

Updated :
Di sini DJ ingin kongsikan resepi roti arab versi sendiri dan kari sardin utk rujukan kita bersama. Bahan2 utk roti arab ni lebih kurang sama dgn bahan2 utk membuat mini buns . Nak mencuba, silakanlah yer. TQ.
Resepi Roti Arab
Bahan-bahan:
Versi Bakar :
Versi Goreng :
Kari Sardin II
bahan-bahan :
Resepi Roti Arab
Bahan-bahan:
- 2 cawan/250 g tepung roti atau tepung serbaguna (diayak)
- 1/2 sudu makan shortening
- 1 sudu makan gula
- 2 sk yis
- 1 sk dough softener
- 1 sk bread improver
- 1 sudu makan susu tepung
- sedikit garam (dj guna 1 1/2 sk)
- 130-140 ml air sejuk
Versi Bakar :
- Satukan kesemua doh dan uli/adun hingga elastik. Rehatkan doh selama 15 minit.
- Sementara itu, panaskan oven pd suhu 180C. Doh tadi bolehlah diratakan pada loyang/bekas bulat yang telah disapukan dgn mentega setebal 1 cm. (doh tak perlu dicanai. Cukup setakat ditekan2kan shj).
- Biarkan ia kembang selama 15-20 minit.
- Spray kan doh dgn air dan bakar selama 15 minit atau sehingga keemasan.
Versi Goreng :
- Sama seperti step no 1 di atas.
- Bahagikan doh kepada 10 biji atau mengikut citarasa masing2. Kemudian bulat2kan doh dan canaikan sedikit. Kemudian gorenglah hingga keemasan. (gunakan api kecil. Pastikan minyak btl2 panas)

bahan-bahan :
- 2 tin kecil sardin
- 3 biji bawang merah (dihiris)
- 1 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 cm halia (dicincang)
- 2-3 sudu makan cili kering kisar
- 1 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan serbuk kari ikan (dibancuh dgn sedikit air)
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit air
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan kacau. Biarkan sampai pecah minyak.
- Masukkan pes kari dan kacau lagi.
- Masukkan sos tomato dan air secukupnya.
- Setelah mendidih, barulah dimasukkan sardin tadi. Kacau perlahan2.
- Perasakan dgn garam dan gula.
No comments:
Post a Comment