Thursday, December 31, 2009

Soft White Bread




Dah selalu sgt buat roti panci putih ni atau lebih dikenali sbg roti sandwich. Baru hari ni dapat tayang.  Ni kira last n3 yer utk tahun ni. Esok masuk resepi baru utk tahun baru lak....InsyaAllah kalau ada...hehe.

First time buat roti ni masa Tingkatan 5. Belajar dengan cikgu terrror masak tu...hehe. Kalau tak silap namanya Puan Ong...toce sifu...kagum sgt2 tengok dia menguli roti dgn hanya menggunakan tangan sehingga akhirnya menghasilkan roti yg sungguh lembut, gebu dan sedap! ilmu itulah yg aku manfaatkan sehingga ke hari ini....thanks a lot, teacher!....



Roti ni dyg buat malam Rabu lepas. Adusss!...susah sgt nak potong sb terlalu lembut. Lebih lembut drp roti yg dibeli tu...huhu. Dahlah tak ada bread cutter, berjoget2 n  berlenggang2lah pulak roti tu ms dipotong....mcm penari dangdut tgh menggerudi pun ada gak...waduhh!....imagine that!!...

Guna basic recipe buat roti biasa tu dalam versi sendiri. Mula2 nak campurkan dgn water roux tp x jadi sb bahan2 yang ada tu dah cukup utk buat roti tu naik gebu dan lembut.

Tapi kali ni sedikit kecewa. Gara2 kelewatan nak masuk oven (lupa maa...), roti ni naik lebih limit lak. Akibatnya, ia berlubang2...mcm sarang lebah pun ada gak tu...huhu....



Jomlah makan roti....!

Bahan-bahan: 
  • 300 g tepung roti
  • 2 sk yis segera
  • 2 1/2 sb susu tepung
  • 20 g butter
  • 1/2 sk bread improver
  • 1 sk bread softener
  • 180-190 ml air suam
  • 1 1/2 sk garam
  • 2 1/2 sb gula
Cara-cara :
  1. Uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh yg elastik. 
  2. Masukkan doh dalam beg plastik  dan ramas2 selama 5 minit. Kemudian perapkan doh selama 1 jam. Keluarkan doh dan tumbuk2 sedikit utk mengeluarkan angin. Uli sekali lagi, bahagi doh pada 2 bahagian dan letak dalam tin loaf.  (dayang guna sandwich loaf berukuran  8" x 4.5" x 4.5" utk satu doh penuh ini)
  3. Biarkan doh naik 2 kali ganda dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sapukan roti dgn mentega/marjerin jika suka.
  4. Jika menggunakan Breadmaker, masukkan bahan2 dan tekan ON. Tunggu dan bila dah siap dibakar boleh terus dikeluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.


 potong jangan tak potong!.....



buh dlm plastik Gardenia...hihik...bungkus sikit2.....pos kat kawan2 esp Lina...bila nak blogging??...rindu maa....

Ikan Pari Bakar & Air Asam


Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua rakyat yg berkunjung di sini. Semoga tahun baru memberi seribu makna buat kita semua...hihik...kat atas tu bukan kad Tahun Baru yer...tapi n3 hari ni...jangan terangkut lak tau....hahaha!....

Hari ni buat pari bakar...ekornya tak sempat nak shoot sb dah habis kena ngap maa....buat air asamnya sekali. Ingatkan nak makan sikit jer nasiknya...tp tak bolehlah...kena tambah gak...menci betul!...kenapa lah selera ni tak boleh nak kawal??....kawan2 kata body ku okaay jek...tapi hubby lak kata K.O... kena kurangkan sikit lagi...huhu...

Air asam ni ler punya pasal...mmg tak boleh makan sikit...kecur liur dibuatnya....




Resepi Mudah Ikan Pari Bakar


Bahan-bahan : ikut citarasa
  • Ikan Pari secukupnya (dibersihkan)
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit serbuk paprika
  • garam
  • perahan limau kasturi
  • sedikit minyak masak
Cara-cara : Gaulkan ikan pari bersama semua bahan di atas dan perapkan sebentar. Kemudian bakar sehingga masak pd suhu 200C.

Air Asam :
tomato, bawang besar, asam jawa, belacan bakar, garam, gula, air, cili merah, cili padi. (kisar kasar bahan2 dan hidangkan)

Kek Sarang Lebah




 Malam tadi mencuba resepi Kek Sarang Lebah. Pinjam resepi dari dapur CMG...thank you yer Mat. Inilah pertama kali dyg buat kek gula hangus. Dah lama juga tak makan kek ni. Biasa mak buat, kita hanya dok makan je lah tp x pernah pun nak tanya resepi apatah lagi nak membuatnya. Semalam tu lah bersemangat sgt nak mencuba sb dh sekian lama tak merasa kan...hehe...amacam Mat, ok ker tak kek ni??? ker mcm apam gula hangus?? Lantaklah yer....janji dapat makan....kalau fail, next time boleh cuba lagi....hehe...



Kek ni kalau ikut bahan2nya mmg nampak senang jer nak buat. Mula2 takut gak nk mencubanya sb takut faiiiiiiilll...hihik. Maklumlah...first time katakan...Apa2pun, kek ni sedap dan taklah manis sgt. Gula hangus tu mmg saje tak nak bagi pekat warnanya...takut nanti anak2 tak nak makan. 

Jadi, sesiapa yg tak pernah mencuba kek ni tapi berminat, silalah cuba yer. Tak rugi pun. Thanks sekali lagi kpd CMG kerana sudi share resepi. Minta izin kopipes resepinya di sini yer.



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 camca besar mentega (DJ guna marjerin)
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum* (DJ guna tepung naik sendiri)
2 camca teh soda bicarbonata*(*digaul dan diayak)
4 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan gula pasir dalam periuk, masak hingga gula cair dan menjadi perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata (berhati2, sebab masa tuang air, gula tadi akan memercik). Masukkan mentega, kacau hingga cair dan sejukkan.
  2. Putar telur hingga kembang dan pekat, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali masukkan no. 1 dan juga esen vanilla. Gaul rata dan perap adunan 2 - 3 jam.
  3. Tuang dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasar tin (mat guna tin 8 x 6 x 3 inci) dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Sejukkan sebelum dipotong...

Zzzzzoooom!

Tuesday, December 29, 2009

Kek Gulung Pandan


Petang semalam menggulung kek lagi. Kali ni buat buat versi pandan pula. Resepi lebih kurang mcm kek gulung sebelum ni tapi ada bahan lain lagi yg ditambah. Hasilnya...lembut, gebu, sedap dan tak manis sgt walaupun letak krim..Cuma agak comot sikit sb tak sempat nak disejukkan anak2 suruh potong cepat2. Jap jer habis licin...huhu.



Sebenarnya, ada lagi pic kek ni....nanti update lagi. Selamat menjamu mata!..hehe


Update :

Bahan-bahan :
  • 90 g tepung gandum
  • 90-100 g gula pasir (dikisar halus)
  • 1  sudu besar susu tepung
  • 1 sk ovalette
  • 5 biji telur
  • 60 g mentega cair
  • 1 sk pandan paste
  • 1 sk esen vanilla
Untuk filling : mentega, gula ising dan esen vanilla (diputar hingga berkrim) & hirisan ceri @ strawberi

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang dan lapikkan dgn baking paper. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Satukan telur, gula, ovalatte dan esen vanilla di dalam mix bowl. Putar hingga kembang dan gebu dgn kelajuan maksimum.
  3. Masukkan tepung, susu dan pandan paste. Putar lagi (medium speed)
  4. Masukkan mentega cair dan kacau perlahan-lahan dgn menggunakan rubber spatula atau senduk kayu.
  5. Tuangkan adunan pd loyang dan ratakan. Bakar selama 15-20 minit atau hingga keperangan.
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan. Ceraikan kek dari baking paper. Biarkan seketika. Sapukan krim. Kemudian gulung dgn kemas. 
  7. Biarkan kek betul2 sejuk  sebelum dipotong.



Monday, December 28, 2009

Ketam Masak Merah II




Semalam masak ketam. Tu adalah antara menu yg sempat ditayang utk hari ni yer...Ketam ni waduh! enak bangat sampai licin pinggan tuu!..berebut2 lak makan ngn hubby n anak2...Yang bestnya, si  princess kata tak cukup lak..huhu. Sebenarnya, bukan tak cukup, tapi dia kalau bab ketam masak merah ni, masaklah byk2 still dia kata tak cukup...herran!...apa2pun Alhamdulillah, lega dan seronok rasanya tengok makanan habis licin....hilang segala penat lelah yang ada....


Resepi ketam ni mungkin ada dlm umah ni. Nanti tanya pakcik Google. Kalau xda, dyg letak resepinya kemudian yer.

Update :

Ketam Masak Merah : Resepi II

Bahan-bahan :
  • 6 ekor ketam (dipotong ikut suka, direbus dgn sedikit garam sehingga 3/4 masak. Tuskan)
  • sedikit hirisan cili merah
  • sedikit hirisan nanas
  • 4-5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3-4 sudu besar cili kering kisar
  • sedikit air
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
Bahan-bahan mesin :
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kering. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau rata2 dan masukkan sedikit air.
  4. Setelah mendidih, masukkan ketam dan bahan2 selebihnya. Perasakan dgn garam dan gula. 
  5. Hidangkan setelah masak.

Saturday, December 26, 2009

Udang Krispi



Dah agak lama tak buat udang krispi. Dinner tadi sempatlah buat utk kami anak beranak. Sekadar meratah jer tu. Cecah dgn sos cili dan mayonis. Sedaaapp!...si Princess suruh buat lagi. Esok2lah...tak larat nak masuk dapur dah. 



Udang Krispi

Bahan-bahan :
  • Udang basah XL (dibuang kulit kecuali bahagian ekor)
  • serbuk roti/breadcrumb secukupnya
  • 4 sudu besar tepung serbaguna
  • 1 biji putih telur (dipukul sedikit)
  • sedikit lada sulah
  • sedikit serbuk lada hitam @ serbuk cili
  • garam secukupnya
  • minyak utk deep frying
Cara-cara :
  1. Bersihkan udang.
  2. Satukan tepung, garam, lada sulah, lada hitam/serbuk cili di dalam mangkuk dan kacau rata2.
  3. Salutkan udang dengan tepung tadi dan golek2kan.
  4. Kemudian celupkan udang ke dalam telur dan golek2kan dgn serbuk roti. (ikut turutan)
  5. Simpankan udang di dalam bekas bertutup dan sejukkan ke dalam peti ais selama 30 minit.
  6. Panaskan minyak. Setelah panas, gorengkan udang sehingga keemasan.
  7. Hidangkan bersama sos cili atau mayonis.

Updated :

Udang krispi ni elok dimakan semasa panas. Kalau dh sejuk, mungkin dh x brp krispi sb dah campur ngn telur. Tapi kat umah ni bila buat jer udang krispi ni tak dan nk tunggu sejuk dah abisss...hehe. Ok, ada satu lagi versi resepi udang krispi yg x pakai telur. Ingat tak resepi Crispy Onion Rings??... Bolehlah  tgk linknya DI SINI. Boleh juga ikut resepi tu, lepas celup ngan batter tu salut pulak dgn serbuk roti dan goreng. InyaAllah, udg ni tak lembik bila dh sejuk. Atau another version, ikut resepi yg kat atas tu tp tak payah guna telur. Cuma bancuh tepung & bahan2 lain tu dgn sedikit air dan tambah sedikit marjerin cair, selepas itu, celupkan udang dan salutkan dgn serbuk roti dan goreng. Selamat mencuba!

Friday, December 25, 2009

Kek Gulung




Sekali pandang, mcm bahulu gulung yg pernah dibuat sebelum ni. Apa2pun nak panggil bahulu  gulung pun boleh, nak panggil Kek Gulung pun boleh. Cuma basic recipe utk bahulu gulung  traditional ialah tepung, telur, gula dan esen vanilla.

Dah lama juga tak buat kek bergulung ni...terasa keras jer tangan ni nak menggulung. Ingatkan dah hilang seni...huhu...nasib baiklah menjadi walaupun rasa kecewa sikit pasal  adunan yg dibakar tu senget benget  herot berot gara2 lupa nak off kan turntable....then, berlakulah kemalangan kecil..  Akibatnya, kek tu  jadi tinggi sebelah plak....alahai...frust!!...

Time nak bakar kek ni, teringat pulak kat nenekku yang terkenal dgn nama Nek Yam Bahulu satu ketika dulu. Memang gebu dan sedap sangat2 bahulu yg dibuatnya...memang tak ada tandinganlah sehinggalah ke hari ni padahal resepinya tetap sama. Nasib baiklah sempat belajar dgnnya. Siap bagi  petua dan pantang larang lagi tu. hehe....



Kek gulung ni untuk hidangan minum petang tadi. Nak buat pun senang. Lembut dan sedap. Jomlah makan!!!

Resepi Kek Gulung

Bahan-bahan : (loyang 10" x 14")
  • 5 biji telur
  • 100 g gula pasir (dikisar halus)
  • 100 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sk ovalatte
  • 1 sk esen vanilla
  • 60 g mentega cair
  • jem strawberi / krim mentega / krim coklat (utk filling)
 Cara-cara :
  1. Sediakan loyang dan lapikkan dgn baking paper. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Satukan telur, gula, ovalatte dan esen vanilla di dalam mix bowl. Putar hingga kembang dan gebu dgn kelajuan maksimum.
  3. Masukkan tepung dan putar lagi (medium speed)
  4. Masukkan mentega cair dan kacau perlahan-lahan dgn menggunakan rubber spatula atau senduk kayu.
  5. Tuangkan adunan pd loyang dan ratakan. Bakar selama 15-20 minit atau hingga keperangan.
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan. Ceraikan kek dari baking paper dan sapukan mana2 filling yg disukai. Kemudian gulungkan dgn kemas. 
  7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
***Untuk versi Kek Gulung Coklat pulak, hanya perlu tambahkan 20g serbuk koko (diayak) dan filling  yang sesuai ialah krim mentega, krim coklat atau krim strawberi

Daging Kicap Lada Hitam



Salam....

Rasa2 dah agak lama juga tak tayang n3 makan2 walaupun sebenarnya taklah lama sgt pun. Perasaan jer tu...hehe. Tapi sebelum tu nak buat pengumuman sikit yer. Kpd rakan2 serta pengunjung2 setiaku, mulai saat ini blog ini adalah khas utk blog masak2 yer. Yang tak berkenaan termasuklah n3 besday anakku sebelum ni akan dipindahkan ke link baru. Dah pindah pun...hihik. Ini adalah keputusan muktamad dan kehendak diri sendiri. Saja tak nak campur adukkan n3 masak2 ngan hal2 lain. Lagipun hampir 95% posts yg ada di sini adalah berkenaan dgn masakan...therefore, i'm going to make it 100% khas utk blog masak2 jer lah. Jadi, silalah singgah  ke link baru ini  http://dayangdj.blogspot.com jika sudi. Terima kasih.

Lunch tadi masak ringkas jer. Salah satu menunya ialah daging kicap lada hitam. Yang ni lah sempat di shoot. Yang lain dah nak tinggal pinggan. Apa2pun daging masak berlada hitam ni mmg masakan kegemaran keluarga sejak dulu2 lagi. Cuma kadang2 bahan2nya mengikut stail dan citarasa masing2. Resepinya ringkas jer. Tak memerlukan banyak bahan. Yang penting sedap.




Bahan-bahan :
  • daging lembu
  • bawang merah
  • bawang putih
  • lada hitam
  • halia
  • lengkuas
  • kicap pekat
  • kicap cair
  • sos tiram
  • cili padi/cili merah
  • air asam jawa
  • garam dan gula

Monday, December 21, 2009

Classic French Toast



Pagi tadi buat french toast dan nasi lemak. So, lunch tak payah masak dah.

Roti lagik!..hehe... Alkisahnya, malam tadi mata ni payah sgt nk lelap. Dah pukul 12 x ngantuk2 lagi. Nak kata terminum kopi tak adalah pulak. So, teruslah ke dapur carik pasal smbil2 memikirkan apa nak dimasak utk pagi esoknya. Nampak roti paun banyak lagi hasil buatan sendiri lagi tu... akhirnya dapat idea buat french toast. Buat siap2 segala bahan2nya dan sejukkan di dlm peti ais. Esoknya cuma perlu bakar shj. Senang cerita. Lagipun dh ada plan nk buat nasi lemak sekali. Alasan kukuh tak nak masak tengahari ler tuu...hehe.

Oklah layan jelah apa2 yg ada ni yer. Sorrylah, gambar x menarik sgt. Nak cepat. N3 simple je hari ni. Nasik lemak tak payah tayanglah sb dah selalu sgt masuk n3. Resepi french toast ni rasa2 ramai yg dh tau buat. Sapa2 yg tak pernah buat lagi dan teringin nak cuba, bolehlah ikut resepi ni. Memang sedap  tau dan sesuailah utk sarapan atau bila2 masa shj.

Bahan-bahan :
  • 5-6 keping roti sandwich
  • 3/4 cawan fresh milk @ light/heavy cream (half n half pun ok - tapi DJ guna fresh milk je)
  • 4 biji telur 
  • 2 sb soft brown sugar / gula perang
  • 1/2-1 sk serbuk kulit kayu manis
  • 1 sk esen vanilla
  • 1-2 sb butter
  • sedikit garam
  • gula icing secukupnya (utk saduran)
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega dan ratakan pd dulang pembakar. 
  2. Gula perang disatukan dgn serbuk kulit kayu manis. Kacau rata2. Kemudian taburkan rata2 pd dulang tadi.
  3. Susunkan roti di atas dulang. 
  4. Di dlm bekas yg lain, satukan telur, susu/cream, esen vanilla dan garam. Kacau sebati. Kemudian, tuangkan pd roti. Tutupkan dulang dgn plastik dan simpan di dlm peti sejuk (semalaman)* sebelum dibakar.
  5. Bakarlah roti hingga keperangan. Jangan lupa terbalikkan roti supaya masak sekata. Boleh juga dibakar atas dapur dgn menggunakan kuali non stick.
  6. Hiaskan dgn gula icing atau syrup. 
*taknak simpan roti semalaman pun ok kalau nak cepatlah kan...hehe.
**kadang2 nak senang & nak 'langgar peraturan'..hehe, campurkan kesemua bahan (kecuali mentega dan gula icing) dlm bekas, kacau2 sebati. Kemudian celupkan roti dan bakar...pun ok juga. Janji sedap!

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini. :)

Blackpepper Chicken & Nasi Ayam




Sabtu lepas masak Nasi Ayam. Baru teringat nak tayang gambar2nya...hehe. Sebulan sekali wajib ada menu kegemaran seisi keluarga ni. Sekali buat utk sekali makan...sebabnya, anak2ku suka sgt meratah ayam. Kalau sekor tu mmg tak cukuplah...hehe.


Seperti biasa nasi ayam ni dimasak mengikut style sendiri. Selagi anak2 n hubby x jemu makan, selagi tu lah buat ikut resepi yg ada. Cuma resepi ayam je lah yang selalu diubah2 mengikut stok yg ada. Tapi tetap kena dgn selera. Kadang2 kalau rajin, ayam ni digoreng jer atau kalau kalau malas, masukkan jer dlm microwave. Sedap sangat2!!

Resepi Nasi Ayam ada dalam simpanan. Nanti mintaklah  mr Google carikan yer.


Blackpepper Chicken (updated)


Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (direbus hingga 3/4 masak)
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb puri tomato @ sos tomato
  • 1-2 sk lada hitam tumbuk
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sk serbuk paprika
  • 1 sb kicap pekat
  • 5 biji bawang merah tumbuk
  • 2 ulas bawang putih tumbuk
  • 1 inci halia tumbuk
  • 2 sk serbuk lada sulah
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara : Gaulkan ayam bersama bahan2 di atas dan perapkan selama 1 jam sebelum dibakar atau digoreng.


Inilah rupa serbuk paprika. Hari tu beli kat Kedai Bagus, Tmn Melawati. Harga RM1.90 jer. Biasa beli kat Giant atau Tesco.

Saturday, December 19, 2009

Kuetiaw Goreng Ringkas

Pagi tadi buat kuetiaw goreng kegemaran hubby. Kita ni pulak sejujur-jujurnyalah tak berapa gemar kuetiaw ni. Masak oklah. Dah bbrp kali cuba nak telan sepinggan tu tapi takleh gi lah. Dapat makan sesudu dua jer. Sebab tu lah jarang masak...hihik...

Jomlah layan kuetiaw ni. Resepi masing2 dah tau kan ...hehe

Bahan-bahan : ikut stok
  • kuetiaw
  • fishball/fishcake
  • bwg merah
  • bwg putih
  • cili kering
  • sos tiram
  • kicap pekat/kicap cair
  • sos tomato/sos cili
  • sayur/taugeh
  • garam/gula
  • telur
  • limau kasturi

Friday, December 18, 2009

Roti Jala & Kari Ayam


Hari ni mmg hari meroti utk kami sekeluarga. Lepas roti daging, buat roti jala pulak utk minum petang. Lunch tadi actually masak kari ayam dan sayur jer utk anak2. Yang dyg lak tak makan nasik sb nak makan roti jala ni lah. Tapi buat sikit jer. Dah ada kari ayam tu, bolehlah cecah. Sedap sungguh sampai tak cukup pulak. Anak2 pun kata sedap tapi komplen sb buat sikit. Hehe..ala, nak buat lagi bukannya susah pun. Kalau terasa nak lagi, malam nanti buat ler..kari ayam pun msh ada lagi tu...ni kalau hubby ada kat umah, kena buat banyak2...kalau tak, gerenti kita sendiri tak sempat nak menjamah...hehe.

Kari Ayam

Roti jala ni lain sikit versinya berbanding yang sebelum ni. Yang ini versi sgt gebu dan lembut. Mmg sesuailah dgn citarasa. Siapa nak ikut resepi ni, dialu2kan utk mencubanya. Memang tak rugi pun. Apa2pun terpulanglah yer... masing2 dah ada resepi roti jala yg tersendiri kan...yang penting sedap dan puas hati.

Resepi Roti Jala (resepi II)

bahan-bahan : (2-3 orang makan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sb marjerin
  • 1 cawan air
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit
  • 1 sb gula
  • 1 sk garam
Cara-cara : blend kesemua bahan di atas dan tapiskan. Panaskan kuali non stick dan tuangkan adunan dgn menggunakan corong/botol roti jala. Jika menggunakan kuali biasa, sapukan sedikit minyak sebelum menjala....hehe.

***sangat enak dimakan bersama kari ayam, kari sardin, kari daging dsbnya.

Roti Daging Bersalut Telur ... lagi



Breakfast tadi buat lagi roti daging bersalut telur gara2 godaan menu roti Noorma kat umah sebelah nun...hihik. Thanks ya Noorma krn sudi mencuba resepi ni. Sedap kan...mmg sedap pun...kalau tak, takkan anak2 request suruh Noorma buat lagi...buat jangan tak buat....hehe.

Ok, sebenarnya inti roti ni adalah lebihan inti daging buat pizza 2 hari lepas. Lupa pulak nak tayang padahal dah snap gambar pun. Tak mengapalah, next time kita akan tayang pizza tu yer dgn resepi topping ayam blackpeppernya sekali. Yang kat bawah ni ialah topping daging. Belennya ada sikit lagi jadi kita gunakan inti tu utk buat roti daging pulak. Taklah membazir kan...Apa2pun memang Sedaaaappp!...Alhamdulillah, habis juga dimakan....




 Jika nak cuba resepi roti berdaging ni, bolehlah KLIK DI SINI. Kepada Lina_pg, semoga cepat2 sembuh ya, rindulah kat Lina. Makan ubat tau. Dah sihat nanti bolehlah memblogging semula yer. Take a good rest and happy holiday!....psst!...ada apa2 ker tu, Lina??...hehe

Thursday, December 17, 2009

Hidangan Hari Ini

Sotong Sambal Kicap....sedap makan dgn nasi panas!

Tenggiri Goreng Cili Berempah

Sayur Kobis Karot Masak Lemak

Untuk minum petang pula, DJ buat lempeng ala2 pancake gitu.
Sekejap rasa lempeng, sekejap rasa pancake. Tak pakai telur.
Mudah dan sedaapp!!!


Oopps!!...nyaris2 terlupa nak tayang benda alah ni. Nak juga tayang walaupun pose nya x ada pesen...hihik...

Buat 2 hari lepas. Hari ni baru ler nak merasmikan pembukaannya...

Yang ni pulak buat bentuk kiub. Siap pakai spec lagi tuh..yalah takut tak nampak kan...
hehe...jom makan!!

Salam Maal Hijrah dan Selamat Bercuti!!

Monday, December 14, 2009

Caramel Cheese Bread Pudding (Eggless)

Semalam buat puding roti karamel. Dah habis pun..tapi hari ni terpaksa buat lagi sebab si anak manja ni tak habis2 request. Oleh kerana terlampau rajin, dyg buatlah lagi. Cuma kali ni tambah cream cheese utk menyedapkan lagi puding ni. Memang sedap pun...sesuailah dgn citarasa...

Karamel utk puding ni pulak tak dimasak sampai coklat perang kehitaman tu sb budak2 tak suka...mungkin rasanya yg sedikit pahit tu kot... Jadi, kita buatlah sedang2. Janji nampak sikit karamelnya tu sudah ler...hehe..jangan betulkan skrin anda yer sebab mmg macam nilah rupa puding karamel dyg tanpa make up..natural beautylah katakan...padahal taklah lawa mana pun...saja nak sejukkan hati..hehe... Tak ada idea langsung nak shoot gambar2nya sb dah ada yg x sabar nak makan. Kena snap cepat2...

Sebenarnya senang je nak buat puding ni. Tak perlu kukus atau bakar. Cuma dimasak je hingga pekat, then, sejukkan. Tapi ada juga resepi2 puding karamel yang menggunakan kaedah sebegini dan tentu sudah ada yang mencubanya kan??...

Apa2pun layan jelah dulu. Yang sepiring ni nk jamu pengunjung yg sukaaaaa sgt skodeng dapur kita ni.....jomlah makan!!..jangan malu2....hehe

Updated :

Resepi Caramel Cheese Bread Pudding (loyang 16-17 cm)

Bahan-bahan :

Untuk Karamel :
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar air suam
Cara-cara : Hanguskan gula dan tuangkan air seperti membuat karamel biasa. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang bersesuaian. Ketepikan.

Untuk Puding :

Bahan A :
  • 4 keping roti sandwich (dipotong kecil2)
  • 250 ml cawan susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 125 ml air
  • 50 g cream cheese yg sudah dilembutkan / pd suhu bilik
  • 1/2 sudu makan jus lemon - optional
  • 1 sk esen vanilla
Bahan B :
  • 8 g serbuk agar-agar
  • 80-90 g gula pasir
  • 500 ml air
Bahan C :
  • 3 sudu besar tepung kastard + 3 sudu besar air (dibancuhkan)
Cara-cara :
  1. Untuk Bahan A : Kisarkan kesemuanya hingga hancur dan sebati. Ketepikan.
  2. Untuk Bahan B : Didihkan air dan larutkan agar-agar dan gula. Masukkan Bahan A. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan Bahan C. Kacau lagi hingga hingga pekat melikat(guna api kecil).
  3. Tutupkan api dan tuangkan adunan ke dalam loyang yg sudah diratakan dgn karamel tadi. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
***jika menggunakan agar2 tali/jelly strip, sukatannya ialah lebih kurang 7 g.
***sukatan gula bolehlah adjust mengikut citarasa sendiri yer
*** pastikan puding betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dp loyang. Selamat mencuba!

Sunday, December 13, 2009

Sambal Udang Petai

Teruk juga virus ni yer...sampai termimpi2 lak ngan sambal udang petai kat umah kak Rosaliza tu. Actually, semalam pun umah ni masak udang tapi oleh kerana tak ada petai, jadi kita buat udang masak merah aje lah. Tapi kan hari ni terbuat lagi udang halus milus ni dgn teman kamcengnya sapa lagi kalau tak petai...heheh. Berjaya gak misiku hari ni. Tapi buat sikit jer sekadar nak lepaskan rindu dendam...huhu...

Jomlah makan malam bersama dayang!!...tapi sekor sorang tau. Takleh banyak sgt sb udang tak cukup....hihik.

Resepi udang ada banyak kat umah ni termasuklah Sambal Udang Petai. Sila google sendiri yer jika berminat....hehe.

Nasi Goreng Kunyit (versi mudah dan ringkas)

Nasi goreng versi mudah dan sedaaaapp!!!...inilah salah satu menu sarapan pagi merangkap tengahari utk kami sekeluarga tadi. Buat ringkas2 mengikut citarasa. Lagipun nasi goreng ni mmg nasi kegemaran no 1 hubby. Tak jemu makan katanya...hehe. Kalau nak campurkan sayur, elok guna sayur kacang panjang atau buncis sb mmg match dgn nasi versi kunyit ni. Tapi terpulanglah pd taste masing2.

Bahan-bahan :
  • 2 pinggan nasi sejuk
  • kacang panjang/buncis (dihiris)
Bahan-bahan tumbuk :
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • 3-4 cili padi
  • 2 cm kunyit hidup
  • segenggam ikan bilis (dibersihkan)
  • garam secukup rasa
Cara-cara : Tumis bahan2 tumbuk hingga garing dan masukkan nasi. Gorenglah utk bbrp minit dan masukkan kacang panjang/buncis. Kalau kurang masin boleh tambah garam.

***garam ditumbuk bersama bahan2 supaya tak terpercik semasa menumis bersama ikan bilis.


Apa2pun layan jelah dulu yer. Kita nak keluar jap... Nak ikuutt????....hehe

Saturday, December 12, 2009

Kek Hawflakes Kukus

Dah nak tinggal beberapa slice je kek ni baru teringat nak shoot...huhu. Sebenarnya kek ni dyg buat bbrp hari lepas atas permintaan anak2. Gini, resepi kek ni resembles resepi kek Kak Fida yang dyg dh buat sebelum ni. Cuma kali ni dyg buat mengikut bahan2 yang ada dlm stok je lah...dan bukan nak memandai adjust resepi orang yer...hehe. Apa2pun kek ni tetap menjadi dan sedap dimakan. Hawflakes pun sebenarnya tak cukup...sebab tu nampak 'blank' jer kek ni...hehe. Maklumlah tergesa2 nak buat. Masak pun tak lama. Asalkan dapat memenuhi permintaan anak2 oklah tu.


Bahan-bahan : mengikut stok yang ada
  • 4 biji telur sejuk
  • 190 g tepung naik sendiri
  • 220 g gula pasir (dikisar halus)
  • 100 ml marjerin yang sudah dicairkan
  • 150 ml susu segar
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sk pandan emulco
  • 1 sk strawberry emulco
  • hawflakes secukupnya
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : boleh rujuk resepi K.Fida.

**Cara-cara DJ memasak kek velvet :
  • adunan diputar hingga betul2 gebu.
  • adunan utk melapis seterusnya disimpan di dlm peti sejuk. Apabila hendak melapis barulah dikeluarkan semula tetapi hendaklah dikacau2 terlebih dahulu sebelum dituangkan ke dlm loyang.