Thursday, October 11, 2012

Miss me??.......Kek Lapis Asam Manis (versi III)


Yuhuuuuu! I'm backkkk! ^___^
Assalamualaikum dan salam rindu buat pembaca setiaku....

Apa khabar semuanya?...semoga sihat dan ceria sentiasa. Waduh2..ramai juga yg bertanyakan ke manakah hilangnya tuan punya blog ini. Sudah mau quit kah? atau merajukkah? atau tengah mengandungkah?(soalan cepu emas yg x pernah x masuk list...heheh)...adehh...mcm2 pertanyaan yg kadangkala membuatku tersenyum sorang2...hehehe. Sebenarnya,  MeM DapurKu SaYang ni bknlah merajuk atau membawa diri...x ada kaitan langsung dgn masalah alam siber ni ye. Jauh sekali nk bermusuh dgn sesiapa pun. Tak ada maknanya...kalau ada pun, cuma masalah kecik jer...dan MeM pun xlah ambil hati sgt. Cuma MeM ingin berehat buat seketika di samping mencari semangat yg hilang. Namun adakalanya terasa rindu sgt2 nk menulis resepi dan tayang gambar2 masakan. Fuhhh!...mmg tak abis kalau dientrikan....msh duduk terperam dlm folder lagi...haihh...bilalah agaknya nk update tu x pasti la pulak...huhu.....

Memang, agak sukar utk diceritakan satu persatu masalah yg melanda sejak dua menjak ni. Biarlah....hanya org2 yg tertentu shj yg tau dan memahami perasaan ini...cewahhh! luah perasaan nampak.....heheh. Dahlah...xnak cakap byk....hal2 peribadi biarlah mereka2 yg terdekat shj yg tau. Apa2pun...doakan yg terbaik buat MeM sekeluarga ye...tq. 

Hari ni MeM nak cerita psl kek lapis lagi...msh lagi entri tertunggak..Alhamdulillah....ramai yg sudi mencuba resepi2 kek lapis dari dapur MeM. Terharu dgn feedback yg diberi...seriously, MeM x menyangka sama sekali yg resepi kek2 lapis yg ala kadar je ni telah menarik minat ramai pembaca khususnya kaum2 ibu dan surirumah...ada yg tak jemu2 menggunakan resepi kek yg sama dan juga resepi2 yg lain....terima kasih byk2 kerana mempercayai resepi yg ada ni dan terima kasih sekali lagi krn sudi mencuba resepi2 di sini terutama sekali kek2 lapis. Alhamdulillah....(words cannot express how grateful i am.... ^__^)

MeM byk terima emel dan juga mesej dari FB. Ada yg bertanya mcm mana nk melapis kek kukus/kek lapis bakar dgn cantik dan tak berlubang2. Rasa2nya MeM dah terangkan sebelum ni kan dalam entri yg lepas2. Mungkin nak kena terangkan secara detail dalam langkah2 resepi yg akan dtg. 

MeM bukanlah pakar dlm bab2 melapis kek ni. MeM ikut sesedap tangan yg membuatnya. Biasanya MeM akan buat adunan kek pd sebelah malam sb kurang gangguan dan x sibuk dgn urusan2 lain. Selebihnya, MeM akan melapis kek dari tengah malam sehinggalah ke paginya. Kadang2 tu x tidur satu hari...bahaya tu...kesihatan kena jaga gak...(jgn ikut stail MeM tau..hehehe).

Ok... kek lapis asam manis ni mmg salah satu kek lapis kegemaran MeM terutama versi yg ini. Sgt2 moist dan sedaaaapp! Dah byk kali buat utk makan2 dan juga utk tempahan (yg dlm gambar kedua ni MeM buat utk tempahan). Yang bestnya...kek ni x menggunakan tepung langsung. Hanya menggunakan biskut marie yg kisar halus jer. Actually, resepinya lebih kurang sama jer dgn kek lapis asam manis yg lain. Cuma teknik mengadunnya mungkin berbeza sket. 

Penggunaan gula dan susu yg byk akan menjadikan kek lebih lembab dan moist selain membuatkan kek lebih tahan lama. Jika dikurangkan gula, sukatan susunya tak perlulah dikurangkan. Nanti kek jd kurang moist la pulak kan. Tapi tu lerr, masing2 punya taste tersendiri. 

Baru2 ni anak dara MeM asyik mintak buatkan kek ni jer...katanya sedap sgt....heheh. Budak2 pun suka...Alhamdulillah. Nak buat pun senang dan berbaloi2...

Apa2pun jom kita layan dulu resepinya. Nanti MeM upload gambar2nya lagi kalau ada. Nak kena carik satu persatu dulu dlm folder. 

KEK LAPIS ASAM MANIS (VERSI III)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : loyang 8" x 8" x 3" 
  • 10 biji telur A 
  • 300g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah ditimbang) 
  • 500g mentega berkualiti/pure creamy butter 
  • 1 sudu besar ovallete 
  • 75ml air sejuk (dari peti ais) 
  • 1 sudu kecil esen vanilla 
  • 100g gula kastor 
  • 300g susu pekat manis 
  • haw slice/ hawflake secukupnya 
  • 2 sudu besar pes pandan cap Koepoe-Koepoe(boleh juga menggunakan pes pandan jenama lain) 
  • sedikit pewarna kuning telur (DJ menggunakan pewarna Star Brand) 
cara-cara : 
  1. Pukul telur, gula, esen vanilla, air sejuk, tepung biskut marie dan ovallete hingga kembang. 
  2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim. 
  3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Putar sebati dengan menggunakan kelajuan paling minima. 
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Lebihkan sedikit untuk adunan kuning. (bubuh pes pandan dan pewarna kuning) 
  5. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180-200C atau mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. Sediakan loyang yang telah disapu mentega dan dialaskan dengan kertas minyak/baking paper. 
  6. Masukkan 7 sudu besar adunan untuk lapisan kuning ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian grill/bakar sehingga keperangan (lebih kurang 5-7 minit). Setelah masak, keluarkan dari oven. sekiranya lapisan nampak tidak sekata, tekankan perlahan-lahan dengan alat penekan kek. Setelah itu, tuangkan lagi adunan kuning dan ratakan. Buangkan gelembung/bubble jika ada atau hentak-hentakkan sedikit loyang tersebut sehingga bubble pecah dan adunan nampak licin. Barulah dimasukkan semula ke dalam oven dan bakar hingga perang. (ini untuk memastikan kek tidak berlubang-lubang dan lapisannya cantik sekata) 
  7. Buat lagi untuk lapisan kuning hingga menjadi 3 lapisan. Untuk lapisan yang ketiga, susunkan kepingan hawflake secara rawak atau mengikut citarasa. Kemudian bakar hingga perang(x perlu ditutup dengan adunan). Kemudian masukkan lapisan hijau dan ulangi proses hingga habis. (PASTIKAN ADUNAN SENTIASA DIKACAU SEBATI DENGAN SENDUK/SPATULA/SUDU SEBELUM MELAPIS) 
  8. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja sehingga habis. (Jika kek kurang masak, bakar untuk keseluruhan dengan memnggunakan api atas dan bawah selama 7-10 minit dengan suhu 140C-160C) 
  9. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong. Untuk menyimpan lebih lama, balutkan kek dengan plastik dan simpan di dalam bekas kek. Kemudian disejukkan ke dalam peti sejuk.
Ini adalah contoh cara2 MeM melapis kek asam manis. Kalau tak silap menggunakan loyang 10 inci. Adunan 9 sudu besar utk setiap lapisan.

Nota :
***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.
***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak. (keliling loyang BOLEH DISAPU ATAU TIDAK DISAPU dengan mentega)
***Setiap kali menggunakan telur, pastikan dibuang tali pusatnya agar kek tidak berbau hanyir telur. 
***sukatan gula mengikut citarasa masing2 ye. Kalau suka manis, letaklah dlm 150g. Kalau tak suka manis, bolehlah dikurangkan ke 100g shj. 
***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Cow Head, Anchor dsbnya (DJ kurang gemar menggunakan Buttercup)
***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya. 
***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama. 
***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega.


Nak melapis kek ni harus ada kesabaran dan keyakinan yg tinggi. Jangan mudah berputus asa sekiranya percubaan pertama kedua dan ketiga gagal...msh ada harapan dan peluang utk berjaya. Ada org tak yakin dan tak berani mencuba. Kalau tak cuba, sampai bila2 pun kita tak tau samada kita boleh buat atau x. Lagi satu, mana tau kan dlm diri kita ni ada bakat tersembunyi yg kita sendiri tak pernah tau....heheh (sekadar peringatan utk diri sendiri jugak)

Wednesday, August 29, 2012

Kek Lapis Keju Coklat


Kek lapis yg menggunakan tepung hongkong agak jauh bezanya dgn yg menggunakan tepung gandum biasa. Tekstur kek jd lebih halus, lembut dan moist selain penambahan susu pekat dan gula halus. Meskipun tepung hongkong agak mahal sedikit berbanding tepung gandum, tapi hasilnya sgt berbaloi. Para penggemar kek lapis(bakar) dah tentunya berpuas hati kan...hehe. DJ x pasti pulak harga tepung hongkong di Sarawak skrg ni. Yg DJ beli kat Kedai Bagus ni berharga rm6.30 sekilo. Tepung ni mmg cepat rosak sb tu susah nk dpt terutama di pasaraya, tp kalau dah dpt tu, eloklah disimpan dlm peti sejuk kalau msh ada baki lps buat kek. Begitu gak dgn tepung gandum atau mana2 tepung yg berbaki. DJ akan sumbatkan saja dlm fridge kalau ada. Tapi masa nk guna tu, keluarkan dulu dan biarkan pada suhu biasa atau jemur kat tempat panas kecuali kalau resepi menggunakan air ais, boleh jer pakai terus...itu pengalaman DJ lah...heheh. 

hmm...kalau nk cerita psl kek lapis ni mmg tak ada kesudahannya. Mcm2 boleh terjadi kan...ada yg hasilnya sgt bagus, ada yg stkt OK la, dan yg paling x best ialah KO...huhu...DJ pernah buat kek lapis x menjadi tau...mmg faham sgtlah 'perasaan kecewa' tu. Tp dgn semangat yakin boleh buat dan tak pernah putus asa, DJ buat lagi dan lagi sampai lah berpuas hati. Dari situ kita belajar ttg kesilapan. Practice makes perfect! Selagi ada minat dan keseronokan, teruskan saja niat nk melapis tu...jgn dipendam2...dah berjaya esok, kita gak untung, org yg terdekat dgn kita pun tumpang berbangga dgn hasil kerja kita...btl tak? Yang paling seronok ialah kalau dpt menggunakan bakat yg ada ni utk buat bisnes....bisnes kek lapis... ;) :)

Ada ramai yg tanya mcm mana nk buat layer kek ni sama rata dan x tunggang terbalik. Seperti yg DJ maklumkan sblm ni kan...DJ bukanlah pakar dlm bab2 melapis kek ni...stkt ok2 jer tu...heheh. Tapi apa yg DJ tau itulah yg DJ kongsikan di sini...setakat yg DJ mampu ye...moga2 sedikit banyak dpt jd panduan kita bersama. 

Biasanya DJ hanya menggunakan sudu makan untuk melapis kek ni. Untuk loyang 7x7 = 5 sudu makan, loyang 8x8 = 7 sudu makan dan loyang 9x9 = 9 sudu makan. Pastikan semuanya sama rata. Tapi jika menggunakan tepung hongkong, lebihkan sedikit sukatan sudunya supaya lapisan tak terlalu nipis. Namun, terpulanglah citarasa masing2. 

Adehh...jomlah kita beralih arah ke resepi kek ni pulak...dah agak lama DJ tak update resepi kek lapis keju coklat...sbnrnya dp penghujung tahun lepas lagi. Ramai yg mintak resepi ni. DJ hanya upload gambar ke FB jer tp resepinya asyik2 lupa nk tulis. Tapi gambar2 ni semuanya yg terkini ye. Resepi asalnya dah hilang entah ke mana, jd, DJ terpaksalah create semula resepi yg baru tp kena buat keknya dulu barulah dpt tulis resepi...hehehe. Resepi asalnya kalau tak silap menggunakan kuning telur yg banyak dan putih telurnya pulak sedikit. Taaapiii...resepi kali ni DJ taknak membazirkan putih telur. DJ guna semuanya sekali utk buat kek lapis sedap ni. (huhu...stok putih telur ada baaanyak sgt dlm fridge lps buat kek lapis bercorak tempoh hari. Siapa nk guna? Terfikir gak nk buat pavlova n macaroon...tp benda2 ni agak manis dan menyakitkan gusi..adehh...simpan je la dulu putih telur tu..)

Hadoii...DJ selalu mcm ni...semakin kecik loyang digunakan, semakin halus dan semakin nipislah layer yg DJ buat. Rasa2 ni lah layer yg paling nipis yg pernah DJ buat. Nasib baik msh dpt tengok lg jalur2nya tu kan..hehe. Apa2pun hasil kek ni mmg best! Sedap sangat! 

Mari kita semak resepinya ye....Selamat mencuba! 


Kek Lapis Keju Coklat
resepi : DayangJack@DapurKuSaYang

bahan-bahan : (menggunakan loyang 7x7x3. Boleh juga menggunakan loyang 8x8x3)

bahan A :
  • 7 biji telur gred A
  • 250g tepung hongkong (boleh juga menggunakan tepung gandum sebanyak 220g)
  • 180g gula halus (boleh kurangkan ikut citarasa)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 75 ml air ais

bahan B :
  • 250g mentega berkualiti (pada suhu bilik)
  • 140g cream cheese (pada suhu bilik)
  • 7 sudu besar susu pekat manis
bahan C :
  • 50g serbuk koko (diayak) - kurang sukatan jika menggunakan pure cocoa
  • 2-3 sudu besar susu pekat manis
  • sedikit pewarna coklat atau coklat emulco 
Cara-cara :
  1. Pukul bahan A hingga kembang dan pekat.
  2. Dalam bekas/mangkuk pengadun berasingan, pukul bahan B hingga berkrim.
  3. Kemudian satukan bahan A dan B. Putar lagi dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong (lebihkan sedikit bahagian ni jika suka) dan satu lagi disatukan dengan bahan C (putar sebati). 
  5. Bakar/grill lapis demi lapis. Mulakan dengan lapisan coklat, ratakan dengan 6 atau 7 sudu makan adunan dan bakar/grill menggunakan api atas sahaja (suhu 180C-200C) selama lebih kurang 5 minit (tetapi bergantung juga pada jenis oven masing-masing. Jika cepat panas, masa membakar boleh dikurangkan dan begitu juga sebaliknya). Setelah itu, keluarkan loyang dari oven, dan tekan lapisan kek dengan menggunakan penekan kek atau alat lain yang besesuaian. Kemudian lapiskan lagi dengan adunan seterusnya. Ulangi proses hingga habis lapisan coklatnya. 
  6. Teruskan melapis dengan lapisan putihnya pula sehingga habis. (Untuk memastikan lapisannya sama rata, adunan boleh disukat menggunakan bekas-bekas kecil atau cawan-cawan kecil yang sama saiznya jika tak yakin menggunakan sudu makan). 
  7. Setelah habis membakar semua lapisan, bakar untuk keseluruhan kek selama 5-6 minit dengan suhu 160C (api atas dan bawah) atau ikut keselesaan masing-masing.
  8. Sejukkan kek setelah dikeluarkan dari oven. Setelah itu, potong kek dan hidangkan.
**Jika lapisan kek agak kering, bolehlah disapukan dengan sedikit mentega terutama yang menggunakan tepung gandum. 
**Kek ini boleh bertahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk. 
**Semakin lama kek disimpan semakin sedap dan moist.


Gara-gara nk cepat update resepi, ikut sesuka hati je nk tangkap gambar...
potongan kek ni pun x berapa cantik jadinya....huhu...

dah keesokannya.....