Tuesday, February 12, 2013

Kek Coklat Keju Kukus


Wahhh! Dah agak lama tak mengukus kek. Rindu pulak nak makan. Projek mengukus ni pulak asyik tertangguh2 disebabkan kesuntukan masa dan jugaaa...heheh...kemalasan yang tak dapat dielakkan. Betul! DJ sejak dua menjak ni banyak sangat dilanda kemalasan. Tapi selera nk makan kek kukus bukan main lagi...Ingat nk order dari biras jer tp dia tak buat sangat kek kukus. So, DJ akhirnya terpaksalah merajinkan diri ke dapur ...godek2 apa2 yang patut. Alhamdulillah, berkat rajin dan semangat, akhirnya terjadilah satu lagi koleksi kek dan resepi baru DJ. Sebenarnya nk buat kek ni taklah sesusah mana pun....heheh.

Tapi sebelum kejadian kek keju coklat yg sedap ni, penat gak DJ memikirkan nk buat kek kukus apa. Mula2 terfikir nk buat kek keju pandan. Lepas tu tak jadi pulak. Lepas tu terfikir pulak nk buat kek keju stoberi...heheh...adehh...pening2. Akhirnya DJ buat coklat keju je lah. Alhamdulillah....sangat elok kejadiannya. Rasa pun taklah manis sgt. Tapi sedap dan lembut jer. Hehehe....habislah dietku lepas ni...baru jer lepas kurangkan lemak sbyk 3-4kg....harap2 maintain la ek... :D :P


Jom kita semak resepinya! Boleh cuba jika berminat. Inshaa Allah sekiranya rajin nanti DJ nk buat versi pandan keju atau strawberi keju pulak. ;)

Terima kasih sudi menjengah ke dapur DJ ye. Selamat bercuti dan ceria selalu!

Kek Coklat Keju Kukus
resepi : dayangjack

bahan-bahan : loyang 8x8x3

Lapisan Coklat :
  • 170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
  • 170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - DJ menggunakan mentega jenama Farmcows
  • 3 biji telur gred B
  • 220g gula kastor
  • 45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Lapisan Keju :
  • 600g krim keju (pada suhu bilik)
  • 2 biji telur
  • 120g gula kastor
  • 1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
  • 4 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :
Lapisan Coklat :
  1. Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan. 
  2. Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi. 
  3. Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan. 
Lapisan Keju :
  1. Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
  3. Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati. 
Cara mengukus :
  1. Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. 
  2. Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
  3. Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit. 
  4. Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
  5. Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. 
** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum. 

Tak sangka pulak yang paling byk makan ialah mr hubby....ekeke


SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI DJ DI FB. TQVM. 

Saturday, February 09, 2013

Ayam Kicap Berempah dan Berkerisik


Ayam Kicap Berempah dan Berkerisik
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka dan dicuci bersih)
  • 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili kisar/cili giling
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis atau secukupnya
  • sedikit kicap manis
  • sedikit hirisan daun sup
  • sedikit madu/gula dan garam
  • sedikit air asam jawa
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 3 sudu makan kerisik
bahan-bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
Cara-cara :
  1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan 1 sudu makan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
  2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan kicap pekat dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam dan kerisik. Gaulkan rata-rata. 
  5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. 
  7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!
***sebelum menumis, kalau nak goreng ayam tu separuh masak pun boleh.