Wednesday, March 30, 2011

Udang Bersalut Oats

Dah tak tau nk buat apa lagi dgn udang yang tinggal 10 ekor ni. Ingat nak campur dengan sayur tumis jer tapi dah jemu plak rasanya. Last2 buat stail gini. Bila dah masak tu, terus ratah dengan sos cili. Yummmyyy!! 


Udang Bersalut Oats
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan :
  • 10 ekor udang bersaiz L (dibersihkan)
  • 2-3 sudu makan tepung goreng KFC atau tepung goreng serbaguna
  • sedikit air  atau 2 biji telur yang sudah dikocok (DJ guna air sahaja)
  • 2 tangkai daun kari
  • Oats secukupnya 
  • minyak dan mentega untuk goreng terendam (DJ campur kedua-duanya)
Cara-cara :
  1. Satukan udang bersama tepung goreng, daun kari dan air secukupnya. Gaul-gaulkan. Kemudian salutkan dengan oats. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk selama 15-20 minit sebelum digoreng.
  2. Jika menggunakan telur : Gaulkan udang bersama tepung dan daun kari. Kemudian celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan oats. Sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk.
  3. Sediakan minyak dan mentega untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah udang hingga garing keemasan. Angkat dan toskan.
  4. Hidangkan bersama sos cili.

***campuran mentega untuk menggoreng akan menambahkan lagi keenakan udang selain wangi dan garing.

Kek Pandan Lapis Kastard


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....

Refresh......dah ada yg tak sabar2 nak tau jawapan kpd teka teki kek hijau ni semalam...hehe. Ada yg kata kek pandan, ada yang kata kek green tea..waduhh! comelnya namaaa!...hehe...pastu ada yg menjawab kek pandan lapis serikaya dan sponge cake...ekeke...terima  kasih yer sudi meneka...jawapan anda semua hampir2 betul..hehe.

Sebenarnya kek ini adalah Kek Pandan Lapis Kastard...hehe. Resepi keknya hampir sama dengan resepi kek gulung yg DJ buat ari tu. Cara nak baking pun mudah dan sama dengan cara membakar kek gulung. Tapi kalau nk guna loyang biasa atau loyang bulat pun ok. Cuma kek ni agak lembut sesangat yer. Nak potong jadi tiga lapis pun nak kena berhati-hati. Jadi, Kalau guna loyang swiss roll lagi senang nak potong kpd beberapa bahagian. Tak semestinya 3 lapis, nak buat 2 lapis pun ok...depends dengan ketebalan kek tu sendiri. kalau tebal sangat, buatlah dua lapisan jer. DJ sepatutnya buat dua lapisan jer tapi entah, terpotong 3 bahagian pulak. Dah terlalu kelam kabut masa tu, masing2 tak sabar nak rasa...mmg takdan lah nk tunggu kek ni sejuk dulu...sb tu ler nampak sememeh jer kek ni...adehh..mmg frustlah...next time nak buat lagi tapi kena buat waktu malam..siang mmg takleh sb ada 'jaga'...hihik. 


Oklah, Jom semak resepinya. Resepi adalah adaptasi dari resepi kek gulung pandan sebelum ni. Nak tau sedap ke tak sedap kek ni, sila2lah cuba sendiri resepinya yer. terima kasih sudi singgah....

Kek Pandan Lapis Kastard
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan kek :
  • 100 g tepung gandum*
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 50-60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka. 
  2. Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak hingga kembang dan  gebu. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  3. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum dipotong kepada 2 atau 3 bahagian.
Untuk bahan kastard :
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
  • 250 ml santan atau susu cair
  • 50 g gula pasir (boleh tambah jika perlu)
  • 1 sudu besar mentega 
  • 1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
  • kelapa parut kering secukupnya
Cara-cara : satukan kesemua bahan (kecuali kelapa parut) ke dalam periuk dan dengan api perlahan, kacau adunan hingga menjadi pekat. Padamkan api. Biarkan ia suam sedikit.

Cara membuat layer : 
  1. Berpandukan gambar di bawah, ratakan adunan kastard di atas kek yang sudah dipotong tadi. 
  2. Kemudian tutupkan lapisan kastard dengan bahagian kek yang lain. Buat sehingga habis. Lebihan adunan kastard bolehlah disapukan dipermukaan kek dan hiaskan dengan kelapa parut kering.
  3. Simpan kek di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong atau mengikut kesesuaian masing-masing.