Sesekali teringinlah nak rasa masakan mak...apa nak buat, sabar aje lah...mahu x mahu kenalah buat sendiri....ni lah dia satu lagi masakan favorite dayang...ayam masak merah. Time raya, pasti mak x ketinggalan masak ayam ni sb dia tau masakan ni mmg dh menjadi favorite dyg sekeluarga...Bahan-bahan :
- 8 ketul ayam (digoreng separuh masak)
 - 5 biji bawang merah (dikisar)
 - 3 ulas bawang putih (dikisar)
 - rempah 4 sekawan
 - 1 inci halia (dikisar)
 - 1/2 inci lengkuas (dikisar)
 - 1 batang serai (dikisar)
 - sedikit air asam jawa (jika suka)
 - 3 sudu besar cili kisar
 - sedikit sos cili dan sos tomato
 - garam dan gula secukupnya
 - minyak utk menumis
 
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
 - Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau sedikit. Boleh tambah air jika suka. Masukkan ayam dan kacau rata-rata.
 - Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
 - Hidangkan setelah masak.
 
No comments:
Post a Comment