Anak-anak dah tidur. Penat tak hilang lg. Lapar pulak tu. Jenguk jap kat dapur. Tp fikiran bercapah gak ni. Nak makan ape sebenarnya ni? Nasi dan lauk yg dimasak ptg td ada sikit lg tu tapi malasnya nak makan....Fikir punya fikir finally buat mihun sup je lah. Kenyang gak. Lega sangat2!....
Bahan-bahan: utk seorang
sedikit bihun
1 biji bwg merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 cm halia muda (ditumbuk)
sedikit serbuk lada hitam
1 biji telur
sedikit isi ayam/udang
sedikit tepung jagung + sedikit air (dibancuh)
fishball
sawi
cili api
1 sudu makan jus limau kasturi
1 biji tomato (dibelah 4)
daun sup
bawang goreng
sedikit minyak masak, garam dan air.
Cara:
Panaskan minyak. Tumis bahan2 yang ditumbuk. Masukkan isi ayam/udang. Masukkan air. Biarkan mendidih seketika. Masukkan serbuk lada hitam, fishball, telur, jus limau dan cili api. Masukkan bihun, tepung jagung, tomato dan sawi. Perasakan dgn garam. Taburkan daun sup dan bawang goreng semasa menghidang.

No comments:
Post a Comment
komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih