Monday, February 28, 2011

Lala Kicap Limau Purut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Dua hari tak update blog bagaikan seminggu lamanya...hehe. Tuan rumah bercuti sekejap, lagipun anak2 nak exam mulai hari ini, tu yang tak dpt nak blogging. Apa2pun, terima kasih yer sudi singgah dan meninggalkan komen di sini. 

Oklah, hari ni masak yang ringkas jer. Tak ada yang special. Ayam goreng berempah dan sayur tumis. Lala ni pulak adalah menu malam tadi. Buat 1/2 kilo, sedap bangat sih! Tapi kan terpaksa berebut2 dengan si princess, rasa cam tak dapat menikmati dengan sepenuhnya ler pulak...haha. Next time nak beli sekilo lah, baru cukup agaknya untuk kami sekeluarga. Lagipun bukannya selalu masak pun lala ni...hehe. 

Jom layan resepinya!

Lala Kicap Limau Purut
Resepi : DayangJack

bahan-bahan:

  • 500 g lala (dibersihkan)
  • 3 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 sudu besar cili giling
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 batang serai (diketuk)
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram, sos cili, cili padi dan sedikit air. Kacau sampai mendidih. Barulah dimasukkan lala dan daun limau purut. Gaulkan hingga rata. (Perasakan dengan garam dan sedikit gula jika perlu).
  3. Setelah masak, angkat dan hidangkan dengan nasi putih.



Friday, February 25, 2011

Kuih Lapis Kacang Hijau


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Entri terlewat sket ari ni. Apa-apa pun jom kita makan kuih ni dulu. Teringin sgt nak buat kuih lapis kacang hijau ni lepas puas ulang alik ke rumah ratu talam nun...siapa lagi kalau bukan Puan Yatie...hehe.  Memang berbaloilah buat satu loyang besar. Sedap dan lemak2 manis jer rasanya. DJ tak kurang atau lebihkan gulanya. Just nice! 











Resepi asal kuih ni adalah dari dapur Akma tetapi cnp dari dapur Yatie or Kak Yatie?? msh kompius lg nk panggil apa sb rasa2nya kita sebaya kan...hehe. Apa2pun, terima kasih kpd kedua-duanya kerana sudi share resepi sedap ni. 

Resepi Kuih Lapis Kacang Hijau
Resepi asal : Akma
sumber : Yatie

Bahan-Bahan:

  • 250 gm gula pasir*
  • 1200 ml air*
  • 300 ml santan pekat*(* di masak dan biarkan suam)
  • 75 gm tepung kacang hijau (saya letak 100 gm sbb suka rasa kcng hijau lebih)
  • 85 gm tepung hoen kwee (putih)- saya guna 65 gm je
  • 100 gm tepung ubi
  • 150 gm tepung gandum
  • 1/2 tsp garam
  • 3 helai daun pandan
  • Pewarna hijau dan kuning
Cara-cara :
  1. Masak 400 ml air bersama gula, garam dan daun pandan sehingga mendidih. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika sahaja, padamkan api.
  2. Tuangkan 800 ml air lagi ke dalam campuran santan agar ia menjadi suam. Masukkan ke dalam pengisar.
  3. Campur semua jenis tepung dan tuangkan ke dalam pengisar yang berisi santan tadi. Kisar hingga sebati (saya tak blend cuma kacau dengan hand whisk saja...nak cepat).
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi kuning.
  5. Dengan api kuat, didihkan air kukusan.
  6. Sapu loyang (9") dengan sedikit minyak dan panaskan seketika. Saya alas plastik dan sapu sedikit minyak di loyang.
  7. Tuangkan lapisan hijau sebagai lapisan pertama dan kukus selama 3-5 minit.
  8. Setelah lapisan hijau masak, tuangkan pula adunan kuning sebagai lapisan kedua dan kukus lagi 3-5 minit.
  9. Ulangi proses berselan-seli, diakhiri dengan lapisan hijau. Untuk lapisan terakhir setelah 3-5 minit, gunakan api sederhana dan teruskan mengukus sehingga 20 minit lagi.


Pantang nengok kaler hijau, bikin hatiku tergoda jer....hehe. Terima kasih yer banyak2 kpd yang sudi singgah. Tuan rumah nk offline dulu sb nak masak ayam lagi utk dinner. Malam nanti update entri kalau sempat. C U 2nite!

**banyak lagi request dari pembaca belum sempat ditunaikan. Antaranya :

  1. kek kukus coklat
  2. roti john
  3. tart nenas
  4. choc chip cookies
  5. biskut buah kana
  6. limau jeruk dan acar limau
  7. tag dll.
harap bersabar ek...dah tak tau mana satu nk start dulu. DJ plak belum ade idea nak tulis apa2 lg. byk kerja dan msh kepeningan dgn hal mcm2...harap dpt faham yer. tq 

Thursday, February 24, 2011

Nasi Goreng Daging - updated


Baru nak memulakan entri, si Danial dah memanggil2 mintak suapkan nasik goreng ni...alahai...tak abis2 manja dia ni...huhu. Nanti update lagi ek. Jom makan dulu. Menu merangkap makan tengahari. Sedaaaap!


Update :

sambung balik...hehe. Nasi goreng daging ni mmg best tau. Ramuannya pun ringkas jer. Cuma, yg lecehnya, daging tu kena rebus bersama garam hingga empuk dulu pas tu barulah dihiris nipis. Kalau nak cepat, guna daging batang pinang. DJ tak plan pun nk goreng nasik ari ni, sebenarnya nk buat mi kari bonda tp tetiba rasa malas plak sb nk sedia byk bahan, mmg leceh. Dulu ada maid, lainlah cerita. Dia yang sediakan semua perencah, DJ hanya masak jer. Jadi, senanglah kerja dan taklah penat sgt. 

Apa-apapun nasi goreng ni mmg boleh tahan sedapnya sampai tak sedar menambah berkali-kali...hehe. Jom layan resepinya!

Nasi Goreng Daging

bahan-bahan :
  • 3 pinggan nasi sejuk
  • hirisan daging rebus secukupnya
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili giling (Cap Puteri)
  • 1 kiub pati ikan bilis atau kiub ayam
  • 1 sudu kecil sos ikan atau sos tiram
  • 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 1-2 sudu makan kicap manis
  • sedikit garam dan lada sulah
  • lain-lain : telur, kobis, brokoli, bunga kobis, dan sebagainya (ikut suka)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. Kemudian masukkan pula cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging, kiub ayam/ pati ikan bilis, sos ikan/sos tiram dan kicap pekat. Gaul-gaulkan hingga sebati. (boleh juga letak cili api jika suka)
  3. Masukkan brokoli, kobis dan bunga kobis (atau sayur-sayuran lain) dan kacau lagi. Kemudian pecahkan telur, gaul-gaulkan. 
  4. Kemudian barulah dimasukkan nasi, kicap manis, garam dan lada sulah. Kacau-kacaukan selama beberapa minit.
  5. Setelah masak, hidangkan panas-panas.


Wednesday, February 23, 2011

Lauk sempoi jer....

Lauk sempoi jer ari ni . Tapi sempoi2 pun habis gak...hehe. Pagi tadi dah keluarkan daging dan ikan lepas tu masuk balik dlm esbok. Last2 buat sambal udang ikan bilis dan sardin kicap. Selain tu ada sayur tauhu taugeh tumis. Tu jelah. Si princess lak suka sardin, habis licin dua pinggan nasik. 


Tuesday, February 22, 2011

Pancake Nasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hari ni masak Chicken Porridge jer sb anak2 dah request. Dah agak lama tak buat bubur. Bagus gaklah tak payah nak susah2 dah sb masak bubur tu guna periuk nasi multi function tu jer. Hanya kacau2 sket dan letak perencah dan bahan2 sewaktu dengannya.  Actually, mama dia org ni tak berapa sht lagi sebenarnya. Tapi nak gak update n3 selagi terdaya...hehe. 


Dipendekkan cerita, pagi tadi tersinggah ke blog CMG. Nampak nasi pancake. Unik dan menarik resepinya. Kebetulan ler kan nasi yg berbaki malam td ada lg tapi taklah sampai 1 cawan pun. Sb tu lah time nak buat tu ternipis sket hasilnya tak mcm yg Mat buat tu...mmg montel2 belaka!..hehe. Mungkin gak DJ terguna pan besar. Tak terfikir lak nak guna yg paling kecik. Hmm...no hal lah. Next time boleh buat lagi.


Bagus gak idea CMG ni kan. Mat, ampun byk2, terderhaka sket tang bahan-bahannya tu. DJ tambah serbuk kari dan bahan2 lain sket ikut selera tekak yg sejak dua menjak ni asyik2 tak ada selera jer dan asyik2 terasa nk makan benda yg berkari. Bila try 1/2 keping tu, rasa cam iras2 martabak lak...ker martabak nasik jadinya ekk...memandai jer letak kari kan Mat, tapi Alhamdulillah sedap dan kenyang gak. Thanks yer Mat sb sudi share resepi. DJ kopipes resepinya di sini. tqvm.

Pancake Nasi
resepi : Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 1/4 cawan nasi sejuk, dileraikan 
  • 1 keping daging burger ayam jenama "RAMLY" 
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana, diadau 
  • 1 ulas bawang putih, dicincang 
  • 1 pokok kecik daun sup hiris 
  • 2 biji telur 
  • Sedikit garam dan serbuk lada hitam (tak letak lada hitam)
  • 1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil (tak letak)
  • 1 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil  (tak letak)
  • Sos kegemaran 
  • Sedikit minyak untuk menggoreng (mat guna minyak zaitun) 
****DJ letak serbuk kari, serbuk cili, ubi kentang dan sedikit karot.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos dan minyak, kacau rata2 dan ketepikan. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci dan lenser dengan sedikit minyak. Kemudian sendukkan 1/4 atau 1/5 bahagian dari adunan tadi, ratakan dalam non-stick pan.
  2. Masak hingga permukaannya sedikit kering, terbalikkan secara berhati2 dan masak lagi 2-3 minit atau lebih untuk mendapat permukaan pancake yang garing. Alih dalam pinggan dan buat hingga habis.
  3. Hidangkan dengan sos kegemaran anda...

Monday, February 21, 2011

Sticky Caramel Chicken


Kebetulan petang tadi merendam ayam. Tapi tak pasti lagi nak masak apa. Bila dah skodeng ayam caramel kat dapur kak Nor, DJ terus buat gaklah biarpun sebenarnya selera ni dah semakin berkurangan. Sekurang2nya dpt prepare makan malam utk anak2. Ayam ni sebenarnya tak ada wing.  Sebab tu tak letak nama wing tu..hehe. Buat sikit jer. Memang sticky ayam ni dan nampak sedap jer. DJ add bahan2 lain seperti daun sup, serbuk cili 1 sk, 1 sk lada hitam dan bijan. Oleh krn sos ikan dah habis, DJ ganti ngan kiub ayam jer. Terima kasih kpd penyumbang asal resepi ni yer. DJ kopipes terus resepi dari rumah kak Nor, thanks yer kak dan juga CMG. tqvm.


STICKY CARAMEL CHICKEN
resipi asal : MutiaraAzura MyResipi
sumber: CMGebu & K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 12 keping kepak ayam (kalau besar kerat dua), cuci bersih dan toskan
  • 2 camca besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih, dititik dengan kulit2nya, tak payah kupas
  • 1 camca besar cincangan halia
  • 1 camca besar sos ikan (DJ ganti dengan kiub ayam)
  • 1 camca besar kicap (DJ guna kicap pekat)
  • 1 camca besar sos cili
  • 7 - 8 camca besar madu
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan kepak ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. Angkat dan hidangkan...

* K.Nor tambah 1 sudu besar serbuk lada hitam

***DJ tambah 1 sudu kecil lada hitam, 1 sk serbuk cili, daun sup, kiub ayam dan bijan. Ayam digaul dgn kicap, serbuk cili dan lada hitam dan diperap 10 minit sebelum digoreng.


Roti John


Dah lama tak layan roti john yg sedap ni. Hari ni tergerak rasa hati nak buat utk dimakan tak kira pagi atau petang. Guna roti hotdog jer. Pun tetap menyelerakan. DJ buat dua jenis intinya. Satu menggunakan daging kisar dan satu lagi menggunakan chicken meatloaf. Kalau guna daging burger pun sedap. Resepinya dlm versi DJ akan ditulis kemudian yer. 

Layan dulu.....

Terima kasih kpd yg sudi singgah dan sudi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan DJ.....amin. tqvm

Sunday, February 20, 2011

Ayam Lemak Berlengkuas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Jangan bosan eh tengok menu ayam jer...hehe. Dah tak tau nak masak apa dah dgn ayam ni. Bila dah ketandusan idea, main campak2 jer lah...janji dpt memenuhi selera. Alhamdulillah, ternyata sedap. Kalau tambah kerisik dan daun kunyit, terus jd rendang...hehe.

2-3 hari ni DJ sebenarnya tak berapa sihat sgt. Sebab tu lah x dpt nk on9 lama2. Harap2 rakan2 tak berkecil hati yer jika mesej dan komen tak terbalas sampai skrg. Jika ada kesempatan nanti DJ akan reply. Terima kasih krn sudi berkunjung ke sini.

Resepi Ayam Lemak Berlengkuas

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong kecil2 dan digoreng seperti biasa hingga masak)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 keping asam keping atau sedikit air asam jawa
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 sb cili giling cap Puteri (boleh tambah atau kurang)
  • garam dan gula
  • santan cair / susu cair secukupnya
bahan mesin :
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai
cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan mesin dan serai hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan bahan-bahan selebihnya. Tambahkan air jika perlu. 
  3. Kacau sebati hingga masak. 

Friday, February 18, 2011

Ayam Herba Lada Hitam (Bakar/Panggang)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung....

Terima kasih kerana masih setia bersama DJ. Tanpa kunjungan anda, maka sunyi sepilah DapurKu SaYang. Terima kasih semuanya dan tak lupa juga sponsorku itu...hehe. Dah tepek balik ads dari Innity. Rupa2nya akaun msh aktif lagi. Sayang pulak kalau tak pasang. Bukan senang nak apply ari tu. Lagipun tak rugi apa2 kalau pasang balik. Trauma terkena virus pun dah lama hilang cuma perlukan keyakinan dan semangat jer utk kembali kpd Innity. Nuffnang tetap di hati biarpun status ditarik balik. Ini bukan soal tamak atau apa, selagi ada kebaikan dan membawa keuntungan apa salahnya kan. Tak perlu bayar pun...sebaliknya dia orang yg akan bayar kat kita biarpun taklah byk sgt...tetap bersyukur....tq kedua2nya. 

Oklah, hari ni nak share satu lagi resepi ayam bakar/panggang yang best dan mabeles. Actually, DJ buat ayam ni dgn set nasik ayam atas permintaan anak2. Dah lama gak tak buat. Memang berseleralah bdk2 tu makan.Tapi kalau nak makan dgn nasi putih pun tetap sedap atau nak ratah cam tu jer pun ok. 


Ayam Herba Lada Hitam (bakar/panggang)

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong 4)
  • 1 sudu makan dried oregano
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan madu
  • 1 sudu makan mustard atau mayonis
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1-2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • garam dan gula secukupnya
  • 2 sudu makan minyak zaitun atau minyak masak
bahan-bahan mesin :
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Rebuskan ayam bersama sedikit garam hingga 1/2 masak. Toskan dulu dan biarkan sejuk.
  2. Gaul-gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap 1 jam atau lebih. (sukatan gula dan garam boleh adjust sendiri)
  3. Sediakan dulang pembakar. Alaskan dengan kertas foil. Susunkan ayam di atasnya. (Lebihan bahan perencahnya jangan dibuang) Kemudian bakar/pangganglah selama 30-40 atau sehingga masak. (DJ guna suhu 180C dan bakar selama 15. Terbalikkan ayam, tuangkan baki perencah tadi dan bakar lagi selama 15 minit).
  4. Setelah masak, hidangkan bersama nasi putih atau nasi ayam.

Thursday, February 17, 2011

Stuffed Tofu

Tauhu sumbat ni tak berapa kemas dan cun tapi rasanya enak bangat! Baru terfikir nak buat setelah sekian lama tak makan. Resepinya ada DI SINI atau DI SINI. Nak tau tak, kalau DJ buat tauhu stail gini, kena buat byk2. 6-7 keping belum tentu cukup. Bila dah siap goreng, terus ratah dgn sos cili...tak dan nk makan dgn nasik...hehe.


Jom jamu mata jelah yer...tak payah nak mintak2 sb sudah habiss!...hihi. Kalau rasa teringin nk buat, sila2lah cuba resepi ni. O ya lupa nak ckp, yg nampak tak kemas ni pasal DJ celup dgn lebihan batter buat roti goreng  rangup ptg smlm...sayang nak buang sb msh elok lg...pas tu DJ tambah sedikt air, jd cair ler plak...hmm, biar jelah...time nk goreng habis terburai inti kat dlm tu...haha. Apa2pun, selamat juga dimakan...


***resepi kek coklat kukus akan ditulis sedikit masa lg. Harap sabar menanti. TQ

Wednesday, February 16, 2011

Apam Snow White


Teringin gak nak buat apam snow white yang telah diderhakakan ini...derhaka sebab tak guna acuan lompang. Bukan tak ada acuan tu, cuma DJ nak cepat. So, nak ambik jalan mudah, DJ guna loyang jer. Tapi mmg dah menjadi kebiasaan DJ buat apam guna loyang sb dah terikut2 cara mak mengukus apam sejak dulu2 lagi. Apa2pun, dari segi rasa apam ni mmg sedap dan lembut. DJ cuma buat suku adunan sb kat umah ni hanya dua org jer makan..hehe. Sukatan gula pun DJ kurangkan.

Resepi apam snow white ni dah ramai yg mencubanya. Pagi tadi DJ skodeng dari rumah Izah, terus terkopipes resepinya sekali. Thanks, Izah. Izah pun ambik dari rumah hana kan, dan hana cnp dari myresipi.com. Terima kasihlah kpd penyumbang asalnya. Memang tak rugi cuba resepi yang semudah dan sesedap ini.

Jom layan resepinya!..

APAM SNOW WHITE

Resepi asal : qnq0910@myresipi.com
sumber dari: Izah dan Hana

Bahan :
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam

Cara :
  1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
  2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
  3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
  4. Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
  5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
  6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .
***Untuk resepi ni DJ buat suku adunan dan tambah esen vanilla. Untuk kelapa parut tu plak DJ gaulkan dgn sedikit garam dan sprinkle sugar kaler pink.

NOTA dari Kak Bdaria@junalresepi :
  1. Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.
  2. Jika anda nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
  3. Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.

Tuesday, February 15, 2011

Roti Goreng Rangup

Salam Maulidur Rasul 1432H buat semua pengunjung yg beragama Islam. Bersama2lah kita bersalawat dan memperingati kelahiran Nabi Muhammmad S.A.W. Semoga ia dpt dijadikan wadah kita utk memperkukuhkan lagi semangat ukhwah dan perpaduan sesama umat Islam tak kira dalam kalangan kaum apa sekalipun. Dengan adanya semangat perpaduan ini, dapatlah kita mengecapi kehidupan yang lebih aman dan harmonis...amin. 

Ok, hari ni duduk rumah jer. Lagipun si princess ada banyaaaaakk sgt homework tertunggak terutama Maths dan English. Kesian dia.. dari petang semalam buat kerja sekolah tak abis2. Maklumlah bdk2 lain dah sebulan lebih ke sekolah, yang dia ni plak baru semalam masuk kelas. MC pun dah habis kan. hmm, mmg banyaklah kerja sekolah nak kena buat tu. 

Sambil2 monitor dia buat kerja sekolah, sempatlah gak jenguk2 blogger. Nak tengok apa dia org masak hari ni dan hari2 sebelumnya. Banyak n3 dah ketinggalan. Tak terkejar rasanya. DJ ingat nak stop blogging dulu tapi cuti tak dpt approval lg...hehe. Apa2pun sempat jugalah layan roti goreng rangup ni buat minum petang. ...hasil skodeng dari rumah Hana. Nampak jer resepi ni tadi, DJ terus ke dapur bancuh tepung. Alamak! roti dah expired!... yang ada hanyalah roti butterscotch jer. Dah alang2 kan bancuh tepung, DJ guna jelah roti tu. Tak potong kerak dia tu sb sayang, lagi satu, oleh sebab roti tu dah cukup manis dan sedap, DJ tak letak inti serikaya. Cuma potong dua dan terus celup dlm batter. Then, goreng sampai garing. Memang sedap sih! Tak rugi mencuba resepi kepunyaan HaSue ni. Thanks dear. DJ kopipes dari rumah hana jer ekk. TQ, hana. 

RESEPI ROTI GORENG RANGUP
source 1 : HaSue@myresipi.com
source 2: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 8 keping roti 
  • Serikaya - Secukupnya
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm Marjerin
  • 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nk bagi perasa tp nk bg kuih sdikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning
Cara-cara :
  1. Di dalam bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg senang)warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
  5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.


Saturday, February 12, 2011

Maggie Kari...sedapnyaaaa!


Time hujan lebat sebegini makan maggi kari sedap gak. Tak penah2 makan maggie waktu ptg mcm ni. Entah tetiba rasa nak masak. Lagipun bukannya selalu. Kalau nk makan pun kenalah tunggu lewat mlm time bdk2 dah ketiduran...hehe. 

Seperti biasa, DJ tak minat maggi instant yg lain selain cap Maggie. Perencah kari dia mmg menepati citarasa sejak kecik lagi. Tetap setia bersama Maggie sehinggalah skrg. Haa, satu lagi, sos cili Maggie pun wajib ada. Selain tu mesti ada jus limau kasturi, telur, cili padi, udang, bawang goreng, sayur sawi dan daun sup. Memang buat aku berselera sampai tak hingat dunia!...hihi.


OOopps!...tak lupa juga dengan kek coklat kukus yg sungguh sedap dan moist! Buat 2 hari lepas, tapi baru dpt rasa 1 slice. Nanti bila2 free, DJ kongsikan resepinya di sini.

***Terima ksh kpd yg telah menghantar emel kpd DJ. Minta maaf sekiranya DJ lambat reply. Maklumlah, DJ jarang bukak emel sejak dua menjak ni. Apa2pun, cadangan dan juga permintaan anda amat2 dihargai. TQ.

Thursday, February 10, 2011

Fish and Chips

Malam ni makan fish and chips. Dah lm simpan isi ikan dori dlm freezer. Berkeping2 banyaknya. Nak masak bukan main malas lg. Tapi entah tetiba ptg tadi terasa nk keluarkan jer. Habis gak kesemuanya. DJ buatlah dgn bahan-bahan yg ada. Yang penting, sedap! Anak2 pun suka. 

Jom makan!



Sempat gak buat coleslow sket. Kalau tak ada benda ni, rasa cam tak lengkap jer.

Pembetulan :
Ikan yg digunakan spt dlm gambar di atas adalah fillet ikan sutchi cap Giant dan bukannya fillet ikan dori. DJ slalu confuse time nk beli isi kedua2 fillet ni sb dijual dlm bentuk paket yg hampir sama tetapi berlainan brand. Harap maaf.

Tuesday, February 08, 2011

Tempura Udang Vs Sos Lemon


Malam ni dinner ayam goreng krispi, tempura udang dan sayur campur. Malangnya tak sempat nk tayang semua sb masing2 dah tak sabar nk makan. Apa2pun layan sajalah apa yg ada ni ya. DJ dah mula rasa malas nak masak yang special...bimbang dan takut tak boleh nak kontrol diri sendiri..huh!


Dah lama tak buat tempura udang. Kebetulan stok tepung tempura yg dibeli pd penghujung tahun lps msh ada lg dlm esbok. Tapi kalau tak ada stok tu pun no hal punya. Boleh jer buat cara lain. Biasanya DJ akan campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung utk dijadikan batter. Lepas tu bubuh garam, lada sulah dan air sejuk. Bancuhkan hingga sebati. Kemudian celupkan udang ke dalamnya dan goreng hingga garing. Dah siap. 

Tempura Udang Vs Sos Lemon

bahan-bahan :
  • 8 ekor udang sederhana (dibuang kulit kecuali bahagian ekor dan dibersihkan)
  • 1/2 cawan tepung tempura
  • air sejuk secukupnya
Cara-cara : satukan tepung bersama air sejuk secukupnya dan bancuh hingga pekat. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celupkan udang ke dalam adunan tadi dan gorenglah hingga keemasan. Ketepikan.

bahan sos lemon :
  • 2 sudu makan madu (dibancuh dengan 80 ml air)
  • 2 sudu makan sos cili (optional)
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 2 sudu makan mentega
  • sedikit garam dan lada sulah

cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali leper. Masukkan kesemua bahan dan masaklah hingga pekat. Kemudian tuangkan sos tadi ke atas udang yang sudah digoreng tadi. Hidangkan.


Nasi Impit Kuah Kacang

Petang semalam DJ buat kuah kacang sb nak makan bersama nasi impit dan roti gardenia. Seawal paginya DJ rebus 3 paket beras nasik impit dan petang tu barulah masak kuahnya dgn bahan perencah yg begitu ringkas dan mudah sekali tetapi sangat2 menyelerakan. Last time makan kuah kacang ialah pd tahun lepas time beraya kat kampung halaman. Tapi yg jadi tukang masaknya ialah kakak DJ tau. Bila tengok cara dia memasak kuah ni mmg tak samalah dgn yg biasa DJ buat. Walau bagaimanapun, masyaAllah, mmg sedap kuahnya. Kena plak dgn citarasa DJ. Tak sia2lah punya kakak yg pandai masak...ehem2...hehe.

Resepi kuah kacang ni dah byk kali diulang tayang tetapi dalam pelbagai versi. Antaranya adalah kuah kacang pistachio dan juga di sini. Yang kat n3 ni lain plak versinya. Guna perencah yg serba ringkas jer. Yang penting, sedaaappp!..

Nak tau tak, sebenarnya DJ masak kuah ni seperiuk besar. So, ada lagi belen kuahnya dlm esbok. Hari ni, just reheat kan jer dlm oven. Ni kalau ada satay goreng lagilah tak boleh nak brenti makan...hehe.

Resepi Kuah Kacang (my style)

bahan-bahan:

  • 400g kacang tanah goreng (dikisar kasar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1-2 senduk cili giling cap Aminah 
  • gula melaka secukupnya
  • garam dan sedikit gula pasir
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak sayuran secukupnya di dlm periuk/kuali. Tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi. Masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. (lebihkan sedikit minyak masak supaya kuahnya nampak cantik).
  2. Masukkan kacang tanah dan air secukupnya secara berselang seli dan kacau perlahan-lahan. Gunakan api perlahan shj. 
  3. Setelah kuahnya mendidih, masukkan gula melaka dan sedikit garam. Kemudian perasakan pula dengan gula pasir sehingga betul-betul menepati selera. 
  4. Masak lama sedikit dgn api kecil sehingga keluar minyaknya. Barulah nampak cantik dan lebih sedap. 
  5. Setelah masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi impit, satay atau roti kosong. Sedap!

Monday, February 07, 2011

Kek Kukus Keju Lapis


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera....

Hari ni DJ nak share resepi kek kukus keju yg DJ buat ari tu. Kalau rasa nk cuba, silakan yer. O ya sebelum tu DJ nk minta maaf byk2lah atas kelewatan meng'update' resepi ni sb DJ tak selalu ada di depan komputer. Kebizian sungguh nampaknya tapi apa yg bizi sgt tu tak taulah...haha. 

Kek ni teksturnya mcm kek lapis Sarawak gak. Padat tetapi lembut dan basah. Cuma dari segi rasanya taklah terlalu manis seperti  kek2 Sarawak yang ada tu. DJ pun tak suka kek yg terlalu manis...mau pengsan dibuatnya...hehe. Kek ni dah cukup2 manisnya tau. Tetapi kalau nk manis lagi, bolehlah tambah gula atau susu pekat. Ikutlah selera masing2...hehe...ermm, ada ker yang berminat nak cuba resepi ni eh??..huhu. 


Oleh krn dah kehabisan stok coklat emulco, DJ campurkan sekali serbuk koko dgn coffee emulco. Memang harum dan wangi jer kek ni. Ditambahkan lagi dgn lapis pandannya...wallaa!..mmg best!. Next time nak buat lagilah. Kalau time raya nanti, rasa2 yang ni akan masuk list ler kot...


Oklah, jom layan resepinya. Abaikan shj gambar2 yg kurang menarik itu k...hehe.

Kek Kukus Keju Lapis

bahan-bahan: loyang 9 atau 10 inci
  • 250 g tepung gandum (diayak)
  • 7 biji telur A pd suhu bilik (diasingkan putih dan kuningnya) 
  • 250 g gula halus (dibahagi dua)
  • 2-3 sb susu pekat manis
  • 300 g mentega (pada suhu bilik)
  • 260 g krim keju (pada suhu bilik)
  • 260 ml krim putar / whip cream
  • sedikit pandan emulco/pes pandan
  • sedikit coklat emulco / pes coklat/ cofee emulco (DJ guna 1 sb serbuk koko + 1 sk cofee emulco)
  • sedikit esen vanilla
cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
  2. Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan 1/2 daripada gula halus sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul mentega, keju dan susu pekat hingga gebu. Kemudian masukkan lebihan gula tadi dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan kuning telur satu persatu sambil diputar perlahan. 
  5. Kemudian, satukan adunan dengan meringue tadi dan sebatikan.
  6. Masukkan krim putar dan tepung secara berselang seli hingga habis. Putar lagi hingga rata.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian dicampurkan dengan pes pandan, pes coklat/coklat emulco+coffee emulco, dan pewarna kuning+esen vanilla (boleh juga menggunakan pewarna/pes yang lain mengikut kegemaran masing-masing). Kemudian setiap adunan tadi dibahagikan lagi menjadi dua bahagian.
  8. Tuangkan lapisan hijau ke dalam loyang dan ratakan. Tutup loyang dengan kertas foil tetapi biarkan ia longgar sedikit. Kemudian kukuslah selama 10 minit atau hingga adunan dah tak cair. 
  9. Tuangkan lapisan kedua (kuning), dan kukus lagi selama 10-12 minit. Seterusnya lapisan ketiga. Ulangi proses hingga habis. Setelah ke lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-30 minit atau sehingga kek masak sempurna. 
  10. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dikeluarkan daripada loyang. 

InsyaAllah, pada masa akan datang, sekiranya dipanjangkan usia dan murah rezeki, DJ akan kongsikan satu lagi  resepi kek kukus keju yg paling mudah dan beberapa lagi kek kukus Sarawak seperti Kek Madu Kemenyan, Kek Sabok Tun Razak, Kek Hati Parek dll. Tapi kenalah sabar menanti 2-3 bulan lagi la yer...hehe.

Apa2pun terima kasih sudi singgah dan tinggalkan jejak.


Sunday, February 06, 2011

Sandwich Telur


Hari ni buat sandwich telur byk2. Lebih kurang sebuku roti. Boleh dimakan time bekfes atau bila2 jer. Memang laku kalau kat rumah ni lah terutamanya anak2. Berbaloi buat byk2 kan...hehe. 

bahan-bahan :

  • roti sandwich
  • telur rebus
  • mayonis
  • lada sulah
  • butter
  • sedikit garam
  • chicken meatloaf
  • daun salad



Untuk dinner lak rasanya tak masak dah. Lagipun lauk daging salai tengahari td msh ada lagi. tengoklah malam ni kalau rasa nk mkn, DJ mkn. Anak2 plak tak nak makan nasik sb dah kenyang mkn sandwich, nugget dan meratah ikan celup tepung. Hubby plak on diet. Huhu...mood malas datang lagi daaa...

*** n3 kek kukus keju akan DJ update malam ni, InsyaAllah. Terima kasih kpd yg sudi memberikan komen serta mesej. DJ akan reply kemudian yer. TQ.