Monday, November 29, 2010

Khabar dariku.....


Salam rinduuuu.....

Waduh!...betapa lamanya tak menjengah blog sendiri. Alhamdulillah...terima kasih yg tak terhingga kpd semua pengunjung yg tak jemu2 singgah ke sini. Tuan rumah masih lagi bercuti bersama keluarga di Sarawak sehingga hujung minggu depan. Sekadar ingin mengkhabarkan berita, dayang dan anak2 ketika ini sihat Alhamdulillah. Harap2 rakan2 di sini pun sentiasa sihat dan sentiasa ceria yer. Yang meninggalkan komen dan mesej di shoutbox, thanks a lot. Nanti ada kesempatan, dayang akan reply. 

Dayang akan kembali berblogging seperti biasa InsyaAllah pd awal atau pertengahan Disember nanti. Harap masih ada yang setia menanti...hehe. Yang telah mencuba resepi2 di sini, thanks a lot. Sekali lagi terima kasih atas kunjungan anda, pengikut setia yg sentiasa setia, mahupun silent readers.

Salam rindu dan sayang dariku....mmmmmuahhh!


Saturday, November 13, 2010

Ayam Goreng Madu Berempah II

Salam...

Hari ni dyg nak kongsikan satu lagi menu ayam favorite yg dh agak lama juga tak masak. Sepatutnya nak tayang mlm tadi tp tak sempat atas sebab2 tertentu. 

Lauk ayam ni mmg special dan sedaap!..resepi asalnya dah ada dlm blog. Boleh KLIK DI SINI. Untuk resepi kali ni, dyg ada tambah sedikit ramuannya. Maka, terhasillah resepi ayam goreng madu berempah II. Tak dpt nk cakap lebih2. Nak tau sedap ke terlebih sedap ayam ni, kenalah cuba resepi ni dulu yer. Tak rugi pun. 

Mulai esok, dyg akan bercuti seketika. Mungkin agak lama gak kot. Kalau sempat, dyg akan update. 


Apa2pun jom layan dulu resepi nih!....

Ayam Goreng Madu Berempah II


Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 4 sudu makan cili giling
  • 1 sudu makan serbuk kari ayam
  • 2 sudu makan tepung goreng pelbagai guna
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 4-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2-3 sudu makan sos tomato
  • garam
  • 3 sudu besar madu (dibancuh dgn 1/2 cawan air)
  • sedikit gula melaka/gula merah/ gula pasir
  • sedikit bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
Cara-cara :

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam, serbuk kari, tepung goreng pelbagai guna, 2 sudu makan cili giling dan separuh dp bahan-bahan tumbuk dan perapkan ke dlm peti sejuk selama 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam sehingga masak.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis lebihan bahan2 tumbuk dan cili giling td sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, madu dan gula melaka/gula merah/gula pasir. Kacau sebati. (boleh tambah sedikit air jika perlu)
  3. Kemudian masukkan ayam yg tlh digoreng dan gaulkan rata2. Akhir sekali, masukkan bawang besar.
  4. Hidangkan panas2 setelah masak.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.