Homemade Pes Laksa Sarawak
Alah bisa tegal biasa...when there is a will, there is way.......emmm, dalam juga maksudnya tu...hehe. Ape kena-mengena dgn pes laksa ni?..keh!keh!keh!...ada lah tu...sebenarnya dayang nak encourage bg sesape yang teringin sangat nak mencuba Laksa Sarawak tetapi x tau kat mana nak beli pesnya, boleh lah mencuba resepi ini secara manual.  Mudah-mudahan akan mendapat hasil yang dikehendaki......Good Luck! Bahan-bahan : untuk 150-200 gm- 8 biji bawang merah*
 - 4 ulas bawang putih*
 - 10-12 tangkai cili kering*
 - 1 inci lengkuas*
 - 1 sk ketumbar
 - 1 sk jintan manis
 - 1 sk jintan putih
 - 3 biji buah keras*
 - 2-3 batang serai*
 - 1 inci belacan bakar*
 - 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
 - 1/4 cawan bijan (digoreng)
 - sedikit garam
 - sedikit minyak utk menumis
 
Cara-cara :- Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
 - Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dgn bahan2 *.
 - Panaskan minyak. Tumis bahan2 td sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula jika suka.
 - Simpan di dalam bekas yg bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment