tak disedari tlh mengguris hati kawan2 sepanjang kita bersiaran di sini. Mungkin juga ada yg tak menyenangi diri ini...who knows...therefore, i'm so sorry....

Kepada kak Rosaliza, Cik Ani dan Azatie (setakat yang diketahui pada masa ni), tahniah yer kerana berjaya membuka blog masing2. Semoga bertambah cerialah alam maya ni dgn kehadiran bloggers seperti anda. Ada masa nanti, dyg akan singgah.

To HaSue, Congrats yer kerana telah berjaya menjadi bidan kpd Chombi. Kiut miut anak2 Chombi tu. Dah bagi nama ker belum?? jgn lupa register sijil kelahiran sekali tau...heheh.

To the followers, thanks for supporting me. Jika sudi, tinggalkan add Gmail anda di petak komen atau ke emel dyg yer. tq. Jika tak ada, cepat2 buat akaun tau...heheh.

Sebelum terlupa, dgn kesempatan ini(walaupun terlalu awal) dyg ingin mengucapkan Selamat Meyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam tak kira di mana jua berada (mana2 yg sempat singgah di sini)....... Tingkatkan pergorbanan, suburkan keikhlasan. Semoga diberkati Allah selalu.

Sekian. Wassalam.

Monday, November 16, 2009

Sup Tulang Pedas Masam

Semalam buat sup tulang favorite. Seakan2 berjanji lak dgn jiran sebelah rumah nun...Sapa lah agaknya yer???...hihik....cuma kita ni lambat sikit nak post.

Sup tulang ni kalau tak pedas dan masam, mmg takkan kusentuh. Sebab tu lah kat umah ada bertimbun2 stok limau nipis dan cili api. Cili api pun bukan jenis yang tak pedas tu. Yang hijau gelap tu lah, mmg x pedas langsung. Tapi yang hijau muda atau kecik2 yang merah2 tu ok...mmg power pedasnya...tapi kalau ada cabik geronong @ cili bunga tu lagilah terangkat. Kat umah kg tu ada. Ayah suka tanam cili tu sb tahap kepedasannya memang melampau2...ekeke...sedap dibuat sambal belacan...kat blog HaSue ada contoh gambar cili tu yer. Cili jenis satu lagi yg dimaksudkan oleh dyg ni ialah cili bulat yg licin, kecik2 n kiut2 jer saiz dia tapi sama taraf lah dgn cili bunga...hehe. Nantilah kalau ada contoh cili tu akan ditayangkan kat sini.

Apa2pun layan jelah dulu gambar nan satu ni.... nak pi masak dulu.... :) Kalau nak tengok dan cuba resepinya, boleh KLIK di SINI.

Sunday, November 15, 2009

Ayam Bam Bam

Semalam teruja sgt2 nak buat ayam bam bam memandangkan ayam yg dibeli pun tembam2 belaka. hehe...Ambik resepi ni dari rumah Noreen dan sumber asalnya ialah resepi kepunyaan k.Noormasri. Thanks ya..for both of you.

Pada pendapat dyg, resepi ni mmg sedap. Rasa pun hampir sama dgn masakan Padang yg dyg buat sebelum ni. Oleh kerana dyg suka pedas, jadi dyg add cili padi 4-5 bijik. Mabeles!!

Dyg mintak izin kopipes resepinya yer. Thanks a lot.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong 4 atau 8
2 mangkuk santan - dari 1 biji kelapa
3 helai daun salam (x ada daun salam. dyg gantikan dgn daun kunyit)
3 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng

bahan2 kisar:
15 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
8 biji buah keras
1 sudu kecil serbuk kunyit (dyg guna kunyit hidup)
2 batang serai
2cm lengkuas
jika suka pedas boelh dimasukkan 3-4 tangkai cili padi

cara:
  • ayam dibersihkan dan dilumurkan dengan sedikit garam
  • panaskan minyak
  • gorengkan ayam sehingga 3/4 masak dan ketepikan
  • panaskan sedikit minyak di dalam periuk
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan pecah minyak
  • kemudian masukkan santan, daun limau purut, daun salam, garam dan gula secukup rasa
  • masak sehingga kuah menjadi agak pekat
  • akhir sekali masukkan ayam dan masaklah sehingga ayam empuk
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih

source: k.noormasri

Friday, November 13, 2009

Kek Lapis Kukus DJ a.k.a 5-in-1 Steamed Cake - updated

Projek semalam. Memandangkan tak tau nak letak nama apa, kita letak jelah nama diri sendiri. Yalah, dah kek ni menggunakan resepi sendiri, tentulah tak salah nak letak nama sendiri, betul x???...betul! betul! betul!...uik, menjawab pulak si ipin nih...hihik..

Actually, kita tgh frust ni sebab ada technical problem sebelum mengukus kek. Sepatutnya guna loyang 6 inci sb adunan kek ni taklah banyak sgt tapi dyg ter'guna' loyang 8 inci pulak. Dah siap sapu mentega dan tepung lagi tu. Time nak masukkan adunan tu, baru perasan dyg guna loyang besar. Gerenti leperlah kek lepas ni!!...huhu...mmg nipis jadinya. Frust betul!!...lama gak duduk termenung sendirian sambil menangis dlm hati....uhuk...

Walau bagaimanapun, utk merawat luka di hati ni, sebaik shj kek ni masak, dyg terus potong 2 bahagian, godek2 dlm esbok jumpa lak pes strawberi dlm tupperware plastik senyap jer duk bahagian hujung. Nasib baik tak jadi batu. Yahuuu!...semangat nih!...terus dapat idea. Dyg cairkan sekejap pes tu, then, terus sapu pada kek tadi dan tutup dgn kek satu lagi. Barulah nampak tinggi sikit kek tu. Nampak tak bahagian tengah kek tu? Serabut jer kan?...huhu. Itulah kesilapan kecik yang dyg sukar utk memaafkan diri sendiri. Boleh tu boleh..but it takes time.


Lepas tu, acara utk menguji kesedapan kek ni pulak. The first person that i would like to call is (macam ANTM lak...hihik)....of course la my princess..hehe. "Sedaaapp!, nak lagi!!...nak semua!!"...eh, mana boleh bagi semua...orang lain pun nak rasa gak....huhu...dyg pun sempatlah rasa sepotong dua...mmg sedap!!!...rasa strawberi ada, pandan ada, horlick ada, nescafe ada, coklat pun ada...pendek kata, All in One lah!!....

Sebelum hubby ke outstation tengahari tadi, sempatlah dyg buatkan bekal kek ni. Nasib baiklah manisnya mengikut piawaian hubby. Maklumlah, dia ni tak boleh makan kek2 yg terlebih manis, karang sakit kepala pulak. Aku jugak yang susah....huhu. Tapi kan dyg risau gak, takut2 kek ni tak menepati selera dia. So, dyg call dia. Masa tu dah on the way ke sana bersama partners dia. Dia kata 'sedaap'. Dia ni jenis tak hipokrit. Kalau makanan tak sedap ke, masin ke, manis ke, dia akan berterus terang. Alhamdulillah....lega rasa di hati bila dia kata ok.

Yang ni utk puan Hana...Sudi2kanlah ambik kek ni yer....kesian.. dia dah bawak tupperware besar dari tadi...lepas tu kan jangan makan sorang2 tau...share2 lah dgn anak2 and mr hubby....hehe...kalau ada lagi tu, share2 lah dgn kawan2 kat sini....


Updated :

Ramai gak yg tertunggu2 akan resepi kek lapis kukus ni. Terima kasih atas komen2 anda. Bagi yang tak dapat2 nk ekses blog ini, dyg minta maaf banyak2 krn tak dapat nak bantu terutamanya yg berkaitan dgn server. Setakat ni yg mampu dyg lakukan ialah dgn mengurangkan jumlah post utk satu page supaya mudah nak download. Bagi pengguna2 Internet Explorer, mungkin ada kesulitan utk download page ini. Jadi, bertukarlah kepada Mozilla Firefox, cepat dan pantas.

Resepi Kek Lapis Kukus DJ
(loyang 8" x 8") - adunan penuh

Bahan-bahan :
  • 10 biji telur A
  • 250 g tepung gandum @ 150 tpg gandum + 100 g biskut marie hancur (diayak)
  • 100 g horlicks
  • 500 g mentega GC
  • 200 g gula pasir (dikisar halus)
  • 5 sudu besar seri kaya
  • 1/3 tin susu pekat manis (boleh tambah atau kurang)
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sudu besar pandan emulco
  • 6 sudu besar serbuk coklat + 1 sudu besar nescafe (dibancuh dgn 4 sb air panas)
  • 1/2 sudu besar strawberry emulco (boleh tambah sedikit pewarna merah jika suka)
Cara-cara : Ikut step (jangan skip)
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang kek dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. (elok lapik dgn kertas minyak).
  2. Pukul mentega bersama gula sehingga gebu. (high speed)
  3. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan.
  4. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  5. Masukkan seri kaya. Putarkan lagi.
  6. Masukkan horlicks dan putar lagi.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan sebatikan.
  8. Masukkan esen vanilla. Putar lagi.
  9. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian (lebihkan sedikit utk lapisan pandan). Setiap bahagian dicampurkan dgn Pandan Emulco, Strawberry Emulco, pes coklat dan bahagian yang satu lagi dibiarkan kosong.
  10. Tuangkan adunan pandan terlebih dahulu dan ratakan. Tutup kemas dgn kertas foil dan kukus selama 5 minit atau sehingga lapisan dah tak cair.
  11. Kukuslah utk lapisan seterusnya sehingga habis. Lapisan terakhir ialah adunan Pandan.
  12. Kukus lagi sehingga betul2 masak (lebih kurang 1 jam)
**dyg guna bekas plastik ini untuk membahagikan/menyukat adunan pd setiap lapisan. Mudah, kan? (boleh C&P gambar bekas plastik ini)

**adunan hendaklah sentiasa dikacau setiap kali sebelum melapiskan kek.

Thursday, November 12, 2009

Sambal Tomyam Udang

Salam....

huhu...ada gak yang sudi nk shium pipi kita yg dah hampir dimakan usia ni...sapalah agaknya yer???...ahaks...katanya bau lavender...pulak??? bukan bau roses ker??? ekeke.....apa2 sajalah, asalkan wangi, betul x???....hishh!! :D

Hari ni seperti biasa, masak lauk ayam utk anak2...buat kari ayam, mana tau lepas ni terbuat roti jala lak...tu pun kalau rajin lah kan...tapi yang tak syoknya hubby outstation lagi. Kali ni ke Kelantan pulak selama 2 hari. Rasa cam tak bestlah nak buat roti jala time dia tak ada. Posponlah...

Oklah, semalam buat sambal tomyam udang. Pernah dengar tak??? Bukan sup tomyam tau...tapi ni sambal guna perencah tomyam...entah apa2 kan...hehe. Tapi boleh tahan gak rasanya pekena dgn nasi putih....mmg mabeles!!!....ehem...ikut selera katakan....

Haa, ni dia kiub tomyam yg dyg guna utk buat sambal udang. Cukup rasa. Tak perlu lagi nak guna limau nipis atau air asam jawa. Tak boleh nak cerita panjang lebar. Tapi kalau nak tau rasanya mcm mana, kenalah cuba sendiri, ok??....hehe

Sambal Tomyam Udang
Bahan-bahan :
  • 400 g udang basah (dibersihkan)
  • 1 kiub tomyam Knorr
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2-3 sudu besar cili kisar (boleh tambah/kurang)
  • cili api - optional
Bahan-bahan mesin :
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1 cm lengkuas
  • 5 biji bawang merah
Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 mesin dan cili kisar hingga garing.
  2. Masukkan kiub tomyam, sos tiram dan sedikit air. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang dan cili merah & cili api. Kacau rata.
  4. Perasakan dgn garam dan gula. (boleh tambah air jika perlu)
  5. Akhir sekali masukkan bawang besar.
  6. Hidangkan setelah masak.

Lately, jarang makan udang sb ssh nak carik yg besar2. Bila dah kepingin sgt, belilah juga dlm 2 kilo gitu. Dapat yang halus milus...huhu...jadilah tu dp tak dapat langsung....

Tuesday, November 10, 2009

Baked Beans (Tomato Sauce) with Potato

Salam...

Breakfast hari ni ringkas jer. Scrambled Egg, Cheesy Sausage & Nugget. Tak cecah dgn sos cili, tapi dgn kuah kacang panggang berkentang. Sedaaaapp!!

Bahan-bahan :
  • 1 tin besar baked beans (dyg prefer Ayam Brand)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1 biji ubi kentang (dihiris nipis2 dan digoreng sedikit)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • sedikit lada sulah dan garam
Cara-cara : Panaskan marjerin di dlm periuk. Tumis bawang putih hingga perang. Masukkan kentang yg sudah digoreng tadi dan sedikit air (70 ml). Masukkan kacang panggang dan kacau perlahan2. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan lada sulah. Kacau sebati. Boleh tambah air jika perlu.

Setelah kuah masak, bolehlah dihidangkan bersama nugget, kentang goreng, sosej dan sebagainya.

Actually, hari ni tak sedap badan. Sakit segala bagai. Jap lagi nak masak lauk utk dinner pulak....kena kuatkan semangat....

Monday, November 09, 2009

Ayam Panggang Berempah II

Salam....

Harap2 member2 semua berada dlm keadaan sihat dan ceria selalu. Bagi yang bekerja, selamat menjalankan tugas dgn penuh dedikasi. Sekali lagi dyg berterima kasih kpd semua pengunjung krn tak jemu2 singgah dan bertandang ke sini. Kepada rakan/pengikut yg baru, terima kasih byk2 krn sudi sign in & tak lupa juga bagi yang telah mencuba resepi2 di sini, thanks a lot ya.

N3 semalam hanya tayang gambar jer. Tak sempat nak tulis apa2. Lagipun 2-3 hari ni mmg tak boleh nak mengadap laptop lama2 sb tu senyap seketika. Siap ada yg sms lagi ke manakah hilanglah si dayang ni..hehe. Ada gak yang risau eh....terharu dah ni...bukan masalah lappie tak ada, ada...cuma sakit mata dan rasa mual2 lah nak mengadap lama2. Hilang terus mood nak bercerita. Ditambah lagi dgn ragam anak2, aduhhh!...pening2....nak cerita pun dah tak lalu....huhu.

Hari ni ok sikit. Bolehlah melayan benda alah ni. Sebenarnya, tak abis lagi nak bercerita pasal ayam berempah versi panggang ni. Semalam buat dlm 1/2 ekor tapi tu pun dh cukup banyak sb ayam ni saiz XL. Mula2 ingat nak buat ayam tandoori Kak Hanieliza setelah melihat gambarnya kat umah Kak Nor Ganu tu. Tapi terlupa pulak nak beli perencahnya masa ke pasar hari tu padahal dh masuk list...yg list tu pulak terlupa nak bawak sekali...Alahaii...kena tangguh lagilah nampaknya....

Finally, buat je lah apa2 yang patut dgn ayam ni. Resepi pun macam biasa, main campak2. Tapi yang ni mmg btl2 lah fit my taste. Ayam panggang berempah sebelum ni pun sedap juga tapi tak sempat nak menikmati betul2 sb nak diet konon2nya..hehe..

Mula2 ingat nak nak goreng jer ayam ni tapi tak jadi. Panggang je lah dgn kuahnya sekali. Macam biasa, rebus dulu dgn perencahnya sehingga 3/4 masak, lepas tu bubuh minyak zaitun dlm 2 sudu besar, gaul2kan dan susun dalam dulang berbalutkan kertas foil. Kemudian, panggang 15 minit, terbalikkan ayam, dan panggang lagi 15 minit. Bila dah masak tu, kitalah orang pertama buat ujikaji dulu mcm dlm lab ler pulak...hehe. Memang sedap!!! siap ratah 3 ketul lagi tuu..tak pernah2 dibuat....hihik.

Di sini dyg sertakan resepinya yer, mana tau kot2 ada teringin nak cuba....lagipun resepi ni berbeza sedikit dgn yang sebelum ni.

Ayam Panggang Berempah II

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1-2 sudu besar cili kering kisar
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 cawan air
Bahan-bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 4 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara : Gaulkan kesemua bahan di atas dan rebus sehingga 3/4 masak. Kemudian, masukkan 2 sudu besar minyak zaitun atau minyak masak. Gaulkan. Panaskan oven. Sediakan dulang yang dibalutkan dgn kertas foil. Masukkan ayam serta kuahnya dan panggang hingga keemasan selama lbh kurang 30 minit. (terbalikkan ayam selepas 15 minit pertama dan panggang lagi 15 minit atau hingga masak - bergantung pada kepanasan oven masing2)

***selain dipanggang, ayam ini boleh juga digoreng

Sunday, November 08, 2009

Menu Hari Ini

Ayam Panggang Berempah II

Asam Pedas Pari

Sambal Cencaluk

Tauhu Taugeh Tumis

Friday, November 06, 2009

Kari Daging

Satu lagi hidangan hari ini. Sempat gak pose sebelum dinner tadi. Kari daging ni mmg favorite dayang dan hubby. Buat sikit jer ni sebab nak perhabiskan daging yang ada...dah alang2 kan...Esok nak ke pasar pulak. Kena clear kan freezer dulu.

Resepi kari daging ni ramai yang dah tau kan...cuma bahan2 dan teknik memasaknya mungkin ada sedikit berbeza. Yang penting, sedap dan menepati selera keluarga.

Terung Panggang & Sambal Udang Kering

Sesekali makan terung panggang mmg sedap. Terus rasa hilang jer sakit ulser ni. hehe. Tapi tak makan dgn nasik. Main ratah jer tu. Mula2 ingat nak buat kari terung tapi cancel sb dah masak kari daging. Anak2 lak macam biasa, buat ayam goreng dan sup sayur sikit. Mintak maaflah yer, tak sempat nak tayang semua. Lagipun dah banyak sangat buat siaran ulangan...bosan pulak nanti...heheh

Jomlah layan apa yang ada ni. Tak dapat nak jemput makan. Cuci mata jelah dgn gambar2 yang tak seberapa ni...



Breakfast

Jarang tayang menu berakfast kat sini. Entah, hari ni terajin lak nak ambik gambar. Actually, pagi tadi dyg masak nasi goreng gak tapi pic blur ler....alahaii....gara2 nak cepat ler tu...sakit mata nengok tau. Oleh itu, tak jadi nak tayang, kang ada lak yang pening-pening lalat nanti, akaaak jugak yang susah...huhu.

It's ok... next time boleh snap cantik2. Kita tayang apa yang ada je lah. Ini sarapan ringkas dyg. Memandangkan ulser masih tak hilang lagi plus nak diet gak ni...hehe, dyg makan campuran oats+cornflake+mixfruits+susu dan jus oren jer. Sedap dan cukup mengenyangkan.

Well, that's all for today. Kalau sempat, dyg akan update lagi utk menu tengahari nanti.
Have a nice day!