Wednesday, June 30, 2010

Sagon

Durian punya pasal, sanggup kurajinkan diri ke dapur semata-mata nak buat sagon biarpun tak ada stok tepung sagu atau 'tepung saguk' sebutan Sarawaknya...hehe. Nasib baiklah ada tepung beras dan sedikit kelapa parut..bolehlah buat sket2...redah jer...anak2 tak makan, hubby pun tak reti makan durian dgn sagon ni...tapi kalau kat kampung, mak mesti buat sagon berbalang2 byknya sb dia tau dyg tak boleh makan durian kalau tak ada sagon...pelik kan...hehe.


Alhamdulillah...dapat gak buat sagon sendiri. Biasanya suruh mak poskan. Nak buat sendiri, kena ada 'mood' dulu tapi kalau dah dpt durian depan mata, rajin tak rajin kena rajin gak...hehe. Sebenarnya, tak susah pun nak buat sagon. Hanya perlukan kelapa parut, tepung dan sedikit garam. Lepas goreng, bolehlah nak add gula jika suka dan makan gitu2 jer...tapi pastikan sagon tu betul2 rangup, barulah sedap rasanya.

Resepi sagon ni ikut versi sendiri jer. Sangat mudah dan sedap! Nak ikut resepi ni pun boleh. Bahan-bahan boleh adjust ikut keperluan serta citarasa sendiri.

Bahan-bahan :
  • 3 cawan kelapa parut
  • 1 1/4 cawan tepung beras / tepung sagu
  • sedikit garam
  • gula halus
Cara-cara : Satukan tepung bersama kelapa parut dan garam di dlm kuali. Pastikan ketiga2 bahan ini digaul2kan terlebih dahulu. Setelah itu, gorenglah tanpa minyak hingga garing dan berderai. Gunakan api kecil sahaja. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu dan campurkan dgn gula jika suka.
 

Ayam Masak Kapitan

Salam ....

Tengahari ni DJ masak ayam kapitan. Dah berkurun2 lamanya tak makan.  Sesekali masak mmg sedaplah! Lawan dgn ikan terubuk masin...wallaaa!!!..kali ni ambik resepi dari dapur Diana.

Sebenar2nya, DJ teringin sgt nk buat nasi ayam penyet Palembang...tak sabar nak penyetkan ayam tuu...tp kan oleh kerana terlalu malas teramat2, suami pun tak lunch & dinner kat rumah hari ni, maka, tak jadilah projek tu. Lain kali jer lah...hujung minggu ni ker kalau rajinlah kan....hehe.

Apa2pun...jom layan resepi ni dulu...sedaappp! Thanks to Diana & Babybatriesyia.


AYAM MASAK KAPITAN
Sumber: Babybatriesyia

Bahan Kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 6- 7 biji Cili Merah
  • Sedikit lengkuas (DJ guna 1 inci)
  • Sedikit Serbuk Kunyit
Semua bahan di atas dikisar kecuali serbuk kunyit.

Bahan A
  • Ayam dipotong ikut suka (DJ guna 1/2 ekor ayam)
  • 200 ml santan
  • 50 ml susu cair
  • 4 sudu besar air asam limau nipis (DJ guna air asam jawa je)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
Tumis bahan kisar & serbuk kunyit hingga naik bau. Masukkan ayam dan gaul, biar hingga ayam empuk. Kemudian masukkan santan dan susu cair. Biarkan hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan air asam limau tadi. Kacau sentiasa. Angkat dan hidangkan.


Tuesday, June 29, 2010

Puding Roti Horlicks


Salam....

Sejak terpandang gambar puding roti marble kat Hanieliza FP, tergerak rasa hati nak buat puding tu...nampak sedap jer pudingnya dgn campuran buah peach...memang tergodalah. Tapi bila eh nak buat??...malas rasanya nak keluar rumah ni...baru 2 hari lepas pergi ke Giant tp x terfikir pulak nak beli peach dlm tin tu...huhu. Kena tangguh dulu ler jawabnya....tapi ptg semalam nak tak nak kena buat jugaklah puding roti ni.  Roti sandwic tinggal 5 keping lagi..tarikh luputnya pulak esok, syg pulak tak dihabiskan. Akhirnya, setelah jeling2 sket puding roti marble kat rumah Hana dan rumah kak Liza, maka terjadilah puding roti Horlicks....hehe.

Puas hati!!...sedap tak terkata dgn adanya campuran ho ho ho...mmg kenalah dgn selera anak tekak ni...sejuk dan nyaman jer....meh, layan dulu!..nanti2 update lagi. Tuan rumah nak settle dulu kerja2 lain.

Buat 2 bekas...dlm bekas yg ni pulak dyg campurkan sekali dgn baki kek coklat hari tu. Potong kecik2 lepas tu sumbat jer ke dalam puding....sedaaappp!

Update :

Resepi Puding Roti Horlicks

Bahan-bahan :

Bahan A :
  • 10 g serbuk agar-agar
  • 800 ml air
  • 1/2 cawan gula
Bahan B :
  • 1/2 cawan serbuk horlicks
  • 8 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 cawan air panas
Bahan C :
  • 5 keping roti sandwic (dipotong 4)
  • 2 biji telur
  • 250 ml susu cair
  • 1 sk esen vanilla
Lain-lain :
  • 2 sudu makan marjerin/mentega
  • krim coklat / ganache (utk hiasan) - optional
 Cara-cara :
  1. Satukan bahan A di dlm periuk dan didihkan hingga gula larut.
  2. Bahan B dibancuh hingga larut. Kemudian masukkan ke dalam bahan A.
  3. Bahan C dikisar hingga halus dan tuangkan ke dlm larutan agar2 tadi. Kacau perlahan-lahan.
  4. Akhir sekali masukkan marjerin/mentega. Kacau lagi hingga kelihatan pekat.
  5. Setelah masak, tutupkan api. Tuangkan ke dalam loyang atau bekas yg bersesuaian.
  6. Jika suka, tuangkan ganache ke permukaan puding terlebih dahulu mengikut kreativiti masing-masing. Untuk ganache, DJ menggunakan coklat masakan 50 g + 1 sudu makan butter + 1/4 cawan susu segar yang dicairkan secara double boil.
  7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (Boleh juga dihiaskan dgn ganache setelah puding sejuk atau ikut langkah no 6)

Monday, June 28, 2010

Ayam Goreng Mayo


Salam...

Semalam dapur tuan rumah tak berasap. Makan kat luar jer...hehe. Hari ni pun terasa malas nak masak tapi demi anak2, malas2 pun rajin gak ke dapur. Jadi, dyg buatkan ayam goreng versi bubuh mayonis, walaupun nampak simple jer bahan2nya, tapi sedap dan rangup. Cecah dgn sos cili pun sedap gak. Lain2 menu ialah sayur lemak campur dan dessert. Actually, pagi tadi buat roti arab dgn kari sardin. So, lebihan kari sardin tu boleh cover makan tengahari..sedap gak tuuu...



Ini resepi mudah nak buat ayam goreng mayonis. Sedap tau. Boleh cuba jika berminat. Terima kasih atas kesudian anda berkunjung ke sini.

Ayam Goreng Mayo

Bahan-bahan :
  • 10 ketul ayam 
  • 1/2 cawan tepung goreng serbaguna ala KFC (letak lebih pun ok)
  • sedikit air sejuk
  • 1 sudu makan mayonis
Cara-cara : Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan sebentar selama 30 minit (simpan dlm fridge). Sediakan kuali dan minyak utk goreng terendam. Pastikan minyak sudah cukup panas. Gorenglah ayam hingga masak keemasan.

Saturday, June 26, 2010

Eggless, Butterless & Milkless Chocolate Cake / Kek Coklat Tanpa Telur, Mentega & Susu

Resepi kek ni adalah resepi permintaan salah seorang pembaca blog ini bbrp bulan lepas. Katanya nak carik resepi kek yg tak menggunakan butter, telur dan yg penting sekali tak ada susu. Harap-harap resepi yg dikongsikan ini dapat membantu yer. Bagi sesiapa shj yg berminat bolehlah mencuba. Kek ni walaupun rupanya tak lawa tapi sedap, moist, lembut dan tak rasa muak. Anak2 pun dah berkenan sgt..dah jadi favorite pun...hehe.

Bahan-bahan : loyang 9 inci
  • 2 cawan tepung gandum + 2 sk baking powder + 1 sk soda bikarbonat (diayak sekali)
  • 1/2 cawan serbuk koko atau campuran serbuk coklat
  • 2 cawan gula icing
  • 2 peket coffee mix (3 in 1) / coffee 2 in 1 pun boleh
  • 2  1/2 cawan air panas
  • 1/2 sk garam
  • 160 ml minyak masak sayuran / minyak jagung
  • 2 sk cuka
  • 2 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 160-170C. Sediakan loyang kek yg bersesuaian. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. 
  2. Sediakan bekas yg agak besar. Satukan tepung, gula, serbuk coklat, coffee dan garam. Ratakan.
  3. Kemudian masukkan air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu atau spatula. 
  4. Tuangkan minyak masak / minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati. Jika adunan bergentel, tapiskan.
  5. Akhir sekali, masukkan cuka dan terus kacau hingga rata. 
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak. Suhu  bergantung pd oven masing2. Tidak mengapa jika permukaan kek retak sebab memang begitulah kejadiannya.
  7. Setelah kek masak, biarkan ia sejuk semalaman sebelum dipotong. Hiaskan dgn krim / ganache jika suka.
**Kek ini sgt moist, lembut dan lebih sedap dimakan setelah dibiarkan semalaman atau 1-2 hari.

Antara yg sempat dirakam... 
Inilah bahan-bahan kek...save cash!

Coffee mix...kebetulan ada dlm simpanan...

Rata2kan bahan-bahan campuran tepung, gula, koko dan kopi

Setelah dimasukkan air panas dan minyak masak, kacau hingga adunan sebati. Tapis jika perlu.

Akhir sekali masukkan cuka...pastikan dikacau serta merta...

 Lepas tu, tuangkan adunan ke dalam loyang..dan bakar hingga masak.

Hiaskan dgn topping kegemaran jika suka. Tak letak pun tak apa sb kek ni dah cukup manis.

    Friday, June 25, 2010

    Pisang Goreng Rangup


    Alhamdulillah...tercapai gak niat nak buat pisang goreng hari ni. Walaupun dah biasa main beli jer tapi nak jugak buat sendiri. Yang bestnya, pisang goreng ni walaupun dah sejuk tetap rangup. Kalau tengok bahan-bahannya, dyg tak letak air kapur sb alergik dgn rasa pahitnya walaupun letak dlm kuantiti yg sedikit. So, dyg tak letak langsung. Tetapi rasanya tetap sedap dan rangup. Sesetengah org menggunakan campuran tepung gandum bersama tepung beras dan ada juga yg mencampurkan dgn tepung jagung bagi merangupkan rasa pisang ni. Selain itu, ada gak yg bubuh minyak /marjerin panas utk memberikan rasa rangup. Begitulah, selera masing2 kan. Bagi dyg pula, dyg lebih suka guna tepung gandum shj (biasa guna Cap Sauh)...pun dah memadai. Hasilnya sgt menepati citarasa. Macam mana nak cakap yer??..Rangup tetapi lembut, bukannya rangup dan keras...hehe.

    Sesiapa yg berminat, bolehlah cuba resepi ni. Terima kasih atas kunjungan anda. Nanti dyg akan jejaki anda jika ada kesempatan yer. 

    Pisang Goreng Rangup
    Bahan-bahan :

    • Pisang secukupnya (cth pisang abu : dibelah dua)
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 cawan air sejuk 
    • sedikit garam
    • 1 sudu makan gula (optional)
    • 3 sudu makan kelapa parut
    • sedikit serbuk kunyit
    Cara-cara :
    1. Satukan tepung, baking powder, garam, gula, kelapa parut dan serbuk kunyit di dlm bekas yg agak besar. Ratakan.
    2. Kemudian masukkan air sejuk dan sebatikan. 
    3. Masukkan pisang yg telah dibelah dua tadi ke dlm batter dan sejukkan terlebih dahulu selama 10 minit.
    4. Panaskan minyak utk goreng terendam. Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng.
    5. Gorenglah pisang hingga masak keemasan.

    * boleh juga letak sedikit baking powder jika suka.
    * campuran kelapa parut akan merangupkan dan menyedapkan lagi rasa pisang.


    *Resepi ini adalah salah satu resepi versi sendiri. Jika ada terluang nanti, dyg akan kongsikan satu lagi resepi pisang goreng sedap.

    Asam Pedas Kembong Rebus Bersama Nanas


    Salam...

    Hari ni tuan rumah masak lauk simple jer utk makan tengahari.  Mula2 plan nak masak nasi ayam tapi tak sempat sb dah terlebih tengahari...pagi tadi keluar jap carik pisang abu. Petang ni kalau rajin goreng pisang  pulak...hehe. So layan jer lah lauk serba ringkas ni dulu. Tak ada yg special. Lauk ikan, sayur campur, sambal belacan dan telur dadar mayonis. Itu jer lah. Tapi simple2 pun berselera gak...hehe. Lagipun, dah lama gak tak makan asam pedas favorite sedari kecik ni. Kalau ada terung asam dayak lagi best! Kalau tak ada, boleh guna nanas masam jer...hari2 makan pun tak jemu....masak pun tak mengambil masa yg lama selain jimat tenaga. Dapat lagi ikan kembong yg kecik2 tu memang sedaaappp!


    Sedaaappp!

    Bahan-bahan :
    • 10 ekor ikan segar (pilih yg kecil2)
    • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
    • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
    • 1 batang serai (diketuk)
    • sedikit belacan bakar (ditumbuk)
    • 3 sudu makan cili kering kisar
    • hirisan nanas secukupnya
    • 2 keping asam gelugur
    • 1 sk serbuk kunyit
    • 1 1/2  liter air atau secukupnya
    • garam dan gula secukup rasa
    Cara-cara : Didihkan air. Masukkan bahan-bahan tumbuk, cili, serbuk kunyit dan serai. Biarkan mendidih seketika. Kemudian, masukkan nanas, asam gelugur, garam dan gula. Masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali, barulah dimasukkan ikan dan masak lbh kurang 1 minit. Kemudian, tutupkan api dan tutupkan periuk. Biar ia merenih seketika sebelum dihidangkan.

    Wednesday, June 23, 2010

    I'm back!!

    salam rindu!!...


    Jom layan dulu kek coklat sihat ni!!....sudi2kanlah yer....hehe

    Alahai....tak tau nak cakap apa dh ni...sebulan tak update blog rasa mcm kekok pulak dah...hehe...apa2pun harap2 rakan2 serta pengunjung2 setiaku sentiasa sihat dan ceria selalu...dyg sempat tinjau2 gitu2 jer kat blog kwn2...mmg rajin update setiap masa...byk resepi best2...tak tkejar rasanya...hehe...maklumlah dah lama gak tu kan...tuan rumah bercuti sampai tak ingat dah alam maya ni...rindu mmg rindu...tp nak buat mcm mana kan...busy dgn hal2 yg tak dpt dielakkan....Alhamdulillah, kini semuanya berjalan dgn lancar...terima kasih byk2 kpd yg telah sudi mengambil berat ttg dyg, yg sudi sms serta meninggalkan jejak di sini (jika ada kesempatan nanti dyg akan reply kesemua komen dan mesej anda), tak lupa juga yg telah mencuba resepi2 di dpr dyg, terima kasih byk2 yer. Semoga semuanya menepati selera dan citarasa anda. 

    Oklah...jomlah makan kek dulu meskipun dh lewat malam..hehe. Kek kat atas tu baru buat 2-3 hari lepas. Kek coklat tanpa susu, tanpa telur n tanpa butter. Memang sesuailah bg yg alergik dgn susu. Actually, dah ada yg request resepi ni 2 bulan lepas. Tapi esok2 kita update resepinya yer.

    Buat HaSue nun jauh di seberang,...kamek wish Happy Belated Birthday!..semoga kitak sihat, baby pun sihat, serta dimurahkan rezki..amin. Sori eh, kamek lambat wish...kelak2 kamek merik hadiah ngan kitak...sementara tok, jemput mkn kek doloklah...hehe.

    Salam sayang buat pengunjung semua....

    Thanks for stopping by....