Monday, January 11, 2010

Tauhu Kukus Bersambal



Dah lama juga tak buat tauhu kukus. Sesekali makan mmg sedaaapp!..Kali ni makan dgn sambal. Rasa tak cukup pulak makan sekeping ni. Sambalnya yg buat tak tahan tuuu....

Tauhu lembut ni sekeping harganya tak sampai seringgit. Sesiapa yg tak pernah cuba atau yg tak berminat, cubalah sekali. Mana tau lepas ni jadi addicted pulak. Lagipun tauhu ni mmg baik utk kesihatan.


Bahan-bahan :
  • Sekeping Tauhu Lembut (dikukus hingga masak)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk lumat)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 1/2 kiub pati ikan bilis / pati ayam
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • hirisan daun bawang dan daun ketumbar
  • garam dan gula melaka / gula pasir secukup rasa
Cara-cara : Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga garing. Masukkan sos cili dan sedikit air. Setelah mendidih, masukkan gula, garam dan air asam jawa. Kacau hingga pekat. Tutupkan api dan siram pada tauhu kukus dan taburkan daun bawang dan daun ketumbar. Hidangkan.



Sunday, January 10, 2010

Roti Gulung bersama Inti Karipap


Selain bersarapan dgn roti arab, sempat jugalah buat roti gulung. tapi tak buat byk.. Guna roti sandwic yang biasa tu. Salutkan dgn breadcrumb dan gorengkan. Sangat rangup dan sedap rasanya. Sesuai sgtlah utk dijadikan sarapan pagi atau minum petang atau nak bawak pergi berkelah pun boleh.



Di dalamnya adalah inti karipap (inti keledek+kentang), lebihan semalam.



Resepinya mudah sahaja.

Bahan-bahan :
  • 3-4 keping roti sandwic
  • breadcrumb (serbuk roti) secukupnya
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan tepung gandum + 1 sudu makan air (dibancuh)
  • sedikit garam
  • inti keledek secukupnya
Cara-cara :
  1. Roti dileperkan dgn menggunakan torak.
  2. Letak sedikit inti di tengah2nya dan gulung dgn kemas. Gunakan bancuhan tepung tadi sbg pelekat.
  3. Telur dan garam dipukul sedikit.
  4. Panaskan minyak. Celupkan roti ke dalam telur dan golek2kan dgn breadcrumb. Kemudian goreng hingga garing.
***jika x ada stok breadcrumb, boleh buat sendiri : contoh :ambil 2 keping  roti sandwic kemudian dibakar hingga kering tapi jgn sampai hangus. Guna suhu 180C selama 10-15 minit bgantung pd suhu masing2. Kemudian dikisar kasar atau digiling kasar. Selamat mencuba.