Saturday, January 30, 2010

Kek Coklat Tanpa Telur


Baru-baru ni ternampak kek coklat sebegini kat umah rakan blogger. Teringin pulak nak buat memandangkan anak2 pun gemar makan kek bercoklat. Tapi kali ni tak letak topping / ganache sb kek ni dah cukup rasa. Sangat moist dan lembut!

Resepi ni dah lama simpan hasil adjust sana adjust sini resepi eggles chocolate cake yang ada dalam internet ni. Banyak gak adjust tu selepas berkali2 buat eksperimen....hehe. Maka, akhirnya dapatlah taste yang diinginkan. Dah kali kedua buat...ikut resepi yg ada ni lah. Lagipun, stok telur berada dalam tahap kritikal ditambah lagi dgn ketiadaan butter, jadi kita buat cara begini. Alhamdulillah, menjadi sangat2 dan sangat berpuas hati dengan hasilnya. Cuma masalah oven jerlah, rasa2 perlu diservis. Dah ada tanda2 menunjukkan penuaannya itu tapi masih boleh digunakan lagi. Yalah, dah lama sangat guna kena perlu servis gak tu. Kalau tak servis, rosaklah kek nanti. Ingat tu ya tuan-tuan, puan-puan dan cik-cik sekalian. Itulah antara faktor yg menyebabkan kek tak menjadi dgn sempurna.


Kek ni dibuat semalam. Sempat ambik gambar lepas masak. Sejukkan dulu. Hari ni barulah potong. Tapi tu lah, tak dan lagi nak posing, si Princess dah standby garpu dgn piring...hehe.

Sebenarnya sangat mudah buat kek ni. Tak perlu mixer atau hand whisk. Cuma perlu digaul sebati dgn senduk kayu atau spatula shj. Bagi yang tak ada mixer kat umah tu sgt2 dialu2kan utk mencuba resepi ini.

Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan-bahan : loyang kecil
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
  • 1 sk serbuk penaik*
  • 1/2 sk soda bikarbonat*
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
  • 3/4 cawan air kopi panas
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.  Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.


    Sedapnyaaaaaa!!!

    ** Baru-baru ni ada yg menghantar emel meminta dyg menulis tip2 membakar kek dan masalah kek ranap. Sila rujuk DI SINI untuk tip membakar kek.


    Update :
    Resepi Ganache

    Bahan-bahan : anggaran shj
    • 200 g coklat masakan (dipotong kecil2)
    • 125 ml susu segar
    • 50 g butter (dipotong kecil2)
    • 50 g gula icing
    • sedikit esen vanilla
    Cara-cara : 
    Satukan mentega dan coklat masak di dlm periuk dan cairkan. Kemudian tuangkan susu dan masukkan gula icing. Kacau perlahan2 dengan menggunakan kaedah double boil. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi hingga pekat dan berkilat. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dituangkan ke atas kek.

    Thursday, January 28, 2010

    Nugget Ayam Krispi (homemade)

    Petang tadi sempat jugalah buat nugget ayam utk si Danial. Satu pinggan ni utk dia sorang jerlah. Isi ayam ni pulak adalah belen buat nugget minggu lepas. Membazir pulak rasanya kalau tak dihabiskan. Nasib baik breadcrumb ada lagi. On jer lah. Lagipun tak susah mana pun nak buat nugget ni. Buat bentuk2 simple jer... dah jadi.

    Sesetengah nugget instant isinya dikisar tapi dyg x suka kisar, sebaliknya, dihiris atau dicincang kasar jer, barulah sedap. Selain bahan2 lain, dyg pasti akan letak gula secubit dua supaya rasanya jadi  lemak2 gitu.  Tak letak pun still ok. Senang jer kan buat nugget  ikut citarasa sendiri...hehe.


    Bahan-bahan :
    • 300-400 g isi ayam (dibersihkan dgn air limau dan dicincang kasar)
    • 1/2 sk serbuk lada hitam / lada sulah
    • 1 sk serbuk pati ayam - optional
    • garam secukup rasa
    • 1 biji telur (dipukul sedikit)
    • 2-3 sudu besar tepung serbaguna
    • serbuk roti secukupnya (breadcrumb)
    Cara-cara :
    1. Gaulkan ayam bersama serbuk lada hitam / lada sulah, serbuk pati ayam dan garam hingga sebati.
    2. Bentuk2kan isi ayam tadi mengikut kesukaan masing-masing. Nak bentuk menjadi jejari ayam pun boleh.
    3. Kemudian salutkan dengan tepung satu persatu.
    4. Celupkan ke dalam telur.
    5. Kemudian golek2kan dgn serbuk roti.
    6. Simpan ke dalam bekas yang bertutup dan sejukkan terlebih dahulu selama 30 minit ke dalam peti dingin beku.
    7. Sediakan minyak utk deep frying. Apabila sudah panas, gorenglah nugget tadi hingga keemasan.
    8. Hidangkan bersama sos atau mayonis.

     

    Ayam Madu Berkicap



    Masak ayam lagi utk makan malam. Sedaaaaapppp!!....tak cukup pulak rasanya masak seekor...hehe. Ingatkan malas nak makan ayam dah, tapi masakan sebegini mmg betul2 buat perut ni lapar. Jom makan!

    Bahan-bahan :
    • 1 ekor ayam (dipotong dan dibersihkan. Kemudian digaul dgn sedikit serbuk kunyit & garam & digoreng hingga 1/2 masak)
    • 5 biji bawang merah (dikisar)
    • 2 ulas bawang putih (dikisar)
    • 1 cm halia (dikisar)
    • 3-4 biji cili padi (diketuk)
    • 1 sudu makan cili kering kisar
    • sedikit hirisan daun ketumbar
    • 1 sb kicap pekat
    • kicap manis secukupnya
    • sos cili secukupnya
    • 1 sb sos tiram
    • 2 sudu besar jus lemon
    • 1-2 sb madu (dibancuh dgn sedikit air)
    • sedikit hirisan kapsikum

    Cara-cara :

    1. Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
    2. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap pekat dan kicap manis. Boleh tambah sedikit air dan biarkan ia mendidih seketika.
    3. Masukkan ayam, hirisan cili, cili padi dan daun ketumbar. Gaulkan rata2.
    4. Kemudian masukkan madu dan jus lemon. Kacau lagi hingga kuah pekat. 
    5. Hidangkan setelah masak.



    Wednesday, January 27, 2010

    Rendang Hati Lembu


    Agak lama juga tak buat rendang hati lembu. Pes rendangnya pulak dah dibuat awal2 lagi iaitu 2 hari lepas. Baru hari ni sampai seru. Dyg cuma rebus hati ni separuh masak dan kemudian masak dgn pesnya dan bubuh apa yg patut. Sekejap jer masak, dah siap. Tapi sebelum tu, hati ni kena direndam dan dilumurkan dgn tepung. Lepas itu, dibilas bersih2, barulah tak ada bau. 

    Sedap sangat2 sampai tak pandang pun lauk lain....hehe. Bahan2nya nampak banyak tapi sebenarnya mudah jer nak buat. Macam kita buat rendang2 biasa tu cuma resepi stail dyg ni ada campuran kacang tanah dan bijan. Sedaaapp!!

    Resepinya dyg x letak sukatan yer sb main agak2 jer. Kalau berminat, bolehlah cuba. 




    Bahan-bahan :
    • hati lembu
    • daun limau purut
    • kerisik
    • santan
    • daun kunyit
    • garam dan gula secukup rasa
    • air asam jawa
    • bijan (digoreng tanpa minyak)
    • kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
    Bahan Mesin :
    • bawang merah
    • cili kering + cili padi 
    • bawang besar
    • bawang putih
    • lengkuas
    • serai
    • kunyit hidup
    • halia
    Bahan2 Rempah disangrai dan ditumbuk :
    • ketumbar
    • jintan putih
    • jintan manis
    Cara-cara : Buat mcm rendang biasa. Tapi hati ni tak perlu dimasak terlalu lama. Nanti jadi liat pulak.

    Monday, January 25, 2010

    Ikan Bakar & Air Asam




    Menu tengahari tadi.... Seakan-akan berjanji pulak dgn Kak Nor Ganu dan Hana Jepun tu kan...hehe. Memang betul kata Kak Nor, masakan sebegini kalau makan mmg tak puas...mahu bertambah nasik dibuatnya. Tapi nasib baiklah hari ni tak menambah....on diet katakan...hehe.



    Air asam ni ramai yg dah tau cara nak membuatnya kan. Senang jer tu, rasa2 resepi ni lebih kurang sama ngan resepi yg ada kat umah hana tu. Bolehlah jenguk kat situ yer. Kalau rajin nanti dyg tulis resepinya di sini. Cuma separuh daripada bahan2 ni dyg blend kasar dan separuh lagi dihiris gitu jer. Memang sedaaaappp!!!




    Sunday, January 24, 2010

    Kek Coklat Bakar - resepi III




    Lagi n3 tertunggak. Sejak dua menjak ni susah sikit nak mengadap komputer sb sibuk dgn hal2 lain. Mungkin dalam masa terdekat ni nak berhenti rehat seketika dari aktiviti berblogging ler kot. Jadi, kalau  senyap lama sgt tanpa berita, tu tandanya dyg tgh berehat yer. Tapi setiap kunjungan anda, pasti dyg hargai sangat2. Buatlah macam umah sendiri. Nak ambik/cilok resepi, sila2kanlah.

    Ok, sebenarnya, ada lagi n3 lain yg masih tersimpan dlm folder. Memang tak x sempat nk upload lagi. Jadi, kena buat satu persatu lah yer. Antaranya adalah kek coklat  ni. Baru buat 3 hari lepas. Tak ada deko2 cantik2 n tak ada cutting2 dah. Malas nak buat sebenarnya...hehe. Buat simple2 jer janji sedaaaappp!..Toppingnya pulak baru dibuat semalam. Sekarang ni dah tinggal 4 potong....hehe. Anak2 kata sedap kek coklat bakar ni. Nak buat pun senang jer. Kalau nak dinilai dari segi rasa, mmg lembut, gebu dan sedap. Tak manis sgt. Buat satu loyang kecik. Kalau tak bubuh topping pun ok sb bahagian atas kek ni akan jadi lembab sgt2, dgn kata lain, topping semulajadi gitu....



    Bahan-bahan : loyang kecil (gandakan bahan2 utk loyang besar)
    • 100 g tepung naik sendiri
    •  40 g serbuk koko (DJ guna koko hitam)
    • 150 g gula pasir (dikisar halus)
    • 3 biji telur A
    • 50 g marjerin / mentega (dicairkan) - DJ guna marjerin
    • 60 ml susu cair
    • 1 sk esen vanilla
    • 1 sk ovalette

    Cara-cara :
    1. Ayak tepung bersama serbuk koko.
    2. Panaskan oven pd suhu 170C. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan alaskan dgn baking paper. Sapukan lagi dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
    3. Satukan gula, telur, esen vanilla, ovalette dan susu cair di dalam mangkuk pengadun dan putar hingga gebu.
    4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan hingga sebati.
    5. Masukkan marjerin / mentega cair dan kacau perlahan dgn menggunakan senduk kayu atau spatula.
    6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 20-25 minit (bergantung pd suhu oven masing2).
    7. Setelah masak, keluarkan terus kek dari oven dan sejukkan sebelum dihiaskan dgn ganache / topping kesukaan.
    *** ganache yg dyg buat ni adalah ganache simple dan ikut mana2 stok yg ada dlm simpanan shj spt marjerin, susu cair, serbuk koko, dan gula.
    *** kek ni sgt sedap dimakan setelah disimpan semalaman. Tutup kemas kek ni  dgn kertas foil atau simpan dlm bekas yg bertutup utk mengekalkan kelembapannya.



    Kek Lapis


    Salam hujung minggu.....

    Ini adalah kek lapis yg dah lama dyg buat. Rasa2 dah 2 minggu kot. Tapi terlupa pulak nak tayang kat sini. Sekali pandang mcm kek kukus kan...sebenarnya kek ni dibakar tau. Pertama kali dyg bakar guna oven microwave...hihik...seksa gak rasanya...yalah selama ni mana pernah bakar kek berlapis2 dgn oven tu. Kalau buat pun guna oven Srwk yg kat Srwk tu lah...tu pun kena balik kampung dulu baru lah dpt buat...hehe...



    Kek ni mmg sengaja dibuat moist2 gitu tapi tak berminyak. Plan sebenarnya nak buat kek lapis asam manis tapi hawflake tak cukup pulak. Malas pulak rasanya nak ke kedai. Hawflake yg ada tu sempat susun utk satu lapisan jer...huhu. Sebenarnya kan anak dyg ni pantang tengok hawflake, terus disambarnya. Sebab tu lah selalu tak cukup. Beli banyak pun tak cukup gak...hehe.

    Kek ni dah habis tau. Jadi tak dapatlah nak pelawa rakan2 makan kek ni. Cuci mata jer lah yer. Tapi InsyaAllah, akan dibuat lagi dlm masa terdekat ni dgn menggunakan hawflakes pulak.  Kalau rajin, esok lusa boleh buat kot sb anak2 suruh buat lagi. Lepas tu barulah dapat letak resepinya sekali. Tungguuuu.....

    Saturday, January 23, 2010

    Menu Hari Ini




    Hidangan hari ni. Jangan hairan kenapa dyg masak 2 jenis ikan. Sebenarnya, dyg x makan ikan keli. Belum sampai seru lagi nak try...hehe.



    Siakap Sweet Sour.



    Ikan Keli Masak Lemak Daun Kunyit. Masakan kegemaran suami.


    Daging Rendang Hijau. Sedap sungguh makan dgn nasi panas!...



    Macam biasa, hari-hari wajib masak sayur.

    Friday, January 22, 2010

    Kari Ayam Special





    Semalam cuba nak post n3 ayam ni tapi entah kenapa tiba2 tak boleh upload gambar. Berkali2 dah try tapi still tak dapat2. Try masuk picture lain pun fail gak. Silap kat mana entahlah. Merajuk kot, sb menu ni dah lama buat tapi baru teringat nak post...hehe. Alhamdulillah, hari ni dapat upload. Buat saspen jer kan...

    Ayam ni mmg special sb sedap sangat2 kalau ikut selera anak tekak ni lah. Kalau nak tau mcm mana sedapnya ayam masak kari ni, kenalah cuba buat sendiri yer.

    Kepada yg baru nak belajar memasak dan teringin nak cuba resepi  ni, dyg nasihatkan masa nak tumis bahan2 kisar dan rempah kari tu, pastikan ianya ditumis hingga betul2 garing dan pecah minyak dan guna api sederhana shj. Selebihnya ikut langkah2 yg telah ditulis barulah dapat hasil seperti  yg dlm gambar ni. Banyak mana minyak masak yg digunakan, terpulanglah pd sukatan masing2. Jangan terkurang dan terlebih minyak pulak. Kalau ikut kebiasaan dyglah, utk seekor ayam boleh guna sekurang2nya 1/2 cawan minyak masak. Kadang2 tu main agak2 jer sb malas nak sukat2...hehe.




    Bahan-bahan :
    • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
    • 2 sb serbuk kari daging + 2 sb cili kisar (dibancuh dgn sedikit air)
    • rempah 4 sekawan
    • 2 sb puri tomato
    • 1 tangkai daun kari
    • 2 biji ubi kentang (dibelah 4)
    • 1/2 tin susu cair
    • garam secukupnya
    • 2 sk gula
    Bahan mesin :
    • 1 labu bawang besar
    • 1 cm halia
    • 2 ulas bawang putih
    • 2 biji bawang merah
     Cara-cara :
    1. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 mesin, daun kari dan rempah hingga wangi.
    2. Masukkan pes kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
    3. Masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan sebentar.
    4. Masukkan susu cair, puri tomato dan ubi kentang. Boleh tambah sedikit air jika perlu.
    5. Kemudian masukkan garam dan gula.
    6. Masak hingga hingga pekat dan agak kering. Setelah masak, hidangkan.
    *** Jika tak suka pekat, bolehlah tambah air.

    Thursday, January 21, 2010

    Sambal Tumis Campur & Kerabu Tomato


    Nilah antara lauk yg dimasak hari ni. Taklah mengancam sangat sekadar nak cuci mata jer..hehe.  Lain2 lauk dh selalu sgt kena tayang. Jadi, tak payahlah masuk n3.

    Sebenarnya hari ni mcm tak ada energy pulak nk ke dapur. Lebih2 lagi ms ni tgh kontrol makan. Bila makan dgn kuantiti sedikit, rasa pening sikit. Mungkin sebelum ni makan bertambah2 tak kira lunch atau dinner tiba2 2-3 hari ni mkn nasik cuma sesenduk jer tu yang rasa mcm x cukup mkn jer. Dah lebihkan makan sayur dan buah2an pun tak kenyang2 gak...apalah...sabar jer lah....nak diet kena ikut peraturan barulah berjaya visi dan misi 2010.

    Oklah, malas nak membebel lagi...tak ada maknanya...menu sambal tumis kali ni ada lain sikit dp sebelum2 ni. Biasa buat sambal tumis udang dan petai jer. Tapi kali ni add sekali ikan bilis goreng dan tambah haruman dgn daun limau purut. Nasib baik letak garam secubit jer, kalau tak termasinlah sambal tumisku ini...hehe. Apa2pun sedaaaappp!..hubby lak makan semangkuk...feberet dia tu...kebetulan dia baru balik dari outstation, hari ni dia tak ke office. Nak rest kat umah. So, dyg masak lauk asam pedas dan sambal tumis campur ni utk dia. Berbaloi2!!!...hehe


    Resepinya kalau rajin boleh ler tengok dgn pertolongan pakcik Google tu yer. Cari 'Sambal Udang Petai'. Atau kalau sempat nanti, dyg tulis semula resepinya di sini.


    Yang ini pulak kerabu tomato semalam tapi tak sempat makan sb terlupa...hihik. Dah buat siap2 lepas tu bubuh dlm fridge. Hari ni baru teringat nak makan...alahai...pelupa betul. Buat simple2 jer ni memandangkan tomato ada byk lg dlm peti, sebelum expired, baik buat kerabu dgn campuran timun...lagi sedaappp!...



    Bahan-bahan : tomato, bawang besar, timun, cili padi, cuka, limau kasturi, kapsikum, daun ketumbar, serai, sos ikan, sos tomato, gula dan garam.

    Wednesday, January 20, 2010

    Biskut Buah Kana



    Projek mengukis ni dah lama tertangguh. Dari tahun lepas lagi. Ramai yang dah tau dan biasa makan biskut buah kana ni kan. Inilah antara biskut yg paling dyg suka. Mak selalu buat setiap kali raya tak pernah miss. Yang kita ni pulak tukang makan jer. Tak pernah nak tolong buat...hehe...

    Bila dah duduk berjauhan ni datanglah rasa rindu nak buat sekurang2nya dapat buat sikit2 jadilah kan. Tapi sebelum ni ada gak cuba2 resepi yang ada kat dalam internet ni. Sedap mmg sedap. Cuma kurang menepati citarasa. Yalah, kita dah biasa makan biskut kana yg mak buat kan bila buat sendiri rasa cam tak puas hati pulak. Tengok resepi kat internet hampir kesemua bahannya sama. Mahu tak mahu, kena mintak petua dari mak. Rupa2nya resepi mak ada lain sket. Dyg cuba mintak sukatan resepi mak dan cuba buat sendiri. Akhirnya, barulah puas hati walaupun tak 100 % mcm biskut yg mak buat sb dia tak ada sukatan, resepi main campak2 jer. Tak cukup tepung, tambah tepung...kira agak2 tangan gitu...

    Apa2pun, nanti akan dibuat lagi. Resepi yang kat bawah ni adalah resepi anggaran shj yer. Tapi kalau berminat nak cuba, boleh jer. Anak2 kata sedap dan hubby pun suka...dapat buat 2 balang kecil. Ni dah tinggal 1/2 balang...hehe.



    Bahan-bahan :
    • 1 1/4 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan tepung kastard
    • 1/2 cawang tepung jagung
    • 1/2 cawan marjerin / mentega
    • 1/2 sk serbuk penaik / baking powder
    • 1 biji telur
    • 1 sk esen vanilla - optional
    • 1/2 cawan gula kastor (dikisar halus) - jika menggunakan gula aising, lebihkan sedikit sukatannya.
    • jem secukupnya
    Cara-cara :
    1. Tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan serbuk penaik diayak  bersama.
    2. Pukul gula, mentega dan telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata.
    3. Masukkan tepung. Uli perlahan menjadi doh. Simpan di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya. 
    4. Untuk membentuk, ambil sedikit dan tekan ke dalam acuan buah kana. Ketukkan acuan dan susunkan biskut ke dalam dulang pembakar yang sudah dilengserkan dgn mentega/marjerin.
    5. Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau hingga masak.
    6. Sapukan jem yg digemari pada biskut dan tutup kemas. 
    *** Sapu jem semasa biskut tengah panas supaya ia cepat kering dan melekat dgn sempurna.

    Jumpa acuan kana ni kat Kedai Bagus. Harga tak sampai RM2. Tapi kalau kat rumah mak, tak pakai acuan plastik. Sebaliknya guna acuan kayu.


    Sebelum pembakaran...

    Ikan Goreng Bersos




    Hari ni masak ala kadar jer. Mula2 plan nak buat ikan masak putih tapi biasalah selera ni selalu berubah2. Last2, buat ikan bersos. Sedaplah sampai nak menambah lagi...tapi tambah ikan jer lah...nasik tak sb nak kena kontrol buat masa ni. Trauma tengok berat...

    Ok, di sini dyg kongsikan resepinya yer. Sebenarnya, sos ni mcm kita buat sweet sour gak. Cuma ada tambah cili sket. Kalau nak tambah cili padi pun boleh. Ikutlah selera tekak masing2.

    Terima kasih sekali lagi atas kunjungan anda semua.

    Bahan-bahan :
    • Ikan Merah/Jenahak/Bawal Hitam  (dipotong dan dibersihkan)
    • sedikit timun (dihiris dadu)
    • sedikit tomato (dihiris dadu)
    • sedikit kapsikum (dihiris)
    • 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
    • 1 sudu besar cili kisar
    • 2 ulas bawang putih (dicincang)
    • 3 biji bawang merah (dihiris)
    •  sedikit sos cili
    • sedikit sos tomato
    • sedikit cuka makan
    • garam dan gula secukup rasa
    Cara-cara :
    • Ikan dituskan hingga betul2 kering. Kemudian celupkan dgn tepung KFC atau tepung jagung dan goreng hingga masak.
    • Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
    • Masukkan sos cili, sos tomato, cuka dan sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih seketika.
    • Kemudian masukkan bahan2 selebihnya. 
    • Setelah kuahnya pekat, siramkan ke atas ikan tadi dan hidangkan panas2.
    ***kuantiti bahan2 boleh diubahsuai mengikut saiz ikan.


    Jom makan!!

    Monday, January 18, 2010

    Pulut Kuning dan Rendang Ayam Berempah


    Salam.....

    Pagi ni buat pulut kuning dan rendang ayam. Dah lama juga tak makan.. sebab tu lah kena merajinkan diri walaupun plan sebenarnya nk buat laksa...hehe. Si princess lak makan bertambah2. First time gak tu makan rendang ayam ni. Katanya "sedaaaapp!...tapi pedas sikit...tapi sedaaaappp!....nak lagiiii!!!"...hehe. Tak sangka pulak dia nak makan rendang tu. Kalau tau, dh pasti dyg tak bubuh cili padi byk2...tapi kira ok lah dia boleh makan....hehe.

    Oklah nanti dayang tulis resepinya di sini yer. Nak kena cepat ni. Hubby nak outstation lagi. Tengok2lah apa yang ada kat sini. Terima kasih krn sudi tinggalkan komen.


    Rendang Ayam Berempah



    Update :

    Terima kasih atas komen2 anda. Di sini dyg sertakan resepi pulut kuning dan rendang ayam seperti yang diminta. Resepi ini adalah mengikut versi sendiri yer. Jadi adjust lah mengikut citarasa anda sendiri. Terima kasih krn sudi singgah.

    Pulut Kuning

    Bahan-bahan :
    • 3 pot beras pulut (direndam semalaman bersama 1 sk serbuk kunyit dan dituskan)
    • 1/2 pot santan cair
    • 1/2 pot santan pekat
    • 1 pot air
    • 2 helai daun pandan (disimpul)
    • sedikit garam
    Cara-cara : 
    1. Sediakan pengukus dan didihkan airnya. Masukkan beras yg sudah dituskan ke dalam bekas yg bersesuaian dan kukus selama 5-7 minit.
    2. Masukkan air, santan cair, santan pekat, garam dan daun pandan. Kacau perlahan-lahan. Kemudian kukus lagi hingga masak.
    ***boleh tambah/kurangkan air/santan jika perlu.


    Resepi Rendang Ayam Berempah

    Bahan-bahan :
    • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng separuh masak)
    • 3 helai daun limau purut
    • santan secukupnya
    • 2 sudu besar kerisik
    • 1 batang serai (diketuk)
    • sedikit air asam jawa
    • 3-4 sudu besar cili kering kisar
    • 1 sk serbuk jintan putih
    • 1 sk serbuk ketumbar
    • garam dan gula melaka secukupnya
    • 1 helai daun kunyit (diracik)
    bahan-bahan yg perlu dikisar :
    • 1 labu bawang besar
    • 5 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 7 biji cili padi  (boleh tambah atau kurang)
    • 1/2 inci lengkuas
    • 1/2 inci halia
    • 1 batang serai
    • 1 cm kunyit hidup
    Cara-cara :
    1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering, jintan putih dan ketumbar. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
    2. Masukkan ayam dan daun limau purut. Kacau perlahan-lahan. 
    3. Kemudian masukkan santan, kerisik, daun kunyit, garam, gula melaka dan air asam asam jawa. Masak hingga kuahnya pekat. Nak masak hingga kering pun boleh.
    4. Hidangkan bersama pulut kuning.

    Sunday, January 17, 2010

    Menu Hari Ini



    Kepingin sgt nk makan terung berempah... kalah org mengidam..hehe. Sepatutnya terung ni nak dimasak semalam tapi tak jadi sb dh buat tomyam. Hari ni pulak plan nak masak laksa Srwk tapi tertangguh lagi. Entahlah nak buat bila agaknya yer...bahan2 dah ada cuma 'rajin' jer tak datang2 lagi...hehe.


    Oklah....apa2pun makan jer lah apa yg dimasak hari ni. Goreng ayam buat anak2, buat sambal kentang sikit dan ikan masin. Lebihan tomyam campur mlm tadi ada lagi. Panaskan shj, dah siap....



    Ni pulak sambal kentang...enak bangat sih!!!....menyesal juga tak buat banyak2 sb dyg mmg suka sambal ni dgn ikan bilisnya yg digoreng garing ituu...alahai..mmg tak boleh nak brenti makan dibuatnya...tapi tu la kan...kena beringat-ingat....hehe....



    Apa2pun...layan jer lah apa yang ada ni yer. Resepinya rasa2 ramai yang dah tau buat. Cuma kadang2 methodnya mungkin berbeza...hehe.




    Resepi Sambal Kentang dan Ikan Bilis

    Bahan-bahan :
    • 2-3 biji  ubi kentang (dipotong wedges, gaul dgn sedikit garam dan goreng hingga masak)
    • segenggam ikan bilis (digoreng garing)
    • 3-4 sudu besar cili kering kisar
    • 1 labu bawang besar (dikisar)
    • sedikit belacan bakar (dikisar) - optional
    • 2 biji bawang merah (dikisar)
    • 2 ulas bawang putih (dikisar)
    • sedikit air asam jawa @ limau kasturi
    • garam dan gula secukupnya
     Cara-cara :
    1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan garing.
    2. Masukkan garam dan gula secukupnya serta perahan air asam jawa / limau kasturi.
    3. Kacau hingga sambal betul2 garing. 
    4. Tutupkan api dan barulah dimasukkan kentang dan ikan bilis yang sudah digoreng tadi. Gaulkan rata2.
    5. Hidangkan.


    Resepi Terung Goreng Berempah

    Bahan-bahan :
    • 300-400 g terung panjang (dipotong dan dibelah dua)
    • 2 sudu makan rempah kari (dibancuh dgn sedikit air)
    • 2 sudu makan udang kering (dikisar)
    • 1 labu bawang besar (dikisar)
    • 3 ulas bawang putih (dikisar)
    • 1 cm halia (dikisar)
    • sedikit belacan bakar (dikisar)
    • garam dan gula secukupnya
    Cara-cara :
    1. Terung dibersihkan dan digoreng hingga masak.
    2. Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan pes kari dan tumis lagi hingga garing.
    3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah terlalu kering bolehlah ditambah dgn sedikit air.
    4. Setelah masak, siramkan kuah tadi ke atas terung goreng tadi dan gaulkan.

    Friday, January 15, 2010

    Kek Sarang Lebah lagi....hehe



    Lagi2 kek gula hangus ni masuk n3. Jangan ada yg bosan lak nak baca n3 spesen ni yer. Bukan apa, hari tu kan dyg buat guna tepung naik sendiri. Kali ni ikut 100 % resepi dari dapur CMG. Alhamdulillah, menjadi juga. Lagipun kek ni tak mengambil masa yg lama nak prepare adunannya. Percubaan kali kedua ni mmg tak mengecewakan. Sedaaaappp!

    Terima kasih sekali lagi kpd CMG & tuan punya resepi yg asal krn sudi berkongsi ilmu.

    Terima kasih juga kpd semua pengunjung yg x jemu2 singgah ke sini walaupun sekejap. Ceria selalu!!

    Thursday, January 14, 2010

    Enang-Enang Pulut aka Inang-Inang



    Yang mana satu betul sebutannya? Enang-Enang atau Inang-Inang???...Baru2 ni hubby ke JB. Jadi, dia sempat belikan dyg inang-inang pulut ni. Cantik betul lah warnanya especially yg hijau tuu...hehe..sukeeee!!. Snack ni asalnya kalau tak silap dari Melaka kan?? Memang sedap dan rangup rasanya lepas goreng. Cuma tawar sikitlah. Jadi, dayang buatkan gula pekat dan gaul2kan dgn keropok ni...haa,...barulah sedaaaaaaaaaaaaaappp!!!!....krap krup krap krup makan sambil nengok Mayang Mengurai...hehe.


    Sebenarnya dyg tak pernah lagi buat secara homemade inang-inang ni. Tapi resepinya dah ada disertakan di sini. Terima kasih kpd penyumbang resepi Che'Iza. Dah habis keropok ni nanti, kita akan try resepinya pulak yer. Thank You. Nampak mudah jer nak buat kan...jom cuba!!!


    Inilah rupanya  inang-inang yg belum digoreng.

    Bahan-bahan ( 55-60 kpg ) by Che' Iza

    • 1 kg beras pulut
    • Lebih kurang 6 cwn air / separa dgn pulut
    • sedikit garam
    • Pewarna kuning, hijau n merah (nak buh biru pun boleh)
    • sedikit kapur yg dicampur dgn sikit air

    Cara-cara

    1. Rendam pulut ngan air, satu jam pun okey dah. Basuh pulut n toskan air. Masukkan dlm loyang, letak air paras pulut jer. Gaul dgn sedikit garam. Kukus Hingga pulut tanak.
    2. Bahagikan pulut kepada 3 bahagian. Setiap bahagian titiskan dgn pewarna. Jgn byk sikit jer. Gaul pulut ngan pewarna tu biar sekata.
    3. Letak pulut atas dulang ker atau loyang besar. Tekan pulut n ratakan nipis-nipis. Sebelum tu basahkan sikit tgn dgn air kapur. Terap pulut bulat-bulat. Susun dlm dulang n jemur sampai betul-betul kering. Kalau cuaca panas, 2 hari pun dah okey dah.
    4. Bolehlah di goreng buat makan sambil tgk tv.

    Ayam Goreng Berempah, Daging Kicap Berkerisik, Karipap Bakar

    Salam....

    Selamat bertemu kembali!!!....rindunyaaaaa rasa hati setelah sekian lama tak jenguk rumah sendiri. Hmmm...ni baru  jer 3 hari tak update blog rasa mcm bertahun2 lak lamanya...hehe. Memang rindulah..rindu kat rumah ni & rindu kat kawan2 serta pengunjung setiaku di sini. Terima kasih byk2 yer krn sudi bertamu di sini tanpa tuannya. Tuan rumah pergi melancong jap...hihik...tak ada lah....sebenarnya bz dan tak berapa sihat sket. But now i'm ok. Sebab tu lah dapat on9 jap sekadar nak lepaskan rindu di samping tayangan amal yg tak seberapa ni.





    Menu yg sedang berposing ni adalah antara hidangan yg dimasak utk hari ni. Semuanya buat ala kadar jer. Ayam goreng berempah yg dah biasa dibuat dgn sedikit ubahsuai. Begitu juga daging kicap berkerisik yg menjadi kegemaran dyg sejak kecil lagi. Maklumlah masakan bonda mmglah sedaaap!!...kalaulah mak ada kat KL ni, dah pasti suruh dia masakkan daging kicap ni. Rindu sangat dgn air tangan mak tau....huhu. Last but not least, karipap bakar. Karipap ni adalah belen buat karipap goreng tempoh hari. Jadi pagi tadi, keluarkan dari freezer dan bakar jer lah sampai masak keperangan. Tapi sebelum bakar, sapukan kuning telur dulu.

    Itu jer lah yg sempat menjadi tayangan amal utk tatapan semua. Minta maaf byk2 yer sb dyg x sempat nak reply msg dan komen2 anda sjk 2-3 hari ni. Nanti dyg reply satu persatu. Terima kasih.

     Resepi Ayam Goreng Berempah

    Bahan-bahan :
    • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
    • 1 sudu besar serbuk kari daging
    • 1 sk serbuk kunyit
    • 4 ulas bawang putih tumbuk
    • 1 inci halia tumbuk
    • 1 sudu makan serbuk paprika
    • 1 sb serbuk cili @ cili kisar
    • 1 tangkai daun kari
    • garam secukupnya
    • 1 sudu makan gula pasir
    • 1 sk serbuk ketumbar
    • 1 sk serbuk jintan putih
     Cara-cara : Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap 1 jam atau lebih sebelum digoreng.


    Resepi Daging Kicap Berkerisik

    Bahan-bahan ( hidangan utk satu famili )
    • 1/2-1 kilo daging (dibersihkan dan dipotong kiub)
    • 8 biji bwg merah (dikisar)
    • 4 ulas bwg putih (dikisar)
    • 1 batang serai (dikisar)
    • 1 sudu bsr lada hitam tumbuk
    • 1-2 sudu bsr cili kisar
    • 1 inci lengkuas (dikisar)
    • 1 inci halia (dikisar)
    • 2 sudu bsr kicap pekat
    • 3 sudu bsr kicap masin
    • 2 sudu bsr kerisik (buat sendiri)
    • rempah 4 sekawan(bunga lawang, cengkih, kayu manis & buah pelaga)
    • 2 sudu bsr air asam jawa
    • garam, gula dan air secukupnya.

    Cara-cara

    1. Perap daging dgn satu sudu bsr bhn kisar, lada hitam dan satu sudu bsr kicap pekat selama 30 minit.
    2. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dgn api perlahan. Kemudian masukkan bhn2 kisar  dan diikuti dgn cili kisar. Kacau sampai terbit bau/pecah minyak.
    3. Masukkan daging dan kacau 1 minit. Masukkan air (1 liter), kacau rata2 dan biarkan mendidih. Tambah air jika terlalu kering.
    4. Apabila daging dah hampir empuk, masukkan pula 1 sudu bsr kicap pekat(blh tambah lbh jika suka), kicap masin, kerisik, dan kacau lg. Biarkan seketika sehingga daging btl2 empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).
    5. Akhir sekali masukkan garam, gula dan air asam jawa.
    6. Siap dihidangkan utk seisi keluarga.