Sunday, May 31, 2009

Ayam Sri Sarawak

Sesekali teringinlah nak rasa masakan mak...apa nak buat, sabar aje lah...mahu x mahu kenalah buat sendiri....ni lah dia satu lagi masakan favorite dayang...ayam masak merah. Time raya, pasti mak x ketinggalan masak ayam ni sb dia tau masakan ni mmg dh menjadi favorite dyg sekeluarga...

Bahan-bahan :
  • 8 ketul ayam (digoreng separuh masak)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • rempah 4 sekawan
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • sedikit air asam jawa (jika suka)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • sedikit sos cili dan sos tomato
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau sedikit. Boleh tambah air jika suka. Masukkan ayam dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
  4. Hidangkan setelah masak.

Karipap


Karipap kegemaran anak2. Dayang prefer buat dengan menggunakan pastri rapuh kerana ianya tidak berminyak dan tak liat walaupun ketika sejuk. Karipap ini menggunakan inti keledek dan boleh digoreng atau dibakar (dyg guna kaedah menggoreng). Sedap dan sesuai dgn citarasa dayang sekeluarga.


Bahan-bahan utk pastri : (20-24 biji)
  • 250 g  Tepung gandum
  • 120g  Marjerin
  • 70-80 ml  Air sejuk + secubit garam (dibancuh)
Cara-cara :
  1. Tepung gandum dan marjerin diramas2 menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.
  2. Sejukkan selama 1 jam.
  3. Kemudian tuangkan air dan uli hingga menjadi doh yg licin. 
  4. Canai dan terapkan doh. Letak inti di tengah2nya dan kelim dgn kemas.
  5. Goreng hinggga keemasan dgn menggunakan api kecil. Boleh juga dibakar jika suka.


Inti keledek : bahan-bahan: keledek merah, isi ayam, daun kari, kari ayam, bwg besar, bwg merah, bwg putih, air, gula dan garam.

Sambal Terung


Untuk tidak menghampakan rakan-rakan blogger khususnya para pengikut dayang yg sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti seharian esp masakan dayang, di sini dayang tampilkan bbrp resepi masakan(masakan yg tlh lepas) yang sempat dayang kongsikan bersama anda semua. Mana entry masakan yang xde resepi tu, harap bersabar dulu yer…nanti dyg akan update resepinya….Semoga dgn adanya entry baru ni, dpt menyerikan lagi blog dyg yang hampir sebulan hilang serinya dan semoga terubatlah kerinduan rakan2 sekalian yer…hehe. Selamat mencuba resepi2 dayang dan ceria2lah selalu!!!!...to Lina_pg, jgn lupa siapkan homework ni tau…:) Free nanti, dayang akan update lagi. Take care n Happy Father’s Day!


Sambal Terung

Bahan-bahan :

  • 1-2 biji terung panjang/bulat (dipotong dan digoreng separuh masak)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu makan udang kering (dikisar)
  • Sedikit belacan (jika suka – dikisar)
  • 2 sudu makan cili kisar
  • Sedikit air asam jawa
  • Gula dan garam
  • Minyak masak
  • Cili merah (dihiris)

Cara-cara : Panaskan minyak di dlm kuali. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga terbit bau. Masukkan terung, garam, gula dan air asam jawa. Tumis hingga kering. Hidangkan setelah masak.

Thursday, May 28, 2009

Bz lagi ler.....



Salam mesra semua….rindu sgt2 kat u all….thanks ya sb x jemu2 singgah ke blog dayang. Dayang masih sibuk nak uruskan bbrp perkara yang x dpt dielakkan. Ehem,...... dh tengok gambar2 tu? Ni la salah satu kerja yang perlu disiapkan…hehe. InsyaAllah, dah siap nanti dayang akan explain, ok. Masa ni,…biarlah rahsia…keh!keh!keh!....Apapun, dayang sempatlah singgah jap nak kirim khabar berita kat teman2 yang sentiasa diingati dan disayangi….Alhamdulillah, setakat ni, dayang sihat…jangan risau. Cuma sejak x berblogging ni berat dah mula turun 2kg...yahuuu!!after dis xde lah nk merungut lagi...hehe...

oklah...sampai di sini dulu kte bersua...nanti bila dah settle,...dyg akan post en3 resepi banyak2, alright...thanks ya kpd kawan2 yg sudi berkunjung dan mengemas rumah dyg yg sarat dgn sawang ni...mmmuah!!miss u!...Have a Nice Day!!!

Thursday, May 14, 2009

Salam semua….dayang singgah jap jenguk rumah dah berkurun2 x sempat nk cuci. Memang penuh dgn sawang sana sini…thanks sekali lagi kpd rakan2 yg sudi bertandang walaupun tuan rumahnya xde. Kepada yang baru meninggalkan jejak, thanks for the visits, InsyaAllah, nanti dayang akan singgah ke blog anda..:) Buat masa ni dayang masih sibuk dgn hal2 lain sehingga membataskan perjalanan dayang ke alam maya. Lagipun laptop x berapa ok lagi. Selalu ‘hang’. Dah repair pun macam tu gak perangainya… mmg nak kena rotan… :D.. Whatever it is…I really missed you all!...Harap dapat bersabar ya. Bye! Take Care then. Lupa nak wish,..Happy Mother’s Day (hari2 kena sayang ibu, tau…bukannya bulan ni je..) …

Wednesday, May 06, 2009

Minta Maaf,...Minta ampuuunn!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dayang ucapkan kpd semua rakan blogger yg dikasihi dan dirindui selalu. Harap2 semuanya sihat dan ceria. Terima kasih juga tak terhingga atas kunjungan anda semua yg x jemu2 mengintai rumah dayang di samping mesej2 yang tak dapat dayang balas buat sementara waktu. Dayang minta maaf kpd semua yer…ketika dan di saat ini dayang mmg x sempat nak jalankan aktiviti blogging atas sebab2 yang x dpt dielakkan. InsyaAllah, dah settle nanti, dayang akan aktif balik. Banyak benda nak share ngan u all… Terima kasih juga diucapkan kpd Azalea kerana x putus2 menghantar sms bertanyakan ttg akak. Akak sihat. Jangan risau. :) ...HaSue, Lina, K.ros n semua yg tlh sudi tinggalkan jejak tu,...thank you so much!...rindu u all!!...MMuaaahhhh!

Kepada yang telah mencuba resepi dayang, thanks a lot. Jangan serik yer…walaupun tuan rumah xde, masuk jer…buatlah macam rumah sendiri... :)

Mmuah3x! I Miss u all!!!... Ceria Selalu!!!!

Dayangjack