Assalamualaikum dan salam sejahtera semua......
Wahh2! Lagi2 kek lapis ye....hehe. Sebenarnya kek ni dayang buat tahun lepas lagi. Dah tayang pun kat FB tapi x tulis lagi resepinya. Sekadar cuci2 mata jelah...hehehe.
Nasib baiklah dayang msh simpan lagi gambar2 kek ni. Bolehlah dayang update resepinya di sini. Resepi asalnya adalah kepunyaan Puan Rabiah Amit, seorang pakar dlm membuat kek lapis di Sarawak. Byk gak koleksi resepinya yg menjadi inspirasi buat dayang utk membuat kek lapis dlm pelbagai corak mengikut citarasa sendiri. :)
Kek ni mmg sedap dan amat menarik warnanya. Rasa sayang pulak nk makan. Kalaulah dapat diawetkan, nak jugak dayang buat mcm tu. Lepas tu, hias dan jadikan pameran...hehe.
Oklah...nampak gayanya dayang tak boleh duduk lama depan laptop. Banyak sangat gangguan dan kerja2 lain yg tak habis2...huhuh.
Dayang salin semula resepi asalnya di sini ye. Sesiapa yg berminat, bolehlah mencuba resepi ni. Yang penting, ada semangat dan minat....hehe.
Kek Lapis Nirwarna
Resepi : Puan Rabiah Amit
Sumber : Dayang@DapurKu Sayang
bahan-bahan :
- 10 biji telur (asingkan putih daripada kuning)
- 2 gelas gula halus (dayang guna 160g gula halus)
- 400 g mentega
- 2 1/2 gelas tepung gandum (dayang menggunakan tepung hong kong)
- 1 tin susu pekat manis (dayang menggunakan 300g susu pekat)
- 1 botol kecil coklat urai (dayang tak letak sebab tak ada stok)
- 1 botol kecil mentega kacang/peanut butter
- 1 tin kecil serikaya
- 1 cawan serbuk Horlicks (dayang menggunakan 50g Horlicks)
- pewarna hijau, merah, coklat dan kuning (dayang menggunakan warna hijau, kuning, ungu dan merah jambu)
Cara-cara :
- Pukul putih telur dengan 1 gelas gula hingga agak keras. Ketepikan.
- Pukul mentega dengan baki gula hingga ringan dan kembang. Sambil mesin terus berputar, masukkan kuning telur satu demi satu. Pukul hingga kembang.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata.
- Masukkan susu pekat dan kacau rata.
- Satukan dengan adunan putih telur. Gaul sebati. Bahagikan kepada 4 bahagian: 1 bahagian warnakan hijau dan masukkan mentega kacang. 1 bahagian warnakan merah dan masukkan serikaya. 1 bahagian warnakan coklat dan masukkan coklat urai. 1 bahagian warnakan kuning dan masukkan horlicks.
- Sediakan acuan 8 1/2" x 8 1/2" x 4" (dayang menggunakan loyang 8x8x3. Griskan dengan mentega dan alaskan dengan baking paper). Tuangkan selapis nipis adunan warna coklat ke dalam acuan dan ratakan. Bakar dengan api gril di dalam ketuhar bersuhu 250C selama 3 minit. Adunan juga boleh dikukus selama 3 minit. (bakar/gril menggunakan api atas sahaja. Lain oven lain tahap kepanasannya. Sila adjust sendiri)
- Tuangkan pula selapis nipis adunan kuning dan ulangi proses sebagaimana dalam langkah 6. (dayang tuang adunan sebanyak 7 sudu makan)
- Ulangi dengan melapis warna hijau dan merah sebagaimana proses dalam langkah 6 dan 7, sehingga semua adunan habis.
- Akhir sekali bakar dalam ketuhar bersuhu 180C selama 5 minit. (bakar keseluruhan)
- Keluarkan dan biarkan kek sejuk di dalam acuan/loyang.
***gunakan butter yang berkualiti tinggi. Dayang menggunakan butter jenama Anchor.
Ini adalah gambar asal Kek lapis Nirwarna oleh Puan Rabiah Amit.
9 comments:
camne ye nak buat jadi berlapis2 cantik mcm ni? mungkin kena ambik masa untuk mahir
nampak rumit je kan tp sebenarnya taklah sesusah mane nk buat lapisannya. Cube dulu ... :)
cantiknyerrrr...geram tengok, rasa sayang nak makan tp mestilah nak makan sbb nampak sedap, hehe. tgk kaler2 yg meriah tu rasa skrg jgk nk buat tp tak cukup bahan, hehe. peanut butter & serikaya tu ada brand tertentu ke dan mcm mana nak tau sukatannya yg tepat?
Salam kak dyg...kacak kek lpis...rona roni....rasa nya mesti nyemm juak oww...lom prnh try resepi tok...kelak blh test juak..:-)
dina kalau tgok kek lapis dah tersemat dlm otak yg kek lapis sush untuk dibuat.. pape pon kalu ade rezeki bolehlag mencuba =D
Memang kagum betul dengan kek lapis hasil air tangan kak Dayang...cantek dan kemas...
Oh ya,nak tanya sikit...kakak guna pewarna jenis apa ya? oil base ka?
woi..cantiknya...
comei tgk kaler kek lapis akk ni..
dah lama tak buat kek lapis.....geram tengok kek yang cantik je kajadiannya ni!!!!!
Post a Comment