Wednesday, August 25, 2010

Sambal Nasi Lemak (resepi II)



Salam...

Untuk memenuhi permintaan salah seorang pembaca di sini, hmmm...dyg tak pastilah pulak yg mana satu eh..kalau tak silap tempoh hari ada yg meminta dyg utk menulis resepi sambal nasi lemak versi dyg sendiri. Sebenarnya resepi sambal tu dah ada di dalam rumah ni, bolehlah google yer. Kebetulan 2 hari lepas dyg dan anak2 berbuka puasa dgn nasi lemak, jadi sempat shoot sambalnya je lah...hehe. Yang ini adalah resepi sambal versi kedua dyg. Pun sedap dan menepati selera keluarga. Jika berminat, bolehlah cuba.

Kalau tengok bahan-bahannya, dyg tak menggunakan bawang putih, Nak tau kenapa??...kenalah cuba sendiri resepi ni...then barulah tau rasanya macam mana kan...hehe. Tapi InsyaAllah, sambal nasi lemak ni tak mengecewakan. Yang paling penting, kenalah pandai adjust penggunaan garam dan gula sb kedua-dua bahan ni lah penentu sedap dan tak sedapnya sambal.

Sambal Nasi Lemak

Bahan-bahan : (4-6 orang makan)
  • 3 biji bawang merah (kisar)
  • 1/2 labu bawang besar (kisar)
  • belacan bakar secukupnya(kisar)
  • segenggam ikan bilis (dibersihkan)
  • 3 senduk cili kering kisar (-/+)
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula melaka secukupnya
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan-bahan kisar diikuti cili kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ikan bilis, garam dan gula melaka. Kacau lagi. 
  3. Kemudian masukkan air asam jawa dan bawang besar. Apabila bawang sudah layu, bolehlah dipadamkan api. Angkat dan hidangkan.

 ***cili kering direbus terlebih dahulu sebelum dikisar. Biasanya dyg akan blend byk2 dan simpan di dlm bekas bertutup dan kemudian dimasukkan ke dlm fridge. Bila perlu, dyg akan keluarkan. Boleh bertahan sampai 2-3 minggu lamanya.

25 comments:

Qaseh Suhaida said...

hmm.sambal,,,my hubby suka sgt.

Sally said...

sedap!..tak letak bawnag putih mmg lagi sedap bg saya

DjDayang Jack said...

@Qaseh

sambal nasik lemak ni bkn stkt org dewasa jer suke, tp bdk2 pun suke n dh pandai nak komen...hehe

DjDayang Jack said...

@Sally

sedap, InsyaAllah. :)

Anonymous said...

sgt sdp..sy da cb bt..bru jek siap msk..tp sy xletak air asam jawa, sbb xde kt umh ni..dh hbs..tkr ltk ngn asam keping..yg pasti mmg sdp hingga menjilat jari..papepn thanks kpd blogger ni..n3 yg menarik n resipi yg sdp..so good!!hehehe

DjDayang Jack said...

@Anonymous

trm ksh sudi mencube resepi ni yer...Alhamdulillah...

kalo ganti dgn asam keping pun tetap sedap...mekasih sekali lg.. :)

Anonymous said...

sdg mncr2 rsp smbl nasi lmk n jumpa di sini...menu sahur esok..

Anonymous said...

nak share resepi ye..

Sha said...

Salam kak DJ, out of curiosity, ikan bills tu perlu digoreng dulu sebelum dimasukkan dlm sambal atau boleh dimasukkan mentah terus..?

DjDayang Jack said...

@Sha

bilis tu dimasukkan terus. x perlu goreng. slmt mencube ye

DjDayang Jack said...

@Anonymous

silakan ye. tq

Anonymous said...

Boleh tanya, tak perlu masukkan halia ke?

Scha Ijal said...

kalo xletak belacan ok x rs nyer?? coz huby sy xmkn belacan...

Scha Ijal said...

kalo xletak belacan ok x?

tumisbilis said...

saya setuju degan dayang tak letak bawang putih tetapi saya rasa saya punya sambal lagi sedap hihi..dan lebih pedas dan ada cara supaya bila makan sambal agar tidak pedih perut.nak order silakanlah..tqvm tuan rumah. lihat foto ingat sambal tumis bilis saya..haha..

Suria said...

Kak DJ, boleh tumpang tanya? Macam mana nak prepare cili kering kisar dan boleh Kak bagi tau sukatan kasar satu ‘senduk’ itu (dalam ml) ? Nak sangat cuba resipi ini.

Azza Azman said...

kene kisar sendiri lah kan baru sedap...

Anonymous said...

ermm.,, x engkah bawang puteh nang nyaman..sigek juak bawu sambal ya sik kuat gilak mun x engkah bawang putih..mun sik kah, ngerabak jak bau kat jarik...huhuhu..nak camya nak..

Unknown said...

wah, mcm sedap je kak. :) inshaAllah akn dicuba. hehehe. thanks ya resepi nya ^^.

ilham@mama said...

Mlm ni saye nak masak

Anonymous said...

dyg, ikan bilis tu takyah goreng dulu ye?

DjDayang Jack said...

@harada79
a'ah...xyah goreng...tp kalau nk goreng pun boleh je..ikut suke :)

nora said...

ada org bgtau blend cili ngn minyak skit lbh tahan lame ..btul ke?

melati qxara said...

saya sedang belajar memasak.Saya minta kebenaran nak share ye.

Unknown said...

emm..mmg mknn kgmrn sy n husband ni.Insyallah nk try msk la....tq