Saturday, October 09, 2010

Kek Coklat Tanpa Telur (Resepi II)

Salam....
Hari ni tuan rumah tak berapa nak sihat. Malam tadi tak boleh tidur nyenyak gara2 sakit tekak. Mungkin dah tiba musimnya kot. Kena banyak minum plain water ni sebelum melarat. Menu hari ni pun buat sup ayam dan udang madu/Honey Prawn jer. Yang lain2 tak larat dah nak masak.


Sebagai memenuhi permintaan anak2...kubuatkan lagi kek eggless ni kali yang ke berapa entah. Kali ni ingredient nya ada sedikit berbeza dgn resepi eggless yg sebelum ni, namun, tekniknya tetap tak jauh beza. Mudah dan cepat. Oleh kerana tak perlu diadun dengan mixer, maka senanglah anak2 nak bantu. Hanya tolong kacau2kan adunan dgn senduk, lepas tu tuang dalam loyang. Senang cerita. Alhamdulillah, hasil kerja keras tangan budak2, menjadi gak kek ni...hehe. Bagi sesiapa yg alergik dgn cuka, bolehlah menggunakan jus lemon. Fungsinya tetap sama.

Untuk ganache kek ni pulak, dyg buat cincai jer. Lagipun coklat masak hanya tinggal sket. Jadi pandai2lah adjust. Janji menjadi. Kalau tak letak ganache pun ok sb rasanya dah cukup lemak manis.

Kek Coklat Tanpa Telur (Resepi II)

bahan-bahan : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 2 sk serbuk penaik
  • 2 sk serbuk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam 
  • 2 cawan gula perang lembut / soft brown sugar
  • 3/4 cawan susu perisa coklat
  • 3/4 cawan kopi panas
  • 1 cawan air panas
  • 2 sk esen vanilla
  • 3/4 cawan minyak jagung / minyak sayuran
  • 2 sk jus lemon atau cuka
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan loyang kek yg berukuran 22 sm. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. Seelok2nya dialas dgn kertas minyak.
  2. Sediakan bekas yg agak besar, ayakkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik serta soda bikarbonat di dlmnya. Kemudian masukkan gula dan garam. Kacau rata2.
  3. Masukkan air kopi, susu perisa coklat, air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan spatula atau senduk kayu.
  4. Masukkan pula minyak jagung/minyak sayuran. Kacau lagi hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel. Kalau perlu, tapiskan.
  5. Akhir sekali, masukkan jus lemon atau cuka. Terus kacau cepat2 hingga rata.
  6. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. 
  7. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Hiaskan dgn topping/ganache mengikut citarasa sendiri. Lebih enak dimakan selepas 1 hari.
Gambar ori tanpa make up...

***untuk resepi versi lain, sila Klik Di Sini.

5 comments:

nurmisnan said...

alam kak DJ
adusss.. kenapa ler bg resepi tanpa telur..
dah hati gatal nak buat kek nih..
look superb.. mesti yummy.

thanks for d recipe

nurmisnan said...

alam kak DJ
adusss.. kenapa ler bg resepi tanpa telur..
dah hati gatal nak buat kek nih..
look superb.. mesti yummy.

thanks for d recipe

DjDayang Jack said...

@Nur Misnan

w'salam....hehe. Kek ni anak akak yg request. Akak buat jelah selagi ade daya n selagi bdk2 tu x jemu...hehe. Alhamdulillah setakat ni kek tanpa telur ni mmg laku...

Anonymous said...

salam kak dayang. teringin nak buat tapo takde oven. Kalau resepi tu suruh bakar, kalau tukar ke kukus?...boleh ke? ke tak menjadi nanti

DjDayang Jack said...

@Azwani

w'salam...

kek ni akak x pnh try cara kukus. nk kene buat eksperimen dulu br leh confirm.

trm ksh yer sudi singgah.