Tuesday, March 31, 2009

Ikan Pari Bakar



Sesekali makan ikan pari bakar memang sedap. Sebelum ni, zaman muda2 dulu dyg x pernah makan ikan ni walaupun setiap hujung minggu uncle buat ikan bakar kat laman rumah. Masa tu mmg cerewet sgtlah bab2 nak makan ikan. Nasib baik uncle variasikan jenis ikan. Kalau tak, mmg dayang ambik bau je lah...hehe. But now not anymore, ikan ni dh jd favorite lbh2 lg bila dah dibakar.

Resepi yang ade ni mmg sesuailah utk dijadikan perapan. Memang sedap dan beraroma lebih2 lg dibalut dgn daun pisang. Kalau ada daun kunyit pun boleh dicampurkan sekali supaya baunya lebih harum. Untuk menghilangkan bau hanyir ikan ni, biasanya dyg akan rendamkan terlebih dahulu dgn air limau nipis dan garam. Lepas tu ditoskan dan dilumurkan sekali lg dgn sedikit jus limau/lemon sebelum digaulkan dgn bahan-bahan perapan. Hasilnya memang berbaloi. Jom..cuba resepi ni!....

Bahan-bahan:
  • 5-6 ketul ikan pari segar(dibersihkan)
  • 1/2 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 sk jintan manis (disangai dan dikisar)
  • 1/2 inci belacan bakar
  • 1 sudu besar jus lemon/limau nipis
  • 1 sudu besar minyak zaitun/minyak masak
  • garam dan sedikit gula
Cara-cara : Gaulkan ikan bersama bahan-bahan di atas dan perap 1 jam. Kemudian balutkan dgn daun pisang dan kertas foil(buat seperti mangkuk) tetapi jgn ditutup rapat. Bakar dgn suhu 200C selama 30-40 minit.

Monday, March 30, 2009

Sate Goreng, Nasi Himpit dan Kuah Kacang

Menu sarapan pagi merangkap tengahari atas permintaan princess. Nasi impit kena rebus banyak sebab kalau sebungkus jer x cukup untuk die sorang. Just imagine, berat die(baru darjah 1) dah nak hampir sama dgn berat dayang...huhu..now u know how big she is. Sebab tu la kat rumah ni kalau xde makanan dalam satu hari, die akan memberontak kebuluran...hehe. What to do......Anyway, nasi himpit ni mmg sesuailah kalau digandingkan dgn sate. Oleh kerana mood rajin ni ade, dayang buatlah sate goreng sikit (guna daging dan ayam). Biasanya dayang akan buat time raya jer. Tapi hari ni rasa teringin sgt nk makan esp sate daging. Emmm....sedaap!

Bahan-bahan untuk Sate:
  • 1/2 kilo daging/isi ayam (dipotong/dihiris kecil2)
  • 7 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 6 batang serai*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1/2 sudu besar ketumbar *
  • 1/2 sudu besar jintan manis*
  • 1/2 sudu besar jintan putih*
  • 3 sudu besar gula merah/brown sugar
  • 2-3 sudu besar gula pasir
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar air asam jawa
Cara-cara : Kisar kasar bahan-bahan yang bertanda *. Gaulkan bersama ayam/daging dan bahan-bahan selebihnya. Perap semalaman. Kemudian goreng(deep frying) dgn api sederhana. (jgn menggoreng daging terlalu lama kerana boleh menyebabkan ia menjadi liat).

Bahan-bahan: Untuk Kuah
  • Kacang tanah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Serai
  • Halia
  • Udang Kering
  • Gula melaka & gula pasir
  • Garam
  • Sedikit susu cair
Hidangkan bersama nasi himpit, timun dsb.

Sunday, March 29, 2009

Mee Goreng


Menu makan petang/malam.
Bahan-bahan : mi kuning, bawang merah, bawang putih, cili kering, sos tiram, sos cili, sos tomato, isi ayam, fishcake, tauhu, sawi, taugeh, daun sup, bawang goreng, telur, limau kasturi, garam dan gula.

Saturday, March 28, 2009

Epal Bersalut


Gara-gara nak habiskan epal yang ade dp menjadi busuk, terus jer dapat idea buat 'cokodok epal' atau kalo nak sedap sikit bunyinya 'epal bersalut'...hehe. Boleh lah...sekadar utk minum petang. Ingat nak campurkan dengan pisang, tapi pisang pulak dah habis. Takpe ler, janji sedap...layan jer...

Bahan-bahan :
  • 3 biji epal (dikupas kulitnya dan dihiris kecil2 atau ikut suka)
  • 1 cawan tepung superfine (diayak)
  • 2 biji putih telur
  • 2-3 sudu besar gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 135 ml air suam
  • sedikit jus lemon
  • minyak utk deep fry
  • sedikit gula aising

Cara-cara :
  1. Satukan air suam bersama garam. Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati.
  2. Pukul putih telur dan jus lemon sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula dan pukul hingga kembang dan pekat.
  3. Satukan langkah 1 dan 2. Kacau rata2.
  4. Masukkan epal dan kacau sebati.
  5. Panaskan minyak. Cedok adunan td tadi dgn sudu dan goreng hingga keperangan. Toskan pd kertas serap minyak dan taburkan gula aising sebelum dihidang.
**kalau nk lbh sedap lg, campurkan epal dgn pisang ranum manis (tapi kurangkan gula 1 sudu supaya x terlebih manis). Memang sedap dan rangup ketika dimakan panas2. Adunan ini juga dyg selalu guna utk buat cucur udang rangup, onion rings atau goreng kosong shj (tp add garam secukupnya).

Friday, March 27, 2009

All In One - Sardin Bersos, Ayam Kurma, Sayur Campur, Sambal Belacan & Dadih Koktel

Sardin Bersos
Lauk yang dah lama x merasa. Kali ni masak dua tin sekali....hehe...tin kecil je....Ingat nak masak kari tapi x jadi. Maklumlah, last minute baru nak buat. So, dyg masak style sendiri. Sedap sehingga x terkata.....tak percaya? Cubalah resepi ni...

Bahan-bahan :
  • 1 tin besar sardin
  • 1-2 sb cili kering kisar
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu makan kicap pekat/karamel
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 1 helai daun limau purut
  • sedikit bawang besar dihiris, cili merah dan tomato
Cara-cara : Panaskan 2 sudu besar minyak. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk dan cili kering hingga wangi. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan tambah sedikit air. Kacau rata-rata. Masukkan sardin, cili api, daun limau purut dan sedikit air. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili merah dan tomato. Kalau kurang masin dan manis, boleh tambah garam dan gula.


Ayam Kurma
Ayam masak kurma ni mmg favorite anak-anak. Kalau ada nasi beriani lagilah dia org suka. Tapi makan dgn nasi putih pun sedap juga.



Sayur Campur
Kalau xde sayur, rasa x lengkap pulak menu. So, hari-hari wajib ade sayur, tak kiralah ape jenis sayur sekalipun. Yang ini pun dah memadai.


Sambal Belacan
Actually, dyg x makan sambal belacan ni hari-hari. Kalau rajin, dyg akan buat. Tapi kalau u all nak tau setiap kali nak menumbuk sambal ni, dyg akan pakai spec...huhu. Pedih yu, kalau terkena mata...hehe. Kalau kat kampung, hari-hari kena ada sambal belacan sb ade geng, meriah sikit. Barulah sedap. Tapi resepi sambal belacan yang kat kampung dyg berbeza sedikit dgn resepi sambal belacan kat sini. Ape2pun, dyg x memilih sgt. Janji pedassssss!...Gambarnya agak blur sikit ni, sb dh x sabar nak ngap....hehe.
Bahan-bahan : belacan bakar, cili api, cili merah, gula, garam, limau kasturi dan tomato.

Dadih Koktel
Ni pulak dessert kegemaran anak-anak. Very simple but nice. Gambar ni diambik sebelum dadih ni dimasukkan ke dlm fridge sb tu agak comot sikit. Bukan ape, kalau masuk dalam fridge dulu, takut karang x sempat nk posing...hehe.

Bahan-bahan:
utk 3-4 org
  • 3 1/2 sb serbuk dadih perisa mangga
  • sedikit buah-buahan koktel (disejatkan)
  • 2 sb gula pasir
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan air
Cara-cara :
  1. Didihkan susu segar bersama gula dan air.
  2. Tutupkan api dan kacau lagi.
  3. Masukkan serbuk dadih dan kacau rata-rata.
  4. Sediakan acuan/bekas yang bersesuaian. Masukkan buah-buahan koktel dan tuangkan dadih tadi ke dalamnya. Sejukkan.

Thursday, March 26, 2009

Kastard Jagung

Dessert pelengkap menu hari ini. Sedap sangat!!!..

Bahan-bahan : untuk 2-3 orang
  • 2 sb krim jagung manis
  • 3 sb gula pasir (boleh kurangkan 1/2 sudu jika xnak manis)
  • 200 ml susu segar (kalau xde, boleh guna santan dgn sukatan yang sama)
  • 3 sb tepung kastard
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Bancuh tepung dengan 3 sb susu segar di dlm mangkuk.
  2. Panaskan lebihan susu segar td di dlm periuk dengan api kecil.
  3. Setelah mendidih. Tutup api. Tuangkan ke dlm tepung dan kacau sehingga pekat.
  4. Bersihkan periuk td dan masukkan semula adunan td ke dlmnya. Panaskan semula selama 1 minit sambil dikacau.
  5. Masukkan krim jagung, gula dan esen vanilla (kalau nk letak pewarna kuning pun ok tp dyg x letak pun). Kacau rata2.
  6. Tuangkan ke dalam bekas yang bersesuaian. Sejukkan.

Ayam Goreng Berempah

Buat ayam berempah. Sedap makan time hujan. Tapi x makan dgn nasik, sb pg tadi dh breakfast ngan nasi lemak. So, main ratah je lah, cecah dgn sos cili. Anak balik sekolah petang nanti bole lah goreng lagi. Member2 kat myr dah cuba resepi ayam ni dan dapat feedback yg positif. Thanks for trying this recipe. Seronok betul dyg tau... yalah,.. try resepi yang kena dgn citarasa. Berbaloi, kan?....Oleh itu, sesape yang ingin mencuba resepi ni, bolehlah rujuk di sini atau di sini.

Wednesday, March 25, 2009

Crispy Onion Rings

Snack untuk makan malam. Kali ni cuba resepi k.fida myr. Thank you, sifu. Sedap gak makan sambil tgk tv. Actually, dyg ni penggemar onion ring. Masuk je ke A&W, pasti snack ni jd pilihan. kat Burger Kings pun sedap gak. Pernah buat sendiri guna tepung tempura @ guna breadcrumb dan add rempah sikit...pun best gak. Ape2 pun resepi k.fida ni mmg patut dicuba..tq sekali lg.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 2 biji bawang besar (warna kuning)
  • 7 sb tepung gandum
  • 2 sb tepung jagung
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk gula halus
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada sulah/hitam secukup rasa
  • 1/4 sk serbuk cili
  • 1 biji telur
  • 125 ml susu segar
  • minyak masak secukupnya untuk goreng terendam

Cara-cara

  1. Bawang besar dikupas kulit dan hiris bulat setebal 1 cm. dan leraikan menjadi gegelang.
  2. Satukan kesemua bahan2 kering di dalam mangkuk dan kacau rata.
  3. Satukan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit.
  4. Tuangkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali.Celupkan bawang kedalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.Jangan goreng terlalu banyak bawang supaya mudah untuk dibalik2kan.
  6. Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.Hidangkan ketika panas2 lagi.

Tuesday, March 24, 2009

Bihun Sup

Anak-anak dah tidur. Penat tak hilang lg. Lapar pulak tu. Jenguk jap kat dapur. Tp fikiran bercapah gak ni. Nak makan ape sebenarnya ni? Nasi dan lauk yg dimasak ptg td ada sikit lg tu tapi malasnya nak makan....Fikir punya fikir finally buat mihun sup je lah. Kenyang gak. Lega sangat2!....

Bahan-bahan: utk seorang
sedikit bihun
1 biji bwg merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 cm halia muda (ditumbuk)
sedikit serbuk lada hitam
1 biji telur
sedikit isi ayam/udang
sedikit tepung jagung + sedikit air (dibancuh)
fishball
sawi
cili api
1 sudu makan jus limau kasturi
1 biji tomato (dibelah 4)
daun sup
bawang goreng
sedikit minyak masak, garam dan air.

Cara:
Panaskan minyak. Tumis bahan2 yang ditumbuk. Masukkan isi ayam/udang. Masukkan air. Biarkan mendidih seketika. Masukkan serbuk lada hitam, fishball, telur, jus limau dan cili api. Masukkan bihun, tepung jagung, tomato dan sawi. Perasakan dgn garam. Taburkan daun sup dan bawang goreng semasa menghidang.

Bingka Pandan Moden



Oleh kerana kepingin sgt nk makan kuih bakar, dayang buat je lah sikit utk minum petang. Kalau kat kampung, mak yang selalu buatkan sb dia tau dayang minat sgt dgn kuih2 mcm ni. Sesetengah org menggelarkan kuih ni 'bahulu kemboja', ada yang sebut 'kuih bakar' atau 'bingka pandan'. Tapi dlm versi dayang plak 'bingka pandan moden' ... sb guna loyang biasa dan bahan-bahannya pun x memerlukan daun pandan tapi dyg hanya guna pandan paste...hehe! Ape2pun rasanya lebih kurang sama je dan yang penting, kuih ni sedap serta menepati citarasa.

Bahan-bahan :
1 ¾ cawan tepung gandum (diayak)
3 biji telur
700 ml santan rendah lemak
1 ½ cawan gula pasir
1 sk pandan paste
sedikit bijan

Cara-cara :
  1. Pukul telur dan gula tapi jgn terlalu lama
  2. Bancuhkan tepung bersama santan dan pandan paste.
  3. Satukan langkah 1 dan 2. Putar dgn menggunakan mixer supaya sebati.
  4. Sediakan loyang/acuan yang dilengser dgn sedikit minyak masak. Tapiskan adunan td dan tuangkan ke dlm loyang/acuan.
  5. Bakar dgn suhu 180-190C selama 10 minit. Kemudian keluarkan dan taburkan bijan di permukaannya.
  6. Bakar semula selama 35 minit atau sehingga masak dan keperangan.


Monday, March 23, 2009

Ayam Panggang Bersos



Hah, tu dia...ayam datang lagi....hehe!,...x abis2, kan...kali ni ayam panggang plak. Actually, ayam ni dimasak minggu lepas tp x sempat nk post. Si princess dh banyak kali request nk makan ayam ni, maka, dayang sempatlah memposingkan kejap ayam ni sebelum kena ngap..(hehe...kalau Nik Safiah terbaca ayat2 yg ntah ape2 gaya bahasanya ni, mau je kena tegur...). Well, ayam panggang ni adalah ilham dr majalah masakan kira2 2-3 thn lps tp resepinya dah 60% diadaptasikan mengikut citarasa sendiri. Kena pulak dgn taste satu famili. Tu le yang bestnya. So, kalau ade sesape yang ingin mencuba, bolehlah refer resepi ni yer....

Bahan-bahan:
Utk Perapan: (1 jam)
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar minyak zaitun
Cara-cara : Bersihkan ayam, gaulkan bersama bahan-bahan di atas dan panggang selama 1 jam dgn suhu 180-190C. Terbalikkan ayam 1/2 jam jam stlh dipanggang agar ia masak sekata.

Utk Sos :
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos BBQ
  • sedikit mayonis
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit gula
  • 500 ml air
Cara-cara : Sediakan periuk. Masukkan kesemua bahan di dalamnya dan kacau hingga mendidih.
Setelah ayam dimasak, tuangkan sos ke atasnya dan panggang semula selama 20 minit dgn suhu 200C.

Sunday, March 22, 2009

Nasi Goreng Lada Hitam

Menu makan malam atas permintaan prince & princess. Mudah, ringkas dan sedap!

Bahan-bahan:
  • 3 pot nasi sejuk
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • udang/fishcake/isi ayam
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit garam
  • sedikit sos tiram
  • 1-2 biji cili api (diketuk)
  • bahan-bahan sampingan: sawi, buncis, kobis dsb
Cara-cara :
  1. Panaskan 2-3 sudu besar minyak dlm kuali. Tumis bawang putih hingga perang. Masukkan udang, fishcake, isi ayam, kicap pekat dan sos tiram.
  2. Masukkan buncis dan kobis. Kemudian masukkan nasi dan serbuk lada hitam. Kacau rata2. Masukkan cili api dan garam secukupnya. Akhir sekali, masukkan sawi.
  3. Hiaskan dgn daun sup dan bawang goreng jika suka.

Saturday, March 21, 2009

Cencaru Goreng Sambal Cili

Rasa2 dh lama juga dyg x makan ikan cencaru. Sebab tu lah kepingin sgt nk makan ikan tu hari ni. Buat sambal cili sekali. Sedap sungguh. Yang seronoknya, anak-anak pun suka ikan ni. Asyik menambah je. Resepinya pulak dalam versi dayang. Very simple & yummy!

Bahan-bahan:
  • 4-5 ekor ikan cencaru (dibersihkan, diperap dgn garam dan kunyit kemudian digoreng)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci belacan (dibakar dan dikisar)
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 4 -5 sudu besar cili kering kisar
  • minyak utk menumis
  • garam dan gula
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan garam, gula dan air asam jawa.
  3. Sesudah masak, tuangkan/siramkan ke atas cencaru tadi. Hidangkan.

Friday, March 20, 2009

Mee Hailam

Pagi tadi dayang x sempat nk breakfast sebab sibuk mengemas dapur especially peti sejuk. Esok pulak nk ke pasar seperti biasa, beli lauk utk seminggu. Kenalah kosongkan peti sejuk dulu. Dah hampir pukul 11 pagi, rest skjp. Pas tu masak ala kadar je. Lauk sup ayam, ikan goreng dan sayur. Budak-budak dh makan roti dan burger. Kenyang lagi tu. Dayang pulak sempat buat mee hailam sementara tunggu lauk masak. Tak susah pun. Masak x sampai 5 minit dah siap. Bahan2 dh siap potong (lebihan buat mee goreng a few days ago). Cukup-cukup utk makan sorang. Apa yang ada dalam fridge, itulah yang dyg gunakan utk masak mee ni. Sedap pulak lbh2 lagi bila dah terasa lapar...hehe.

Bahan-bahan: 1-2 orang
1 pinggan/mangkuk mee kuning
4 ekor udang basah
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sb sos tiram
1 sb kicap pekat
1 sk serbuk lada hitam
3-5 biji cili api (diketuk)
1/2 sb tepung jagung + sedikit air (dibancuh)
sedikit fish cake
sedikit crab ball
sedikit sawi
sedikit daun sup
minyak masak dan air secukupnya

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga terbit bau.
  2. Masukkan udang, fish cake, crab ball dan sedikit air. Kacau lg.
  3. Masukkan, sos tiram, kicap pekat, cili api dan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan mee, tepung jagung dan sawi. (kalau kurang masin, boleh tambah garam atau kicap).
  5. Hiaskan dgn daun sup dsb.

Thursday, March 19, 2009

Daging Masak Kicap

Lauk daging yg kerap kali disajikan bersama nasi putih. Anak-anak pun suka. Bagi penggemar masakan berempah, bolehlah cuba resepi ini.


Bahan-bahan ( hidangan utk satu famili )

  • 1/2-1 kilo daging (dibersihkan dan dipotong kiub)
  • 8 biji bwg merah (dikisar)
  • 4 ulas bwg putih (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 2 biji buah keras (dikisar)
  • 1 sudu bsr serbuk lada hitam
  • 1 sudu bsr cili kisar
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu bsr kicap pekat
  • 3 sudu bsr kicap masin
  • 2 sudu bsr kerisik (buat sendiri)
  • rempah 4 sekawan
  • 3 sudu bsr minyak masak
  • 1/2 sudu bsr asam jawa
  • garam, gula dan air secukupnya.
  • hiasan : cili merah dan daun bawang

Cara-cara

  1. Perap daging dgn satu sudu bsr bhn kisar, 1/2 sudu serbuk lada hitam dan satu sudu bsr kicap pekat (1 jam atau perap semalaman)
  2. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dgn api perlahan. Kemudian masukkan bhn2 kisar serta lada hitam dan kacau sampai terbit bau/pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau 1 minit. Masukkan air (1 liter), kacau rata2 dan biarkan seketika (30 minit). Tambah air jika terlalu kering.
  4. Apabila daging masak separuh empuk, masukkan pula 1 sudu bsr kicap pekat(blh tambah lbh jika suka), kicap masin, kerisik, asam jawa dan kacau lg. Biarkan seketika sehingga daging btl2 empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).
  5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya.
  6. Siap dihidangkan utk seisi keluarga.

Yong Tau Fu

Bestnya dapat makan yong tau fu! terbaca resepi kuah yong tau fu minami myr tu mlm td i was really excited. What can i say...i made it last night and it was great, u know. Mcm x percaya boleh buat sendiri...dahlah makanan favorite. Dulu selalu beli kat area Desa Pandan...gerai yong tau fu kat tepi jln tu...tp x ingatlah nama gerai makan tu. Ala, adik beradik yg berbadan besar tu la....i still recognize those faces but i don't know their names. Kuah yong tau fu yg die org buat tu mmg sedaplah. Dayang masih ingat lg masa pregnant, hampir setiap minggu makan yong tau fu kat situ. Tak nak tapau. Berdegil gak nk makan kat situ. Hubby pun dah naik jemu. Kadang-kadang merungut jugak. Mana taknya, dayang hanya makan kangkung, crabstick dan telur puyuh je. Tp kuahnya kena banyak. Itu aje. 'Buang karen je', kata hubby...keh!keh!keh!. Whatever he says, i don't care coz i know he knows me very well...dan yg penting dapat memenuhi hasrat di hati. But now, i can make it by myself. Thanks to minami for sharing this great recipe. Cuma, utk kuahnya dayang ada add sikit sos tiram, sos cili dan of course cilinya kena banyak memandangkan dyg sukakan kepedasannya. Oops!..x letak ajinomoto (not good for health). Ape2 pun, resepi kuahnya memang best! (..mintak izin yer, minami, dyg copy n paste bhn2/cara2nya..tq)

Kuah Yong Tau Fu
Bahan-bahan ( 5-6 orang )

* 10 tangkai cili kering
* gula melaka atau kurozato

* bijan goreng
* gula(kalau kurang manis)

* 1 s.k garam

* 3 cm belacan
* 300 ml air

* 1 sudu besar minyak

* 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
* sedikit ajinomoto


Cara-cara
  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Tuesday, March 17, 2009

Daging Masak Lada Hitam

Salah satu masakan black pepper yg sedap dan menyelerakan. Amat sesuailah dimakan ketika musim hujan ni. Actually, plan yg last minute hari ni nk masak Sarawak Black Pepper Beef, tp bahan2nya x cukup pulak. hmmm,..kenalah bersabar dulu yer, jack. Ape2pun, masakan ni mmg best. Asyik bertambah je,..oops!..bukan tambah nasi, tapi tambah air,..sebab terlebih bubuh cili api...keh!keh!keh!...kpd Sunkist (kawan MYR yg setia...), thanks ya kerana tlh mencuba resepi ini....haa,..resepi ni pulak siaran ulangan(dr Myr) nk sumbat kat sini(tp gambarnya ambik hr ni)...hehe.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 500 g daging (direbus dgn sedikit garam dan dihiris nipis2)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
  • 1 sb lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sdt sos masam manis
  • 1 sdt sos lada hitam - optional
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  • 5 biji cili api (diketuk)
  • sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • sedikit garam dan gula (jika perlu)

Cara-cara

  1. Perapkan daging bersama 1/2 sb kicap pekat dan 1/2 sb lada hitam selama 10 minit.
  2. Panaskan 2-3 sb minyak masak dlm kuali dan goreng daging hingga separuh garing. Keluarkan dan ketepikan. Di dlm kuali yg sama, tumis bawang putih hingga perang.
  3. Masukkan daging, lebihan lada hitam dan juga kicap pekat. Kacau sebati. Masukkan pula sos tiram, sos masam manis, sos lada hitam, bawang besar, cili merah, dan cili api. Kacau lagi.
  4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, daun sup, daun bawang dan perasakan dgn garam dan gula. (jika dah cukup masin dan manis x perlu bubuh garam dan gula)
  5. Hidangkan panas2.

Sunday, March 15, 2009

Choc Pudding


Align CentreDessert favorite anak2...especially bila dh ditambah ganache kat bahagian atasnya, lg budak2 suka...apa lagi, kalau setakat satu bekas mmg x cukup.


Choc puding ni baru dikeluarkan dari peti sejuk. Hmm...idea kreatifku datang lagi...Nak bg cantik kat bahagian atasnya, apa kata kita buat toppingnya sekali. Memang best sgt2. Resepinya mudah je. Bahan-bahan x perlu banyak. Apa yang ada dlm stok, itulah dayang gunakan utk buat puding ni. Sedap bangat...!


Bahan-bahan :
  • 10 g serbuk agar-agar
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu segar
  • 3/4 cawan serbuk minuman coklat(less sugar) + sedikit air panas (dibancuh)
  • 3/4 cawan gula pasir (kalau serbuk coklat dah manis, kurangkan sukatan gula)
  • 1/4 sk serbuk kulit kayu manis/esen vanilla (optional)

untuk ganache : 40 gm coklat masakan + 1 sudu besar butter + 1/4 cawan susu segar/air


Cara-cara :
  1. Didihkan air bersama serbuk agar-agar dan gula.
  2. Masukkan susu segar dan bancuhan serbuk coklat. Didih dgn api kecil.
  3. Masukkan serbuk kulit kayu manis atau esen vanilla. Tutup api. Tapiskan dan tuangkan ke dalam bekas/loyang. Sejukkan seketika sebelum disimpan ke dlm peti sejuk.
  4. Untuk ganache, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sambil dikacau sehingga pekat.
  5. Keluarkan puding dari peti sejuk. Tuangkan ganache di atasnya.

Saturday, March 14, 2009

Thursday, March 12, 2009

Tauhu Bakar

At last,....tertunailah hajat nak makan tauhu bakar....sedaaaaaaaap!!!! Senang je nak buatnya. Ambil beberapa keping tauhu then bakar sampai kering dan garing. Lepas tu, dipotong kiub.

Ni pulak sambal rojak instant utk digandingkan dgn tauhu bakar. Ingat nk buat sendiri jer. Tapi suamiku yg baik hati beli yg dh siap. Cume kuahnya x brp pedas la. Ape2 pun layan je....lain kali buat sendiri. Nak tau resepinya?... tungguuuu!

Wednesday, March 11, 2009

Kari AyamKu


Hehe...layan je. Menu semalam. Lauk kari yg dh biasa dyg masak sejak di bangku sekolah lg. Belajar dp mak dan nenek. Memang sedap. Makasih mak & nenekku sayang!...Mmuah3x!! Teringat kat mak.....hwuaaaaa!!. Kalau boleh skrg gak nak balik kampung. Nak rasa masakan mak....sedih tp apakan daya, dah namanya perantau, kenalah bersabar dan kuatkan semangat....ok, xnak sedih2..x best!...off the record. Anyway, resepi kari ayam ni hampir sama ngan resepi HaSue Myr. Cuma dyg x guna belacan dan kunyit. Tp nanti2lah try mcmna. Sabar yer Sue...hehe.

Kari AyamKu

Bahan-bahan :

1 ekor ayam (dipotong 8 atau ikut suka)
7 biji bawang merah (dikisar)
3 biji bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 biji buah keras (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
1/2 inci lengkuas (dikisar)
3 sudu besar kari ayam Adabi (dibancuh dgn air utk dijadikan pes)
1 sudu makan cili kering kisar
rempah 4 sekawan
sedikit santan
sedikit daun kari
3 biji kentang (dibelah 4)
1 sudu besar kerisik
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukupnya
minyak utk menumis dan air secukupnya

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis rempah dan daun kari sehingga naik bau. Tumiskan pula bahan-bahan kisar sehingga wangi. Masukkan pes kari dan kacau hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam. Kacau sebentar. Masukkan air secukupnya. Biarkan merendidih seketika.
  3. Masukkan santan, kentang dan kerisik.
  4. Akhir sekali masukkan air asam jawa, garam dan gula. Sesudah masak, tutup api dan biarkan merenih sebentar.
  5. Hidangkan.

Tuesday, March 10, 2009

Nasi Ayam Istimewa


Inilah nasi ayam istimewa hasil kreativitiku....the kids like it a lot...dah lama rasanya nak post resepi ni ke myr tp tak kesampaian. Bukan ape, resepinya agak panjang gak kalau nk tulis (hehe, al maklumlah, dayang x suka tulis sekerat2 kenalah bercerita dr A sampai Z setiap ramuan dan langkah2nya..barulah org faham, btl taakk?), tu satu, pas tu slalu connection error plak, alaihai...tension2!!!nk taip pun terbantut...apa2pun, kali ni usaha mesti diteruskan demi nak berkongsi resepi dgn teman2 dan juga sesape shj di luar sana yg sudi berkunjung ke teratak yg masih 'under construction' ni...ok, td dayang dh post resepi Ayam Goreng/bakar Istimewa utk nasi ayam ni(ayam tu dayang goreng je & gambarnya ambik waktu siang). Kali ni nasi ayamnya pula juga dr hasil ilham sendiri.

Bahan-bahan : (berdasarkan sukatan utk seisi keluarga dayang)

Untuk Ayam :
Rujuk di sini : air rebusannya utk masak nasi dan sup.

Untuk Nasi:
  • 3 pot beras (dicuci dan ditoskan)
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu besar minyak sapi/Ghee
  • sehelai daun pandan (dicarik dan disimpul)
  • setitik pewarna kuning
  • sedikit garam
  • air rebusan ayam secukupnya bergantung pd jenis beras yg digunakan
Cara-cara : Kisar bawang2 dan halia. Panaskan minyak sapi, tumis bahan kisar berserta daun pandan sehingga wangi. Masukkan pewarna kuning dan kacau rata2. Kemudian masukkan ke dlm periuk nasi bersama beras td. Masukkan air rebusan ayam dan garam secukupnya. Masaklah seperti biasa.

Untuk Sup :
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar stok ayam
  • garam secukupnya
  • sedikit daun sup dan bawang goreng
Cara-cara : Panaskan air rebusan ayam dan masukkan kesemua bahan di atas kecuali daun sup dan bawang goreng. Sesudah masak, hidangkan dan taburkan daun sup dan bawang goreng.

Untuk Sambal Cili :
  • 2-3 batang cili merah (dipotong2 sedikit)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit jus limau kasturi
  • air masak secukupnya
Cara-cara : Campur kesemua bahan ke dlm pengisar dan kisar sehingga lumat. Hidangkan.

Untuk Kicap :
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu makan tepung jagung + sedikit air (jadikan pes)
  • air secukupnya
Cara-cara : Masakkan air dan kicap sehingga mendidih. Masukkan tepung jagung dan kacau sehingga kuah agak pekat.

Untuk Kicap Pedas :
  • 6-7 biji cili api
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit kicap masin dan kicap manis
  • sedikt jus limau kasturi
  • sedikit air masak
Cara-cara : kisar semua bahan sehingga hancur. Hidangkan.

Lain-lain hiasan : timun, tomato dan daun salad.

***resepi ni agak panjang dan nampak complicated tapi actually senang je nk buatnya...

Ayam Goreng/Bakar Istimewa

Ayam ni dayang buat semlm. Tak sempat nk post sb bz ngan aktiviti lain. Actually semalam buat nasi ayam & dayang guna ayam ni la. Resepi ilham sendiri. Memang dh selalu buat ayam ni time nk mkn nasik ayam sb rasa dan aromanya kena dgn nasi ayam. Pendek kata, mmg sesuailah..gerenti makan bertambah2 mcm kaum kerabat dyg ni..seekor ayam mmg x cukup. Nak kena beli ayam belanda..hehe! Yang bestnya, ayam ni boleh dimasak dgn dua kaedah, bakar atau goreng. Kalau nak bakar kena add minyak zaitun/minyak masak time nk perap supaya kulitnya sentiasa berkilat dan tak kering seolah2 digoreng. Ayam ni jg sesuai utk disajikan dgn nasi ape2 pun selain dgn nasi ayam. Nak tau sedap ke tak sedap, kena cuba dulu. Sesape yg tringin nk cuba, bawah ni dyg sertakan resepinya sekali. Selamat Mencuba yer!

Bahan-bahan :
  • Seekor ayam (dipotong ikut suka, dibersih dan direbus dgn sedikit garam sehingga separuh masak dan ditoskan serta disejukkan terlebih dahulu)
  • 7 ulas bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu makan lada sulah
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan jus lemon @ sos plum
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan minyak zaitun/minyak masak (hanya utk kaedah membakar sahaja)
  • garam dan gula secukupnya.
  • minyak utk goreng terendam
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam dgn bahan2 di atas dan perap lbh kurang 1 jam.
  2. Goreng sehingga masak.
  3. Untuk kaedah membakar, panaskan oven 180C. Sediakan tin pembakar, lengserkan dgn minyak zaitun/minyak masak. Susunkan ayam dan tutup dgn kertas foil. Masak selama 30 minit. Buka kertas foil, renjis2 sedikit dgn bahan perapan td dan bakar semula selama 10 minit atau sehingga masak (bergantung pd jenis oven yg digunakan)
  4. Hidangkan.

Sunday, March 08, 2009

Roll Sosej

Ini pula breakfast utk prince & princess. Dapat ilham dari resepi Mat Gebu. Thank You so much. Resepi ni dayang ubahsuai mengikut selera anak2 dayang & dah selalu buat pun...hehe. Memang sedap. Dyg guna nestum utk menyaluti roti kerana dua sebab. Pertama, anak2 x suka makan nestum yg dibancuh dgn air. Kedua, dh lama dyg beli nestum tapi masih x luak. Sayang kalau x dihabiskan. So, dgn cara mcm ni, barulah anak2 berselera makan selain rasanya yang garing dan sedap. Resepinya pun ringkas dan mudah. Memang sesuailah utk anak2.

Bahan-bahan :
5 keping roti sandwich

5 batang sosej (direbus sedikit)

1 biji telur

1 sdt serbuk lada hitam

1 sudu makan serbuk maggi cukup rasa
1 sb tepung gandum + sedikit air utk dijadikan pes

2-3 sb bijirin nestum

minyak utk menggoreng


Cara-cara :

  1. Leperkan roti dgn torak sehingga nipis.
  2. Letakkan sosej di pangkal roti dan gulung dgn kemas sambil dilekatkan dgn pes tepung.
  3. Di dalam satu bekas, kacau telur dgn serbuk lada hitam dan serbuk maggi sehingga sebati.
  4. Panaskan minyak utk menggoreng.
  5. Celupkan roll sosej td ke dlm telur dan salutkan dgn nestum satu persatu.
  6. Goreng hingga keemasan. (guna api kecil shj)
  7. Hidangkan dgn sos cili dan mayonis.

Nasi Lemak Dayang

Dah lama rasanya tak makan nasi lemak. Jadi, pagi ni dayang merajinkan diri ke dapur demi memenuhi hasrat di hati...

Bahan-bahan ( seisi keluarga )

UNTUK NASI :

  • 3 pot kecil beras (dicuci dan ditoskan)
  • 120 ml santan kotak rendah lemak(Ayam Brand) + air secukupnya
  • 1 camb mentega
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 cm halia muda (dihiris)
  • 1 sb gula
  • sedikit garam
  • 1 batang serai (dititik) - optional
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
BAHAN UTK SAMBAL :
  • 50 g ikan bilis (saiz sederhana)
  • 4-5 camb cili kisar
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci belacan bakar (dikisar)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 camb santan rendah lemak/susu cair
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN :
  • telur rebus, kacang tanah(digoreng), dan timun.

Cara-cara

  1. Nasi dimasak bersama campuran bahan2nya.
  2. Panaskan 3 camb minyak di dalam kuali. Tumis cili terlebih dahulu sehingga btl2 masak. Barulah dimasukkan bahan2 kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ikan bilis, santan/susu cair, garam, gula, asam jawa dan kacau sebati. Akhir sekali masukkan bawang besar dan kacau lg sehingga masak.
  4. Sajikan dgn nasi lemak dan bahan2 sampingannya.


Sambal Tumis Telur Puyuh

Haa..., nilah salah satu makanan kesukaan suami tercinta. Honestly, sepanjang perkahwinan, dyg x pernah beli sendiri telur puyuh ni melainkan dia. Kalau dia beli, dyg akan masak, tapi kalau x, xdelah dyg masak. Org kata, kalau nk pikat hati suami, kenalah masak ape yg dia suka. Tapi dyg bersyukur sb suami x cerewet pasal makanan. Dia akan makan ape shj yg dyg masak asalkan makanan tu bersih dan x terlalu masin dan manis. Anak2 pun suka.

Sambal Tumis Telur Puyuh

Bahan-bahan :
  • 15-20 biji telur puyuh (direbus dan digoreng keemasan)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 sb cili kering kisar
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar)
  • 2 sb susu cair
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos tiram
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga wangi.
  2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan susu cair. Kacau dan tambah sedikit air.
  3. Perasakan dgn garam dan gula.
  4. Masukkan telur dan gaulkan sehingga rata. Bila kuah agak pekat, tutupkan api.
  5. Hidangkan.

Friday, March 06, 2009

Crispy Chicken

Salah satu menu masakanku pd hari yg kusangka panas hingga ke petang, namun mendung di tengahari...apa2 pun kain di jemuran sempat kering sblm hujan...hehe!...meleret2lah pulak...ok, bab memasak ayam ni mmg dh menjadi rutin dayang. Boleh dikatakan saban hari masak ayam, ayam, ayam...tu pun atas permintaan anak2. so kenalah pandai improvise. Kalau masak sepesen jer, jemu gak. Semalam ayam kicap. Hari ni ayam krispi. Esok ayam panggang pulak. Lusa, maybe kari ayam. At last, bela ayam....tp masalahnya xde ruang nk bela ayam, lainlah kat kampung. xpelah, kat giant/tesco banyak ayam. Anyway, resepi ayam krispi ni mmg sedap. Setandinglah dgn ayam KFC. Cuma ayam ni dyg x guna cili serbuk, takut pedas. Sebab yang request ialah ank2. Dayang cuma add sedikit serbuk lada hitam shj. Tapi rasanya...Yummyyy!!!

Bahan-bahan :
  • Beberapa ketul ayam (dibersihkan)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1 biji telur
  • 1-2 sb tepung gandum
  • sedikit garam
  • breadcrumb (serbuk roti)
Cara-cara : ikut step
  1. Gaulkan ayam dgn serbuk lada hitam dan garam.
  2. Masukkan tepung gandum. Gaulkan.
  3. Masukkan telur. Gaul sebati dan perapkan sebentar di dlm peti sejuk.
  4. Sediakan breadcrumb. Keluarkan ayam td dr peti sejuk.
  5. Panaskan minyak(banyak) utk menggoreng.
  6. Celup/salutkan ayam dgn breadcrumb satu persatu.
  7. Gorengkan sehingga keemasan. Selamat Mencuba!


Thursday, March 05, 2009

Tauhu Sambal

Tak abih lg cerita psl tauhu...hatta, hari ni masak tauhu sambal. Sebenarnya dayang teringin sgt nak makan tauhu bakar tp ramuan x cukup pulak...well, it doesn't matter. i'll make it next time...kalau beli siap, mahal pulak harganya sampai cecah rm6. Mak oii!..x berbaloilah. Baik buat sendiri. Berbalik cerita psl tauhu sambal ni. Masakan ni dh jd favorite dayang sejak azali lg. Rupanya resembles masak merah tapi the taste is a little bit different. In other words, the taste is excellent! Sebabnya ialah dayang add udang kering yg dikisar bersama bawang2 & cili kisar. Resepinya mudah shj. So, what say you? nak try?...jom!

Bahan-bahan:

  • 3 keping tauhu (dibelah dua)
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu mkn serbuk maggie cukup rasa/pati ikan bilis (jika suka)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • gula dan garam secukupnya
Cara-cara :
  1. Goreng tauhu sampai keemasan.
  2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tomato, sos tiram, serbuk maggie/pati ikan bilis dan sedikit air. Masukkan pula garam dan gula.
  4. Tutup api. Masukkan tauhu yg tlh digoreng tadi ke dalam kuah td dan gaulkan.
  5. Hidangkan.

Wednesday, March 04, 2009

Sotong Pedas Masam Manis


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 6-8 ekor sotong saiz M (dibersihkan, diperap dgn kunyit dan garam serta digoreng hingga garing)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sb cili kering kisar
  • 2-3 biji cili api (diketuk) - optional
  • 1 sb sos masam manis
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 sdt garam dan gula
  • 1 biji bawang besar dan cili merah (dihiris)

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dgn 2 sudu besar minyak masak/corn oil. Tumis bahan2 yg ditumbuk dan cili kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan sos tiram, sos masam manis, sos tomato dan kacau hingga sebati. Masukkan sotong yg telah digoreng tadi. Kacau lagi. (gambar : sos masam manis keluaran 'life')
  3. Kemudian masukkan cili api(jika suka), garam, gula, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga kuah agak pekat.
  4. Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.

Tauhu Taugeh Tumis


Bahan-bahan ( 1 hidangan )

  • 50 g taugeh kasar (dibersihkan)
  • 2 keping tauhu (dihiris)
  • 3 biji bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 biji cili merah *
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sb udang kering *
  • 1 sdt serbuk Maggie Cukup Rasa - optional
  • sedikit minyak masak dan air

Cara-cara

  1. Tumbuk kasar bahan2 yang bertanda *.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan2 yang ditumbuk td hingga naik bau. Masukkan tauhu dan kacau selama 1 minit. Masukkan sedikit air. Masukkan pula perasa maggie dan sos tiram. Akhir sekali masukkan taugeh. Jika kurang masin bolehlah ditambahkan garam.
  3. Siap dan hidangkan.

Omelette

Untuk breakfastku hr ini...sungguh ringkas dan sedap. Cukup sekadar makan dgn 2 keping roti berplanta dan jus anggur. Sesuai utk berdiet.

Omelette

Bahan-bahan :
  • 2 biji telur
  • sedikit lada sulah
  • sedikit bawang besar (dicincang)
  • sedikit mentega
  • sedikit keju parut
Cara-cara :
  1. Telur dipukul sedikit.
  2. Panaskan mentega di dlm kuali leper.
  3. Tumiskan bawang. Masukkan telur, lada sulah dan keju parut.
  4. Biarkan sampai masak.
  5. Hidangkan.

Monday, March 02, 2009

Nasi Goreng

Menu utk makan malam. Biasanya dayang makan sebelum pukul 7 malam tp petang ni makan awal sikit sb terlalu lapar. Nasi goreng ni sgt special dan sedap. Sebenarnya nk masak utk anak2 sb dh request dr pg tadi. Bila makan, x cukup sepinggan. Pasti bertambah2. Anyway, just like i said before, i'm on a 'special diet'. Makan dgn kuantiti yg sikit je ...get used to it...hehe.

Bahan-bahan : (untuk 4 orang) :
  • 5 pot kecil nasi sejuk
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1-2 sb cili kisar
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb kicap manis
  • 1 sb serbuk Maggie cukup rasa
  • sedikit isi ayam/daging batang pinang (dipotong kecil2)
  • sedikit crabstick/udang (dipotong kecil2)
  • sedikit sayur campuran (ape2 je : kobis, sawi, dsb)
  • 1 biji telur (digoreng dadar dan dihiris)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan isi ayam/daging dan biarkan masak terlebih dahulu.
  3. Masukkan crabstick/udang, sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap, serbuk maggie dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan nasi dan kacau lagi. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran. Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
  5. Masukkan telur yg tlh digoreng dadar td dan gaulkan.
  6. Hidangkan panas2.


Homemade Mayonise

Semalam btl2 dlm sejarah. dayang tak sentuh sebutir nasi pun krn dh nekad nak turunkan berat badan at least 2 kg. So, dayang makan sayur dan buah-buahan shj. Terbabas gak dgn a sliced of cheesecake...hehe. tapi ok ler tu. mlm tu plak, try ler buat salad tomato. the problem was, i forgot to buy a dressing salad....nk pergi ke kedai, terasa malaslah pulak. Finally, dayang try buat mayonis sendiri. Anda pernah buat mayonis sendiri tak?...kalau x pernah, jom kita cuba!

Bahan-bahan : (untuk sebotol kecil)
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb jus lemon
  • 1 sb gula halus
  • 200 ml minyak kacang soya
Cara-cara :
  1. Sediakan mixed bowl
  2. Pukul telur bersama garam, gula dan jus lemon sehingg fluffy. Pukul lama sikit.
  3. Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga habis dan menjadi mayonis.
  4. Simpan di dlm bekas kedap udara dan sejukkan. Mayonis ini tidak ada bahan pengawet dan hanya boleh bertahan utk bbp hari shj.
Mudah je, kan?...Selamat Mencuba!

Inilah dia Salad Tomato yang menjadi santapan dayang pd sebelah malamnya. Dayang guna tomato kecil/baby tomato, daun salad campuran dgn sentuhan mayonis buatan sendiri. Sedaap!!!