Tuesday, May 31, 2011

Sambal Telur



Assalamualaikum....

Entri terlewat lagi....hari ni tak brp rajin nak masak best2..so, MeM masak yg simple2 jer. Buat sambal telur, terubuk masin goreng dan bayam rebus letak fishball...tu je lah. Walaupun agak simple tapi anak2 teramat suka akan sambal telur ni. Alhamdulillah...habiss licin! hmmm...kena fikir nak masak apa plak utk mlm ni....

Sambal Telur
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 4 biji telur rebus (digoreng)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 biji bawang merah (dikisar)
  • cili giling secukupnya
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris bulat)
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar dan cili giling hingga garing.
  2. Masukkan garam, gula dan air asam jawa secukupnya. Kemudian masukkan bawang besar. Kacau sebati. (boleh juga masukkan air jika ingin berkuah)
  3. Setelah masak, masukkan telur dan gaulkan rata-rata.
  4. Hidangkan.

Monday, May 30, 2011

Cempedak Goreng Rangup


Alangkah bestnya dapat makan cempedak goreng niii...syurgaaa...! ..nyum nyum nyum!..yummyyy!...mimpi menjadi kenyataan!...heheh. Maklumlah, dah lebih 2 tahun MeM tak merasa buah favorite ni tau takk....tak percaya ker??...serious!..mmg dh  lama x makan.....kalau buah nangka yes, selalu gak beli kat tepi jalan atau kat kedai buah. Ada satu lagi buah yg hampir sama dgn spesis cempedak ni..kalau kat Srwk dipanggil buah 'terap'. Memang sedaaapp sgt...adehh...terbayang2 plak dah dgn buah terap tu...harap2 tak bermimpi lagi pas nih...hihi.

Apa2pun, hati puas dpt buat dan makan cempedak goreng nih...lbh2 lagi ketika masih panas, waduhh! rangupnyaaa! 


Resepinya mudah jer. Blend kesemua bahan2 utk buat batter hingga pekat sebati. Tapi taklah pekat sgt. Sedang2. Pastikan batter sentiasa sejuk utk dapatkan rasa yg rangup. 

Cempedak Goreng Rangup
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : (3-4 orang makan)
  • buah cempedak ranum secukupnya 
batter :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • sedikit garam dan pewarna kuning
Cara-cara :
  1. Blend semua bahan batter hingga sebati. 
  2. Sediakan minyak secukupnya untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, celupkan buah cempedak ke dalam adunan dan gorenglah hingga keemasan. Toskan setelah digoreng. 

Sunday, May 29, 2011

Sambal Sotong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Dah sarapan? Kalau pepagi gini MeM n famili makan roti bako jer. Pas tu makan bubur oats. Sb tu jarang bebeno nak tayang menu breakfast... kecuali kalau ada nasi lemak, mi goreng dsbnya. 

Semalam agak sibuk sket. Biasalah, dah start cuti sekolah kan, makinlah sibuk termasuklah melayan karenah anak2. Mmg tak dapatlah nk lepak lama2 kat sini atau di FB. Last2 offline jer. Hari ni bolehlah singgah jap share menu yg dah selalu sgt diulang tayang. Harap jgn ada yg jemu yer...hehe.

Lauk sotong ni adalah menu semalam. Dah beberapa hari dah berangan nk masak tapi tak jugak terbuat2. Alhamdulillah...akhirnya tertunai juga hasrat di hati. Sotong yg biasa2 jer ni. Saiz pun taklah besar sgt. Sb tu malas nk potong atau dikelar. Apa yg penting ialah rasanya yg sedap dan lagi sedap kalau dpt makan dgn nasik lemak... :)

Jom semak resepinya.... have a nice weekend!

Sambal Sotong
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :

  • 10 ekor sotong sederhana (dibersihkan)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 3-4 sudu besar cili kisar/cili giling
  • 1 inci belacan bakar (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • sedikit air asam jawa
  • gula melaka
  • garam secukup rasa
Cara-cara 
  1. Gaul-gaulkan sotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian digoreng hingga masak/garing. Ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak menggoreng sotong tadi. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar hingga garing. Masukkan garam, gula dan bawang besar. Kacau lagi. 
  3. Akhir sekali masukkan sotong dan air asam jawa. Gaul-gaulkan sebati hingga kuahnya pekat. 
  4. Setelah masak, hidangkan bersama nasi putih atau nasi lemak. 


Friday, May 27, 2011

Puding Kentang Berkaramel

Yuhuuuu!...resepi puding dah update!..sila2lah semak resepinya yer. Asyik tertangguh2 jer nak tulis resepinya...arrgghh! MeM dah terkena serangan virus 'M' jer sejak dua menjak nih...sabo jelah. Gambar puding ni pun ala2 kena serang virus gak. Malas nk fikir2 lagi dah....nasib baik puding kentang ni sedap dan kena dengan selera anak tekak. Sejuk hati...ermm

Puding stail gini mmg sesuailah bagi yg tak suka dengan bau telur. DJ pun tak berapa gemar sgt makan yg plain jer tu. Rasa mual2, dan boleh pengsan dibuatnya. Tapi my daughter jenis tak kesah. Asalkan ada karamel, dia mesti suka. Skrg ni pun dia dah boleh makan karamel pekat. 


Ok...mari kita layan resepinya....terima kasih sudi singgah dan tinggalkan jejak anda di sini.

Puding Kentang Berkaramel
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


Karamel :
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara-cara :
  1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. 
  2. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :
  • 1 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
  • 5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
  • 1 1/2 cawan susu sejat/susu cair
  • 1/4 cawan air 
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati. 
  2. Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
  4. Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
  5. Bakarlah pada suhu 160-170C selama 40 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
  6. Setelah  puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. 

Ikan Masak Kicap Sedap


Assalamualaikum dan bertemu kembali....

Sesekali makan lauk ikan berkicap ni mmg sgt3x dan 1000 kali sangat menyelerakan!...adehh..tak dapat nak dijelaskan dgn panjang lebarlah tentang kesedapannya...hehe. Walaupun resepinya mudah dan biasa2 jer tapi Alhamdulillah...memang berbaloi2....

Ikan yg digunakan adalah ikan kembong. Ikan tenggiri atau ikan bawal pun sedap gak...ermmm...layan jelah resepinya yer. Entri puding akan menyusul kemudian..


Ikan Masak Kicap Sedap
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 4 ekor ikan kembong besar (digoreng seperti biasa)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
  • sedikit hirisan cili benggala 
  • sedikit cili giling
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
bahan-bahan kisar :
  • 1/2 labu bawang besar 
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga berbau wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap manis dan sos tomato. Kacau hingga sebati. Masukkan air secukupnya. 
  3. Setelah mendidih, masukkan ikan goreng, bawang goreng dan cili benggala. Gaul-gaulkan selama lebih kurang 1 minit. Tutupkan api. Angkat dan hidangkan.
  4. Setelah sebati, tutupkan api. 

Thursday, May 26, 2011

Nasi Impit Vs Kuah Kacang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Dari pagi sampailah ke tengahari ni MeM dan famili layan nasik impit dan kuah kacang jer. Petang2 karang belum terfikir lg nk masak apa. Tengah berangan lagi ler ni...hehe. Sebenarnya mood masak2 ni tak berapa nk hebatlah sejak mr hubby mengamalkan diet. Byk lauk kesukaannya terpaksa dilupakan buat seketika. Ni barulah dikatakan btl2 diet...tak mcm org sebelah tu...diet dah ke laut China Selatan...huhu. 

Ok, kali ni masak kuah kacang dgn menggunakan gula apong spt dlm gambar di atas. Kebiasaannya kalau kat sini DJ tak dpt carik gula apong (eh..mmg xda jual pun...hehe), DJ guna gula melaka jer. Time balik kampung jelah ada kesempatan nak merasa masakan yg menggunakan gula jenis ni.

Kalau tengok dari segi rupanya, gula apong ni taklah sekeras gula melaka. Memang beginilah rupanya yg sebenar. Pekat melikat. Kalau simpan dalam esbok pun ia tak keras. Apa2pun gula apong ni sgt sedap dicampurkan dlm masakan berlauk, pengat dan sebagainya...adehh...terbayang2 pulak dah dgn pengat labu...hehe


Resepi membuat kuah kacang ni dah ada byk versinya dlm DapurKu SaYang. Yang ni versi ke berapa entah...bahan-bahan DJ sertakan secara ringkas jelah dulu yer. Nanti update lagi.

Kuah Kacang

bahan-bahan :
  • bawang besar
  • bawang merah
  • cili giling
  • lengkuas
  • halia
  • serai
  • kacang tanah 
  • udang kering
  • buah keras
  • gula apong atau gula melaka
  • gula perang
  • asam jawa 
  • garam

Wednesday, May 25, 2011

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Dah minum petang ke belum??...kalau belum, jom kita minum teh dan makan kek velvet... :)

Kek ni dikukus malam tadi. Oleh kerana cara penyediaannya teramat senang, DJ pun buatlah 1/2 adunan dp resepi asalnya. Masih ingat lagi tak dgn kek Alunan Kasih yg femes itu? Nama dan tajuk hampir sama tapi teknik mengolahnya mmg jauh berbeza. DJ dah pernah buat kek Alunan Kasih. Kali ni nak cuba pulak resepi kak Fida dengan versi kukus. Hasilnya??....hehe. DJ tak dptlah nak bg penilaaian sepenuhnya yer. Sebabnya ialah, DJ telah menderhaka kpd resepi asalnya. Memang tak sah kalau tak derhaka biarpun sket jer...huhu. Minta ampuuunn byk2 yer kak Fida. Walau apa2pun, dah namanya kek velvet mesti la sedap kan. Bahan-bahan kek ni pun kalau tak silap lebih kurang sama jer dgn kek Kukus Hawflake kak Fida, cuma perlu tambah hawflakenya jer. Tapi yg paling penting, kek ni mudah, cepat dan sedap dimakan.Terima kasih yer kak Fida atas kesudian berkongsi resepi kek kukus yg sedap ni.

Kek ni (berdasarkan olahan resepinya) naik elok jer. Sangat gebu dan lembut!..mcm kek span pun ada gak tp sedikit lembab sb DJ campurkan dengan serikaya. Biarpun buat 1/2 adunan, tapi boleh tahan gak saiznya. Memang sesuailah dgn bilangan penghuni yg ada kat dlm rmh ni.


Untuk lapisannya...DJ tak lapis dgn serbuk koko. Sebaliknya, DJ taburkan dengan serbuk milo jer. Jadi tak ada masalah lah kalau terlebih letak ker apa ker...rasa pahit pun tak ada....ermm...mmg best!

Mari kita semak resepinya di sini. TQ kak Fida. 

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)
Resepi : Kak Fida@myr

Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )
  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb ovallete
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
  • 10 sb mentega cair (100g)
  • pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
  • Secukup serbuk koko

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
  6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuklapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
  7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
  8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
  9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
  10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

Kek ni DJ buat 1/2 adunan dengan menggunakan loyang 6 inci.
Bahan2 untuk resepinya adalah mengikut keselesaan dan citarasa sendiri.

bahan 1/2 adunan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung semolina
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 90 g gula kastor
  • secubit garam
  • 3 biji telur A
  • 6 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 2 sudu besar serikaya
  • 60 ml susu cair
  • pewarna kuning, pes pandan dan merah jambu
  • serbuk milo untuk melapis
Cara-cara : sama seperti di atas.

memang tak rugi dicuba...


Monday, May 23, 2011

Mee Udang


Maaf, gambar agak kelam sket sb hari hujan...heheh

Alhamdulillah....semalam dan hari ni makan mi udang. Terlaksana jugak hasrat di hati nk buat sendiri. Kebiasaannya main beli jer atau makan kat restoran. Kdg2 tu ada saja yg tak kena dgn rasanya. Buat rugi jer beli semangkuk sebesar muka, tp rasanya tawar dan hambar. Kat mana eh ada satu tempat ni kat area Ampang, mi udangnya tersangatlah sedap...tp di mana ya??...nanti2 cuba recall kalau ingat. 

Dengan semangat yg berkobar2 ditambahkan lagi dgn rasa laparnya, maka, DJ berjaya gak buat mi udg satu periuk. Eh, bukan, DJ buat kuahnya dulu. Mi nya DJ letak kemudian (semasa menghidang). Kang tak psl2 mi tu kembang setaman...hehe. Yalah, nak buat byk kan, takkan nak letak mi skali. Sebaliknya, DJ celur jer dulu mi kuning tu bersama tauge n sayur sawi. Pas tu barulah letak kuahnya semasa menghidang. Memang sangat2 sedap dan menyelerakan!


Terima kasih byk2 kpd Che' Iza krn sudi berkongsi resepi mi udang sedap ni. Actually, DJ pun ada tambah2 sket bahan-bahannya yer bg menepati citarasa DJ sekeluarga. Lain kali boleh buat lagi dan lagi. 

Jom layan resepinya....

Mee Udang
Resepi : Che' Iza@Myr

Bahan-bahan: ( 3-4 org )
  • 1/kg mee kuning
  • 300 gm udang saiz L 
  • 4 sb lada boh / lada giling
  • *4 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 sb udang kering (DJ tumbuk halus)
  • *1/2 inci halia
  • 1 sb petis (DJ guna belacan bakar)
  • 3 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili (DJ letak lebih sket)
  • keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
  • gula n garam
  • taugeh n sawi
  • daun bawang n bawang goreng
bahan-bahan yg DJ tambah :
  • kiub ayam
  • sos ikan
  • kentang (direbus empuk dan dikisar dengan sedikit air)
  • tauhu goreng
  • telur
Cara-cara
  1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
  2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
  3. Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
  4. Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
  5. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
  6. Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....

Sunday, May 22, 2011

Donut Ball

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Pagi ni barulah ada kesempatan nk update entri yg sepatutnya nk publish ptg smlm. Lambat sket tak per kan??...tak ada org marah kan..hehe. Kdg2 tu terpulang pd inisiatif sendiri gak. Kalau rajin, hari2 pun boleh tulis entri. Kalau kurang rajin, bolehlah tulis 2 kali seminggu ker...tapi tak kisahlah kan...bukannya satu kewajipan pun. Sekadar mengisi masa yg terluang di samping dapat menulis cerita atau pengalaman tentang apa saja yg kita ingin kongsikan. Yang penting, ada manfaatnya, betul tak??....

Oklah, pagi ni DJ goreng nasik jer sb lunch nanti rasa2 mls nk masak. Tp kan terbayang plak mi Udang...slurpp!...ermm...kalau tak ada aral melintang, nk buatlah hari nih. Tu pun kalau rajin, kalau tak, beli tunjuk jer. Nak rest dulu. Tapi rehat2 pun ada byk lagi tuntutan kerja lain yg harus dibereskan. Umpamanya melipat kain....arrgghhh!...kalau lah si mek Sue tu boleh tolong lipat kan, alangkah bestnya. Atau suruh si mek Jah tu ker...ahakss...

Apa2pun jomlah layan dulu donut bol nih...hijau jer mata memandang kan...hehe. Actually, dah 2 hari berturut2 buat donut ni utk minum petang. Yg sebelum ni x sempat  nk tayang sb cepat habis...Petang smlm tu    buat lagi atas permintaan anak2. Sedap kata dia org. Memang kena dgn selera tekak. Nak buat pun senang jer, tak payah uli lama2 dan perap lama2. Lepas uli, terus bahagikan doh dan bentukkan menjadi bebola. Pas tu goreng. Dah siap tu bolehlah disadurkan dgn gula atau topping coklat kalau rajin. 

Resepinya hanyalah resepi yang biasa jer tapi hasilnya memang tak mengecewakan. Mmg sesuailah utk bdk2 dan mak bapak bdk..hehe. Ingatkan nak letak topping coklat, tp tak jadi. Alhamdulillah...biarpun tak cantik paras rupanya tapi cukup sedap. 

Donut Ball
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung high protein atau tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil pelembut doh
  • 1/2 sudu besar yis segera + 1/4 cawan air suam (direndam sehingga berbuih)
  • 90 ml susu segar (-/+)
  • 1/2 sudu kecil pes pandan atau pandan emulco
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • gula icing atau gula halus untuk saduran
Cara-cara :
  1. Kisar/putar semua bahan (kecuali tepung, pelembut doh, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan pelembut doh. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing atau hiaskan dengan topping kesukaan.

Friday, May 20, 2011

Bubur Sup


Sedapnya makan bubur sup ni time hujan2 gini. Tak sedar makan dua mangkuk...hehe. Dari bulan lepas lagi dok intai2 bubur sup kat dapur kak Nor tp tak gak terbuat2...entah angin apa entah ari ni bersemangat jer nk masak bubur biarpun ada beberapa bahan terpaksa DJ skip sb x cukup stok. Apa2pun, mmg sedaaap!

Terima kasih sayang yer kak Nor krn sudi berkongsi resepi ni.. :). Tak rugi pun mencubanya. Inilah pertama kalinya dyg bubuh daging dlm bubur. Biasa guna isi ayam jer. Oleh krn bdk2 dah reti makan daging, jd skrg ni tak ada masalah lah nk buat bubur stail gini.

Terima kasih sekali kpd jiran yg selalu dekaaaat di hati ni. Kalau duduk dekat, mau saja menebalkan muka ngendeng hari2...hihik. Jom kita semak resepinya!

BUBUR SUP

Bahan: 
  • 2 cawan beras ~ dibasuh dan rendam 10 minit dan toskan 
  • daging/isi ayam ~ dipotong kecil 
  • 5 biji bawang merah ~ dihiris halus 
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris halus 
  • 2 in halia ~ diketuk/dihiris pjg (btg mancis) 
  • 3 sudu besar rempah sup (serbuk) 
  • 1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk 
  • 1 rempah sup bunjut 
  • 1 batang celery ~ dipotong kiub 
  • 2 - 3 bj ubi kentang ~ dipotong kiub 
  • 1 kiub pati ayam/daging 
  • 2 1/2 liter air 
  • garam 
  • minyak 

Bahan Penumis: 
  • 1 btg kayu manis 
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  • 3 bj buah pelaga 
  • 1 kuntum bunga lawang 

Bahan tabur: 
  • bawang goreng 
  • daun saderi ~ dihiris 
Cara: 
  1. Panaskan minyak dalam periuk rice cooker dan tumis bahan penumis hingga wangi. 
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Goreng hingga kekuningan. 
  3. Masukkan rempah sup yg dibancuhkan dgn sedikit air dan serbuk lada hitam. 
  4. Biarkan hingga wangi dan masukkan potongan daging/ayam. 
  5. Kacau dan biarkan daging mesra dgn rempah, kemudian masukkan 1 cawan air. 
  6. Masak hingga daging 1/2 empuk dan masukkan lebihan air dan rempah sup bunjut. 
  7. Masak hingga air mendidih dan masukkan beras, celery dan ubi kentang. 
  8. Masukkan juga kiub pati ayam/daging, garam dan sedikit gula jika suka. 
  9. Alihkan periuk ke rice cooker dan masak hingga bubur masak. 
  10. Hidangkan dalam mangkuk dan tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi. 

*tambahkan air panas jika bubur agak pekat 
** lebihkan serbuk lada hitam jika nak bubur lebih pedas

Thursday, May 19, 2011

Dalca Vs Terubuk Masin Goreng Garing

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ni terlebih rajin nak buat dalca. Agaknya dh lama sgtlah kot x menyusahkan diri buat benda yg remeh temeh ni...hehe. Yalah kan, time rajin jer boleh masak mcm ni,  tu pun kalau masak set nasik beriani atau nasik tomato, lengkap lagi dgn menu2 lain spt ayam masak merah/beriani, acar, dan daging masak hitam...adehh, kecur liur dibuatnya...ermm...takyah cakap dah... :D

Dalca ni DJ buat stail tak pakai santan. Kalau letak santan, cepat bebenor basi. Jadi, utk menjadikan kuahnya pekat, DJ blend separuh daripada kacang dal rebus dan campurkan juga dgn buah keras. Hasilnya, mmg sedaaapp! 

Yang memaksa DJ buat dalca ni adalah disebabkan ikan terubuk masin. Pergghhh!...lagi mengancam plak rasanya. Tu yg buat x tahan tu....

Ikan ni DJ goreng garing2, pastu goreng sket bawang besar, then bubuh cili padi dan perah dgn jus limau kasturi...adeh2!, kecur lagikkk!....hihik. Makan dua jenis ni pun dah cukup...meh, kita layan dulu yer...nanti DJ update resepinya. 


Wednesday, May 18, 2011

Ayam Goreng Berempah Beriani


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni tak ada apa nak diceritakan sgt. Kita layan jelah resepi ayam goreng berempah ni erkk. Buat makan tengahari tadi. Dah acap kali gak goreng ayam stail gini. Memang sedaaaaaapp!

Ayam Goreng Berempah Beriani
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak  keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.



Monday, May 16, 2011

Laksa Sarawak (Resepi II)






Bagi yg belum pernah makan laksa Sarawak ni, sila2lah cuba resepinya. Sekali makan mesti nak lagi dan lagi. Kalau tak dapat nak carik pesnya, bolehlah cuba buat sendiri. 

DJ dh lama gak tak makan laksa ni. Hari tu berangan2 nak makan...siap berangan dgn mek Sue tu lagi kat FB...hehe. Akhirnya tercapai gak hasrat di hati. Pas ni akan adalah siaran ulangannya. Jom layan resepinya. Sedaaaappp!


Pes Laksa Sarawak

Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Laksa Sarawak (Resepi II)

bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo  udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
Resepi Sambal Udang Kering 

bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Asam Pedas Pari bersama Terung Asam


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

2 hari sudah tak dapat nk jenguk blog. Adalah buat mkn2 sket sempena belated besday si princess yg sepatutnya disambut pd 12hb lepas. Memandangkan x sempat nk sambut hari tu, DJ forward ke hari Sabtu. Mmg agak sibuk sgt2 biarpun buat ringkas jek. Ringkas2 pun letih gak tu sampai offline 2 hari...hehe. Menu?? ala...yg simple jer, bolehlah dan sesuailah utk jamu bdk2 dan mak bdk... :)

Apa2pun jom layan dulu asam pedas ikan pari ni. Buat tengahari smlm. Suku daripadanya DJ simpan dlm esbok. Boleh panaskan semula utk hari ni plak. Alangkah sedapnya asam pedas ni dimasak dgn terung asam! Berbaloi2 buat satu periuk. Nasik pun bertambah2...adoiii. Malam ni terpaksalah berdiet...hehe.

Resepi asam pedas ni kalau rajin, DJ akan update kemudian. Lagipun dah ramai yg tau masak asam pedas ni kan. DJ buat yg biasa2 jer. Yg penting, simple dan sedap.

Ni lah terung asam yg menjadi salah satu makanan kegemaran DJ. Time nk balik dr Kuching hari tu, mak angkat DJ sempat gak hadiahkan 3 bijik utk dibawa balik ke KL.



Antara menu yg sempat dirakam pd hari Sabtu lepas...sekadar buat yg ringkas2 jer. Crispy Pizza, Eggless Choc Cake, Laksa Srwk & dessert.


Update lagi....

Nak wish kepada semua warga pendidik tak kira di mana jua anda berada terutama guru2 yg mendidik anak2ku ..."Selamat Menyambut Hari Guru" . Selamat berbakti kpd negara. Selamat menjalankan tugas dgn penuh keikhlasan serta kasih sayang. Jasa kalian hanya Tuhan saja yg dapat membalasnya. Terima kasih cikgu....

Thursday, May 12, 2011

Lempeng

Time hujan mcm ni, nak keluar pun malas. Rasa nk tidur pun ada gak...errmm...baik buat lempeng jer utk minum petang....makan panas2..waduh2 sedapnyaaaa! 

Lempeng ni adalah makanan kegemaran si Danial. Tak kiralah waktu apa2 pun kalau dia nak, dia mesti suruh mama dia ni buatkan. Tapi kena buat nipis2 dan garing2, baru sedap. Pas tu cecah dgn susu pekat. haa...mcm tu la stail dia...

Nak buat pun senang jer. Jom layaaannn!

Lempeng 

bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 @ 1 1/4  cawan air 
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Kisar kesemua bahan hingga sebati. Sediakan kuali leper dan panaskan dengan sedikit minyak. Tuangkan sedikit dari bancuhan tepung tadi dan ratakan. Terbalikkan lempeng dan masak hingga keperangan atau sehingga garing. Setelah masak, hidangkan bersama susu pekat manis, madu, jem dan sebagainya.

Hari ni mcm2 hal berlaku kat blogger.com. Only-read mode memanjang. Pas tu kat FB pun ada problem dgn spam. Dugaan betul!. 4 hari lepas blog ni kena Malware plak..tp ramai yg x prasan kan...sb DJ cepat2 'kick out' itu org berbaju merah...haihh...nasib baiklah dia cepat2 menghilangkan diri. Kalau dtg lagi pas ni, alamat DJ kena tutup blog jelah, boleh??  Pengsannnn!... :D

Wednesday, May 11, 2011

Ayam Kashmir dan HP

Agak terlewat nk tayang menu ari nih...petang tadi entah kenapa tetiba jer rasa sakit kepala lepas balik dari Giant. Rasa mual2 pun ada gak tu. Agaknya cuaca panas sgt kot sampai buat kepala ni jd sakit...sudahnya telan panadol sebijik, DJ pun melelapkan mata jap. Mmg tak larat nk buat kerja apa2 pun. Bila dah ok sket, DJ terus masuk ke dapur sb ada tugas yg perlu dibereskan. 

Tengahari td sempat singgah ke FB, borak2 jap ngan fren kat sana...terliur nengok masakan ayam Kashmir yg Mas buat. Sebenarnya, dah terliur dr smlm lg lepas skodeng dapur Kak Nor...haiiiyaaa...sy mau buat jugaklah...Memang betul, ayam Kashmir ni sgt sedap! Sgt2 sedap kalau dapat makan dgn nasik beriani atau nasi Bukhari. Nasi putih pun OK juga ya....heheh. Jom layan dulu resepinya (dlm versi DJ). Dah lama tak buat masakan sebegini. Terima kasih kpd Kak Nor, Mas dan sesiapa saja yg tlh mencuba resepi ni.

Ayam Kashmir

bahan-bahan :

  • 1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)

bahan A :

  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • rempah 4 sekawan 
  • sedikit daun kari
bahan B :
  • 3 sb puri tomato
  • 1 sb serbuk cili
  • 2 sb rempah beriyani
  • 2 sb rempah kari daging
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya (DJ campurkan dengan minyak sapi)
  • 2 biji ubi kentang (dipotong)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  3. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya. 
  4. Hidangkan setelah masak.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2011/01/ayam-kashmir-updated.html#ixzz1M2lB2TH9
Under Creative Commons License: Attribution



Honey Prawn


Selain ayam, DJ mengidam plak ngan HP ni...bukan Handphone atau Hewlette Packard yer...tapi Honey Prawn...heheh. Dah berkurun2 tak masak stail gini. Waduhh! Mabeles sungguh rasanya! kat dapur MYR pun ada diletakkan resepi ni dan tak sangka ramai juga yg telah mencuba resepi yg simple lagi sedap ni. Thanks again. Sesiapa yg belum pernah try lg resepi HP, sudi2kanlah. Tak rugi pun. Pasti berbaloi2! :)

Honey Prawn
Resepi : dayangjack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga masak atau garing)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara : 
  1. Kisar bahan2 bertanda *. 
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing. 
  3. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

Boleh juga rujuk resepi ni di http://www.myresipi.com/top/detail/8732

Tuesday, May 10, 2011

Terubuk Bakar



Dah lama tak buat terubuk bakar ni. Sempat juga buat 2 hari sebelum balik ke KL. Itupun hanya tinggal 2 ekor jer dlm esbok. Tapi besar gak saiznya...sebab tu kena potong dua. 

Sangat sedap dimakan bersama sambal kicap....mmg tak tahanlah dibuatnya. Biarpun byk tulangnya, tp hentam sajalah kan...asalkan sedap...hehe. 


Terubuk Bakar
Resepi : dayangjack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan terubuk (potong dua jika suka)
  • 1 helai daun kunyit (diracik halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik)
  • serbuk kunyit secukupnya
  • 1/2 sudu makan serbuk cili atau cili kisar
  • garam 
  • sedikit jus limau kasturi/limau nipis
  • sedikit minyak masak
bahan-bahan kisar :
  • 2 batang serai
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-cara : Satukan kesemua bahan dan perapkan selama 1 jam. Balutkan dengan daun pisang dan bakar/panggang hingga masak.


Sambal Kicap

bahan-bahan :

  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • 7-10 biji cili padi (dihiris)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • perahan jus limau kasturi secukupnya
  • kicap manis dan kicap masin secukupnya
  • gula dan garam jika perlu
Cara-cara : satukan kesemua bahan dan gaul-gaulkan sebati. Hidangkan bersama ikan bakar.



Monday, May 09, 2011

Blended Orange Cake


Alhamdulillah...kini DJ sudahpun berada di Kuala Lumpur. Kesihatan ayahanda buat ms ni tidaklah membimbangkan sgt. Tgh menjalani terapi...mmg ada perubahan positif sedikit demi sedikit...bersyukur sgt2...manakala makcik DJ msh lagi dirawat di hospital pakar. Ribuan terima ksh diucapkan kpd yg tlh sudi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mereka berdua....amin.

Terima kasih kpd teman2 serta pengunjung2 semua krn msh sudi utk menjengah ke DapurKu SaYang. Alhamdulillah...walaupun trafik agak slow tp sekurang2nya dapur ni taklah sunyi sgt kan...hehe. 

Ermm...DJ sebenarnya dah 2 hari kat KL. Memandangkan msh byk kerja yg perlu dibereskan, jd BW terpaksa ditangguhkan dulu. Mmg tak sabar rasanya nk singgah ke dapur rakan2 yg lain. Masih juga menggunakan broadband No 1 tu tp tu lah kan...slow mcm kuye2...mmg tak dpt lawanlah dgn broadband yg satu lagi ni. Laju jer. Harap2 ms akan dtg, signal Umobile 3G akan sampai ke Sarawak. Senang sket nk on9. Stkt ni hanya ada 2G jer kat sana. Kalau kat KL ni boleh dpt 3.5G. Masa ni tgh guna b/band tu ler, sb tu dpt publish entri ni.... Hishhh...ke situ lak ceritanya erkk....ekeke. 

Oklah...ni cerita psl kek oren blended ni pulak. Ari tu ms kat kampung, DJ dah pun buat kek ni. Tp hasilnya amat mengecewakan. Bukan nak salahkan resepi yer tapi masalah oven rosak. Masa tu guna oven biasa jer.  (menyesal plak rasanya tak guna oven tingkat kek lapis..huhu)...hasilnya kek menjadi kek bingka...mmg frustlah!...pas tu mak kata kek ni sedap walaupun separuh bingka...tak ada mood plak nk snap gambar time tu...bila dah balik KL, dlm kesibukan ni pulak sempat jugalah nak membalas dendam...heheh. Buat sekali lg biarpun terpaksa menderhaka pd resepinya. Ni pun bukan disengajakan yer sb masalah tak cukup bahan. Maklumlah, belom shopping brg2 dapur lagi sejak balik ari tu. Jadi, DJ guna bahan-bahan yg ada jelah. Janji rasa tak lari. Byk gak kena adjust tu. DJ pun ada tambah sedikit susu cair. Oleh kerana tak ada stok buah oren, DJ gantikan dengan jus oren sunquick jer. Tengok tu...derhaka byk kan3??...heheh

Ramai yg dah cuba resepi ni...DJ jer yg ketinggalan. Terima kasih byk2 yer kak Fida dr dapur myresipi.com krn sudi share resepi kek yg mudah dan sedap ni. DJ kopipes terus dari rumah Lina. Thanks Lina. 

Blended Orange Cake
By: kak fida (myR)
  • 1 biji buah limau 
  • 1 cawan minyak 
  • 2 cawan gula halus 
  • 4 biji telur (gred B) 
  • 2 cawan tepung gandum* (DJ guna SRF)
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.(sy tambah pewarna kuning)
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 150C selama 30 min.(Bergantung pada oven) 

Layan dululah yer kek ni...buat minum petang oklah kan. Nanti2 DJ update lagi. Selamat Menyambut Hari Ibu kpd semua ibu, mama, mak, umi, mami di seluruh dunia. Kpd mak dan mami, i love the both of you... soooo much!...

Thursday, May 05, 2011

Pengat Labu


Waduuhhhh! Bukan main susah lagi nak upload gambar sejak pakai Celcom nih...boleh terlelap lg tu time tunggu loading...haihh!..dugaaaann!....apa2pun Alhamdulillah, lega rasanya dpt bersiaran lagi meskipun msh dlm percutian. Kalau ikutkan, masa ni sepatutnya DJ sudah pun berada di KL. Memandangkan msh ada hal yg perlu dibereskan lagi, maka, DJ tangguhkan sedikit masa lg utk balik ke tempat penghijrahan. Biasalah kan, kita hanya merancang, hanya Tuhan yg menentukan segala2nya. Yg penting, kita redha dan terima hakikat. Ada hikmah di sebalik kejadian yg menimpa. Mungkin msh ada yg tertanya2 ke mana menghilangnya tuan rumah selama ni...hehe. Sebenarnya ayahanda tersayang sedang sakit.  Dan baru2 ni makcik DJ pulak  sakit dan dimasukkan ke wad. Itulah antara penyebab utama DJ balik. Bersama2lah kita mendoakan kesihatan mereka. Semoga mereka cepat2 sembuh dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga....amin. Terima kasih sekali lg diucapkan kpd rakan2 tlh sudi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kami sekeluarga...amin.

Phewwhh!...rindunyaaaaaaaaaaaaa!!....rasa nk menjerit sekuat2 hati!! Dalam kesibukan ini, sempat juga DJ on9. Mana kan tidak, dah 3 minggu tak update resepi oiii....alahai mmg terasa jauh ketinggalan... byk juga yg tak terkejar..maksud DJ, DJ x sempat nk terjah semua blog rakan2 yg lain. Minta maaf sgt2 tak dpt nak respon terutama yg tlh mencuba resepi2 dari DapurKu SaYang. Disebabkan masalah line internet yg sentiasa merah dan kuning tu lah yg membantutkan usaha utk BW. Kdg2 DJ sempat jenguk skjp tp tak dpt nk tinggalkan komen. Harap2 fahamlah yer. InsyaAllah, dah balik KL nanti DJ akan menjengah ke blog rakan2 pulak.

Oklah, entri kali ni, DJ hanya sempat upload gambar2 pengat labu ni jer dulu. Sebenarnya, ada byk lg gambar yg terdahulu(sepanjang percutian) x sempat nak dibuat entri sb terlalu byk..nak upload pun bukan main susah lg. Sabar jelah dulu eh.

Pengat labu ni adalah hasil air tangan bonda tersayang. Buat masa cuti/Labour Day tempoh hari. Setiap kali ada special day, family DJ pasti akan buat mini gathering. Tak sah kalau tak panggang ikan, BBQ dsbnya. Kali ni buat yg simple2 jer spt pengat labu, ikan panggang, udg harimau rebus campur belimbing buluh, sambal kicap, linut dan sambal belimbing buluh, ayam goreng berempah, buah2an koktel berkuah dan apa lagi eh...dah tak ingat...cepat bebeno lupa..heheh. 

Pengat labu ni mmg sedap sgt!....dimasak dgn campuran gula apong...waduh2, mmg mengancamlah rasanya. Masakan bonda dah pastinya sedap kan....resepinya pun teramat mudah. Jom layan dulu! Terima kasih sudi singgah ke DapurKu SaYang.

Pengat Labu 

bahan-bahan : tiada sukatan
  • Buah labu secukupnya (dipotong kiub)
  • Santan cair secukupnya
  • Santan pekat secukupnya
  • Gula apong secukup rasa (boleh juga guna gula melaka)
  • Sedikit garam
  • Daun pandan (disimpul)
Cara-cara : Satukan gula apong, santan cair, labu dan daun pandan di dalam periuk. Jerangkan dengan api perlahan. Kacau sentiasa. Kemudian masukkan santan pekat dan sedikit garam. Kacau lagi hingga labu sudah mulai lembut. Tutupkan api dan hidangkan panas-panas.