Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....
Apa khabar wahai rakan-rakan bloggers, adik, kakak, abang, makcik dan pakcik yang berkunjung ke sini??...harap2 kesemuanya sihat2 belaka yer. Seperti biasa, tuan rumah sangat2 menghargai setiap kunjungan anda, tak kesahlah yang baru ker yang lama ker, siapa2 jer...terima kasih tak terhingga...sesungguhnya saya sbg mem punya dapur ni hanyalah wanita biasa, seorang ibu yg ingin membuka blog masakan sendiri semata-mata untuk rujukan anak2 pd masa akan datang dan secara tak langsung ilmu yang sedikit ini dapat dikongsikan bersama kpd sesiapa shj yang sudi. Saya bukanlah seorang chef atau pakar atau org yang tau serba serbi tentang dunia masakan. In fact, i'm still learning. Semuanya memerlukan kesungguhan dan kesabaran. Mungkin tak semua resepi di sini dapat memenuhi selera dan citarasa anda. Sebabnya ialah apa yang saya masak, itulah selera kami sekeluarga dan itulah saya nak tulis di sini dengan rasa gembira. Saya tak dapat nak puaskan selera orang luar. Siapalah saya ni kan...hehe. I'm not a superwoman and i'm not perfect!...SeSiapa nak ikut resepi saya, silakan, saya sgt mengalu2kannya. Sesiapa yang yang dah cuba resepinya, Alhamdulillah, terima kasih banyak2. Sesiapa yg tak suka atau tak sudi, saya tak paksa, terpulanglah kpd diri masing2. Saya tak pernah susahkan orang...nak cuba resepi, silakan, tak nak cuba, tak apalah kan...tapi tak perlulah nak sindir2 atau berkias2..Oopps! siapa makan cili padi mestilah rasa pedas kan, bukan cili bodo yer, kalau cili bodo, dia takkan terasa pedasnya...hehe. Itulah lumrah manusia. Dah dua tahun saya buka blog ini, jangan fikir tak ada yg tak sakit hati atau tak perli saya mcm2 yer.
Sepanjang 3 bulan pertama saya berblogging, dah ada yg cakap saya cilok gambar masak dan tepek di blog saya, mana buktinya, ada?? setahu saya, orang cilok gambar2 di dapur saya ni ngan entri2 saya sekali adalah...haha. itupun saya diam dan sabar jer. Orang kata blog saya suram pun saya masih boleh tersenyum sb saya anggap itu semua cabaran. Why should i susah hati. Benda tu tak penting bg saya. Ada byk lagi perkara lain yg lbh penting dp memikirkan perkara ni. Tapi biarlah ini last luahan saya yer. Tak nak jadi big issue lak.
Maafkan saya jika ada yg terasa hati dengan kekasaran bahasa yg saya gunakan. Lepas ni off the record. Cuma satu jer saya mintak anda faham, saya bukanlah chef atau pakar masakan. Masakan saya msh banyak kekurangannya. Setakat ni saya dapat respon yang baik daripada pembaca yg dah mencuba resepi2 kepunyaan saya. Saya bersyukur sgt2. Saya tak kisah jika ada yg ingin mengubahsuai resepi saya. Saya pun belajar mencipta resepi sendiri setelah mentelaah buku2 masakan dan sumber2 dari internet. Selebihnya practise practise practise. Mana ada orang boleh buat resepi sendiri jika dia tak belajar...betul tak??..Sebenarnya, resepi pun boleh diimprovisasikan mengikut selera dan citarasa sendiri, bukannya ikut selera si empunya resepi tu. Apalah yg susah sgt kan...be creative!. Tapi ok juga sekali sekala cuba resepi tu tanpa adjust apa2. Lepas tu bolehlah kita menilai ok ker tak ok, kena ker tak dengan selera anak tekak masing2. Kalau ok, oklah, kalau tak ok, next time boleh adjust. Proses memasak ni adalah pembelajaran berterusan. Takkan brenti setakat ni jer. Okay??...harap maklumlah yer. Saya ni tak pandai nak menyusun kata, jadi sekali lagi saya minta maaf banyak2 jika ada yang terasa dan terguris hati.
Mesti ada yg tertanya2 mengapa tetiba jer dayangjack meluah perasaan sebegini dalam entri kerabu seafood ni kan....heheh. Takper, itulah kali pertama dan harap2 kali yg terakhir saya luahkan apa yang dipendam selama ni. Yang dah lepas, biarlah berlalu. Tak syok jika ada permusuhan. Saya maafkan kpd yang mengutuk serta menghina saya. Terima kasih segala2nya.
Oklah, penat dah menaip nih...hehe. Jom layan kerabu campur2 main belasah jer ni. Ingatkan nk buat umai jer ari ni tapi dah lama dah tak buat kerabu. Mmg teringin sgt nak makan. Time nak hiris bahan2 ni tadi pun dah kecur liur dah...mmg dah tak sabar dah tu...hehe.
Inilah resepi campak2nya yer. Tapi Alhamdulillah, sangat menepati seleraku.....entri kek hijau akan terjawab lepas entri ni...hehe. TQ.
Kerabu Seafood
- udang dan sotong secukupnya (dibersihkan dan dicelur dgn air mendidih, angkat dan toskan)
- 1 cm halia dan lengkuas (diketuk)
- 1 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 batang serai (dihiris)
- 1 biji tomato (dibuang biji dan dihiris dadu kecil)
- 1 biji epal hijau (dihiris dadu kecil)
- sedikit kacang panjang (dihiris kecil)
- 5 biji cili api (dihiris kecil) - boleh tambah jika tak cukup pedas
- 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
- sedikit bunga kantan (dimayang)
- 1 sudu makan sos cili
- 1/2 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan cuka
- 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
- 1 biji limau kasturi (diambil jusnya)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- sedikit garam dan gula
Cara-cara :
Gaulkan semua bahan di atas dgn udang dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.