Tuesday, September 29, 2009

Macam-macam hal nak cerita...terutama psl kek kukus

Salam,

Dapat je masa terluang ni..dyg sempatlah nak bercerita sikit sambil2 membebel. Yang bestnya, hari ni dapat guna lappie hubby. So, panjanglah langkah ini menjengah rumah2 sahabat serta fanclubku yg tersayang....cuma satu je yg x bestnya...jari2 ni dh terbiasa guna keyboard besar, time guna lappie hubby ni lak tpaksalah bukak mata sebesar2 yg boleh psl keyboardnya kecik sgt dan skrinnya, alahaiiii... dlm 7 inci gitu...mine is 14"...terkial2 lak jari jemari ni menekan kekuncinya...psl tu la lambat nak reply msg kat chatbox tu...xpe2...lom biasa lagi tuuu....janji dapat tembus...wahai laptopku yang hampir2 nazak tu, rehat2lah utk bbrp hari ni yer...nanti masuk servis...

Apa2pun terima kasih sekali lagi kepada pengunjung setia blog ini yg sentiasa prihatin dan sentiasa memberi semangat dan dorongan kpd dyg utk terus 'berblogging'. Tanpa kalian semua, akan sunyi dan suramlah blog ini. Sekali lagi dyg meminta maaf atas kelewatan membalas mesej2 yg ada kat chatbox tu disebabkan kekangan masa dan tenaga...harap2 jangan ada yang berkecil hati yer...

Tak lupa juga yang telah mencuba resepi2 dayang...terima kasih banyak2...dan ada juga n3 yg belum sempat dikemaskinikan lagi....InsyaAllah, dyg akan sedaya upaya settle kan yer....

Kepada follower2 yang baru sign in, terima kasih banyak2 yer...jika ada kelapangan, dyg akan singgah di blog anda....thanks again.

Dengan kesempatan yang ada ni, dayang nak bercerita sedikit ttg kek2 kukus berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang2 terdekat dgn dayang. Ada yang bertanya dyg ni ada ambik kursus tak???heheh....Sebenarnya, dayang bukanlah pakar sangat, tetapi semua ini adalah kerana minat dan juga keseronokan. Sejak kecik lagi dayang didedahkan dgn kek2 kukus...siapa lagi kalau bukan emak sendiri yang turunkan ilmu mengukus kek..tak kurang juga emak2 saudara. Mereka2 inilah boleh dikatakan pakar mengukus kek. Pssttt!...dayang ambik kursus dgn dia oranglah....kursus tak bertauliaaah...heheh

Kenapa dayang suka buat kek kukus???

...soalan ini selalu diajukan kpd dayang sejak dyg berada di alam siber masakan ini....hehe...sebabnya ialah dari kecik lagi dayang mmg suka mengukus kek..tolong2 mak melapis kek, buat kek ikut resepi mak, kdg2 cuba2 buat resepi sendiri...huhu..seperti yg dayang katakan bahawa mak2 sedara dyg pun mmg suka buat kek terutama kek kukus. Hampir 90% resepi2 dia org ni adalah resepi kek kukus....resepi kek pun turut dibukukan tp x pernah nak diterbitkan..pasal dia org suka berahsia ttg resepi2 kek ni...buku2 resepi pun takleh jatuh kat tangan org lain kecuali pewaris2nya shj...itupun kena ada salinan...terpaksalah dyg salin sendiri..lagipun istilah2 dlm resepi tu ada gak dyg x faham...jenuh gaklah nak translate.

Dari situ, dyg berjinak2 dgn pembuatan kek kukus. Orang yang paling seronok ialah mak...sebab kuranglah beban dia nak buat kek especially hari raya..dah ada orang tolong buatkan kek sampai 8 bijik...sanggup tak???...huhu. Nasib baiklah masa tu msh muda lagi, tenaga banyak, tak ada komitmen apa2 (seingat dayang masa tu tingkatan 4)...jadi senanglah nak buat kerja mengekek siang dan malam...seronok dan puas hati dapat buat kek dgn usaha sendiri. Kek pertama dayang buat ialah kek Kembang Melati. Mmg betul2 kembang dan gebuss!!...apalagi, happy sgt2..mak2 sedara pun jeles gak tengok kek yg dyg buat tu kembang semacam...hahaha!!!...itulah dikatakan seni....bukan setakat menjadi tapi rasanya pun mabeles!!!...resepinya dyg share kat MYR.

Cuma ada bbp perkara yg dyg nak pesan kat sesiapa shj berminat nak buat kek kukus ni...BERSABARLAH (BE PATIENT)...jgn banyak membebel kek lambat masak...biasalah tu, kek kukus mmglah dikukus lama supaya masak betul2 dan tahan lama....lagi satu, kalau tak nak guna dapur bergas, belilah dapur minyak...save cash! Kalau kat kampung, dyg tak pernah lagi guna dapur gas, sebaliknya guna dapur minyak jer...sebab banyak sgt kek kena buat...antara yang popular ialah, Kek Hati Parek, Kek Asam Manis, Kek Lumut, Kek Evergreen, Kek Buah, Kek Sabok Tun Razak, Kek Kembang Melati, dan mcm2 lagilah...semuanya dikukus. Kalau guna dapur gas, cepat habislah gasnya...kalau guna dapur elektrik lak gerenti melambung tinggi bilnya...Yang kek2 bakar tu lainlah citer....

Tip2 Mengukus Kek
  • pastikan loyang yang digunakan hendaklah bersesuaian dgn kuantiti bahan kek
  • loyang kek hendaklah kering dan tidak bocor
  • pengukus kek hendaklah bersih
  • perkakas kek hendaklah bersih
  • elakkan adunan kek dari terkena air kerana ia akan merosakkan kek
  • gunakan telur segar
  • seelok2nya tepung yg digunakan hendaklah dijemur terlebih dahulu. Ini akan meringankan lagi tekstur kek. Di samping itu, kek akan menjadi lebih gebu dan lembut.
  • lapikkan loyang kek dgn baking paper supaya mudah nak dikeluarkan dari loyang setelah masak. Seelok2nya, griskan loyang yang telah dilapik tadi dgn mentega dan taburkan sedikit tepung di permukaan dan di sekelilingnya. Kemudian tangkupkan loyang tersebut sambil diketuk2 sedikit utk mengeluarkan lebihan tepung tadi.
  • setelah adunan kek dimasukkan ke dlm loyang, tutup dgn kertas foil atau plastik utk mengelakkan dari terkena titisan air semasa proses mengukus.
  • lapkan tudung pengukus setiap kali hendak menambah air atau melapis kek. Gunakan air panas shj.
  • jangan menggunakan api terlalu besar dan terlalu perlahan. Kek akan lambat masak atau tidak naik sempurna.
  • untuk kek2 lapis, ratakan dgn lapisannya tetapi jangan ditekan sekuat2 hati...nanti kek akan menjadi bukit bukau atau berombak2...
  • biasanya utk lapisan pertama, akan mengambil masa 3-5 minit utk masak bergantung pd banyaknya adunan. Jangan terlalu lama, sebab lapisan kek mudah tertanggal setelah dipotong
Jadi, dengan tip2 yang dikongsikan ini dyg berharap rakan2 penggemar kek kukus mahupun yang ingin mencuba pertama kali, dapatlah sedikit banyak garis panduan cara2 mengukus kek dgn betul. Jika ada apa2 lagi tip yang tertinggal nanti dyg akan update balik yer....

Kad/hadiah untuk hana@ina Jepun

Kad/hadiah ini ditujukan khas buat hana@ina Jepun yang baru mendapat cahaya mata yang ketiga, betul kan??...Congratulations!!...tolong sampaikan message akak kat baby Darwish yg sungguh comel itu ya...'Cootchee, Cootchee, Coo!'....hehe....dgn iringan ucapan semoga berbahagia, ceria selalu serta dimurahkan rezeki.....

Sunday, September 27, 2009

Buttered Prawn

Salam....bertemu kembali setelah bbrp hari offline. Hari ni nak tayang sikit2 menu yang sempat diambil gambarnya bbrp hari lepas. Maklumlah...busy ketika itu...hehe...

Oklah, menu yg sedang berposing ni ialah Buttered Prawn atau Udang Bermentega. Actually, dayang mmg penggemar masakan ini tetapi jarang buat. Kalau tak silap raya ketiga hari tu dayang sempat buat memandangkan ada stoknya....memang sedap tau...nak buat pun senang je tu. Kebanyakan resepi2 yang ada kat internet atau kat majalah tu menggunakan bbrp biji kuning telur tapi dayang(dgn gabungan resepi kenalan dayang iaitu Zana...thanks ya), dayang guna sebiji telur je utk buat jurai2nya tu....memang best!...

Tapi sebelum tu, dayang perap dulu udang ni dgn serbuk lada hitam, sos tiram , jus lemon dan kicap manis. Kemudian digoreng hingga masak. Memang sedap rasanya....

Di sini dayang sertakan resepinya yer utk dicuba...

Bahan-bahan :
  • 10 ekor udang basah (diperap dgn sedikit lada hitam, sos tiram, jus lemon dan kicap manis dan digoreng hingga masak. Atau nak senang, diperap dgn sedikit garam dan digoreng mcm biasa)
  • 1 biji telur A ( dipukul sedikit)
  • 2 ulas bawang putih dicincang)
  • 2 cm halia (dicincang)
  • sesenduk mentega (boleh adjust sendiri)
  • 1-2 sudu makan kelapa parut
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 2 sb susu cair
  • 1 sudu makan gula
  • 5-6 biji cili padi (dihiris)
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dlm kuali leper. Tumis bawang dan halia hingga perang.
  2. Masukkan daun kari dan cili padi. Kacau lagi.
  3. Masukkan kelapa parut dan gula. Kacau lagi hingga naik bau.
  4. Tuangkan telur yg sudah dipukul tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau secara memutar.
  5. Masukkan susu cair dan kacau lagi. Tapiskan sebelum digaulkan bersama udang.

Friday, September 25, 2009

Besday kak Zila66

Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday to Kak Zila...
Happy Birthday to Youuuu.....

Khas buat kak Zila yang sentiasa kukenangkan sampai bila2, yang sentiasa setia bersama dayang, yang sentiasa mencuba resepi2 dayang, yang sentiasa menjadi pembakar semangat utk dayang meneruskan perjuangan di teratak ini....banyak lagi nak diluahkan di sini kak tetapi tak dapat nak dihuraikan dgn kata2....hanya dapat kukenangkan....

Selamat Ulang Tahun Kelahiran...semoga dipanjangkan usiamu, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dan bahagia berkekalan bersama keluarga tercinta....Aminnnn...

Salam sayang dari,



kak Zila...tak mengapa kalau tak ada blog, dayang dah create kad besday ni buat tatapan akak. Bila dah ada blog nanti, boleh tepek kad ni ke rumah akak yer...happy besday kak...mmmuahhh!!!...

Wednesday, September 23, 2009

Kek Lapis Kain Pelikat...hadiah raya

Kalau tak ada kek lapis memang tak sahlah rayaku ini....tahun ni tak taulah malas sangat2 nak buat kek walaupun teringin nak makan. Nasib baiklah abang angkat hubby yg dr Srwk tu sudi menghadiahkan kek lapis ni kpd kami sekeluarga...yang the other day bawak terubuk masin tu ler...hehe..terima kasihlah banyak2 yer...lepas ni sudi2kanlah bawak kicap Tong Nam satu gelen lak..huhu...

Alhamdulillah...dapat gak beraya dgn kek lapis yang sungguh mengancam ni. Nak buat sendiri, x terbuat rasanya...manalah ada masa nak menganyam kek ni...lagipun belum beli oven khas (oven Srwk) utk buat kek2 mcm ni....kalau setakat nak kukus..lainlah ceritanya, kan...hehe.

Apa2pun layan dululah yer....

Ayam Beriyani - updated

Ini pulak lauk ayam beriyani yang nak digandingkan dgn nasi beriyani....sedap laaa...lama gak tak buat beriyani ni...sesekali makan, pastinya bertambah2....di samping itu, ada acar rampai dan dalca...sorry la yang yer...tak ada picture nya...ini kes nak cepat sebab guest dah nak sampai ditambah lagi dgn perasaan nervous takut lauk x sedap......huru hara jadinya...heheh...

Jangan ada yang tersakit mata lak tengok pic yang agak blur ni...huhu....

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka, digaul bersama sedikit kunyit dan garam. Kemudian digoreng hingga 3/4 masak)
  • 70 gm rempah beriyani (dibancuh dgn sedikit air)
  • 5 sb minyak masak (utk menumis)
  • 3 sb minyak sapi
  • garam secukupnya
  • sedikit gula
  • 1/3 tin susu cair
  • 2 sb puri tomato
  • 2 sb madu
Bahan2 kisar :
  • 10 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 5 biji cili hijau
Bahan2 dimayang :
  • daun bawang
  • daun sup
  • daun ketumbar
  • daun pudina
  • 1 biji bawang besar
Bahan hiasan : kismis, gajus goreng dan bawang goreng

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dlm kuali besar. Tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga wangi. Masukkan pes rempah beriyani dan tumis lg hingga pecah minyak.
  2. Masukkan 5 cawan air @ secukupnya. Biarkan ia mendidih dan menjadi pekat.
  3. Masukkan susu cair, puri tomato, dan madu. Kacau rata.
  4. Masukkan bahan2 yg dimayang, garam serta sedikit gula.
  5. Masukkan ayam dan gaulkan.
  6. Masukkan bahan2 selebihnya dan masak hingga sebati.

Nasi Beriyani - updated

Salam....Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri...tentunya ketika ini rakan2 blogger dan rakan2 yg sering berkunjung di sini masih sibuk dan bergembira bersama keluarga menyambut hari raya ke-4. Mungkin juga ada yang dlm perjalanan balik ke rumah masing2 setelah bbp hari bercuti raya..sebab esok dh mula kerja, kan...huhu...tapi x mengapalah..boleh sambut raya bersama rakan2 kerja pulak...seronok tuu!....

Tak banyak perkara nak dikongsikan bersama anda semua ketika ini..sekadar nak tayang n3 raya pertama ni je...itupun tak sempat nak tayang semua juadah..maklumlah kelam kabut dan sibuk melayan saudara mara, tetamu dan sibuk jenjalan sana sini..heheh.. last2 sempat tayang nasi beriyani ni je....pastu ada gak buat satay goreng, nasi impit, rendang., beli lemang sikit.....tapi x sempat nak snap. huhu....

Nasi beriyani ni pulak dayang buat waktu petang, sebab malamnya ada guest satu famili. Alhamdulillah, selamat dan habis kesemuanya...berbaloilah masak dan hilanglah segala penat yang ada.

Raya kedua dan ketiga tak ada n3 yer sebab keluar jenjalan raya bersama keluarga. Jadi layan dululah apa yang ada kat sini.....

Resepi Nasi Beriyani

Bahan-bahan :
  • 5 pot beras basmathi (direndam sebentar dan ditoskan)
  • 5 pot air
  • 20 gm rempah beriyani (dibancuh dgn sedikit air)
  • 2 biji bawang besar (dimayang)
  • 1/2 inci halia (dicincang)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 sb minyak masak
  • 3 sb minyak sapi
  • 1/3 tin susu cair
  • garam secukupnya
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
Bahan-bahan hiasan : gajus goreng, bawang goreng, daun pudina, daun sup, daun bawang dan kismis.

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak bersama minyak sapi. Tumiskan bawang besar, halia dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan pes rempah beriyani dan kacau. Biarkan ia pecah minyak.
  2. Masukkan air (5 pot) bersama daun pandan dan garam. Biarkan mendidih sebentar.
  3. Masukkan beras dan tanak hingga hampir kering.
  4. Masukkan susu cair dan gaulkan perlahan.
  5. Tutup rapat tudung periuk supaya wap tidak keluar.
  6. Bila nasi sudah hampir masak, titiskan dgn pewarna kuning dan taburkan dgn bahan2 hiasan tadi.
  7. Perlahankan api dan biarkan nasi masak sempurna.
***dyg hanya menggunakan rice cooker utk memudahkan kerja. Cuma masa hendak menumis bahan2 je guna kuali. Lepas itu, masukkan ke dlm rice cooker.

Tuesday, September 22, 2009

Kad Raya untuk Semua Pengunjung

Sebelum terlewat...dayang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung samada pengunjung tetap atau pun pengunjung sementara di sini...jika ada tersilap kata, terkasar bahasa sepanjang aktiviti dayang di alam maya ini dan sepanjang kita bersembang takut2 ada yang tersinggung dan terluka tanpa disedari...harap2lah dimaafi yer...yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu adalah kelemahan dayang sendiri...terima kasih kerana rakan2 sudi memeriahkan lagi suasana di teratak yang tidak seberapa ini....yang dah nak balik kampung tu, berhati2lah ketika memandu, kurangkan statistik kemalangan.....

Akhir kata, sudi2kanlah angkut kad yang sudah di'framekan' ini ke rumah masing2 yer. Terima kasih....

Saturday, September 19, 2009

Kek Strawberi

Dalam kesibukan mengukis bbrp hari lepas, sempat gaklah buat kek strawberi ni kalau tak silap 13 hb..lewat satu hari besday dayang..maknanya belated besday cake la ni...si princess la yang excited sangat nak deko kek ni sampai jatuh2 buah stoberi itew...huhu...tak mengapalah, yang penting, dia dah mula minat dan ingin berjinak2 dgn benda2 mcm ni..kita kasi can la kan. walaupun msh budak2 lagi...sejuk hati ibuu...

Lepas bubuh topping tu, si kecik lak sibuk carik candle nak letak kat atas kek tu..tau tak candle apa???...candle besar tuu...hahaha!...bukan xda lilin kek,..cuma malaslah nak tiup2 lilin...lagipun nak cepat sebab ada kerja lain lagi nak buat masa tu...finally, jadi cenggini je....hehe...satu lagi, sepatutnya lapisan tengah kek tu dayang nak letak jem stoberi tapi si Princess dah tepek dulu kek lapisan atas sebab tak sabar nak tutup...apa nak jadiiii....

Sepotong kek ni nak bagi kat kawan kita yang sorang tu...siapalah agaknya yer????..hehe..

Apa2pun, kek ini sangat lembut dan sedap. Dayang buat loyang kecik cukup utk kami sekeluarga. Siapa2 nak kek ni, kenalah buat sendiri tau sb dah habisss....huhu.

Kek Strawberi (loyang 6 inci @ 5'' x 9")

Bahan-bahan :
  • 110 gm tepung naik sendiri
  • 115 gm mentega
  • 115 gm gula kastor (dikisar halus spt gula ising)
  • 2 biji telur A (dipukul sedikit)
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1 sdt teh pes strawberi
  • 3 sudu besar susu segar
Bahan-bahan hiasan :
  • whip topping
  • inti strawberi
  • buah strawberi
Cara-cara :
  1. Griskan loyang kek dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. Panaskan oven pd suhu 160C.
  2. putar mentega dan gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  4. Masukkan esen vanilla dan pes strawberi.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan diselang selikan dgn susu segar. Putar perlahan2 sehingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dlm loyang dan bakar selama 25-30 minit.
  7. Sejukkan setelah masak. Bahagikan dua. Sapukan dgn whip topping dan inti strawberi. Tutup kemas dgn lapisan kek satu lagi. Hiaskanlah dgn whip topping dan buah strawberi.

Friday, September 18, 2009

Kad dp Lina_pg


Assalamualaikum WBT.& Salam Sejahtera ,

Mata kadang tersalah pandang

Telinga kadang tersalah dengar

Mulut kadang ter salah ucap

Hati kadang ter salah duga

Maafkan segala silap yang pasti ada,

Selamat meneruskan Ibadah Puasa dan

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

MAAF ZAHIR & BATIN


Terima kasih Lina..mmmuahh!!.Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

Kerepek Jagung Pedas...lagi

Hari ini buat lagi kerepek jagung sb stok cornflake masih ada banyak lagi. Esok lusa mungkin buat honey cornflake atau biskut lak...tu pun tengoklah kalau ada free.

Kerepek ni sebenarnya sangat sedap dan rangup. Ada gak member2 MYR yg buat menjadi dan ada gak yang tak menjadi. Ada silap la tu kat mana2...apa2pun terima kasihlah byk2 bg yg tlh mencuba resepi ini.

Bahan-bahan :

* 3 cawan empingan jagung (dyg guna kellogs cornflake asli)
* 1 labu bawang besar/5 biji bawang merah (dikisar)
* 2 ulas bawang putih(dikisar)
* 3-4 sb cili kering kisar (boleh kurang/tambahkan- ikut citarasa)
* minyak secukupnya
* gula dan garam secukupnya

Cara-cara : Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan cili kering hingga betul2 pecah minyak. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau lagi dan biarkan sehingga garing. Barulah dimasukkan emping jagung tadi. Gaulkan sehingga rata (guna api sederhana).

Thursday, September 17, 2009

Biskut Japanese Plum

Satu lagi projek kukis hari ni. Dapat resepi dari dlm majalah. Cuma dayang buat 1/2 adunan je dulu..tu pun dapatlah dalam 82 biji. Kalau ok, nanti bolehlah buat banyak2. Untuk resepi biskut ni, dayang add 1 sudu besar cornflake kisar... memang sedap rasanya....

Next time boleh buat lagi...cuma shortening kena adjust sedikit. Apa2pun, memang sedap biskut ni....


Bahan-bahan : +/- 80 biji
  • 250 gm marjerin
  • 5 gm tepung susu
  • 50 gm gula halus (dikisar spt gula ising)
  • 400 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar cornflake kisar
  • 1 biji kuning telur utk sapuan
  • hirisan ceri secukupnya
Inti :
  • 40 gm shortening
  • 90 gm gula ising
  • 150 gm kacang tanah (dikisar)
Cara-cara :
  1. Putar marjerin bersama gula halus hingga kembang.
  2. Kaupbalikkan dgn tepung gandum dan tepung susu dgn menggunakan spatula (mungkin lembik sikit tapi jgn ditambah tepung).
  3. Masukkan cornflake dan gaul lagi sehingga menjadi doh.
  4. Gaulkan bahan inti hingga sebati.
  5. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan mangkuk kertas saiz kecil, sudukan sedikit adunan tepung ke dalamnya. Kemudian, letak inti kacang di atasnya dan tutupkan dgn adunan tepung (tak perlu ditekan).
  6. Sapukan dgn kuning telur dan hiaskan dgn hirisan ceri.
  7. Bakar selama 30 minit.

Koleksi Kad Raya lagi...

from Kak Ummi

from Kak Watie

from maz

from Kak Ina KL

from annisyacake

from Leenn

from kak Hanieliza

from eiyna


from Aya

from Siti

from kak Norli

Terima kasih banyak2 atas pemberian kad yang cantik2 dan comel2 ini.

Biskut Almond London

Semalam mengukis lagi....bersemangat nih...heheh...tapi hanya kukis2 terpilih je lah..yang disukai anak2 esp biskut Almond London ni..penuh dgn coklat...suka la tuu....hehe...

Bahan-bahan :
  • 500 gm tepung gandum + 1 sb tepung jagung (diayak)
  • 315 gm marjerin
  • 165 gm gula ising
  • 1 sdt esen vanilla
  • 2 biji kuning telur
  • 200 gm kacang almond (dipanggang/digoreng tanpa minyak)
  • coklat masakan (dicairkan)
  • kacang almond cincang
Cara-cara :
  1. Pukul marjerin bersama gula ising hingga sebati.
  2. Masukkan telur sebiji demi demi sebiji sambil diputar.
  3. Masukkan esen vanilla.
  4. Masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh.
  5. Bentukkan doh dan letakkan kacang almond di dlmnya.
  6. Bakar selama 30 minit pd suhu 160C.
  7. Apabila sejuk, hiaskan dgn coklat masakan dan hirisan kacang almond.

Wednesday, September 16, 2009

Biskut Snow Nestum

Satu lagi projek kukis 2 hari lepas. Sejuk je mata memandang...rasa pun boleh tahan sedapnya...resepi ilham sendiri ni...sebab tu tak glamer.....hihi....

Wahai mek lina, yang mana satu nak ni??? yang kaler pink ke kaler hijau???....heheh

Biskut Koko

Hah!..tu diaaa! biskut dayang senandung!..Oppss!...Biskut Koko laa....hahaha!....

Sila2lah menjamu mata dulu yer....nanti update lagi....cian kat kawan kita yg sorang ni dari semalam lagi teringin nak tengok kukis kita yang tak menawan nih.....tapi rasanya sedap tau....heheh....
Justify Full

Udang Kapitan

Udang lagik!!!....kali ni masak kapitan. Enak bangatt!!!...sungguh i tell youuu....Biasanya masak kapitan ni guna cili merah tetapi dayang gantikan dgn cili kering...memang hebatlah rasanya...tak kusedari tlh 3 kali menambah nasik.....

Nak join takkk???....mai lah sini...hehe...

Bahan-bahan :
  • 500 gm udang basah (dibersihkan)
  • sedikit daun kesum
  • 1 batang serai (diketuk)
  • garam secukupnya
  • 1 sudu makan gula
  • santan secukupnya
  • 1 keping asam gelugur
Bahan-bahan mesin :
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2-3 sudu makan cili kering kisar @ 3 biji cili merah
  • 1/2 inci belacan bakar
  • 3-4 biji cili padi
  • 2 cm kunyit hidup
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan mesin dan serai hingga pecah minyak.
  2. Masukkan udang, daun kesum, santan dan asam gelugur.
  3. Perasakan dgn garam dan gula.

Ayam Lada Hitam

Untuk menu berbuka hari ni dyg buat ayam lada hitam. Ringkas dan sedap!

Resepi ayam lada hitam ni lebih kurang sama je resepinya dgn ayam goreng berlada hitam..hehe..jangan terkompius lak...cuma ayam ni sebelum diperap dgn perencahnya, kenalah direbus separuh masak terlebih dahulu, barulah diperap selama 1 jam atau lebih...makin lama makin bagus...tapi janganlah sampai berbulan2...kang jadi 'ayam masin' @ 'ayam pekasam' lak...huhu...

Apa2pun...nanti dayang update lagi....