Hidangan malam ni, dyg buat mi goreng ringkas jer...ala2 mi kolok goreng gitu. Tak ada mi kolok, dyg guna mi segera. Nasib baiklah ada daging rebus dan sedikit isi ayam rebus. Daging tu sepatutnya nak dimasak cara blackpepper mlm ni tapi entah kenapa terasa malas pulak. Anak2 dah makan nasik dgn lauk kegemaran dia orang. Hubby balik lambat sb ada meeting. Gerenti tak makan kat rumahlah tu. Yang kita ni pulak, tak tau nak makan apa. Finally, masak mi goreng macam ni. Dahlah ringkas, sedap pulak tu....
Di sini dayang sertakan resepinya sekali yer.
Bahan-bahan : 1-2 orang makan
- 100 g mi kolok (dicelur dan dituskan) - mi sanggul @ mi segera pun boleh
- sedikit hirisan daging/ayam (yg sudah direbus)
- 1-2 sudu makan cili kering kisar
- 1 sudu makan serbuk maggie cukup rasa
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 biji telur
- sedikit sawi
- sedikit taugeh
- garam jika perlu
Cara-cara :
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis cili kering hingga garing.
- Masukkan daging/isi ayam dan kicap pekat. Gaulkan.
- Kemudian pecahkan telur dan kacau lagi. Boleh tambah kicap manis jika suka.
- Masukkan mi dan serbuk maggie.
- Akhir sekali, masukkan garam(jika perlu), taugeh dan sawi. Gaulkan sekejap.
- Tutupkan api dan hidangkan.
8 comments:
Salam tuan punye blog dan semua pembaca blog dayangjack,
Saya sangat memerlukan jasa baik anda semua utk participate dlm survey saya.
Disamping itu, anda juga berpeluang memenangi 4Gb Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.
Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/
atau boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation
TQVM
-zu-
Salam Dayang, my family memang minat sangat dengan mee ni.. InsyaAllah akan mencubanya
Salam..Kak DJ.. yummy syedap tu.. ni makan panas2 waktu mlm pastu vs air tembikai laici... wallah sedap tu... nak sepinggan kak..
aaaa......... mee!! nk sepinggan
>>myfuzzyworld
w'salam...tuan rumah dh participate smlm...thanks 4 the invitation
>>fuzidss
w'salam....o ye ker?...selamat mencube yer...moga2 kena dgn citarasa. tq
>>erma
w'salam...dahaga akak bl erma sebut psl tembikai laici...huhu...mi kolok ni mmg sedap lebih2 lg dimakan time panas2...wallaa!!
>>Kak Nor
wokeh...sepinggan siap!!!! :P :D
Post a Comment