Friday, February 27, 2009

Kerutup Telur

Hari ni masak kerutup telur....sedaap!

Wednesday, February 25, 2009

Ayam Madu



Hari ni masak Ayam Madu resepi dp marjina@myresipi.com. Not bad!...resepinya simple je. dayang copy n paste je ler (bahan2 dan cara2) yer marjina..tq.

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 chicken leg quarters (potong, dapat 2 drumsticks, 2 thigh, gorengkan. Tak perlu letak garam & kunyit.)
  • 3-4 biji buah pelaga hindi
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan serbuk cili/cili boh
  • 5 sudu makan madu
  • garam secukup rasa
  • sedikit air dan minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Kisar bahan bertanda * sampai hancur
  2. Panaskan kuali dan minyak. Tumiskan bahan yang di kisar, buah pelaga dan bunga lawang sampai terbit bau.
  3. Masuk serbuk kari dan serbuk cili. Tumis lagi.
  4. Masukkan madu. Biarkan.
  5. Masuk air dan biarkan kuah menjadi pekat. Kemudian, masukkan ayam. Biarkan dan tambah garam secukupnya. Kalau kurang manis boleh campur sedikit gula atau tambah madu lagi.
  6. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.


Monday, February 23, 2009

Pizza Ria


Menu utk dinner. Malaslah nk makan nasi mlm ni. Tapi dayang xlah makan banyak pun. Setakat 1 slice je...hehe. Cukuplah tu. Pizza base ni lembut dan gebu walaupun dah sejuk. Ini merupakan salah satu resepi pizza base terbaik yg pernah dayang buat. Dayang dh cuba banyak resepi kulit pizza dr bermacam2 resepi samada dlm buku mahupun internet tp msh belum menepati citarasa dayang. Finally, dayang buat sendiri dan adjust resepi sendiri. Inilah hasilnya. Dayang hanya guna tepung gandum jer. Save Cash..!.Untuk satu pan pizza ni khas untuk Aleeya sorang...


Resepinya mudah saja. Sesape yg berminat, bolehlah mencuba resepi dayang ni. Tak rugi mencubanya.

Bahan-bahan :

Untuk Topping :
  • 100 g isi ayam/daging (dicincang/minced)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1-2 sb puri tomato
  • sedikit mix vegetable
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit mayonis
  • sos tomato/cili
Untuk hiasan :
  • sedikit oregano kering
  • sedikit tomato (dihiris dadu)
  • sedikit crabstick (dipotong kecil)
  • sedikit cendawan shitake
  • Mozarella Cheese
  • lain-lain jika suka.
Cara-cara : Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan isi ayam, puri tomato dan kacau hingga separuh masak. Masukkan mix vege dan perasakan dgn garam dan gula.

Pizza base : Large size
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sk yis segera (sebaik2nya yis mauripan)
  • 2 sb susu tepung
  • 157 ml air suam (39C....suhu org demam panas)
  • 1 sb gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 sb bread softener
  • 1 sb olive oil
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dgn hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik (tidak perlu tambah tepung sb sukatannya dah betul kalau guna cawan/sudu metrik...hehe...). Teruskan menguli lebih kurang 15 minit.
  3. Simpan doh di dlm satu bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dgn minyak zaitun.
  5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk2kan sedikit utk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dlm pan dengan hanya menekan dgn telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai. Ratakan doh sehingga padat.
  6. Cucuk permukaan doh dgn garpu dan sapukan dgn minyak zaitun di tepi2 doh dgn berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak).
  7. Akhir sekali ratakan dgn sos tomato/cili, mayonis dan bahan2 topping yg lain kecuali keju parut dan oregano.
  8. Bakar selama 20 minit. 5 minit terakhir, keluarkan pizza dari oven. Taburkan keju parut dan oregano. Bakar sehingga perang.


Sandwic Mayo


Aleeya paling suka kalau dayang buatkan sandwic ni setiap kali breakfast. Siap bawa bekal ke sekolah lagi. Tapi dayang x buatkan hari2. Lagipun ada telur. Budak2 x elok makan telur hari2. Nanti dpt penyakit plak. Memadailah 3 kali seminggu. Roti sandwic ni simple je...cukup utk menambat selera anak2. Itulah yg paling penting sekali. Kalau anak2 xde selera makan, dayang pun turut xde selera. Dayang sanggup berlapar jika anak2 xnak makan...Mama sensitivelah katakan...hehe.

Sandwic Mayo

Bahan-bahan :

4 keping roti sandwic
1 biji telur (direbus)
sedikit lada sulah
1 sudu makan mayonis
1/2 sudu makan buttercup
sedikit garam
daun salad (dihiris)

Cara-cara:
  1. Telur yg sudah direbus dikupas kulitnya dan dilenyek2kan di dlm mangkuk sehingga hancur.
  2. Masukkan lada sulah, mayonis, dan sedikit garam. Kacau sebati.
  3. Sediakan roti. Sapukan dgn buttercup dan bubuhlah inti mayo serta daun salad di atasnya. Kemudian tutup kemas dgn sekeping roti lagi. Barulah dibuang/hiris tepinya dan potonglah mengikut bentuk yang disukai.


Sunday, February 22, 2009

Tempoyak Goreng

Salah satu menu kegemaran dayang hari ini. Sebenarnya, dayang kurang berselera makan hari ini. Lagipun berat dah naik sekilo. Rasa dh jemu makan benda2 heavy ni. So, dayang makan sambal tempoyak goreng dgn sesenduk nasi dan sayur air, tu je. Tempoyak goreng ni bg sesape yg x pernah try, cubalah sekali. Memang sedap sgt. Biasanya dayang akan buat tempoyak goreng sebanyak mana yang boleh ketika bulan puasa terutama sekali waktu bersahur. Bakinya simpan dlm fridge, time berbuka atau bersahur, dayang akan panaskan balik. Dalam resepi ni, dayang menggunakan isi durian/tempoyak yang sudah diperap selama 2-3 hari. Cara nak perap senang je. Ambil isi durian sebanyak mana yang boleh. Selepas itu gaulkan dgn sedikit garam hingga rata. Oops!..Sebelum itu, PASTIKAN bekas yang digunakan untuk menggaul atau untuk menyimpan isi durian adalah bersih dan sudu yg digunakan juga hendaklah bersih dan tidak berminyak. Selepas itu, tutup rapat bekas tadi dan simpan ke dlm peti sejuk. Jika nak ambil isi tempoyak ni utk dimakan mentah dgn cili api dan sebagainya, pastikan sudu yg digunakan bersih supaya lebihan tempoyak tadi tidak akan tercemar yang mana boleh menyebabkan ia jadi masam dan semacam. Inilah antara petua dayang.

Tempoyak Goreng

Ramuan :
5 sudu besar tempoyak
2 sudu besar cili kering (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikiar)
50 g udang kecil/sederhana (dikupas kulitnya dan dibersihkan)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sdt serbuk kunyit
garam dan gula secukupnya
3 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan :
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan serbuk kunyit. Kacau sebati.
  3. Masukkan tempoyak dan kacau dengan api perlahan.
  4. Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Masak hingga pekat dan berwarna merah gelap.
  5. Hidangkan dengan nasi putih.



Saturday, February 21, 2009

Ciki & Lola


Inilah rabbit kesayangan Aleeya dan Daniel. Yang putih tu dipanggil Lola (Anggora) & yang si hitam tu namanya Ciki (mixed). Kedua-duanya betina. My hubby belum terfikir lg nak carikan yg jantan sb kena cari big cage dulu.





Lola & Ciki dh jd sebahagian dp hidup kami sekeluarga. Makan minum kene jaga. Tak boleh bg makanan sebarangan, nanti dpt penyakit plak. Aku juga yg susah...hehe. Kedua2nya suka mengunyah setiap masa. Pendek kata, dlm sebulan tu kene spend at least rm100 gaklah termasuk syampoo.


Inilah antara makanan favorite Lola & Ciki. Cereal dan Clover Hay. Cereal ni banyak vitamin dan minerals manakala hay penting utk membersihkan usus. Lain-lain makanan : Kangkung dan karot.



Dalam sebulan kedua2 pet ni kena mandi sekurang2nya 3 kali. Tapi kena hati2 gak. Air x boleh kena kat hidung diekor. Kalu tak, diekor boleh dpt selesema.

Klip Video Kesayanganku....



Dayang minat sgt dgn lagu2 Rossa. Kebanyakan lirik dan senikatanya bagus dan menyentuh jiwa. Kadang2 dayang dapat rasakan seolah-olah lagu tu sebenarnya adalah dia. Seolah-olah tiada hipokrasi. Apa yg disampaikan itulah realitinya (sekadar tafsiran dayang). Salah satu lagu yg paling menyentuh perasaan ialah lagu 'Aku Bukan Untukmu'.....jom kita layan!

Friday, February 20, 2009

Kek Coklat

Salah satu resepi kek coklat dayang yg menjadi makanan kesukaan Aleeya lbh2 lg ketika nak menyambut harijadinya. Pasti dia request. Kek ni mmg sedap dan sesuai untuk dihidangkan pd bila2 masa shj.

Bahan-bahan (loyang saiz 8 inci)
  • 1 ½ cawan tepung naik sendiri + 1 sdt soda bikarbonat (diayak bersama)
  • 5 biji telur A (pada suhu bilik)
  • 250 g buttercup (pada suhu bilik)
  • 60 ml air panas
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sdt esen vanilla

Cara-cara

  1. Sediakan loyang pembakar. Lengserkan dgn sedikit mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan ketuhar pd suhu 180C.

  2. Sediakan mangkuk mixer. Pukul telur sehingga kembang dan naik 2 kali ganda. Ketepikan.


    Image053h
  3. Dalam mangkuk berasingan, pukul mentega, gula dan susu cair sehingga putih dan sebati.


    Image054f
  4. Satukan langkah no 2 dan langkah no 3. Putar lagi sehingga rata. Masukkan air panas dan kacau lagi.


    Image056-2n
  5. Masukkan coklat emulco dan ratakan.


    Image057
  6. Masukkan tepung yg tlh diayak dan gaul/putarkan hingga rata dgn kelajuan minima.

    Image064-1
  7. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau lagi.


    Image065-1
  8. Pastikan adunan kek sebati. Sendukkan sedikit adunan dan jatuhkan semula. Jika adunan jatuh berlipat2 maknanya adunan sudah sebati dan cukup bahan.


    Image068b
  9. Tuangkan adunan ke dlm loyang kek.

  10. Kacau adunan kek mengikut arah pusingan jam dgn menggunakan spatula (jgn cecah lantai loyang). Ini utk memastikan kek naik dgn cantik dan tidak merekah setelah masak.


    Image073m
  11. Bakar selama 30-40 minit (bergantung pd jenis oven). Setelah masak, biarkan 10 minit dlm oven dan keluarkan.


    Coklat_cake
  12. Apabila kek sudah sejuk, hiaskanlah dgn topping/ganache kesukaan masing2. Untuk kek ini, dayang menggunakan 180g coklat masakan, 30g mentega dan 100 ml susu segar. Kesemua bahan dipanaskan dan dikacau sehingga pekat. Apabila sejuk, barulah dihiaskan pd kek dan ditabur dgn coklat urai.


    Image002s

Kerabu Udang

Menu kegemaran dayang. Pertama kali dayang makan kerabu udang ni pd tahun 1992. Masa tu tgh study kat Universiti. 1st time makan terus jatuh cinta. memang sedap, semua rasa ada...pedas, manis, masam dan masin. Maklumlah, makanan Thai. Kebanyakannya pedas2 belaka tp mmg kena dgn selera dayang. Orang yg masak lauk ni pun org Thai. Itulah penangannya...terima kasih juga dayang ucapkan kpd Abang Fadhil (abang yg masak kerabu udang ni) kerana tlh memperkenalkan masakan ni kpd dayang....resepi kerabu udang ni adalah resepi dlm versi dayang. Silalah cuba jika ada kesudian..tq.



Bahan-bahan :

10 ekor udang besar/sederhana (dikupas kulitnya, bersihkan dan dicelur dgn air mendidih, angkat dan toskan)
1 cm halia dan lengkuas (diketuk)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 batang serai (dihiris)
1 biji tomato (dibuang biji dan dihiris dadu kecil)
sedikit kacang panjang (dihiris kecil)
5 biji cili api (dihiris kecil)
1 labu bawang besar (dihiris dadu)
sedikit bunga kantan (dimayang)
sedikit daun kesum (diracik)
1/2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan cuka
1 biji limau nipis (diambil jusnya)
1 biji limau kasturi (diambil jusnya)
1 biji cili merah (dihiris)
sedikit garam dan gula


Cara-cara :

Gaulkan semua bahan di atas dgn udang dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.


Caramel Cheese Pudding

Resepi dp yani@myresipi.com. Memang sedap. TQ yani. Apalagi si Aleeya. Habis satu bekas tu dia balun.

Wednesday, February 18, 2009

Sambal Ikan Bilis dan Belimbing Buluh

Bahan-bahan :

  • 7 biji belimbing buluh (dipanaskan bersama nasi dlm rice cooker sehingga kekuningan)
  • segenggam ikan bilis kecil (direndam dgn air panas)
  • sedikit belacan
  • 4 biji cili api
  • 1 biji cili merah
  • sedikit gula dan garam
Cara-cara :

  1. Tumbuk ikan bilis bersama belacan, cili api, cili merah dan sedikit garam.
  2. Lenyek-lenyekkan belimbing buluh yg sudah dipanaskan td dan gaul bersama bahan tumbuk dan perasakan dgn gula.
  3. Sedia utk dihidangkan bersama nasi panas.

Tuesday, February 17, 2009

Khasiat Pegaga


Pokok Pegaga atau juga dikenali sebagai pokok antanan (bahasa Inggeris: pennywort) adalah sejenis pokok ulam yang terdapat di Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Centella asiatica. Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan. Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.





Urap Pegaga


Bahan-bahan:

1 ikat daun pegaga (dibersihkan dgn air garam dan diracik halus)
segenggam ikan bilis kecil (disangai dan ditumbuk)
1 ulas bawang putih (dibakar, dikupas kulit dan ditumbuk)
1 biji bawang merah (dibakar, dikupas kulit dan ditumbuk)
1/2 inci halia muda (disangai dan ditumbuk)
1/2 lengkuas (disangai dan ditumbuk)
2 biji cili api (ditumbuk)
1 sudu makan kerisik (ditumbuk)
1 sdt lada hitam (ditumbuk)
1/2 kunyit hidup (ditumbuk)
1 sdt cuka makan
sedikit air asam jawa
gula dan garam secukupnya

Cara-cara :

Gaulkan kesemua bahan dan simpan seketika di dlm peti sejuk sebelum dihidangkan. Sedap dimakan dgn nasi panas.




Jus Pegaga


Bahan-bahan (1-2 gelas )

  • 100 gm pegaga (cuci dgn air garam bsama akarnya sekali)
  • 3 camb gula perang (blh tmbah atau kurangkan)
  • 500 ml air masak
  • 5-7 ketul ais

Cara-cara

  1. Masukkan air masak ke dlm periuk bersama gula perang dan masak sehingga mendidih. Sejukkan.
  2. Kemudian kisar daun pegaga bersama air gula td. Tapiskan jusnya.
  3. Masukkan semula jus td ke dlm pengisar dan kisar bersama ketulan ais selama 1 minit.
  4. Siap dan boleh diminum. Selamat Mencuba!
  5. ** Setiap 100g bahagian pegaga yg blh dimakan mengandungi air 87.7g, protein 2.0g, lemak 0.2g, karbohidrat 6.7g, serat 1.6g, kalsium 171mg, fosforus 32mg, B2 0.19mg, niasin 0.1mg dan Vitamin C 48.5mg.

Udang Masak Lemak Cili Api

Haa,..kalau nak tau jenis udang yang paling dyg suka ialah udang galah. Memang tak boleh resist. Masaklah apa jenis masakan sekalipun udang kepala besar ni, dyg tetap suka. Sedap ke tak sedap, tu belakang kiralah. Pernah dyg terdemam2 sb x dpt cari udang galah..hehe. masa tu tgh mengidam teruk (mengandung anak pertama). Finally, ayah dyg poskan 5 kilo udang galah fresh dr Srwk. Happy sangat2. Hehe,..tp yg jd mangsanya ialah tentulah si hubbyku yg tersayang. Dialah yg tolong masakkan utk dayang....kwang3!....alamak, malunya nak cerita!...bukan ape, mabuk teruk sgt sampai xleh tgk dapur....terus rasa nak muntah....apatah lg nk memasak...hehe....Ok, masakan Selatan ni mmg popular dan resepinya amat ringkas tapi rasanya boleh tahan! l really love it!

Bahan-bahan :

1 kilo udang galah (dibersihkan)
7-10 biji cili api (dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugur
santan secukupnya (asingkan patinya)
sedikit garam dan gula
sedikit nanas/belimbing buluh (dihiris)

Cara-cara :
  1. Masukkan udang bersama bahan2 kisar, serai dan santan ke dalam periuk. Masaklah dgn api sederhana sambil dikacau perlahan.
  2. Masukkan nanas/belimbing buluh, asam gelugur dan akhir sekali masukkan pati santan, garam dan gula. Kacau sehingga masak.
  3. Hidangkan.

Lala Masak Pedas

Seafood kegemaran dayang. Setakat ni tak pernah lg makan lala ni kat kedai sb dyg ni sgt particular ttg kebersihan. Pernah gak satu masa dulu hubby tapau benda alah ni dari kedai. Katanya sedap. Tapi ada pasir lah. Tu yang x best. Cuci x bersih. Kalaulah makan kat kedai hari tu, bole je komplen tp nk wat mcm mana,....kedai makan tu agak jauh dari rumah. Anyway.....berbalik pd resepi lala ni. Dalam byk masakan lala, masakan nilah yang dyg paling suka. Bukan setakat sedap malah, baunya pun harum dgn sentuhan daun limau purut.

Bahan-bahan :

1/2 kilo lala (dibersihkan)
3 sudu besar cili kering kisar
5 biji cili api (diketuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tomato
sedikit daun bawang (dihiris)
sedikit garam dan gula
minyak utk menumis

Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih dan cili kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, cili api dan daun limau purut. Kacau sebati.
  3. Masukkan lala dan sedikit air.
  4. Akhir sekali masukkan daun bawang dan perasakan dgn garam dan gula(jika perlu).

Alangkah gembiranya......

Ikan Pekasam



Udang Berempah




Pucuk Paku Goreng Belacan

Friday, February 13, 2009

Telur Rebus Bersos

Salah satu menu hari ini iaitu Telur Rebus Bersos. Simple but nice. Anak2 suke sgt...Aleeya siap bawak bekal ke sekolah lg tu.

Bahan-bahan ( hidangan sekeluarga )

  • 5 biji telur (direbus dan dibelah dua)
  • 3 ulas bawang merah (dicincang)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cams cili kisar/sos cili thai Mae Pranom
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan bunga lawang)
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb sos tomato
  • 200 ml air
  • 1 camt tpg jagung (optional)
  • 1 biji bwg besar (dipotong bulat)

Cara-cara

  1. Panaskan 1 camb minyak masak di dlm periuk dan tumis rempah 4 sekawan, bwg merah, bwg putih dan cili sampai terbit bau.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato dan air. Kacau selama 1 minit. Masukkan bwg besar dan kacau lg hingga kuah agak pekat (kalau x pekat, blh ditambah dgn tpg jagung jika suka).
  3. Susunkan telur di dlm mangkuk/pinggan. Tuangkan kuah sos td di atasnya.
  4. Sajikan dgn nasi panas. Mudah, kan? Selamat Mencuba!
  5. ***resepi ini tdk memerlukan garam dan gula sekiranya menggunakan sos cili thai mae pranom (sb rasanya dh cukup manis dan masin).

Thursday, February 12, 2009

Lauk Oh Lauk....

Menu hari ini....dayang kurang berselera makan sejak semalam lg sb sakit ulser mulut dan sakit puan. Rasa nk marah pun ade gak(marah tp x tau nk marah kat sape...biase ler tu,..moody) tp still boleh maintain lg. So, dah abih fikir, dayang masak 3 lauk hari ni, Sup Ayam (utk anak2), Ayam Goreng dan Kari Terung. Ayam Goreng ni plak mmg dh jd makanan dayang masa dlm pantang. Resepi mudah, ringkas dan tersangatlah sedap.....


Ayam Goreng


Bahan-bahan :

4 ketul ayam
1 sb serbuk kunyit

1 inci halia muda

5 ulas bawang putih

garam
secukupnya

Cara-cara :
  1. Bersihkan ayam
  2. Tumbuk kasar bawang bersama halia
  3. Gaulkan ayam bersama bahan di atas dan perap 30 minit atau selama mana yg boleh.
  4. Goreng sehingga masak.



Kari Terung


Bahan-bahan :

5 biji terung kecil (dibelah)
4 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia muda (dikisar)
1 sudu makan udang kering (dikisar)
3 sb pati santan rendah lemak
3 sudu makan kari ayam Adabi (dibancuhkan dgn sedikit air)
1 sudu makan kerisik
Rempah 4 sekawan
sedikit minyak, garam dan gula

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan2 kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan pes kari adabi dan kacau. Biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air dan biarkan merendidih seketika.
  4. Masukkan terung, santan dan kerisik. Akhir sekali, perasakan dgn garam dan gula.

Rahsia Warna Pilihan

BIARPUN tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.


Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.


Merah terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.


Merah jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.


Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.


Biru tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.


Biru muda - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.


Kuning - Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.


Kuning terang - Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.


Hijau - Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.


Kelabu - Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.


Hitam - Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.


Coklat - Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.


Ungu - Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Cantik, Sihat, Cergas

Info ringkas tentang kesihatan dan kecantikan (sumber dari Majalah Rapi) yang ingin dikongsikan bersama.....


Makanan Segera Sedap Tapi Bahaya

"Malasnya nak masak hari ni! Jom beli burger di restoran makanan segera jelah", itulah penyelesaian paling mudah yang boleh diambil sekiranya malas untuk memasak. Kita juga lebih terdorong untuk memakan makanan segera sekiranya terlalu sibuk menyelesaikan tugasan di pejabat. Rasa tertekan juga biasanya diubati dengan mengunyah burger atau kentang goreng. Telah nyata, makanan ringan banyak membantu. Namun harus diingatkan, ia turut memberi impak negatif kepada kesihatan kita. Ikuti panduan ini yang menujukkan kadar kandungan zat yang terdapat dalam makanan segera kegemaran anda!

BAHAYA

Penggunaan bahan pengawet dalam makanan segera banyak memberi kesan buruk terhadap kesihatan kita. Makanan segera menggunakan bahan pengawet dalam kuantiti yang tinggi kerana ia diproses dan diawet untuk memastikannya tahan lama. Selain itu, kandungan lemak dalam makanan segera juga lebih tinggi berbanding bahan mentah biasa. Memakan makanan segera dalam kuantiti tidak terkawal akan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit seperti:

a) Kerosakan gigi
b) Sembelit
c) Tekanan darah tinggi
d) Pembuluh darah tersumbat
e) Obesiti
f) Kenaikan tahap kolesterol

Jenis makanan: Burger daging (1/2 paun)
Kandungan sebenar: Ia mengandungi 2 auns lemak tulen. Turut membekalkan protein, zat besi, dan vitamin B12. Kandungan serat yang sedikit tetapi banyak bahan penambah kimia.

Jenis makanan: Ayam Goreng
Kandungan Sebenar: Tinggi kandungan lemak (60 peratus kalori diperolehi dari lemak). Kandungan garamnya juga tinggi. Namun ia turut membekalkan protein, niasin, dan vitamin B6. Tepung yang dijadikan bahan salutannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Jenis makanan: Susu Kocak
Kandungan sebenar: 5 aun susu dalam 10 aun minuman ini telah bercampur dengan udara dan air. Proses menghasilkan susu kocak memerlukan bahan pekatan kimia, penstabil, dan pengawet. Ia turut mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu kaya dengan kalsium dan protein, tetapi kandungan gula dalam susu kocak adalah sebanyak lapan sudu teh gula bagi bekas bersaiz sederhana.

Jenis makanan: Kentang Goreng
Kandungan sebenar: Seperti yang diketahui ramai, ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Keburukan makanan ini adalah ia mengandungi lemak dan kandungan garam yang tinggi. Warna keemasannya pula disebabkan penggunaan warna tiruan.

Jenis makanan: Minuman Cola
Kandungan sebenar: Kaya dengan kandungan gula (sebuah bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula), pewarna kimia dan kafein. Minuman ini tidak mempunyai sebarang zat.



Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami?

Kata orang, cinta itu tidak mengenal usia. Tidak juga dibataskan dengan paras rupa. Andai cinta sudah menebal, yang molek sahaja disaji mata. Mungkin inilah yang dikatakan cinta itu buta! Namun, andai cinta itu menjadi punca kesihatan dan penampilan diri diabaikan, rasanya sudah tiba masa untuk anda sedar daripada lamunan cinta itu.

Mungkin bagi pasangan yang baru berkahwin, pelbagai persediaan telah dilakukan. banyak perkara yang perlu difikirkan seperti berkongsi rumah, kereta dan mungkin kewangan. Ya, sememangnya perkahwinan itu adalah
perkongsian hidup. bagaimanapun, harus diingatkan bahawa tidak semua perkara perlu dikongsi bersama lebih-lebih lagi jika ia menyentuh soal makan. Di awal perkahwinan, ada sebahagian pasangan yang menghadapi kesukaran dalam menentukan pilihan tempat makan (sama ada di rumah atau di luar), apakah hidangan yang perlu disediakan (nasi campur atau hidangan barat) dan apakah kaedah masakan (memanggang atau menggoreng).

Kajian yang dilakukan di british menunjukkan golongan suri rumah merupakan pihak yang lazimnya akan
berkompromi bagi memenuhi tabiat makan si suami. Kesan daripada hal ini adalah mereka turut sama
mengalami peningkatan berat badan. Penulis bersama buku berjudul ‘Your Diet is Driving Me Crazy’, Cynthia Sass, menjelaskan terdapat empat jenis konflik makanan yang biasa dihadapi. Turut dikongsikan bersama adalah nasihat bagaimana untuk mengekalkan hubungan perkahwinan yang harmoni dan pada masa yang sama dapat menjaga berat badan dengan berkesan.


KONFLIK 1 :
Suami boleh makan apa jua yang diinginkannya tanpa pertambahan berat badan. Sementara anda pula terpaksa menjaga kalori pada makanan yang diambil sekerap yang mungkin untuk mengekalkan bentuk badan yang langsing.

BAGAIMANA CARA MENGHADAPINYA?
Apabila anda mulai berasa cemburu dengan suami anda tentang berat badannya yang tidak bertambah, segeralah mengingatkan diri bahawa dia tidak bertujuan untuk menyakitkan hati anda. Suka membandingkan diri dengan orang lain sememangnya merupakan sikap semula jadi manusia. Pun begitu, ketahuilah bahawa
lelaki biasanya memerlukan 20% hingga 30% lebih banyak kalori berbanding wanita bagi memastikan badan mereka sentiasa sihat dan bertenaga. Sekiranya konflik ini masih menghantui anda, mintalah suami anda agar tidak makan di hadapan anda.

KONFLIK 2 : Suami anda pulang lewat dari pejabat dan meminta agar anda menemaninya makan malam
sekembalinya dia ke rumah. anda pula berasa lapar dan tidak mampu menunggunya. Justeru akhirnya, anda makan dua kali pada malam itu.

BAGAIMANA CARA MENGHADAPINYA?
Kebanyakan pasangan yang baru mendirikan rumahtangga beranggapan bahawa menikmati makan malam bersama adalah petanda bahawa hubungan yang terjalin berjalan dengan lancar. Memandangkan masa untuk berdua-duaan adalah lebih penting berbanding makanan, anda boleh membahagikan hidangan makan
malam anda kepada dua di mana bahagian yang pertama (hidangan berat) dimakan terlebih dahulu iaitu ketika lapar, manakala bahagian kedua pula (hidangan ringan) dimakan kemudian bersama suami apabila dia pulang ke rumah nanti.





Melulur : Lakukan Bersama Kulit Berseri Hati Bahagia

Berkunjung ke SPA sememangnya menjadi impian setiap wanita. Apatah lagi jika suami yang membawa. Di situlah tempatnya untuk dibelai dan merehatkan diri selepas diri kelesuan dengan bebanan kerja yang bertimbun. Tetapi, apa kata anda bawa ‘spa ke rumah’, tentu sahaja suami anda pula yang akan melompat kegirangan. Bukankah lebih romantis melakukan aktiviti melulur badan misalnya bersama suami, di rumah sendiri pula. Hanya anda berdua, modal pun tak tinggi. RAPI telah menyediakan beberapa tip melulur yang efektif untuk anda jadikan panduan untuk bermesra dengan suami sempena Hari Kekasih kali ini!

Pentingnya Lulur Badan...

Dalam kecantikan, melulur atau skrub didefinisikan sebagai aktiviti membuang sisa kulit mati, membersihkan sisa kotoran pada pori-pori terbuka, mengekalkan kesegaran dan keremajaan kulit ser ta meningkatkan kesihatan dari dalam. Malahan, menurut pakar kulit dari universiti british Columbia, Prof. Dr. Jason rivers, amalan melulur badan bukan sahaja untuk membuang sel kulit mati namun ia membantu proses peredaran darah. Tidak boleh dinafikan lagi, melulur amat penting untuk menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sihat. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa dalam tempoh dua atau tiga minggu, akan berlaku per tumbuhan sel kulit yang baru di seluruh tubuh kita. Namun, pertumbuhan itu sering kali terganggu kerana kita tidak membuang sisa kulit mati pada tubuh kita terlebih dahulu. akhirnya, kulit akan menjadi tidak bermaya, kusam, dan kotor. itu sebabnya kita sering keletihan kerana penghasilan kulit baru yang sihat telah terbantut dek sikap kita yang malas melulur! Sekurang-kurangnya, skrub wajah dan tubuh anda seminggu sekali.

Kenapa Perlu?

Ada sesetengah orang yang memandang ringan akan kepentingan melulur wajah dan tubuh. bagi mereka, tiada apa pun yang berbeza jika mereka melulur atau tidak. Kesan negatif tidak akan kelihatan dalam tempoh sehari, seminggu atau sebulan. Kelak, apabila kedut-kedut hodoh mulai timbul dan anda kelihatan seperti ‘hantu’, jangan menyesal pula ya? ada baiknya anda mula melulur sekarang kerana...

1. Tak Cukuplah!
Jika setakat mencuci muka menggunakan pembersih wajah biasa, jangan terlalu yakin yang ia telah member-sih secara menyeluruh. Pembersih wajah hanya membersihkan muka anda secara luaran sahaja dan bukannya menyeluruh. Tak percaya? apa kata anda cuci muka menggunakan pembersih wajah dan kemu-dian lapkan muka anda menggunakan kapas dan make up remover. anda akan mendapati masih terdapat sisa solekan pada wajah anda. Tambahan pula, pembersih wajah bertindak untuk membersihkan wajah anda
sahaja dan bukannya membuang sisa kulit mati.

2. Boleh Buat Sendiri....
Dengan modal minimum, anda mampu melakukan aktiviti melulur sendiri di rumah, Terdapat banyak produk melulur di pasaran dengan pelbagai fungsi. Pilih saja yang mana anda mahu, dan lakukannya secara berdisiplin. Kesannya akan anda nikmati sepanjang hayat.

3. Cegah hidrasi
lembapkan kulit Selepas anda melulur wajah dan tubuh anda, sapukan pelembap atau losyen badan. Poripori
yang terbuka selepas anda melulur akan memudahkan pelembap atau losyen meresap pada wajah dan tubuh anda. Proses ini akan melembap secara mendalam dan membantu kulit untuk menjadi lebih licin, lembut, dan tidak kering.

4 .Cantik semuanya...
Melulur tidak terhad pada wajah sahaja. untuk kesan lebih baik, anda dinasihatkan untuk melulur seluruh wajah dan tubuh. ini kerana, sel kulit mati bukan sahaja terdapat pada wajah bahkan pada badan kita juga. untuk kesihatan kulit yang berkekalan, skrub wajah dan badan anda seminggu sekali.

http://www.karangkraf.com.my/e-majalah/rapi/default.asp?categories=RAPI9

Wednesday, February 11, 2009

Terubuk Masin Goreng Garing


Lauk favorite...sedap dimakan dgn nasi panas
  • 1 ekor ikan terubuk masin (saiz M)
  • 2-3 sb tepung jagung
  • 5 biji cili api (dihiris)
  • 4 biji limau kasturi (dibelah dua)
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Ikan terubuk dipotong bbrp kepingan (ikut suka) dan direndam terlebih dahulu (10-15 minit) utk mengeluarkan garam yg berlebihan.
  2. Kemudian ikan dicuci bersih dan dilap kering. Salutkan dengan tepung jagung. Biarkan seketika.
  3. Panaskan minyak dengan api perlahan. Apabila sudah panas, masukkan ikan satu persatu dan goreng sehingga betul-betul garing (goreng lama sikit tp jgn sampai hangus).
  4. Apabila sudah masak, angkat dan toskan. Susunkan ikan di dalam pinggan hidangan. Perahkan limau kasturi dan taburkan hirisan cili api di atasnya.

Donut



Setiap petang ade saje request dp Aleeya,..nak mintak buatkan pizalah, kentang bakarlah, makaronilah dan mcm2 lg...tp yg paling disukainya ialah donut...esp donut yg ade glaze tu...tp biasanya dayang buatkan yg mcm ni jer...sedap dan lembut. Bahan-bahannya ialah tepung gandum, telur, instant yeast, air suam, susu segar, gula, marjerin, garam dan pelembut doh.

Tuesday, February 10, 2009

Bahulu Gulung

1st cake yg dayang buat masa Tingkatan 4 dulu. Simple but very nice taste!
  • 90 g / 3/4 cawan / 9½ sb tepung gandum (diayak)
  • 3 biji telur A
  • 5 sb gula halus
  • 1 sdt esen vanilla / jus lemon
  • 2 sb jem raspberi
  • sedikit gula halus utk taburan

Cara-cara

  1. Sediakan tin/loyang/dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180C.
  2. Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak)
  3. Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dgn cara kaup balik. (kaup tepung dgn perlahan shj)
  5. Tuangkan adunan ke dlm dulang yg tlh disediakan. Ratakan.
  6. Bakar pd tetingkat atas(high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan. (jika menggunakan suhu 200C, bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C, dan bakar lg selama 5 minit). Walau bagaimanapun, kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. Jadi, hrp2 dpt adjust sendirilah yer.
  7. Panaskan jem raspberi sehingga cair.
  8. Alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.
  9. Setelah bahulu masak, terus keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata.
  10. Gulung dgn kemas dgn menggunakan kertas minyak.
  11. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 7-8 ketul ayam (dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1 inci halia (ditumbuk kasar)
  • 3 batang serai (ditumbuk kasar)
  • 1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sdt jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sb serbuk kari ayam (dyg guna Adabi)
  • 1 biji telur
  • 2 sb tepung jagung
  • 1 tangkai daun kari
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing. Gunakan api perlahan shj.
  2. Hidangkan panas2.

Kuih Rengas

Kuih kesukaan dayang....buat utk minum petang...sedaap!