Sunday, March 08, 2009

Roll Sosej

Ini pula breakfast utk prince & princess. Dapat ilham dari resepi Mat Gebu. Thank You so much. Resepi ni dayang ubahsuai mengikut selera anak2 dayang & dah selalu buat pun...hehe. Memang sedap. Dyg guna nestum utk menyaluti roti kerana dua sebab. Pertama, anak2 x suka makan nestum yg dibancuh dgn air. Kedua, dh lama dyg beli nestum tapi masih x luak. Sayang kalau x dihabiskan. So, dgn cara mcm ni, barulah anak2 berselera makan selain rasanya yang garing dan sedap. Resepinya pun ringkas dan mudah. Memang sesuailah utk anak2.

Bahan-bahan :
5 keping roti sandwich

5 batang sosej (direbus sedikit)

1 biji telur

1 sdt serbuk lada hitam

1 sudu makan serbuk maggi cukup rasa
1 sb tepung gandum + sedikit air utk dijadikan pes

2-3 sb bijirin nestum

minyak utk menggoreng


Cara-cara :

  1. Leperkan roti dgn torak sehingga nipis.
  2. Letakkan sosej di pangkal roti dan gulung dgn kemas sambil dilekatkan dgn pes tepung.
  3. Di dalam satu bekas, kacau telur dgn serbuk lada hitam dan serbuk maggi sehingga sebati.
  4. Panaskan minyak utk menggoreng.
  5. Celupkan roll sosej td ke dlm telur dan salutkan dgn nestum satu persatu.
  6. Goreng hingga keemasan. (guna api kecil shj)
  7. Hidangkan dgn sos cili dan mayonis.

No comments:

Post a Comment

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih