Friday, July 20, 2012

Kek Lapis 4 Rasa & Salam Ramadhan al Mubarak

Assalamualaikum dan Salam Jumaat....

Alhamdulillah...hari ni dapat juga menulis entri biarpun agak sibuk sejak dua menjak ni. DJ amat2 berbesar hati dan terharu atas setiap kunjungan anda ke dapur yg x seberapa ni. Terima kasih banyak2 ye. Mohon ampun sekiranya terdapat komen2 yg tak sempat DJ balas buat masa ni. InsyaAllah ada kesempatan nanti, DJ akan reply satu persatu. 

Ok, hari ni DJ nk share resepi kek lapis 4 Rasa. Resepi asal kek ni adalah Kek Lapis Mocha Pandan yg pernah DJ buat sebelum ni. Kali ni DJ tambah satu lagi perisa iaitu strawberry.

Entah mcm mana tergerak rasa hati nk buat kek mcm ni lagi. Memang terasa sgt kesedapannya. Lain warna lainlah perisanya. Sebab tu lah DJ tak buat lapis selang seli. Nanti hilang pulak kenikmatan 4 rasanya...hehe.

Sebenarnya kan ramai gak yang mencadangkan supaya DJ menulis resepi berserta langkah2 dan gambarnya sekali. Bukan tak nak buat ye...tapi memandangkan DJ belum ada kesempatan lg nk berbuat demikian, kita hold dulu k. InsyaAllah, nanti2 DJ usahakan. Kdg2 masa x cukup dan semua kerja nak diuruskan dgn cepat, jd faham2 je lah...hehe


Kek ni diambil gambarnya pd lain2 tempat, cuaca dan dan situasi. Jd, jgn hairanlah ye kalau nampak kaler kek ni sekejap biru, skjp pink, skjp merah...tp warna sebenarnya kek ni ialah dlm gambar bawah ni. Alhamdulillah, yg penting, kek ni sedap biarpun lapisan putihnya terbuat tebal sket. Sepatutnya setiap perisa/warna ada 4 layer. Ni gara2 nk cepat habis, mcm tu lah kejadiannya...huhu. Lain kali kena tambahkan sket kesabaran tu...

Jom kita semak resepinya ye. Sekiranya berminat, bolehlah cuba2 melapis kek sendiri di rumah. Kek ni pun amat sesuailah dihidangkan pada hari lebaran nanti. Tapi kenalah buat satu adunan ye, nanti tak cukup pulak utk disajikan kpd tetamu...heheh.

Kek Lapis 4 Rasa
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : loyang 8" x 8"
  • 10 biji telur gred A
  • 500 g mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya)
  • 300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak)
  • 150 g gula kastor
  • 100 g serbuk horlicks
  • 150 g serikaya
  • 300 g susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe)
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar
  • 1 sudu kecil strawberry emulco + pewarna merah jambu 
Cara-cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. 
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. 
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan, satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan  nescafe / pes mocha dan satu lagi pes strawberi.
  7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan pink/strawberi terlebih dahulu (anggaran 6-7 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing). 
  8. Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan bakar. Buat sampai habis. 
  9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit. 
  10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
  11. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
NOTA :
  • Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
  • Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat).
  • Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan Pati Pandan/Pandan Emulco+pewarna hijau tua.
  • Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
  • Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri. 
  • Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.
  • Untuk menjadikan kek sentiasa lembab dan basah, jangan bakar terlalu lama dan sapukan sedikit mentega pada setiap lapisan.

Kek ni bila dah disimpan berhari2, ia akan bertambah lembut dan basah. Lagilah bertambah sedap dimakan. Baunya pun harum dan menyelerakan...lebih2 lagi dgn perisa mocha tu, adesss...tak tahan dakuu... :D

DJ mmg x pernah pergi ke kelas membuat kek lapis pun sebelum ni. Kalau ada masa dan ruang, nak jugak tambahkan ilmu suatu hari nanti. Setakat ni apa yg DJ tau dan pelajari dari keluarga, itulah yang DJ share kat semua pembaca. Tak ada niat utk bermegah2. Just sharing.... ^__^

Terfikir pulak utk mencorakkan kek ni suatu hari nanti....hmmm

Kepada semua pengunjung yang beragama Islam, selamat menunaikan ibadah puasa 1433H. Semoga semua amalan dan ibadah kita diterima dan diberkatiNya. Mohon ampun sekiranya ada salah dan silap.


27 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam Ramadhan AL-Mubarak, semoga dipermudahkan segala urusan DJ dalam menjalani ibadah..

Kek ini pasti masuk list untuk hari raya nanti. Cara nak buat pun senang. Errr.. dah datang gian nak melapis ni, hehe.

Amie said...

Assalamualaikum Dj,
selamat menyambut Ramadhan, dan selamat berpuasa.

Nuwairani said...

assalam kak DJ. kite baru je try buat kek lumut.tiba2 keluar kek lapis la pulak. kek lumut senang sikit nak buat sebab tak payah nak lapis2. kalau kek bakar yang lapis2 ni tak tahulah berapa jam boleh siap. nak kena datang mood rajin tu betul2 baru boleh buat ni.

Chik Mimi said...

Assalam DJ tersangatlahhhhh cantiknya akak kagum sungguh dengan hasil kerjatangan DJ
Selamat menyambut ramadhan Almubaraq

yna said...

cantiklah kak...saya mohan mintak resepi yer...semoga akk di limpahkan kurnia rezeki yang melimpah ruah kerana sudi berkongsi ilmu yang allah kurniakan...amin.

adda syuhada said...

cantiknya tgk lapis2 kek ni...terguda...Nk ucap selamat berpuasa jgk..

Faeez said...

Assmlkm DJ, DJ kalau masuk kelas buat kek lapis, mesti jadi murid cemerlang... hehe. Selamat menyambut bulan Ramadan!

Asmara said...

Salam Ramadhan buat kak DJ sekeluarga. Kek lapis memang popular masa raya kat swak kan. seronok balik kg Swak masa raya, mak2 sedara semua pakar buat kek lapis. tp perlu ada sifat sabar tu kan nk dptkan kek yg cantik dan sedap. rindunya nak balik beraya kat Msia!

fazian.batrisyia said...

Salam perkenalan dan salam Ramadhan. Cantiknye kek lapis tu...

IbuQ_intan said...

salam perkenalan kak DJ...wah kalerfull nye kek! tantek! sy suke sangat!!

ibh_sue said...

Aslmkum Kak Dayang.
Salam Ramadhan juga dr sue. Akak!. kek lapis akak tetap terbaik tau. Pejam mata ja, takut terguda.

Selamat berpuasa kak!.

Kak Nita said...

Salam,
Nampak cantik ,kemas dan sedap.

Junie Octovian said...

As-salam DJ...
Cantek tok Kek Lapis kitak. Kamek mohon share resipinya. TQ
Salam Ramadhan al-Mubarak 2 U.

Love2cook Malaysia said...

Ahhh my Cake Queen is back! Cantik sekali kek tu kak...so perfect...so neatly layered! WoW ;)

Selamat Berpuasa buat Kak Dayang sekeluarga ye kak...

Piglet said...

Kak Dayang, nak tanya apabila pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang, perlu pukul berapa lama? 10 minit? 20 minit? Kek nampak sangat sedap! :)

kakbesah said...

Ya Allah, cantiknyee lah, kmas je hasilnye, layer dia sama je tingginya... memang pro lah DJ nih. memang dasar tangan berseni gitu..hehe..

Umie said...

Salam kenalan...nang kemas kek polah ktk...

Anonymous said...

kacak kek kitak, izin share resipi nya.

Anonymous said...

Cantiknya hasil kerja Dayang ni. Suka sangat tengok kek lapis yang ceria warnanya. Blog inilah antara blog yang sangat di kagumi. Good job!

sweetazezah said...

salam ramadhan almubarak sis..w0000ww!terkedu daku melihat kehenseman kek lapis mi itew sis!..mohon resepinye daku salin..ahakss..braye d mana nanti?maceh yew..

junaidah said...

Salam Dayang, sedap nampak kek ni..i'm a cake lover :-)..insya allah will try this coming raya.BTW, nak tanya yang telur tu mmg guna putih dan kuning ya? tak perlu asing²? terima kasih.

Nora - Sydney said...

Assalamualaikum,
Minta izin nak cube resepi ni.. Come across resepi nie dari Kongsi Resepi.

Terima kasih.

suebee said...

best dpt jenguk blog DJ..cam na sukatannya kalau nak buat guna loyang 6 inci??

Unknown said...

Salam..suke sgt tgok cake ni..ingin nk cube..t.ksh kongsi ilmu..

CT Delima said...

As'salam Dayang

k.ct paling suka lihat hasil air tangan Dayang dalam membuat kek lapis. memnag cantik dan kemas.

Ini k.ct datang nak mintak izin amik resipi kek ni ya, nak gak mencuba sebab baca dari apa yang dayang cakap ni teruja nak mencuba hehehe. terima kasih ya Dayang :)

mentega tepung said...

assalam kak.nak tanya,keliling kek lapis akak ni nampak cantik,nampak la susunan tiap2 lapisan.biasanya,slps kek dikeluarkan dr layang,keliling kek tak akan nampak susunan lapisan kek.kena potg ckit br nampak keliling kek nya.memg kena potg ckit ke?

muliati said...

TQ...DJ....saya banyak belajar dari resepi DJ.....dan memang sedap...ada juga yg nak tempah...haha...TQ