Wednesday, March 30, 2011

Udang Bersalut Oats

Dah tak tau nk buat apa lagi dgn udang yang tinggal 10 ekor ni. Ingat nak campur dengan sayur tumis jer tapi dah jemu plak rasanya. Last2 buat stail gini. Bila dah masak tu, terus ratah dengan sos cili. Yummmyyy!! 


Udang Bersalut Oats
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan :
  • 10 ekor udang bersaiz L (dibersihkan)
  • 2-3 sudu makan tepung goreng KFC atau tepung goreng serbaguna
  • sedikit air  atau 2 biji telur yang sudah dikocok (DJ guna air sahaja)
  • 2 tangkai daun kari
  • Oats secukupnya 
  • minyak dan mentega untuk goreng terendam (DJ campur kedua-duanya)
Cara-cara :
  1. Satukan udang bersama tepung goreng, daun kari dan air secukupnya. Gaul-gaulkan. Kemudian salutkan dengan oats. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk selama 15-20 minit sebelum digoreng.
  2. Jika menggunakan telur : Gaulkan udang bersama tepung dan daun kari. Kemudian celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan oats. Sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk.
  3. Sediakan minyak dan mentega untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah udang hingga garing keemasan. Angkat dan toskan.
  4. Hidangkan bersama sos cili.

***campuran mentega untuk menggoreng akan menambahkan lagi keenakan udang selain wangi dan garing.

Kek Pandan Lapis Kastard


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....

Refresh......dah ada yg tak sabar2 nak tau jawapan kpd teka teki kek hijau ni semalam...hehe. Ada yg kata kek pandan, ada yang kata kek green tea..waduhh! comelnya namaaa!...hehe...pastu ada yg menjawab kek pandan lapis serikaya dan sponge cake...ekeke...terima  kasih yer sudi meneka...jawapan anda semua hampir2 betul..hehe.

Sebenarnya kek ini adalah Kek Pandan Lapis Kastard...hehe. Resepi keknya hampir sama dengan resepi kek gulung yg DJ buat ari tu. Cara nak baking pun mudah dan sama dengan cara membakar kek gulung. Tapi kalau nk guna loyang biasa atau loyang bulat pun ok. Cuma kek ni agak lembut sesangat yer. Nak potong jadi tiga lapis pun nak kena berhati-hati. Jadi, Kalau guna loyang swiss roll lagi senang nak potong kpd beberapa bahagian. Tak semestinya 3 lapis, nak buat 2 lapis pun ok...depends dengan ketebalan kek tu sendiri. kalau tebal sangat, buatlah dua lapisan jer. DJ sepatutnya buat dua lapisan jer tapi entah, terpotong 3 bahagian pulak. Dah terlalu kelam kabut masa tu, masing2 tak sabar nak rasa...mmg takdan lah nk tunggu kek ni sejuk dulu...sb tu ler nampak sememeh jer kek ni...adehh..mmg frustlah...next time nak buat lagi tapi kena buat waktu malam..siang mmg takleh sb ada 'jaga'...hihik. 


Oklah, Jom semak resepinya. Resepi adalah adaptasi dari resepi kek gulung pandan sebelum ni. Nak tau sedap ke tak sedap kek ni, sila2lah cuba sendiri resepinya yer. terima kasih sudi singgah....

Kek Pandan Lapis Kastard
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan kek :
  • 100 g tepung gandum*
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 50-60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka. 
  2. Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak hingga kembang dan  gebu. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  3. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum dipotong kepada 2 atau 3 bahagian.
Untuk bahan kastard :
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
  • 250 ml santan atau susu cair
  • 50 g gula pasir (boleh tambah jika perlu)
  • 1 sudu besar mentega 
  • 1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
  • kelapa parut kering secukupnya
Cara-cara : satukan kesemua bahan (kecuali kelapa parut) ke dalam periuk dan dengan api perlahan, kacau adunan hingga menjadi pekat. Padamkan api. Biarkan ia suam sedikit.

Cara membuat layer : 
  1. Berpandukan gambar di bawah, ratakan adunan kastard di atas kek yang sudah dipotong tadi. 
  2. Kemudian tutupkan lapisan kastard dengan bahagian kek yang lain. Buat sehingga habis. Lebihan adunan kastard bolehlah disapukan dipermukaan kek dan hiaskan dengan kelapa parut kering.
  3. Simpan kek di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong atau mengikut kesesuaian masing-masing. 


Tuesday, March 29, 2011

Kerabu Seafood ... luahan hati saya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Apa khabar wahai rakan-rakan bloggers, adik, kakak, abang, makcik dan pakcik yang berkunjung ke sini??...harap2 kesemuanya sihat2 belaka yer. Seperti biasa, tuan rumah sangat2 menghargai setiap kunjungan anda, tak kesahlah yang baru ker yang lama ker, siapa2 jer...terima kasih tak terhingga...sesungguhnya saya sbg mem punya dapur ni hanyalah wanita biasa, seorang ibu yg ingin membuka blog masakan sendiri semata-mata untuk rujukan anak2 pd masa akan datang dan secara tak langsung ilmu yang sedikit ini dapat dikongsikan bersama kpd sesiapa shj yang sudi. Saya bukanlah seorang chef atau pakar atau org yang tau serba serbi tentang dunia masakan. In fact, i'm still learning. Semuanya memerlukan kesungguhan dan kesabaran. Mungkin tak semua resepi di sini dapat memenuhi selera dan citarasa anda. Sebabnya ialah apa yang saya masak, itulah selera kami sekeluarga dan itulah saya nak tulis di sini dengan rasa gembira. Saya tak dapat nak puaskan selera orang luar. Siapalah saya ni kan...hehe. I'm not a superwoman and i'm not perfect!...SeSiapa nak ikut resepi saya, silakan, saya sgt mengalu2kannya. Sesiapa yang yang dah cuba resepinya, Alhamdulillah, terima kasih banyak2. Sesiapa yg tak suka atau tak sudi, saya tak paksa, terpulanglah kpd diri masing2. Saya tak pernah susahkan orang...nak cuba resepi, silakan, tak nak cuba, tak apalah kan...tapi tak perlulah nak sindir2 atau berkias2..Oopps! siapa makan cili padi mestilah rasa pedas kan, bukan cili bodo yer, kalau cili bodo, dia takkan terasa pedasnya...hehe. Itulah lumrah manusia. Dah dua tahun saya buka blog ini, jangan fikir tak ada yg tak sakit hati atau tak perli saya mcm2 yer. 
Sepanjang 3 bulan pertama saya berblogging, dah ada yg cakap saya cilok gambar masak dan tepek di blog saya, mana buktinya, ada?? setahu saya, orang cilok gambar2 di dapur saya ni ngan entri2 saya sekali adalah...haha. itupun saya diam dan sabar jer. Orang kata blog saya suram pun saya masih boleh tersenyum sb saya anggap itu semua cabaran. Why should i susah hati. Benda tu tak penting bg saya. Ada byk lagi perkara lain yg lbh penting dp memikirkan perkara ni. Tapi biarlah ini last luahan saya yer. Tak nak jadi big issue lak.

Maafkan saya jika ada yg terasa hati dengan kekasaran bahasa yg saya gunakan. Lepas ni off the record. Cuma satu jer saya mintak anda faham, saya bukanlah chef atau pakar masakan. Masakan saya msh banyak kekurangannya. Setakat ni saya dapat respon yang baik daripada pembaca yg dah mencuba resepi2 kepunyaan saya. Saya bersyukur sgt2. Saya tak kisah jika ada yg ingin  mengubahsuai resepi saya. Saya pun belajar mencipta resepi sendiri setelah mentelaah buku2 masakan dan sumber2 dari internet. Selebihnya practise practise practise. Mana ada orang boleh buat resepi sendiri jika dia tak belajar...betul tak??..Sebenarnya, resepi pun boleh diimprovisasikan mengikut selera dan citarasa sendiri, bukannya ikut selera si empunya resepi tu. Apalah yg susah sgt kan...be creative!. Tapi ok juga sekali sekala cuba resepi tu tanpa adjust apa2. Lepas tu bolehlah kita menilai ok ker tak ok, kena ker tak dengan selera anak tekak masing2. Kalau ok, oklah, kalau tak ok, next time boleh adjust. Proses memasak ni adalah pembelajaran berterusan. Takkan brenti setakat ni jer. Okay??...harap maklumlah yer. Saya ni tak pandai nak menyusun kata, jadi sekali lagi saya minta maaf banyak2 jika ada yang terasa dan terguris hati.

Mesti ada yg tertanya2 mengapa tetiba jer dayangjack meluah perasaan sebegini dalam entri kerabu seafood ni kan....heheh. Takper, itulah kali pertama dan harap2 kali yg terakhir saya luahkan apa yang dipendam selama ni. Yang dah lepas, biarlah berlalu. Tak syok jika ada permusuhan. Saya maafkan kpd yang mengutuk serta menghina saya. Terima kasih segala2nya. 

Oklah, penat dah menaip nih...hehe. Jom layan kerabu campur2 main belasah jer ni. Ingatkan nk buat umai jer ari ni tapi dah lama dah tak buat kerabu. Mmg teringin sgt nak makan. Time nak hiris bahan2 ni tadi pun dah kecur liur dah...mmg dah tak sabar dah tu...hehe. 


Inilah resepi campak2nya yer. Tapi Alhamdulillah, sangat menepati seleraku.....entri kek hijau akan terjawab lepas entri ni...hehe. TQ.

Kerabu Seafood
  • udang dan sotong secukupnya (dibersihkan dan dicelur dgn air mendidih, angkat dan toskan)
  • 1 cm halia dan lengkuas (diketuk)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 batang serai (dihiris)
  • 1 biji tomato (dibuang biji dan dihiris dadu kecil)
  • 1 biji epal hijau (dihiris dadu kecil)
  • sedikit kacang panjang (dihiris kecil)
  • 5 biji cili api (dihiris kecil) - boleh tambah jika tak cukup pedas
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • sedikit bunga kantan (dimayang)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1/2 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan cuka
  • 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 1 biji limau kasturi (diambil jusnya)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara :
Gaulkan semua bahan di atas dgn udang dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.


Monday, March 28, 2011

Jom minum petang!

Jomlah minum petang dengan hidangan kek, nak tak??...seksanya nk potong kek yg teramat lembut nih...sememeh jer lepas potong...hehe. Nanti update lagi yer. Nak mamam dulu...lepas tu baru sambung cerita...sambil2 tu boleh ler teka kek apa ni ekk...hehe


Ayam Kicap Berempah

Menu ayam kicap berempah ni sememangnya dah jd salah satu lauk kegemaran keluarga sejak dulu2 lagi. Kali ni buat berkuah sket. Biasanya  pekat. Tapi dr segi rasa, maintain sedapp!! Jom makan! :)

Alamak!...DJ baru teringat...ayam ni terlupa nk letak kerisik. Kalau tak, lagilah bertambah2 sedapnya....huhu. Tapi kerisek homemade yer. ..taknak yg beli instant tuu..takmo takmo..heheh....

Apa-apa pun, mari kita semak resepinya yer....


Ayam Kicap Berempah 

bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam 
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk
  • 1 sudu makan cili giling
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit kerisik - jika suka
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

Cara-cara :

  1. Perapkan ayam bersama 1/3 daripada bahan kisar, lada hitam, kicap pekat, kicap manis dan sos tiram. 
  2. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar selebihnya hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam dan kacau. Biarkan ia kering sebentar. Selepas itu, barulah ditambahkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih. 
  4. Masukkan kerisik, daun sup, garam, gula dan air asam jawa. Setelah masak, tutupkan api. Biarkan ia merenih sebentar.
  5. Hidangkan bersama nasi panas. Sedaappp!
Resepi versi lain pun ada Di Sini.

Sunday, March 27, 2011

Tauhu Goreng Sos Cili

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Kembali bersiaran....rindu plak rasanya nk tulis entri. Semalam tak sempat nk update apa2. Hari ni Alhamdulillah...dapat update 1 entri pun jadilah kan meskipun ada lagi yg sedang berbaris di belakang sana...hehe. Kadang2 tu bila dah upload gambar, idea plak tetiba jadi 'blank'. Last2...save jelah dulu...hehe.

Oklah, tak nak ckp memanjang...jom layan dulu tauhu goreng nih. Sedap dicecah dgn sos cilinya itu. Kalau ada sotong kering tumbuk atau dlm bahasa Sarawaknya "suntung tutok", mmg pergghhh...sedaappp! Sgt sesuailah dimakan dgn sos cili nih...aduhh! kecur liur!!...


Resepi Tauhu Goreng Sos Cili


bahan-bahan : Tauhu Goreng
  • Tauhu secukupnya (dipotong dua)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/4 cawan air atau secukupnya
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu besar marjerin
  • sedikit garam dan lada sulah
Cara-cara :
  1. Bersihkan tauhu.
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam.
  3. Satukan kesemua bahan di atas kecuali tauhu dan kacau/kisar hingga sebati.
  4. Setelah minyak cukup panas, celupkan tauhu ke dalam batter tadi dan gorenglah hingga keemasan.
  5. Setelah masak, angkat dan toskan. Potong lagi kecil-kecil jika suka.
bahan Sos :
  • 1-2 sudu makan cili giling/cili kisar
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 4 ulas bawang putih
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu kecil cuka
  • sedikit garam
  • kacang tanah kisar secukupnya
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan kecuali kacang tanah hingga lumat.
  2. Kemudian didihkan sebentar dan kacau sebati.
  3. Angkat dan taburkan dengan kacang tanah kisar.
  4. Hidangkan bersama tauhu tadi. 
** sesuai dihidangkan bila-bila masa sahaja.


Friday, March 25, 2011

Ikan Kembong Chuan-Chuan

Siang tadi buat siakap. Malam ni buat ikan taucu. Kes dah lama x makan taucu ler ni...hehe. Memang amat2 menyelerakan!...Alhamdulillah...tertunai juga hasrat di hati....


Ikan Kembong Chuan-Chuan

bahan-bahan : 2-3 orang makan

  • 3 ekor ikan kembong  (digoreng hingga masak)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • sedikit halia (dihiris)
  • 2 sudu makan kicap manis atau 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu besar taucu
  • sedikit cili padi (diketuk)
  • hirisan cili merah dan cili hijau
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • sedikit daun sup
  • sedikit gula jika perlu
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan hiris hingga wangi.
  2. Masukkan taucu, kicap, bahan-bahan cili, gula dan daun sup. Masukkan sedikit air. Kacau sebati. 
  3. Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul-gaulkan hingga rata. Akhir sekali masukkan tomato. 
  4. Hidangkan setelah masak. 

Siakap Sos Masam Manis


Ada siapa2 nak temankan DJ meratah ikan dlm sos ni???...Sedap bangat sampai tak hingat dunia...hehe. Saiz ikan ni agak besar dan harganya rm6 jer. Puas hati sb biasa beli rm8.99 kat pasaraya sekian2...tapi tak kesahlah kan, DJ tak berkira sgt psl jarak harga ni. Yang penting, kalau rasa nk masak, DJ beli jer mana2 tempat. Janji dpt makan. Lagipun lebih jimat berbanding beli tapau atau makan kat restoran seafood..mau ratusan gaklah habis...haha.

Nasi Goreng Ringkas


Nasi Goreng Kampung yg amat ringkas dan sangat sedapp!...dah lama tak goreng nasik stail gini sejak hubby mengamalkan diet. Hari ni teringin pulak rasanya nak makan. Sekali sekala kan.... hehe.

bahan-bahannya simple jer.

Nasi Goreng Ringkas
  • nasi sejuk
  • sedikit kacang buncis/kacang panjang (dihiris) atau sayuran lain
  • 1 biji telur
bahan-bahan ditumbuk sekali :
  • ikan bilis 
  • kunyit hidup
  • cili api 
  • garam 
  • 1 ulas bawang putih
Cara-cara : Panaskan minyak. Tumis semua bahan tumbuk hingga garing. Masukkan telur dan kacang buncis/kacang panjang. kacau sebati. Kemudian masukkan nasi dan kacau lagi. Dah siap bolehlah dihidangkan.

Thursday, March 24, 2011

Rendang Udang Goreng

Dah namanya hantu udang kan, manalah boleh kata tak boleh makan....marah dayangjack nanti....heheh. Tapi kan msh terbayang-bayang lagi udang galah. Puas sudah aku mencari di merata tempat tp msh tak bertemu...uhuk. Siap pesan kat hubby lagi kalau ada urusan kat Melaka lagi kali ni, tolonglah singgah mana-mana carikan saya si udang galah kepala kiut iteww...merayu sungguh nampaknya yer...haha

Oklah apa2pun, tak kesahlah kan (kesah gak sebenarnya...hihik), layan jer udang ni. Saiznya bolehlah tahan selain harganya murah. Beli kat kedai biasa...sekilo rm17 tapi kalau kat supermarket, sekilo rm38..hehe. Rasa?? Sedapnya mmg tak boleh nk dijelaskan dengan kata-kata. Yang pasti, DJ dah bertambah2 makan nasik. Berselera sgt makan dgn udang ni. Mau pengsann! (pinjam lagi kata2 CMG)..Memang dah pengsan pun semalam...haha

Sepatutnya nak tayang mlm tadi sb menu ni adalah menu semalam tp virus kastard tu tak abis lagi. So, bg laluan lah dulu kan...hehe. Jom semak resepi ni...

Rendang Udang Goreng 
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan :
  • 12 ekor udang sederhana 
  • sedikit serbuk kunyit
  • tepung goreng serbaguna secukupnya
  • 200 ml santan 
  • 1 helai daun kunyit (diracik)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1-2 sudu makan cili giling (boleh juga guna cili padi)
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula melaka/gula pasir secukupnya
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
cara-cara :
  1. Udang dibersihkan. Kemudian gaul-gaulkan bersama kunyit,  tepung goreng serbaguna dan sedikit air. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Gorenglah udang sehingga keemasan. Angkat dan toskan. 
  2. Kemudian tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili giling dan tumis lagi sampai pecah minyak. 
  3. Masukkan santan dan bahan-bahan selebihnya. Kacau sebati. 
  4. Apabila kuahnya kelihatan hampir kering, bolehlah ditutupkan api.
  5. Kemudian tuangkan kuahnya ke atas udang goreng tadi. Boleh juga digaul-gaulkan bersama. 
  6. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak atau apa-apa sahaja jenis nasi. Sangat sedap!

Wednesday, March 23, 2011

Custard TeaCake....versi derhaka..wink wink

Hmm....tinggal 2 potong jer ni. Ingatkan mls nak shoot dah tp rugi kalau tak join member2 lain yg dh buat kek mabeles ni kan. Actually, DJ dh pun buat malam tadinya...lepas bakar tu tak sabarlah nak tunggu sejuk. Yalah kan, CMG kata kek ni antara yg paaaling sedap, then Sue plak kata memang sedap, apalagi, aku pun nak rasalah kesedapan kek ni...mula2 potong sket jer, pas tu rasa sket, pas tu potong lagi..makan lagi...last2 tinggal 1/2...ah sudah!...mmg tak boleh diet ler pas nih....huhu. 

Overall, puas hatilah buat kek kastard nih. Derhaka sket jer. Resepinya tak diubah atau diedit langsung. DJ cuma tambah perisa coklat dan perisa pandan jer utk dua lapisan tu. Saja nk tunjuk kastardnya ituu..wlpn mcm x nampak jek..ekeke. Apa2pun, mmg best! Trm ksh kpd empunya resepi, Kak Ida. Kpd Mat dan Sue juga, trm ksh krn sudi rekemen resepi nih. Sesiapa yg belom buat lagi, silalah cuba yer. Kak Nor (aik dah buat eh..hehe), Ita, lina_pg, kak Rosaliza, Izah, dll bila lagi???... :P :D

Seperti biasa, Sue, mem nak kopipes resepi tok dari dapur kitak. makasih byk2 oo...nanglah nyaman koh...habislah diet kita tok eh...hihik.

Custard TeaCake
Source: Kak Ida & Che Mat Gebu & HaSue@sue-hasue.blogspot.com

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega -hasue guna marjerin (DJ guna mentega)
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)-hasue guna 1/2 cawan tepung gandum+1 sudu kecil b.powder (DJ tak ubah)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-) (hasue buat 2 adunan filling nih utk sebiji kek.. :D) (DJ tak ubah)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla


bahan-bahan yang DJ tambah :
  • 1 sudu besar serbuk koko + 1 sudu besar air panas (dibancuhkan)
  • 1 sudu kecil pandan paste + pewarna hijau epal
CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. (DJ bahagi dua adunan: satu bahagian dicampurkan dgn bancuhan koko dan satu lagi perisa pandan)
4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

Tuesday, March 22, 2011

Nasi Ayam Madu Lada Hitam

Hari ni buat nasi ayam. Sebenarnya dah tak tau nak masak apa dah dengan ayam ni. Resepi ayam mmg byk dalam internet, dalam majalah dan buku masakan tapi tak semua resepi dapat memenuhi citarasa keluarga. Betul tak??...hehe. Entah tetiba teringatkan nasi ayam. Dah lama sgt tak masak. Lagipun nasi ayam ni sedap. Masak je lah kan....mmg menyelerakan!

Yang menjadikan nasi ayam ni sedap ialah ayamnya. Manis, masin, pedas dan masam..semuanya ada. Memang tak cukuplah  kalau makan seketul dua. Resepinya lebih kurang sama jer dengan resepi ayam madu lada hitam sebelum2 ni. Tapi oleh kerana terlebih rajin, DJ tuliskan resepinya supaya mudah nak rujuk pd ms akan dtg. Resepi ni mmg best utk dimakan bersama nasi ayam atau nasi putih. Kalau nak ratah atau cecah dengan sos cili pun sedap gak. 


Resepi Ayam Madu Lada Hitam 

bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam (dipotong empat)
  • 1 sudu makan lada hitam atau secukupnya (ditumbuk)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • madu secukupnya
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu makan sos plum (boleh juga guna sos tomato)
  • 1-2 sudu besar kicap pekat
  • garam secukup rasa
Cara-cara : Rebuskan ayam bersama garam dan air secukupnya hingga 1/2 masak. Kemudian toskan. Air rebusan jangan dibuang (boleh buat sup dan masak nasi). Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit. Kemudian digoreng hingga masak. Boleh juga dipanggang mengikut citarasa.

Untuk resepi nasi ayam bolehlah google di DapurKu SaYang jika berminat. Terima kasih atas kunjungan anda semua.

Ayam Kicap Pekat


Menu ayam ni dah lama berlalu yer. Sekadar nak share resepinya kat sini. Amat senang nak masak ayam kicap pekat ni. Sedap pulak tu. Inilah salah satu versi ayam kicap kegemaran anak2. 

Jom semak resepinya....

Ayam Kicap Pekat

bahan-bahan :
  • 10-12 ketul ayam (yang sudah dipotong kecil)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • sedikit cili giling/cili kisar
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato/sos plum
  • 1 sudu makan sos tiram
  • hirisan daun sup
cara-cara :
  1. Goreng ayam seperti biasa sehingga 1/2 masak. 
  2. Tumis bahan-bahan kisar dan cili giling/cili kisar hingga terbit bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan kicap pekat, sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis serta sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih sebentar.
  4. Kemudian masukkan ayam dan daun sup. Gaul-gaulkan sebati. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
  5. Setelah masak dan kelihatan pekat kuahnya, boleh ditutupkan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih. 



Monday, March 21, 2011

Daging Tumbuk Berempah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Hari ni mmg sibuk sangat2. Maklumlah, dah start sekolah ni kan bertambah2lah sibuk. Tapi dlm kesibukanku ini sempat jugalah menulis sekurang-kurangnya satu entri.

Mcm biasa, anak2 sukakan ayam. Sorang nak ayam goreng, sorang lagi kata nak sup ayam. Last2, buatlah sup ayam letak ubi kentang dan sayur karot,..yang tu lah paling cepat dimasak dan sedap dimakan. Selesai masak ayam, DJ masak lauk daging ni pulak. Actually, daging ni dah direbus beberapa hari lepas. Nak buat apa ntah tak taulah sb tak tau nak masak apa dah. Ingatkan nak buat kicap lada hitam jer, tp dah selalu sgt makan...lagipun gerenti bertambah nasik dibuatnya. Last2 buat stail dinding tapi olahannya mengikut citarasa sendiri. Waduhh! sedap bangat!!...bertambah nasik jugak dibuatnya...huhu. Resepi spontan mmg sedap!!


Di sini DJ tuliskan resepinya utk rujukan bersama yer. Next time boleh buat lagi sebab sedap sangat dan amat2 menepati citarasa. 

Daging Tumbuk Berempah 

bahan-bahan :
  • 400 g daging (direbus bersama garam sehingga empuk)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1-2 sudu makan cili giling Cap Puteri
  • 1/3 cawan susu cair
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • kicap manis secukupnya
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • sedikit garam dan gula
  • 1 batang kulit kayu manis
bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Daging yang sudah direbus hendaklah dihiris nipis dan ditumbuk-tumbuk sedikit. Kemudian perapkan sebentar bersama kicap pekat, kicap manis, jintan manis, serbuk ketumbar, garam dan gula. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar bersama kulit kayu manis hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan sos tomato. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, susu cair dan daun pandan. Kacau sebati. Masak dengan api perlahan.
  4. Setelah kuahnya pekat atau daging sudah lembut, bolehlah ditutupkan api. Boleh juga dimasak berkuah jika suka.
  5. Hidangkan.


Sunday, March 20, 2011

Siakap Bakar Berempah Harum

Memang mengasyikkan makan siakap berempah nih... Nasib baiklah tak bertambah nasik. Kalau tidak, habislah....hehe. Ikan siakap ni bukan shj sedap dikukus, tapi kalau dibakar pun sedap tau. Resepi ikut stok dan ikut selera. Alhamdulillah....mmg puas hati...

Minta maaflah yer jika gambar terlampau terang. Lepas shoot tak ada adjust2, terus masuk frame dan upload. 


Siakap Bakar Berempah Harum

bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  4. Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka. Memang berbaloi...

Udang Mentega Berempah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Semalam tak sempat nak online lama2. Macam biasalah kan...urusan keluarga lebih penting dan sentiasa diutamakan. Bukan nak kata blogging tak penting, penting jugak. Tapi penting lagi famili...hihik. Apalah aku ni. asyik ulang benda yg sama jek...dah tak ada idea la tuu...buat temulawak plak dah...eheh...

Cerita puding tak abih lagi tu...ramai gak yg mintak resepi puding roti yang semalam tu. Untuk makluman, resepi dah update yer. Sila2lah cuba jika sudi. Lebih kurang sama dengan resepi kak Rosaliza tp sudah diadaptasikan ke dalam versi sendiri mengikut citarasa anak-anak...bkn mama dia org yer...hehe. To kak Rosaliza, thanks yer sb sudi bagi idea. Nak tengok resepi asal kak liza, boleh KLIK DI SINI. Tak lupa juga buat HaSue krn sudi bagi idea serta tip buat gula hangus. Sila KLIK DI SINI. Haa..sesiapa yg tak pernah lg buat gula hangus aka karamel, sila2lah rujuk kat sana yer. semoga dapat membantu.

Terima kasih juga kpd yg sudi tinggalkan komen meskipun tuan rumah senyap seketika...tq2...sayang u all!

Hari ni masak ikan siakap tp lom buat lagi...ahaks...jadi, sila layan dululah udang mentega berempah ni. Menu malam tadi. Memang sedap tau. Sekali sekala makan udg tak apalah kan...tp DJ ni sememangnya penggemar udg esp udg galah. Tapi kan mana nk cekau udg jenis tu kat area KL ni??...ssh nk dpt woo...rindu serindu2nyaa....

Last2 dapat udg saiz 'S' jer. Cukuplah utk dijadikan santapan malam tadi. Ok jom layan resepinya. Sedaaaapp!

Udang Mentega Berempah

bahan-bahan :
  • 200-300 g udang (dibersihkan dan digoreng sehingga masak)
  • 1 biji telur
  • 5 biji cili padi (dihiris)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 50 g butter
  • 1 sk serbuk kari ikan
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 inci halia (dicincang)
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega. Tumis bawang putih, halia, daun kari dan cili padi hingga wangi. Kemudian masukkan serbuk kari. Tumis lagi hingga garing. 
  2. Masukkan susu cair, garam dan gula secukup rasa. 
  3. Pecahkan telur ke dalamnya dan kacau rata-rata. Kemudian, masukkan udang. Gaul-gaulkan sebati.
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih. 

Sangat menyelerakan!

Antara hidangan yang dah lepas : Strawberry Cream Pie, Pavlova, Ayam Kicap Pekat dan Kuih Lopes. Entri akan menyusul kemudian.


Saturday, March 19, 2011

Puding Roti Berkaramel - updated

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hehe..pagi2 dah tayang puding....menu bekfes DJ sekeluarga simple jer ari ni. Buat roti bakar jer. Tengahari nanti tak pasti lagi nak masak apa. Tp dah terbayang2 ikan siakap....heheh.

Dah lama puding roti ni masuk list...tp baru dpt buat malam tadi. Resepi hasil skodeng dari rumah HaSue dan resepi asalnya adalah kepunyaan kak Rosaliza. Namun, DJ dah olah mengikut citarasa anak2. Sejak dua menjak ni mmg suka sgt memuding letak karamel. Lepas puding roti, puding apa lak yer lps nih...mungkin puding mangga kot...hihi.

Apa2pun...layan dulu gambar2 tak seberapa ni yer. nanti update resepinya. Tuan rumah agak kebizian sket pagi ni. 

Terima kasih krn sudi meninggalkan jejak di sini.

Update :

Resepi Puding Roti Berkaramel

bahan-bahan :

Karamel :
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara-cara : Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.

Puding :
  • 3 keping roti sandwic (disiat-siat)
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)
Cara-cara : Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan. Tuangkan ke dalam karamel tadi. Sediakan loyang/bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang/malam anda. 

Wednesday, March 16, 2011

Kek Gulung Kasih...dan sedikit tip


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Semalam buat lagi kek gulung ni. Barulah dpt merasa 2-3 potong. Memang lembut dan gebus jer. Actually, tak dan nak tunggu sejuk btl2 sb dah ada yg tak sabar nak makan...nasib baiklah sempat posing jap...hehe. Masih menggunakan bahan yang sama dan sukatan yg sama. Setakat ni dah ada yg sudi cuba resepi ni. Kalau tengok kat dapur k.Madiha, Izah dan k.Zana...semuanya mengancam dan cantik2 jer gulungannya. Oleh krn DJ msh menggunakan bekas yg biasa tu, kejadiannya tetap begini...gulungan cam tak cukup jer...kek pun  jadi tebal sket...tp xpelah, asalkan dpt digulung, udah ler...hehe.


O ya lupa lak nk kasi tau...kali ni DJ guna filling stoberi utk menggulung kek ni (tersilap ckp ari tu kat kak Madiha...hehe). Filling ni taklah manis sgt pun. rasa masam2 manis gitu. Sesuailah dengan citarasa. Kalau guna krim aising pun sedap juga. Tapi kalau nak guna jem yg manis2 tu, boleh dikurangkan sukatan gulanya mengikut citarasa sendirilah kan. 

Apa-apapun, terima kasih byk2 diucapkan kpd yg telah sudi mencuba resepi ni. Daripada yg tak biasa menggulung kek pun dah pandai dah skrg. Tahniah buat izah. Practice makes perfect!

Resepinya boleh KLIK DI SINI.

proses membakar dan menggulung kek. Cara nak gulung kek ni senang jer. Kalau nak tau tip kak Madiha, apa kata jenguk sekejap ke dapurnya yer. InsyaAllah, satu masa nanti DJ akan tayang 'the making' dlm bentuk video plak yer...moga-moga sampai hajat di hati...hehe

Update :Tip menggulung kek berdasarkan pengalaman DJ
  • Kek jangan terlalu tebal. Jika terlalu tebal, nanti susah hendak menggulungnya dan berkemungkinan kek akan pecah. Sebaik-baiknya biarlah setebal 1 1/2 cm atau 2 cm shj.
  • Gulung dengan perlahan. Jangan tergesa-gesa. Nanti jadi tak kemas.
  • Gulung menggunakan baking paper atau tuala bersih. Jangan sekali-kali menggunakan tangan. Nanti kulit kek akan melekat di tangan atau kulit kek mengecut.
  • Jangan bakar kek terlalu lama. Suhu bergantung kpd kepanasan oven masing-masing. Jika kek terlalu garing dan kering, berkemungkinan kulitnya mengelupas dan pecah-pecah.
  • Pastikan kulit kek masak keperangan. Jika tidak, kulitnya pun akan mudah tertanggal atau melekat pada kertas baking. 
  • Kek gulung sepatutnya lembut, gebu dan mudah digulung.
  • Kek boleh digulung samada masih panas mahupun sejuk. Terpulang pada citarasa. Jangan terlampau lama dibiarkan sejuk. Nanti kek akan jadi kering dan susah pula nak menggulungnya.
  • Untuk sapuan/filling. Boleh gunakan krim aising/buttercream atau jem. Sekiranya menggunakan jem, sila cairkan dulu jem tersebut supaya mudah untuk meratakannya pada kek.
  • Jem boleh disapu ketika kek masih panas. Tetapi jika menggunakan buttercream, sila tunggu kek sejuk terlebih dahulu.

Tuesday, March 15, 2011

Ayam Madu Sticky


Petang tadi sempat masak ayam madu sticky ni. Tapi DJ adjust sket mengikut citarasa. Buat sedikit berkuah sb anak-anak suka kuah madu yg sticky tu...mmg sampai menjilat jari....best2!...trm ksh kpd hana yg  sudi share resepi sedap ni. Akak kopipes resepinya dari rumah Izah. TQ izah. Sebenarnya lbh kurang sama jer dgn ayam madu yg biasa DJ bakar tu. Bdk2 mmg suka. 

Jom semak resepinya...

RESEPI AYAM MADU STICKY


Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2 inci halia muda - parut
  • 5 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2
  • 1 sudu besar sos cili dan sos tomato (DJ letak sos cili dan sos plum)
  • 3-4 sudu besar madu
  • 1/2 sk lada hitam (DJ tumbuk kasar)
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
  • sedikit hirisan daun sup (DJ tambah)
Cara-cara
  1. Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min. (DJ tak perap bersama madu)
  2. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak (DJ guna minyak masak dan minyak bijan). Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar. Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit. (DJ masukkan madu dan daun sup ketika ayam 1/2 masak)
  3. Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
  4. Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.

Bendi Sambal Telur


Dah lama tak masak kacang bendi. Sebelum hubby oustation ari tu, dia dah siap2 belikan selonggok utk DJ masak kari kepala ikan. Seikat tu banyak woo. Mcm2 boleh buat dengan bendi nih. Kalau malas nk tumis2, DJ celur jer bendi tu, pastu buat sambal bodo sket, pastu cecah dan makan...pun sedap.

Hari ni rajin sket jek...buat tumis campur telur. Sedap sangat2! Siap ratah lagi...nak lepas rindu katakan...hehe


Bendi Sambal Telur


bahan-bahan : tiada sukatan

  • bendi secukupnya (dicuci bersih dengan air bergaram dan dipotong menyerong)
  • bawang merah (dikisar/ditumbuk lumat)
  • sedikit belacan bakar (ditumbuk)
  • sedikit ikan bilis halus (ditumbuk kasar)
  • sedikit cili giling (DJ guna cap Puteri)
  • telur (sebiji pun cukup)
  • kicap manis
  • sos tiram - optional
  • garam jika perlu
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan tumbuk dan cili giling hingga garing dan wangi.
  2. Masukkan kicap, sos tiram dan garam jika perlu. Kemudian, pecahkan telur. Kacau rata-rata.
  3. Akhir sekali masukkan bendi. Gaul-gaulkan hingga masak.
  4. Angkat dan hidangkan.

Monday, March 14, 2011

Kek Gulung Kasih


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Semalam sempat gak bakar kek roll ni buat minum petang. Anak-anak dah lama request. Buat satu roll jer. Menyesal tak buat lebih sb DJ hanya sempat merasa sepotong jer. Selebihnya.....sila jawab sendiri...hehe. Dah agak lama tak buat kek ni..padahal taklah susah sgt pun nk prepare. Hmmm...hari ni sementara tunggu hubby balik dari Ipoh, mungkin nak buat lagi ler kot...tp tengok mood gaklah...kdg2 apa yg dirancang tak semuanya menjadi kan...hehe

Ni ikhlas nak bagi tau...kek ni sgt lembut dan gebu. Lagi satu, sedaaaappp!...rasa manisnya pun taklah melampau sgt dan taklah menyakitkan gusi...ekeke. Pada mulanya DJ nak letak krim aising jek...tp memikirkan yg sorang tu tak berapa gemar kek yg ada aising, jd DJ bubuh jem stoberi + rapsberi jer...pun sangat sedaaap!

Kek ni taklah besar sgt saiznya. In fact, DJ guna bekas yang berukuran 17 cm x 24 cm jer. Malas nak keluarkan loyang swiss roll yg msh terperap dlm kotak(sejak pindah rumah ari tu) lagi. Lagipun loyang tu tersangatlah besarnya. Kalau nak pakai, kenalah gandakan adunan kek ni...

So, mcm tulah ceritanya...sesiapa berminat, sila2lah mencuba resepi ni yer. Memang tak rugi pun....

Kek Gulung Kasih

bahan-bahan :
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau. 
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. 
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. 
  9. Gulung kek dengan kemas. 
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan. 


Sunday, March 13, 2011

Nasik Lemak Sambal Sotong


Assalamualaikum dan selamat berhari minggu....

Malam tadi sebelum tidur, si Danial dah ingatkan mamanya supaya buat nasik lemak utk hari ni. Jadi, DJ buatlah seperti yg diminta. Bukan susah pun nk buat nasik lemak ni. Tapi yg paling penting, sedap. Lagipun dah lama gak tak buat sendiri. Selalunya main beli jer....hehe.

Entah kenapa terlebih rajin, DJ buatkan sekali sambal sotong. Guna sambal nasik lemak. Cuma tak bubuh ikan bilis jerlah. Sedap dan menyelerakan! Eh, tetiba teringat nak buat rendang sotong...ada ker orang buat??...hehe...nanti nak try cam mana...apa salahnya mencuba kan...

Walaupun buat sambal sotong, sambal nasik lemak wajib ada...sebabnya anak2 tak makan sotong..hehe. Resepi sambal nasik lemak ni adalah sambal yg dah biasa DJ buat. Anak2 DJ mmg suka makan sambal ni...nasik lemak pun pandai gak menambah. Tapi kalau beli yg dah siap, sebungkus pun susah nak habis. Yang sorang tu dh pandai memboikot taknak makan langsung nasik lemak yg instant...katanya sambal tak sedap...beli yg terbaekk pun katanya tak sedap gak...entahlah bg DJ ok jer..hehe

Kalau nak tengok resepi nasi lemak dan sambal nasi lemak DJ, google jer kat DapurKu SaYang k. Terima kasih sudi singgah. Selamat bercuti dan selamat beriadah!

Saturday, March 12, 2011

Kari Kepala Ikan (Tanpa Santan), Ayam Goreng ala KFC dan.....


Dah agak lama tak buat kari ikan. Tetiba rasa nk buat ari ni. Sayang hubby tak balik lagi. Kalau tak, gerenti bertambah sedap lauk ni..hehe. Kali ni guna kepala ikan jenahak. Tapi taklah besar sgt pun. Bolehlah utk makan tiga beranak. Selain tu, ada ayam goreng sket. Buat lagi atas permintaan anak2 kesayangan.

Resepi kari kepala ikan ni DJ ikut citarasa sendiri. Memang kenalah dengan selera anak tekak. Alhamdulillah...habis juga seperiuk. 

Resepi Kari Kepala Ikan (Tanpa Santan)
bahan-bahan :
  • Kepala ikan jenahak atau ikan merah (dibersihkan)
  • kacang bendi
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit halba campur
  • tomato (dibelah 4)
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan Adabi (dibancuhkan dengan sedikit air)
  • garam dan sedikit gula
  • air asam jawa
Cara-cara :
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
  2. Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan dan kacang bendi. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato.
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan. 

Ayam ni senang jer nak buat. Guna tepung KFC jer. Memang best! Anak-anak mmg selalu request. Oleh kerana tak ada wings, maka, DJ pun tak layan sgt...hehe. 

Ayam Goreng ala KFC

bahan-bahan :
  • Ayam 
  • Tepung KFC secukupnya
  • air sejuk
  • telur - optional
Cara-cara : Gaul-gaulkan sebati semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit. Kemudian panaskan minyak untuk goreng terendam. Semasa hendak menggoreng, salut atau golek-golekkan lagi ayam dengan tepung KFC dan gorenglah hingga masak keperangan.


Percubaan kali ketiga...Two-tone Cake...buat sikit jer malam tadi...setakat utk minum petang oklah kan. Dah tak ada kerja, boring sungguh. Apa-apa pun layan gak kek yg sedap ni. Cara nak mengadun pun senang. Tak perlu pakai mixer. Nak buat lagi nanti sampai puas hati, barulah tepek resepinya di sini yer.