Salah satu menu kegemaran dayang hari ini. Sebenarnya, dayang kurang berselera makan hari ini. Lagipun berat dah naik sekilo. Rasa dh jemu makan benda2 heavy ni. So, dayang makan sambal tempoyak goreng dgn sesenduk nasi dan sayur air, tu je. Tempoyak goreng ni bg sesape yg x pernah try, cubalah sekali. Memang sedap sgt. Biasanya dayang akan buat tempoyak goreng sebanyak mana yang boleh ketika bulan puasa terutama sekali waktu bersahur. Bakinya simpan dlm fridge, time berbuka atau bersahur, dayang akan panaskan balik. Dalam resepi ni, dayang menggunakan isi durian/tempoyak yang sudah diperap selama 2-3 hari. Cara nak perap senang je. Ambil isi durian sebanyak mana yang boleh. Selepas itu gaulkan dgn sedikit garam hingga rata. Oops!..Sebelum itu, PASTIKAN bekas yang digunakan untuk menggaul atau untuk menyimpan isi durian adalah bersih dan sudu yg digunakan juga hendaklah bersih dan tidak berminyak. Selepas itu, tutup rapat bekas tadi dan simpan ke dlm peti sejuk. Jika nak ambil isi tempoyak ni utk dimakan mentah dgn cili api dan sebagainya, pastikan sudu yg digunakan bersih supaya lebihan tempoyak tadi tidak akan tercemar yang mana boleh menyebabkan ia jadi masam dan semacam. Inilah antara petua dayang.
Tempoyak Goreng
Ramuan :
5 sudu besar tempoyak
2 sudu besar cili kering (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikiar)
50 g udang kecil/sederhana (dikupas kulitnya dan dibersihkan)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sdt serbuk kunyit
garam dan gula secukupnya
3 sudu besar minyak masak
Cara penyediaan :
Tempoyak Goreng
Ramuan :
5 sudu besar tempoyak
2 sudu besar cili kering (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikiar)
50 g udang kecil/sederhana (dikupas kulitnya dan dibersihkan)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sdt serbuk kunyit
garam dan gula secukupnya
3 sudu besar minyak masak
Cara penyediaan :
- Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan udang dan serbuk kunyit. Kacau sebati.
- Masukkan tempoyak dan kacau dengan api perlahan.
- Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Masak hingga pekat dan berwarna merah gelap.
- Hidangkan dengan nasi putih.
No comments:
Post a Comment
komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih