Saturday, October 31, 2009

Sotong Berempah Madu

Semalam tak sempat nak tayang menu makan tengahari. Antara lauk yang dimasak ialah termasuklah sotong, ikan rebus asam pedas dan ayam goreng.

Nasib baik buat banyak. Kalau tak, memang rugilah sb rasanya sangat2 menepati citarasa. Idea nak masak sotong berempah ni dtg secara spontan je tu. Alhamdulillah, hasilnya mmg tak mengecewakan.

Kalau nak tau rasanya mcm mana, bolehlah mencuba resepi yang dayang sertakan ini yer.....



Sotong Berempah Madu

Bahan-bahan :
  • 400 g sotong basah (dibersihkan dan dipotong. Gaulkan bersama dgn sedikit kunyit dan garam. Kemudian rebus hingga 3/4 masak. Toskan)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk lada sulah
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 2 sudu makan madu (dibancuh dgn 2 sudu besar air)
  • 3 sudu besar cili kering kisar/cili giling
Bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 lengkuas
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kering dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk lada sulah. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis. Kacau lagi. Tambah sedikit air jika perlu.
  5. Masukkan sotong, madu, cili merah, dan bawang besar. Gaulkan hingga kuahnya pekat dan barulah dimasukkan jus limau. (boleh tambah garam/gula jika perlu)
***jika kurang pedas, boleh tambah cili api.
***serbuk jintan boleh dikurangkan jika suka.



Hari ni nak masak apa yer???...tengah berfikirlah ni...heheh....apa2pun selamat makan tengahari! have a nice day!

Friday, October 30, 2009

Kek Lumut


Salam...

Untuk memenuhi permintaan peminat kek2 kukus yg telah menghantar emel kpd dayang, di sini dayang ingin kongsikan satu lagi resepi kek kukus tradisi Bumi Kenyalang yang amat popular dari dulu sehinggalah sekarang iaitu Kek Lumut.

Bagi yang pernah merasa atau yang dah selalu membuat kek ini sudah semestinya tahu akan rasanya yang sedap dan lembut walaupun rupanya seperti lumut. Ada rupa lumut tak ni??..hehe.

Resepi kek lumut ni pun sudah ada banyak versi mengikut citarasa masing-masing tapi the basic recipe tetap sama iaitu penggunaan horlicks , seri kaya dan nestum. Itulah yang menjadikannya wangi dan sedap. Namun utk resepi dalam versi sendiri ni, dyg tak menggunakan nestum. Bau dan rasa horlicks sudah mencukupi.

Untuk tepungnya pula, sesetengah resepi menggunakan tepung Samolia atau tepung Almond utk menggantikan tepung gandum. Apa2pun, jangan risau, rasanya tetap sedap walaupun hanya menggunakan tepung gandum.

Kek yang sempat dyg buat ni hanyalah 1/2 adunan shj dp sukatan resepi asal utk loyang 7 " x 7 ". Namun ianya sudah dieditkan dan sukatannya pun dalam cawan metrik. Jadi, no excuse lah kepada yang ingin mencuba tapi keliru dgn sukatan gelasnya yer...hehe.

Ok, ini adalah resepi asalnya utk loyang 9 inci.

Bahan-bahan : Loyang 9” x 9”
  • 1 ½ gelas tepung gandum (diayak)
  • 8 biji telur A
  • 450 gm mentega berkualiti ( SCS atau Anchor)
  • 1 gelas gula halus (kisar halus lagi jika suka)
  • 200 gm horlicks
  • Pewarna hijau (Star Brand) - dayang gantikan dgn pes pandan Cap Kopoe-Kopoe
  • 1 tin kecil Seri Kaya
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering)


Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
  • 4 sudu besar seri kaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : sama seperti atas. Cuma masa mengukus ialah 2 jam 30 minit.

Thursday, October 29, 2009

Ayam Kacang Ma

Salam....

Gembira sungguh hari ni dapat parcel dari kakak. Antara barang-barang kiriman ialah 1 bungkus kacang ma iaitu sejenis herb/jintan atau nama saintifiknya ialah "Leonurus Sibiricus L"...lebih kurang adik beradik jintanlah. Tengok gambar kat bawah ni...sekali pandang mcm daun oregano, kan...tapi sebenarnya ialah kacang ma. Tang mana ntah kacangnya tak taulah...mmg namanya mcm tu. Inilah sejenis herb yg dicampurkan ke dalam masakan ayam dyg hari ni. Kalau tak silap masakan ni asalnya daripada masyarakat Hakka yang dipanggil 'Ka Ciam Ma' (correct me if i'm wrong). Dulu dyg pun ingat kacang ma ni ialah sejenis kekacang...rupa2nya Tipah tetipu, bang! Tipah tetipuu!...huhu...


Dah dapat eksesori ni, bolehlah masak dgn ayam. Rindu dendam habis nak makan ayam kacang ma nih!...walaupun agak jemu makan ayam, tapi tekak ni still dpt nak telan dgn adanya kacang ma. Memang sedap sangat2 dimakan dgn nasi putih. Very aromatic. Rasanya ada sedikit pahit tapi pahitnya taklah melekat di tekak. Lagipun dah di'modified' dgn campuran halia dan sedikit kunyit, jadi kuranglah sikit pahitnya.


Cara memasaknya pun diambil kira juga. Semakin lama dimasak, semakin sedaplah rasanya. Bagi ibu2 yang dh bersalin tu mmg sesuailah makan masakan ayam ni during confinement. Khasiatnya sangat bagus utk memulihkan kesihatan dalaman. Inilah salah satu menu berpantang dyg ketika bersalin dulu. Tapi sebelum tu, kakak pun curious gak. Die tanya "napa tetiba mengidam nak kacang ma ni?? Kau ada isi lagi ke ni?? ke kau miscarriage???...heheh...mengidam angin jer. Mana tau lepas mengidam ni ada isi pulak. Mudah-mudahan lah kan...heheh...

Kacang ma sgt baik untuk melancarkan perjalanan darah, sistem kardiovaskular dsb. Pendek kata, ia memang sesuai utk perubatan.

Ok, inilah resepi ringkas Ayam Kacang Ma yang diolah dalam versi sendiri. Jika ada sesiapa yang belum pernah mencuba atau tak tau mcm mana nak masak ayam dgn kacang ma, bolehlah cuba resepi ringkas ini. Kalau ditanya kat mana nak dapatkan herb ni bagi yang berada di luar kawasan Sarawak, itu dayang tak pastilah kan... mungkin ada dipasarkan di Semenanjung M'sia, mungkin dijual secara kecil-kecilan shj atau sudah dikomersialkan secara besar-besaran. Cuba2lah cari kat market kalau ada. Wallahualam....

Bahan-bahan : untuk seorang makan
  • 200 g isi ayam (dipotong kiub atau ikut suka)
  • 3 sudu makan kacang ma
  • 80 g halia muda
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara :
  1. Kisar halia bersama air 1/2 cawan dan tapiskan airnya (jangan dibuang airnya). Kemudian goreng halia tadi sehingga kering barulah dimasukkan kacang ma dan goreng lagi hingga warnanya keperangan. Kemudian tumbuklah kedua-dua bahan tadi hingga halus.
  2. Di dalam kuali, panaskan minyak. Masukkan ayam, serbuk kunyit, kacang ma dan halia. Kacau untuk beberapa minit dan masukkan air halia.
  3. Setelah ayam masak, masukkan garam, gula dan lada sulah. Biarkan kuahnya pekat barulah diangkat dan dihidangkan.

Wednesday, October 28, 2009

Ayam Lada Hitam Ekspress

Seperti biasa..... lauk ayam lagi. Inilah antara menu yg sempat ditayangkan di sini. Kenapa ekpress??? sebab ayam ni tak perlu diperap berjam2. Sebaliknya, hanya direbus bersama bahan2 perencah dan kemudian terpulanglah samada nak dibakar atau digoreng sebab kedua2nya pun boleh. Lagipun tak mengambil masa yang lama nak memasaknya. Ayam ni mmg sedap dan cukup rasa(manis, masam dan masin) kalau ikut selera tekak ni lah...sesuai sangat dimakan bersama nasi putih, nasi ayam dsb. Nak ratah gitu saja pun sedap.


Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos BBQ
  • 60 ml air asam jawa / jus lemon
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sk garam
Cara-cara : Satukan kesemua bahan di dlm kuali dan rebus hingga 3/4 masak atau sehingga kuahnya pekat melikat. Kemudian goreng hingga masak. Untuk menggril/memanggang, tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun/minyak masak dan gaulkan. Kemudian, panggang hingga masak (boleh dipanggang dgn menggunakan dulang yg berbalutkan kertas foil atau tanpa dulang)


Tuesday, October 27, 2009

Tempoyak Udang Goreng

Hari ni sebenarnya hari durian sedunia kat rumah dyg walaupun musimnya telah lama berlalu..heheh...selain dibuat pengat, sempat jugalah dibuat tempoyak. Memang puas hati sangat2 dapat buat tempoyak fresh.

Maka, hari ni utk melepaskan rindu dendam, dyg buat tempoyak goreng bersama udang. Waduhhh!!...enak bangat!! sampai tak sedar nasik dlm pinggan habis licin...cam tak cukup pulak..huhu...last2, menambah lagi...tak pandang pun lauk lain. Hanya makan tempoyak ni bersama nasi panas je. Barulah terasa kelazatannya...mabeles!!..

Sambal tempoyak ni mmg sesuai sgtlah dimakan ketika bersahur sbg pembangkit selera. Gerenti menambah lepas tu (bg peminat tempoyak la kan...yang tak minat tu lainlah cerita...hehe)....

Lagi satu, kalau nak buat tempoyak goreng, gunalah tempoyak yang fresh, janganlah yang dh terlalu masam...nanti x sedap.

Untuk resepi Tempoyak Udang Goreng ni sesiapa yg berminat bolehlah mencubanya. Memang sedap tau....belum cuba belum tahu....

Tempoyak Udang Goreng
  • 5-6 sudu besar tempoyak segar
  • 300 gm udang basah (dibuang kulit dan dibersihkan)
  • 5 sb cili kering kisar
  • 3 biji cili api merah (dikisar)
  • 1 keping asam gelugur
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 cm kunyit hidup (dikisar)
  • 2 cm halia muda (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  • Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan tumis hingga separuh masak.
  • Masukkan tempoyak, asam gelugur, garam dan gula (pastikan rasa masin dan manisnya sama).
  • Goreng tempoyak sehingga masak sempurna (guna api perlahan).

Bubur Kacang Hijau & Durian

Petang tadi sempat juga buat bubur kacang hijau & durian. Memang dh lama pun x masak. Durian pun dh nak habis musim. Nasib baiklah dapat jumpa yang 5 biji rm10. Tu pun dpt saiz S. Jadilah dp x dpt langsung. Yang bestnya, walaupun dapat yg kecik2 tapi boleh tahan gak sedapnya.

Bila nampak durian ni teringat lak kat kampung halaman. Macam2 jenis durian boleh dapat dan murah sangat2 selain rasanya yg enak...tapi tak boleh nak dibandingkan harga di bandar. Memanglah mahal. Dulu kalau kat kampung dyg, sebijik durian harganya rm1 sahaja. Itupun msh gak nak tawar-menawar..hehe....

Bubur durian dan kacang hijau ni rasa2 ramai yang dh tau resepinya, kan. Jadi, tak perlulah rasanya nak letak resepi. Lagipun, main agak-agak tangan je ni..hehe... antara bahan2nya ialah kacang hijau, durian, daun pandan, gula melaka, garam, sedikit sago, gula pasir dan santan.

Poached Egg....lagik

Hari ni sekali lagi buat poached egg versi 'malu2 kucing' atau versi menutup aurat...heheh....terima kasih sekali lagi kpd K.Nor krn sudi berkongsi tip cara2 nak buat poached egg.


Jadi, sesiapa nak belajar buat poached egg ni, jom la ke rumah k.Nor. Very easy!....

Nasi Lemak, Poached Egg & Sambal Sotong

Salam...
Menu semalam ni tau. Bukan hari ni. Hehe..biasalah, sejak mengalami masalah teknikal ni, payah betul ler nak update n3 setiap hari. Lappy satu lagi tu msh kat icu lagi...ala2 Sleeping Beauty' gitu....huhu.
Ok, nasi lemak ni dah lama gak tak masak. Maka, semalam tu buatlah dgn sambal sotong sekali. Sedap sangat2....habis licin!...Alhamdulillah...

Menggunakan resepi nasi lemak yang dh biasa dibuat. Boleh rujuk DI SINI atau DI SINI.

Untuk resepi Sambal Sotong bolehlah refer DI SINI atau DI SINI yer...

Haa, yang ni pulak ialah Poached Egg. Baru kali pertama buat ni. Belajar daripada sifu masakan, K.Nor Ganu. Terima kasih byk2 yer kak sb sudi berkongsi ilmu cara2 membuat poached egg. Cuma dyg x rendam telur ni lepas direbus. Biarkan ia sejuk je, lps tu baru bukak plastiknya perlahan2. Memang mudah sgt2!!...Amacam, sifu??...dapat sijil tak ni??..heheh. Yang kat tengah2 tu mmg disengajakan terbuka biar nampak ade kaler n nampak seksi sedikit...hihik...Jadi, sesiapa nak cuba buat poached egg ni bolehlah rujuk DI SINI.



Sunday, October 25, 2009

Ayam Senandung

Menu hari ini adalah ayam masak hitam manis atau lebih sweet jika dipanggil 'Ayam Senandung'...hehe. Jangan tengok rupanya yang gelap tu.. tapi kalau makan mmg tak leh nak stop...

Bahan-bahan :

Bahan Perapan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • garam secukupnya
Cara-cara : Gaulkan kesemua bahan dan perapkan selama 1 jam. Kemudian goreng hingga 3/4 masak.

Bahan Kuah :
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1/2 cawan santan
  • 1 sudu makan kerisik
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu makan madu
Cara-cara : Tumis bahan2 kisar, cili kisar, daun pandan dan kulit kayu manis hingga wangi. Kemudian, masukkan ayam dan sedikit air. Gaulkan. Masukkan kicap pekat, kicap manis, santan, kerisik dan madu. Kacau dan masak hingga kuahnya pekat.

Saturday, October 24, 2009

Kek Kukus Velvet Hawflakes (kak fida)

Salam....

Semalam adalah masa yg paling sesuai utk mencuba resepi kek orang lain pulak. Dah lama dok perhatikan kek kukus velvet ni kat dapur kak fida. Teringin juga nak mencuba. Cuma belum sampai seru lagi masa tu memandangkan stok tak cukup esp yang hawflake sebesar duit syiling 50sen tu..heheh..payah betul nak carik.

Finally, jumpa gaklah kat Giant. Tapi dapat yang sebesar duit 10sen je. Jadilah tuu....

Tapi sebelum bercerita panjang pasal kek ni, dayang nak interframe sikit pasal our 'new blogger' iaitu Lina_pg..kenal kan?? yang selalu sosek2, skodeng2, lepak makan kat sini tu lah....hihi. Sekarang sudah ada blog sendiri...Alhamdulillah...Tahniah yer, lina.Semoga akan bertambah seri dan meriahlah alam siber ni dgn kehadiran blogger baru seperti beliau. Oleh itu, sesiapa yang sudi, kunjungilah rumah beliau di http://linapg.blogspot.com ... Selamat berblogginglah yer Lina... :)

Oklah, berbalik cerita pasal kek ni....dyg hanya buat separuh adunan je dulu. Itupun dah cukup utk kami sekeluarga. Memang tidak menghampakan hasilnya. Sedap, lembut dan gebu. Cuma untuk lapisan hijau, dyg dah kehabisan pewarna hijau, maka, digantikan dgn pandan paste. Ok lah tu kan daripada x ada langsung....hehe. Untuk lapisan kek itu pula dyg campurkan sedikit kismis yg sudah dihiris kecil2...sekadar nak tambah perisa. Lagipun anak2 gemar makan kismis. Jadi, tak ada masalah lah tu...

Overall, kek ni mmg sedap dan memang patut dicuba. Thank yer kak fida krn sudi berkongsi resepi kek yang mudah dan sedap ini.


Dayang kopipes resepi k.fida di sini yer buat rujukan pada masa akan datang. Terima kasih.

Bahan-bahan ( loyang 10x7 )

  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
  • secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  5. untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
  6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

Sambal Udang dan Ayam Masak Lemak Cili Padi

Menu hari ini ialah sambal udang dan ayam masak lemak cili padi.....tak sempat nak tayang banyak2 sebab tak sabar nak ngap...heheh....jomlah kita makan!

Ayam Panggang Berempah

Salam....
Semalam tak sempat nak update apa2 kat sini. Si Lina pun dah jelaskan masalah yg sedang dyg hadapi masa ni. Thanks, lina sb sudi jadi reporter tetap dyg...heheh.Jadi tak perlulah nak dijelaskan lagi yer. Memang frust gak lah. Apa2pun trm ksh kpd yg telah sudi datang berkunjung dan sudi tinggalkan jejak. Really appreciate it!....

Bbrp hari lepas dyg buat ayam panggang lagi. Tapi version lain lak. Oleh kerana anak2 tak jemu2 makan ayam, jadi, kenalah kreatif memasaknya. Kalau sebelum ni dayang buat ayam percik, kali ni buat ayam panggang berempah lak. Memang sedaap!!!....sampai princess kata x cukup seekor tu....huhu...

Hari ni teringin lak nak makan Ayam Kacang Ma tp x cukup eksesori. Kena tunggu kakak poskan barang2nya dari Srwk. Kena bersabarlah jawabnya.

Apa2pun, layanlah dulu apa yang ada ni...hehe.


Ayam Panggang Berempah

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 sudu makan lada hitam (dikisar)
  • 5 tangkai daun ketumbar (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar minyak zaitun (minyak masak pun ok)
  • garam secukupnya
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan di dlm periuk/kuali. Rebus sehingga separuh masak @ sehingga kuahnya agak pekat.


Sediakan dulang yang dibalutkan dgn kertas foil. Susunkan ayam bersama bahan2 perencahnya sekali dan panggang hingga masak.


(terbalikkan ayam ketika memanggang supaya masak sempurna)

***boleh juga dipanggang tanpa dulang jika suka

Thursday, October 22, 2009

Daging Masak Merah

Salam...

Alangkah leganya dapat tayang n3 hari ini walaupun agak terlambat...macam kura-kura lak kan..hihik....tak mengapalah, janji dapat sampai....

Oklah, masa ni tengah hujan lebat serta kilat kat tempat dayang. Nasib baiklah ada line lagi ni. Tadi mmg tak sempat nak blogging sb busy ngan hal-hal lain. Jadi, kalau terputus hubungan masa ni, faham2 jelah yer....heheh.

Semalam dyg buat daging masak merah. Bukan yang ala2 Thai tu. Masak merah versi sendiri dgn sentuhan bahan2 rempah dan daun ketumbar. Memang lazatlah rasanya...

Selepas ni bolehlah buat lagi. Jika ada sesiapa berminat nak cuba resepi ni, cnp lah resepi ni yer tapi jgnlah ter'cnp' gambarnya sekali....heheh...


Bahan-bahan :
  • 200 gm daging rebus (dihiris nipis)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sk kicap pekat
  • 2 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
Bahan mesin :
  • 5 biji bwang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sm halia
Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 mesin serta serai hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering, serbuk ketumbar dan serbuk jintan. Tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sedikit air. Biarkan mendidih seketika. Barulah dimasukkan daging. Gaulkan.
  3. Masukkan daun ketumbar, madu dan asam gelugur. Perasakan dgn garam jika perlu.
  4. Akhir sekali masukkan bawang besar dan tomato.
  5. Setelah kuahnya agak pekat, bolehlah ditutupkan api dan hidangkan.
***boleh tambah cili padi jika suka.

Tuesday, October 20, 2009

Kek Marie Kukus

Salam....
Betapa payahnya nak masuk ke rumah sendiri apatah lagi nak masuk rumah org lain...betul2 traffic jam lah kat alam siber hari ini....huhu. Apa2pun terima kasihlah kpd yg tlh sudi tinggalkan jejak kat sini yer...yang berebut2 dan gaduh2 pasal ayam 3 ketui tu, sudah2lah tuu,..don't worry, resepi dah diberi, nanti buatlah sendiri....hehe...aik, tersengeh lak si mek Lina tuu.. :D

Ok, baru2 ni dyg buat lagi projek mengukus kek..kalau tak silap 2 hari lepaslah kot...baru sempat nak tayang kat sini. Mintak maaflah sekali lagi sekiranya gambar2 ni kurang jelas atau kabur, atau cerah sgt ke, tak pastilah kan...sb dyg pun x dpt nk fokus sgt dgn gambar2 yg ada ni memandang skrin laptop ni kecik sgt. Apa2pun, dyg bersyukur dan berterima kasih kat hubby sebab sudi meminjamkan lappie ini utk dyg blogging....

Buat pengetahuan semua, kek ni dimasak dgn menggunakan loyang 7" x 7". Jadi, taklah besar sgt. Cukup utk makan satu famili esp si princess tu. Siap bekal ke sekolah lagi tu semata2 nak jamu kawan2 dia...hehe.

Kali ni dyg guna biskut coklat marie utk dilapiskan pd kek. Tukar selera lah pulak, kan...sb biasa buat yang adunannya bewarna coklat. Tapi kali ni buat adunan putih supaya nampaklah lapisan biskut tu, betul tak??..hihik. Memang sedap lebih2 lagi ada campuran horlicks.

Inilah biskut coklat marie yang dyg gunakan utk buat kek kukus ni.

Kek Marie Kukus

bahan-bahan :
  • 115 gm / 3/4 cawan tepung gandum (diayak)
  • 150 gm biskut marie (@ secukupnya)
  • 4 biji telur A
  • 220 gm marjerin
  • 4 sudu besar horlicks
  • 1/4 cawan @ 4 sudu besar susu pekat manis
  • 1/4 cawan @ 4 sudu besar Seri Kaya
  • 1 sk esen vanilla
  • 100 gm / 1/2 cawan gula halus
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
  2. Pukul telur bersama bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Pukul marjerin bersama susu pekat hingga berkrim.
  4. Satukan no 2 dan no 3. Kacau sebati (guna kelajuan minima)
  5. Masukkan seri kaya dan kacau lagi.
  6. Masukkan horlicks diikuti dgn tepung. Sebatikan.
  7. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Sebatikan adunan.
  8. Sendukkan adunan (3-4 senduk) ke dalam loyang. Ratakan dan susunkan biskut marie di atasnya (JANGAN DITEKAN BISKUT MARIE ITU - nanti kek akan jadi ombak besar/tsunami...heheh). Tutupkan dgn kertas foil dan kukus hingga masak. Buatlah lapis demi lapis sehingga habis.

Selamat Mencuba!

O ya sebelum terlupa, ada juga emel yg sempat dyg baca tapi tak sempat nak balas. Kebanyakannya ialah ttg kek2 kukus. Ada yang meminta dyg utk menulis resepi kek lapis kukus yang belum ada lagi resepinya kat siber setakat ni. InsyaAllah, resepinya mmg ada, cuma x ada gambar je lah. Nanti dyg akan tuliskan resepinya yer. Thanks juga kpd yg telah mencuba resepi kek coklat kukus III baru2 ni dan kalau tak keberatan, hantarlah reportnya ke MYR yer utk dikongsikan bersama pembaca yg lain. Tq.

Monday, October 19, 2009

Ayam Percik Panggang

Salam....
Menu istimewa dayang hari ni ialah ayam percik panggang. Sedap sangat2 sampai tak ingat nak jemput member2 yg rajin skodeng tu makan sekali..huhu. Mintak maaflah yer...hehe. Takpe2, lain kali dyg masak banyak2 utk kita buat gathering....sapa nak gather2 dgn dyg???angkat tangan sekarang!.... :D

Oklah, sebenarnya, mmg x plan pun nak panggang ayam sb lecehlah nak perap dulu dan macam2 benda nak buat kat dapur tu. Finally, dyg rebus sekali ayam ni dgn semua perencahnya sehingga 1/2 masak. Tak payah nak perap. Lepas itu, panggang dgn kuah2nya sekali sampai masak. Mudah, kan??.... Hasilnya, mmg sedaaaappp! thumbs up utk diri sendiri....Gambar2 ayam yg tak mesra posing ni adalah the latest pictures dyg ambik. Mintak maaflah yer jika gambarnya tak berapa jelas. Yang penting, rasanya yang sedap.

Sesiapa nak cuba, bolehlah ikut resepi ni yer. Mana tau kena dgn citarasa. Mudah2an lah kan...hihi. Nak ajak makan, hanya tinggal bbrp ketul je ni...mesti tak cukup....

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka - bersihkan)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 10 tangkai cili kering (dikisar) - boleh tambah jika suka
  • 3 batang serai (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 sk halba
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 ketul gula melaka (dihancurkan)
  • 1 sudu besar gula pasir
  • garam secukupnya
Cara-cara : Satukan ayam dgn semua bahan di atas di dlm periuk dan kacau sehingga separuh masak atau sehingga kuahnya pekat. Kemudian, sediakan dulang dan lapikkan dgn kertas foil. Tuangkan ayam tadi bersama kuahnya dan panggang dgn suhu 200C sehingga masak (jangan lupa terbalikkan ayam ketika memanggang supaya masak sempurna)