Friday, July 31, 2009

Easy Evergreen Steamed Cake

Satu lagi n3 yg sempat ditayang kat sini. Nyaris2 kena ngap. Pas tu baru teringat nak snap pic. Sebab tu lah nampak tak terurus je, kan?...hehe. Kek ni amat mudah dari segi penyediaannya. Ala2 sponge gitu tapi rasanya ada sedikit chewy. Sesuai utk hidangan minum petang atau dimakan bila2 masa shj.

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 3 biji telur gred AA (atau 4 biji telur A)
  • 2 sk pandan emulco
  • 3/4 cawan gula halus
Cara-cara :
  1. Lengserkan loyang dgn mentega dan taburkan sedikit tepung (elok lapik dgn kertas minyak supaya kek mudah dikeluarkan).
  2. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana.
  3. Pukul telur sebiji dgn kelajuan sederhana. Kemudian masukkan sebiji lagi dan pukul lagi. Ulangi sehingga habis. Kemudian pukul dgn 'high speed' sehingga kembang.
  4. Tuangkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga betul2 kembang dan putih.
  5. Masukkan pandan emulco dan pukul lagi sehingga sebati.
  6. Ayakkan tepung sedikit demi sedikit ke dlm adunan dan kacau dgn cara kaupbalik.
  7. Tuangkan adunan ke dlm loyang dan tutup dgn kertas foil.
  8. Kukus selama 45-50 minit atau sehingga masak.

Puding Coklat Bakar

Dessert sbg pelengkap makan tengahari tadi. Buat malam tadi. Lepas tu mengurungkan diri dalam peti ais sementara menunggu di'ngap' oleh anak2. Nasib baik sempat ambik gambar. Itupun dah ada yang menunggu depan mata...hehe.

Puding ni tak guna krim, agar2, kastard dsb. Resepinya sgt ringkas. Dayang suka buat puding ni sb kena dgn taste.

Bahan-bahan :
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan koko
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan serbuk minuman coklat
  • 1/3 cawan gula halus
Cara-cara : Kisar semua bahan di atas hingga sebati. Tuangkan ke dalam bekas yg bersesuaian. Bakar selama 30-40 minit dgn suhu 180C.

Lala Bercili

Lala ni baru je lepas masak. Tengah tunggu si Princess tu balik dr sekolah. Sempatlah posing jap. Dah dua hari die asyik request lala ni. Nasib baiklah si daddynya bermurah hati nak belikan walaupun dapat saiz kecik je.

Kalau masak bercili macam ni memang menyelerakan walaupun sedikit pedas. Ni kira makan malam utk kami sekeluarga. Nak join?...hehe


Bahan-bahan :
  • 200 gm lala (dibersihkan)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 biji cili padi (diketuk)
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit daun sup/daun bawang (dihiris)
  • 2 helai daun limau purut
  • garam/gula jika perlu

Mee Ladna


Kalau anak2 dan hubby makan mi goreng, mamanya pulak makan mi ladna. Dari semalam lg teringin nak buat tp tak terbuat. Malas takleh nak cakap dah....Alhamdulillah, pagi tadi tertunai gak hajat di hati....

Inilah resepinya dlm versi sendiri...nak cuba, boleh aje sih!....

Bahan-bahan :
  • 200 gm mi kuning
  • sedikit udang
  • sedikit sotong
  • sedikit fishcake
  • sedikit isi ayam
  • sedikit tauhu
  • bahan-bahan hirisan : sawi, kobis, daun bawang, cili merah dsbnya
Untuk kuah :
  • 5 biji bawang merah(dikisar)
  • 3 ulas bawang putih(dikisar)
  • 3-4 biji cili padi (diketuk)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit lada sulah
  • 1 1/2 cawan air
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali/periuk. Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan udang, tauhu, sotong, isi ayam dan air. Biarkan mendidih seketika.
  2. Masukkan sos tiram, lada sulah, kicap masin, kicap manis, telur dan cili padi (tak cukup masin, boleh tambah kicap atau sedikit garam).
  3. Masukkan mi, kobis dan sawi. Biarkan masak lbh kurang 1 minit. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuahnya. Kacau sebati.
  4. Setelah masak, hiaskan dgn cili merah dan daun bawang.

Mee Goreng II

Salam....pagi tadi buat mi goreng sikit utk anak2 dan hubby. Maklumlah, dah lama gak tak masak mi ni. Nasib baik stoknya ada lagi. Resepinya ikut bahan2 seadanya. Yang penting, rasanya sedap, kurang pedas dan mengenyangkan.

Thursday, July 30, 2009

Honey Prawns II

Sejak resepi HP diperkenalkan di seluruh dunia, ramai gak yang sudi mencubanya dan dapat feedback yang positive. Alhamdulillah. Terima kasih banyak2 kepada yang telah mencuba resepi ini dan sanggup menghantar report ke MYR...i'm speechless. Thank you so much.....

Oleh kerana dah lama memendam rasa sejak bbrp minggu ni, maka dyg sekali lagi masak HP utk hari ini. Hasrat utk berhenti makan udang buat sementara waktu terpaksa dilupakan sebab dah tak tahan dgn segala godaan. Dah namanya peminat udang, mana boleh tahan...betul x?..heheh

Hari ni posinglah puas2 yer cik udang... Top model katakan....

O ya, resepi HP ni ada beza sedikit dgn resepi HP sebelum ni. Cuma ada penambahan dari segi bahan dan juga teknik memasaknya. Of course la rasanya tetap sedap kalau ikut selera tekak ni lah...hehe.


Bahan-bahan :
  • 400 gm udang basah (digoreng sehingga masak)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 sk rempah 5
  • 2 sudu makan sos cili
  • 3 biji cili padi (diketuk)
  • 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 1 sdt sos tiram
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • lain-lain bahan hirisan jika suka : cili merah, daun bawang, kapsikum
Cara-cara :
  1. Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan rempah 5 hingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili, kicap pekat, sos tiram dan cili padi. Kacau lagi. Boleh tambah air sedikit.
  3. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Kemudian masukkan madu, jus lemon dan daun ketumbar. Kacau hingga kuahnya pekat. Akhir sekali masukkan bahan2 hirisan yang lain.
  4. Hidangkan setelah masak.
***untuk tidak menjejaskan mutu rasanya, udang hendaklah digoreng(samada separuh masak atau goreng hingga masak/garing) atau direbus sedikit(jika xnk goreng) sebelum dimasak dgn kuahnya. Selamat mencuba!

Sayur Campur Masak Lemak Putih

Walaupun namanya agak panjang tapi masakan sayur ni amat ringkas dan sedap ....buat santapan tengahari tadi. Malam ni dah plan tak nak makan nasik tapi nak masak mi dot dot. Itu pun kalau jadi la kan...dot dot tu maksudnya belum tau lagi...heheh.

Apa2pun...yang belum makan lagi ni, mailah singgah dulu....sedap tau masak lemak putih ni....tapi santannya xlah banyak sgt. Guna santan rendah lemak je...jom makan!!

Relax sekejap....



Jom kita rileks jap dgn video clip Rossa.....nak nyanyi sama2 pun boleh... :)

Wednesday, July 29, 2009

Kerabu Sotong

Satu lagi menu menarik tertarik hari ni. Betul2 menggoda dan makan pun bertambah2. Memang takleh nak gambarkan macam mana keenakan kerabu sotong ni. Ini pun dalam versi sendiri tau.

Sebelum ni, selalu gak makan masakan ni kat kedai. Tapi sekarang ni dah xda. Hubby suruh buat sendiri. Lagi jimat kos. Lagipun kita boleh adjust sendiri.


Bahan-bahan :
  • 3 ekor sotong saiz L/XL (direbus sebentar dan kemudian dihiris)
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan jus limau kasturi/limau nipis/lemon
  • gula dan garam secukupnya
  • 1 sudu makan sos cili Thai (kalau xde, boleh ganti dgn sedikit cuka makan)
  • bahan2 hirisan :cili padi, serai, tomato, kacang panjang, bunga kantan, epal, kapsikum, cili merah, daun ketumbar
Cara-cara : Gaulkan kesemua bahan di atas dan sedia dihidangkan bersama nasi panas.

***sotong jgn direbus terlalu lama. cukup sekadar 1 minit shj. tetapi pastikan air dididihkan terlebih dahulu sebelum memasukkan sotong.

Chocolate Ice Blended

Salah satu minuman favorite tetapi buat sekali sekala jer sb dayang tak berapa suka sgt minuman berais. Anyway,...once dah buat, memang sedap dan menyegarkan....selepas ni kena tunggu 2-3 bulan lagi, barulah boleh buat lagi...hehe. Kalau tak pun, buat hot chocolate shj.

Bahan-bahan : untuk satu gelas besar
  • 1 gelas kiub ais
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan air masak
  • 5 sudu makan serbuk minuman coklat (kalau xde, boleh gantikan dgn koko + 2 sudu makan gula pasir)
  • 1-2 sudu makan susu pekat
Cara-cara : kisarkan kesemua bahan di atas dan sedia utk dihidangkan.

Sambal Kentang Ikan Bilis

Menu hari ini. Sambal kentang ni mmg best dan sedap. Sebelum ni dayang ada mencuba resepi Lina_pg. Pun sedap. Boleh tengok resepinya yg dayang dah cuba kat sini yer. Kalau kentang masak apa2 je tetap sedap lebih2 lagi bila dah ada penggemarnya. Sambal kentang yang ni pulak dayang ikut versi sendiri.


Bahan-bahan :
  • 3 biji kentang (digaul bersama sedikit garam dan digoreng)
  • sedikit ikan bilis (digoreng garing)
  • 1 sudu makan udang kering (dikisar)
  • 2 biji bawang merah(dikisar)
  • 1 ulas bawang putih(dikisar)
  • 4 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 /2 sudu makan kicap manis
  • 1 sdt air asam jawa
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara : Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan cili kering hingga naik bau. Masukkan sos cili, kicap manis, garam, gula dan air asam jawa. Kacau hingga kuahnya pekat. Boleh tambah sikit air jika perlu. Apabila kuah sudah kelihatan garing, masukkan kentang dan ikan bilis. Gaulkan dan tutupkan api. Hidangkan.

Daging Lada Hitam

Ini pun menu semalam. Kalau makan daging lada hitam ni...confirm tido malam tak rasa sejuk...dayang ni mmg tak suka sejuk sgt pun. Kalau boleh tido malam nak guna kipas jer tapi hubby lak terasa panas. Terpaksa guna aircon. Itupun dayang estimate 25C jer. kalau bawah dari tu sure xleh tido... terasa duduk dlm peti ais je..huhu. tapi bila dah makan benda2 berempah ni, barulah dapat tido lena walaupun suhu 17C.

hehe...meleret2 pulak...ok, daging masak lada hitam ni mmg best dan menyelerakan...resepinya pun simple shj...cuma daging ni nak kena rebus dulu lah. Selepas itu, barulah dihiris nipis2 sebelum dimasak berkuah.

Bahan-bahan :
  • 300 gm daging (direbus sampai empuk dan dihiris nipis2)
  • 2-3 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • cili benggala secukupnya(dihiris)
  • daun ketumbar/daun sup (dihiris)
  • 1/2 sudu makan jus lemon
  • 4 biji cili padi (diketuk)
  • garam dan gula jika perlu
  • sedikit tepung jagung (dibancuh dgn air)
Cara-cara :
  1. Perapkan daging bersama sos lada hitam dan kicap pekat selama 10 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging dan kicap manis. Kacau sebati.
  3. Masukkan cili padi, jus lemon dan cili benggala. Kacau lagi.
  4. Masukkan daun ketumbar/daun sup. Jika kurang masin atau manis, boleh masukkan gula dan garam. Akhir sekali, masukkanbancuhan tepung jagung dan gaulkan rata2.
  5. Setelah masak, hidangkan panas2.

Kacang Panjang Tumis Bertelur


Menu semalam. Tumis simple2 tapi makan berbaloi2....siap main ratah jer...bila lagi nak rasa kenikmatan makanan yang dimasak sendiri, kan3x...hehe...

Kembung Masak Kuali

Menu yang telah lepas. Ikut resepi Che' Iza myr tu...nak link skrg ni xleh lagi sebab x dpt nak ekses. Apa2pun..thanks che iza. Cuma dayang tak gaul ikan ni dlm kuah. Main siram jer. Sedap gak...

Nasi Goreng Kampung

Salam semua...pasti ramai yang tertanya2 mana pi nya si dayang ni...hehe..ada dah ni...jangan risau...maklumlah sejak dua menjak ni kita dah jd mcm Choc Fudge..jap ada jap xda....busy dengan macam2 hal yang melibatkan keluarga...sebab tu lah terpaksa aku melupakan sebentar(sebentar aje sih) hal2 di kayangan ni...hehe. Harap maaf yer....apa2pun, terimalah n3 yang bakal menyusul sebentar lagi...ni dah ada satu n3 yang x sempat ditayang sebelum ni. Nasib baik dapat posing satu gambar...menu dinner ni kalau x silap 2 hr lepas. Nasi goreng kampung...senang jer nak buatnya...tapi dalam versi sendirilah...kalau terasa malas nak masak lauk...nasik goreng ni lah jadi pilihan dyg selain nasi goreng mentega....

Bahan-bahan :
  • sepinggan penuh nasi sejuk
  • 3 biji cili padi
  • 1 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis
  • 1 sm halia
  • 2 sm kunyit hidup
  • garam
Cara-cara : tumbuk kasar semua bahan kecuali nasi. dan garam sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 tumbuk tadi hingga naik bau. Kemudian masukkan nasi dan garam secukupnya. Kacau hingga masak. Hidangkan bersama ayam goreng dsbnya.

Monday, July 27, 2009

Puding Karamel Keledek

Projek menghabiskan stok keledek merah, jadi, dayang buatlah puding ni seadanya. Sedap sangat. Puding ni boleh dikukus dan juga dibakar. Dayang buat kedua2nya sekali. Yang dikukus tu pulak dyg tak guna gula hangus. Tapi tetap sedap. Maaflah yer, x sempat ambik gambarnya sb dah habis. Tinggal yang ni jer utk hadiah kat princess nanti. :)

Bahan-bahan :
  • 200 gm keledek merah (direbus dan dikisar bersama sedikit air hingga menjadi puri)
  • 125 ml susu segar
  • 200 ml santan rendah lemak
  • 1/4 sdt serbuk kulit kayu manis
  • 1/2 sdt garam
  • 1/2 cawan gula perang lembut (soft brown sugar)
  • 3 biji telur gred C
  • 3 biji kuning telur gred C
  • 1 sdt esen vanilla
  • 3/4 cawan gula pasir
Cara-cara :
  1. Cairkan gula pasir hingga kekuningan dan tuangkan ke dalam loyang yang bersesuaian. Ketepikan.
  2. Didihkan santan, susu, puri keledek, serbuk kulit kayu manis dan garam di dlm periuk. Kacau perlahan. Setelah mendidih, tutupkan api.
  3. Putarkan semua telur dan gula perang (guna kelajuan minima shj) dan masukkan 1/2 dp santan yang tlh mendidih tadi. Putar lagi dgn high speed. Tuangkan ke dlm baki santan dan kacau sebati.Masukkan esen vanilla dan kacau lagi sehingga rata.
  4. Tuangkan ke atas gula tadi.
  5. Bakar selama 45-50 minit dgn suhu 180C secara 'bain marie' (letak loyang ini ke dlm dulang yg berisi air panas)

Spaghetti with Bolognaise Sauce

Salam...pagi td dayang dan anak2 bersarapan spageti dan roti bakar jer. Dari semalam lagi si princess dah request. Nasib baik stok ada. Guna spageti yang halus tu. Memang menyelerakan.


Bahan-bahan untuk sos mengikut versi sendiri :
  • 200 gm daging cincang
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 4 sb puri tomato
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1/2 sb stok ayam
  • 1 biji tomato (dihiris dadu)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • sedikit lada sulah
  • 1/2 sdt serbuk lada hitam
  • sedikit oregano
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 sb mentega
Cara-cara : Cairkan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga terbit bau. Masukkan puri tomato. Kacau sebati. Kemudian masukkan daging cincang dan sedikit air. Biarkan mendidih sebentar. Kemudian masukkan stok ayam, sos tomato dan sos cili. Kacau lagi. Masukkan pula tomato, lada sulah, serbuk lada hitam, oregano, diikuti garam dan sedikit gula. Setelah masak, tutupkan api dan biarkan ia merenih sebentar. Hidangkan bersama spageti yang sudah direbus atau pasta pilihan.




Sunday, July 26, 2009

Nasi Goreng Berempah

Sempat gak tayang n3 malam ni...sebenarnya tak nak masak dah sebab ptg tadi anak2 dah makan makaroni bercheese yang dibeli oleh mak sedara dia org. Jadi dayang pun malas dah masak utk dinner. Lagipun hubby, FIL n SIL xde kat umah. Tapi, tetiba lapar pulak. So, masak je lah utk diri sendiri. Lebihan nasik dlm periuk tu pun msh ada sikit lagi. Apalagi...terus jer ke dapur...masak ringkas ikut selera tekak tapi boleh tahan sedapnya...

Jom makan!...

Inilah resepinya kalau nak cuba.

Bahan-bahan :
  • sepinggan nasi sejuk
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sdt udang kering (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan cili kering kisar
  • 1/2 sdt rempah 5
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1-2 biji cili api (diketuk)
  • garam jika perlu
  • bahan2 lain : telur, karot, kacang buncis dsb
Cara-cara : Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk, rempah 5 dan cili kering hingga naik bau. Masukkan sos tiram dan telur. Kacau sebati. Masukkan nasi, cili api dan kicap manis. Kacau lagi. Akhir sekali masukkan karot, buncis dan garam jika perlu. Setelah masak, bolehlah dihidangkan bersama ayam goreng dan dsbnya.

Ayam Masak Kicap

Menu ayam yang sempat diambik gambarnya semalam.

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng separuh masak)
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1-2 sb kicap pekat
  • 1 sb kicap manis
  • 1 sdt serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 sdt stok ayam
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1-2 biji cili padi (diketuk) - optional
  • sedikit daun sup/daun ketumbar
Cara-cara :
  1. Tumbuk atau kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar/tumbuk dan cili kering hingga wangi.
  2. Masukkan kicap pekat dan kicap manis. Masukkan sedikit air. Biarkan mendidih sebentar.
  3. Masukkan stok ayam, lada hitam, dan cili padi. Kacau sebati.
  4. Masukkan ayam dan cili merah. Kacau lagi. Kemudian masukkan bawang besar, daun sup/daun ketumbar dan perasakan dgn garam dan gula(jika perlu).

Daging Hitam Manis

Salam rindu....terima kasih atas kunjungan anda semua. Mintak maaf sekali lagi sebab dah bbrp hari dayang tak sempat nak update apa2 kat sini. Secara ringkasnya, dayang tgh busy dgn kehadiran bapa mertua yang dah 3 hari ada di rumah dayang. sepanjang minggu ni. Petang tadi, ada emergency...hubby, bapa mertua, mak long(mak sedara hubby) dan adik ipar dayang telah bertolak ke Trengganu utk melawat mak Su hubby yang sedang sakit tenat. Dayang nak ikut tapi anak pulak ada exam esoknya. Lagipun, kereta pulak tak muat. Nak carik MPV, x sempat dah. Apa yang mampu dayang lakukan pd saat ni adalah berdoa semoga Mak Su cepat sembuh dari penyakit yang dideritainya selama ini....Amin.

Oklah, ini adalah menu 2 hari lepas. Baru sempat nak tayang. Nak memasaknya memanglah memenatkan, tapi bila dah makan sampai habis, barulah rasa berbaloi sebab bagi dayang, masakan daging hitam manis ni memang sedap dan puas hatilah. Resepinya dayang akan update kemudian yer. Resepi2 yang lepas tu pun tak sempat2 lagi nk taip. Harap bersabar yer puan2/cik2 sekalian... :)

Thursday, July 23, 2009

Donut

Untuk minum petang, dayang buatkan donut sedikit. Yang kat atas tu khas utk anak2. Yang pic bawah ni lak utk diri sendiri. Resepi mengikut stok yang ada.


Bahan-bahan : doh utk 6-10 biji mengikut saiz cutter
  • 1 1/3 cawan tepung gandum (diayak)
  • 2 sk yis segera + 62 ml susu segar suam (disatukan dan dibiarkan 10 minit)
  • 1/2 sb marjerin
  • 1/2 sb shortening
  • 1 biji telur C
  • 1 1/2 sb gula pasir
  • 1/2 sdt garam
  • gula halus/topping kesukaan
  • minyak utk menggoreng
Cara-cara :
  1. Satukan marjerin, shortening, telur, garam dan gula di dlm bekas yang agak besar dan pukul dgn menggunakan whisk shj. Kemudian masukkan susu segar yang sudah disatukan dgn yis tadi. Kacau sebati.
  2. Masukkan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Tutupkan doh dgn kain lembab dan rehatkan selama 1 jam.
  4. Canaikan doh dan terapkan dgn menggunakan dough cutter.
  5. Biarkan doh naik selama 1/2 jam sebelum digoreng.
  6. Setelah masak, salutkan dgn gula halus atau hiaskan dgn topping kesukaan.

Tenggiri Sos Berempah

Menu ikan lagi. Kali ini masak ikan tenggiri. Oleh kerana anak2 tak suka ikan tenggiri, maka xdelah berebut2 nak makan. Itupun masak 4 ketul je. Sedap pulak masak sos berempah (mana pulak datangnya idea ni...). Rasa ala2 ikan sardin yang dlm tin tu...tapi yang ni dyg buat pedas sikit.

Kembung Goreng

Kembung goreng untuk santapan anak-anak. Ramuannya terdiri daripada sedikit kunyit, sedikit kari ikan, bawang putih, sedikit halia, garam dan sedikit tepung jagung.

Masak Lemak Labu

Menu hari ni. Masak Lemak Labu. Sesekali makan, memang sedap rasanya. Ingat nak buat pai labu atau puding karamel memandangkan bakinya ada lagi, tapi malaslah pulak. Esok lusa je lah...

Tau Fu Fah

First time dayang buat tau fu fah pada tahun 1995. Belajar dp mak. First time buat, gagal. Then, 2nd time lak galus. Praktis punya praktis, akhirnya berjaya gak…tu ler org kata, ‘practice makes perfect’….sekali gagal x bermakna gagal selama2nya…betul tak?...anyway….resepi tau fu fah ni mmg ringkas dan sedap. Sesape nak cuba, bole ler ikut resepi ni yer…kalau nak ubah2 sikit sukatannya pun boleh. Ikutlah kesesuaian. Yang penting, ianya menjadi. Good Luck!

TAU FU FAH

Bahan-bahan :
1 cawan kacang soya (direndam selama 3-4 jam)
4 ½ cawan air
½ sdt GDL
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara :

  1. Kisar kacang soya bersama 2 cawan air. Kemudian diperah dgn kain muslin.
  2. Kisar lagi hampas kacang soya bersama 2 ½ cawan air. Perah dgn kain muslin.
  3. ½ cawan air kacang soya tadi diketepikan.
  4. Air kacang soya selebihnya dimasak bersama sehelai daun pandan. Kacau perlahan2 dan gunakan api sederhana shj.
  5. Sediakan satu bekas yang besar seperti loyang atau mangkuk. Masukkan tepung jagung, GDL dan juga ½ cawan air kacang soya. Kacau rata2.
  6. Setelah air kacang soya mendidih, tutupkan api. Kemudian tuangkan ke dalam bekas besar tadi (guna kaedah teh tarik tetapi sekali tuang shj).
  7. Goyang-goyangkan sedikit bekas tersebut tetapi jgn dikacau. Sekiranya ada buih, ambil dgn sudu dan buangkan.
  8. Tutupkan bekas tersebut setelah ia sejuk.

Untuk air gula :
  • 2 cawan air
  • Gula merah secukupnya (7 sudu besar atau lebih)
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk dan didihkan sehingga ia hancur dan sedikit pekat.


Versi tambahan

TAUFU FA sumbangan Lynn ResepiNet ...thanks for the recipe (dyg c&p yer)

Bahan-bahannya
300 gram kacang soya
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh sekko/ GDL
2 cawan air kacang soya
3 helai daun pandan

Cara-caranya
1. Rendam kacang soya selama 4 - 5 jam.
2. Kisar kacang soya dengan 5 cawan air. Perah menggunakan kain muslin.
3. Kemudian kisar kali kedua hampas kacang soya dengan 7 cawan air. Ketepikan 2 cawan air kacang soya.
4. Didihkan air kacang soya dengan daun pandan.
5. 2 cawan air kacang soya dicampurkan dengan tepung jagung dan sekko/ GDL dikacau rata.
6. Tuang campuran air kacang soya bersama tepung jagung dan sekko kedalam bekas nasi ataupun tupperware.
7. Air kacang soya yang telah mendidih tu dituang kedalam bekas yang mengandungi air kacang soya yang telah dicampur sekko dan tepung jagung tu dengan cara teknik teh tarik iaitu dari bawah naik keatas jadi air kacang soya yang panas itu sebati dengan air soya yang dicampur sekko dan tepung jagung.
8. Jika permukaan ada buih dibuang buihnya TAPI JANGAN DIKACAU. Kemudian tutup, lepas 30 minit - 1 jam, kemudian boleh dihidangkan dengan sirap gula.

Wednesday, July 22, 2009

Kek Ceri Kukus

Kek ni baru je masak. Tak sempat tunggu sejuk dah kena potong. Si kecik dah tak sabar nak makan. Tapi x banyak pun. Sepotong je tu pun hiris besar2. Dia ni kalau kek panas, dia makan tapi bila dh sejuk, dia tak pandang pun. Sebenarnya, kek ni khas utk si kakak dia tu. Sekejap lagi dia balik dari sekolah, licin lah kek ni. Semalam dia nampak buah ceri dlm peti ais. Sebab tu lah dia suruh buatkan kek.
Buat simple je. Janji ada ceri, ok la tu. Tapi rasanya boleh tahan sebab dayang campurkan sedikit horlick. Wangi dan lembut. Kukus pun tak lama. Oleh kerana buat adunan sedikit utk loyang kecik, kek ni dikukus selama 1 jam shj. Nak kukus lebih masa sikit pun xpe, tapi takut terhabis lak gas nanti...dah ada tanda2 nak habis tu...hehe.


Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung naik sendiri + 1/2 sdt soda bikarbonat (diayak bersama)
  • 3/4 cawan marjerin/mentega (dayang guna marjerin)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 5 biji telur gred C
  • 3 sudu besar horlicks
  • 100 gm ceri (dihiris pun boleh, tapi dyg x hiris pun sebab si princess tak bagi)
  • 1 sdt esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning (atau mana2 pewarna disukai - tak letak warna pun xpe)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya dgn api sederhana.
  2. Lengserkan loyang pengukus dgn mentega dan taburkan sedikit tepung (dayang lapik dgn kertas minyak).
  3. Gaulkan ceri bersama 1/4 cawan tepung yg sudah diayak tadi. Ketepikan.
  4. Putarkan marjerin bersama gula hingga kembang dan gebu. Guna kelajuan maksimum.
  5. Masukkan telur satu persatu sambil diputar dgn kelajuan sederhana.
  6. Masukkan horlicks dan kacau lagi.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan.
  8. Masukkan pewarna. Kacau lagi.
  9. Masukkan esen vanilla. Gaul sebati.
  10. Akhir sekali, masukkan buah ceri dan kacau perlahan dgn menggunakan senduk kayu atau spatula.
  11. Tuangkan ke dlm loyang dan ratakan. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

Sup Sayur dan Telur Puyuh

Hidangan malam tadi. Tak makan nasik. Sebaliknya makan sup je. Buatlah utk diri sendiri. Anak2 dah makan nasik.

Bahan-bahan : telur puyuh rebus, bawang merah, bawang putih, serbuk lada hitam, lada sulah, halia, tepung jagung, sawi, tomato, kobis, buncis, kicap, garam, sedikit sos ikan, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan air.