Assalamualaikum.....
Alhamdulillah....dah dpt topup semangat ni balik sejak dilanda kemalasan bbrp hari lps. Kpd rakan2 bloggers sekalian, terima kasih byk2 atas keprihatinan dan moral support anda. DJ sgt2 menghargai setiap komen serta nasihat yg diberikan. Saaayang anda semua!....mmg btl kata k.ummi, kalau rasa malas, sibuk atau tak ada ruang utk berblogging, rehatlah seketika atau ambik cuti secukupnya. Jangan difikirkan sgt tentang update tak update blog. Blogging ni tak boleh dipaksa atau terpaksa. Nanti apa yg ditulis pun mcm tak ikhlas jer kan. Pembaca pun boleh menilai biarpun sekadar membaca.
DJ mmg tak reti nk menulis ceramah atau sebagainya. Kalau cerita psl masak memasak ni oklah...heheh. Apa2pun, pesanan ringkas tadi tu sama2lah kita beringat yer. Semoga sedikit byk dpt memberi manfaat kpd kita semua.
Oklah. Jom kita cerita psl mencipon plak. hmmm...hijau lagi kan...hehe. Bulan lps DJ ada membeli serbuk teh hijau atau matcha ni kat kedai Bake With Yen. Luckily, dpt rembat sebotol kecik tp byk gak tu. Boleh dibuat mcm2. Then, DJ ternampak plak satu lagi serbuk green tea ni dlm bentuk paket. Tp dijual dlm paket besar. 2 tahun guna pun belum tentu habis lagi tu...Last2 beli yg sebotol kecik jelah...tp kan rasa menyesal plak tak pilih yg dlm paket tu sb kalernya lbh terang dp yg dibeli ni. Sudahnya, hasil kek pun tak brp hijau sgt. Nampak hijau kekuningan plak. Apa2pun, rasanya tetap sedap.
Mesti ada yg belum pernah mencuba resepi kek menggunakan serbuk green tea ni kan. Sebenarnya, teh hijau ni bkn sekadar utk dibuat minum2man jer tapi juga diproses utk dijadikan serbuk bg tujuan kulinari spt membuat dessert, pastri dan juga kek. Khasiatnya juga penting. Antaranya ialah dpt melindungi dp serangan breast cancer, mengawal tekanan darah tinggi, mengawal paras gula darah, menguatkan sistem imun, menurunkan tahap kolestrol dan juga antioksidan. haa...byk kan khasiatnya??....jom lah beli green tea powder ni...boleh buat kek, dessert dsbnya. ehem2...awet muda gituu...hehe.
Matcha (Green Tea) Chiffon Cake
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Sumber II : DayangJack@DapurKu SaYang
Bahan-bahan : loyang 16 cm
Bahan A
- 2 biji kuning telur
- 40g tepung naik sendiri
- 20g gula
- 20ml minyak jagung@minyak masak
- 30ml susu segar
- 1 sudu makan green tea powder@serbuk matcha
Bahan B
- 2 biji putih telur
- 1/4 sk tartar
- 50g gula
Cara-cara
- Panaskan oven suhu 175darjah.
- Satukan tepung dan serbuk matcha. Gaul rata dan ayak.
- Dalam mangkuk, kuning telur dan gula kacau menggunakan whisk sehingga gula larut. Masukkan bahan yang di ayak, kemudian susu dan akhir skali minyak. Ketepikan.
- Putar putih telur hingga berbuih. Masukkan tartar dan gula sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga kembang dan meringue@soft peak (diterbalikkan tak jatuh!).
- Ambil setengah putih telur dan kaup balikkan menggunakan spatula ke dalam adunan kuning telur. Kemudian tuangkan adunan ke dalam mangkuk putih telur yang berbaki tadi. Kaup balik lagi hingga sebati. Jangan over mix yer! Adunan akan kelihatan lumpy dan nampak seolah berketul2. (DJ gaul perlahan-lahan menggunakan tangan sahaja)
- Tuang ke dalam loyang chiffon. Loyang tak perlu dilengser dengan minyak! agar kek dapat `memegang` loyang tersebut semasa proses mengembang.
- Bakar selama 30min atau hingga masak.
- Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang. Potong menggunakan pisau berjeriji agar kek kelihatan cantik.
- Sedia dihidang.
Hasil kek ni sgt memuaskan hati. Gebu, lembut dan sedap. Seksa gak nk memotong cipon nih sb terlalu lembut. O ya, DJ buat dua adunan dp resepi asalnya sb hanya ada loyang 22 cm jer. Sukatan gula pun DJ kurangkan sedikit mengikut citarasa. Lain2 ikut resepi.
2 comments:
Assalamualaikum..
Nampak Sedap..Gebus! Green Tea Powder Tu Ada Jual Kat kedai Kek Ke? Boleh Cuba Cara Buat Pun Macam Senang Jer..
w'salam....
tq kak...
serbuk matcha tu kalo x silap kat kedai Bagus pun ade dijual. dyg jumpe kat kedai BWY ari tu. tp kat kedai perkakas kek mmg bese ade stok tu kak. akak try ler cari dulu eh. selamat mencube... :)
Post a Comment