Saturday, June 04, 2011

Puding Coklat Sos Kastard (Resepi II)


Alhamdulillah...sekali lagi dpt menayangkan dessert kegemaran DJ sekeluarga. Puding ni DJ buat 2 hari lepas sebagai memenuhi permintaan anak2 dan juga diri sendiri. Kali ni buat lbh sket supaya tak berebut2. Memang puas hati betul. Ramai juga yg telah mencuba resepi ni terutamanya para penggemar puding. Terima kasih semuanya...Alhamdulillah..bersyukur krn ada juga yg sudi mencuba resepi yg sgt sedap ni (pd pendapat DJ).

Tekstur puding ni mmg sgt lembut dan tak sesuai diletakkan  ke dalam loyang sekaligus. Sebaliknya menggunakan cawan atau bekas2 kecil jer. Anak2 dah pastinya minat akan puding dlm  bekas/cawan2 kecil serta dihiasi dengan coklat urai yg berkaler2. Tapi DJ letak apa yg ada jelah...janji sedap dan anak2 pun suka. 

Bahan-bahan utk buat puding ni sama seperti resepi yg sebelum ni. KLIK DI SINI. Cuma dari segi sukatannya, ada penambahan sedikit mengikut bilangan si pemakannya. Maka, jadilah ia resepi II. Sesiapa yg belum lagi mencuba resepi ni, sudi2kanlah mencubanya yer. Memang tak rugi. 

PUDING COKLAT SOS KASTARD 
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : 8-10 orang makan

Puding Coklat :
  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 200 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara : 
Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
2 1/2  cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla 

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.

Sos Kastard selepas dimasak. Sedaappp!


15 comments:

Sheherazade said...

Assalammualaikum sys dj!
wow lovely n yummy

DjDayang Jack said...

@Peri PiA
w'salam Pia..

owh thank you thank you... :)

Ummi said...

Dayaaaaaaaaaaangggg..kejamnyaaaaaaaa...uwaaaaaaaaaaaaaa....sub, sub..penat ni baru balik menebas rumput kat rumah baru sanaa....kalau dpt makan ni panas2..bestnyaaaa...huhu

Wattie said...

sedanyaaaaa

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
aduh!! cantiiiknya puding tu akak... sedaaaaapppp tu makan sejuk2... nak ckit akak.. :)

nor64 said...

dayang,

marbeles puding dayang ni...sempurna sgt nmpaknya..akak copy ya..thanks

dZana said...

sedapnya.. tak bkelip mata akk memandang.. hihihi.. tunggu rajin dtg!!.. huu

Mas said...

wahhhhh...cantikknya gambar...
menggoda betul...
mas pun suka sangat puding ni...
dah banyak kali buat...
terbaikk....

Anonymous said...

sedapnyerr..

nurmisnan said...

kak DJ.. pasti esok petang
kena buat.. nampak superb..
mr. hubby mesti pejam mata.. hu3

Anonymous said...

salam boleh tau x sb tu singkatan untuk apa???

Jun said...

hi dayang...tq for sharing this recipe..akak copy ye, sorry..hehe.

zira said...

sedapnya...nak try la...

Cahayaku said...

Nampak sedap sngat tu....

Shasrine said...

Thanks for sharing the recipe. Nampak cam sedap.

madebyshas.blogspot.com