Tuesday, February 17, 2009

Khasiat Pegaga


Pokok Pegaga atau juga dikenali sebagai pokok antanan (bahasa Inggeris: pennywort) adalah sejenis pokok ulam yang terdapat di Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Centella asiatica. Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan. Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.





Urap Pegaga


Bahan-bahan:

1 ikat daun pegaga (dibersihkan dgn air garam dan diracik halus)
segenggam ikan bilis kecil (disangai dan ditumbuk)
1 ulas bawang putih (dibakar, dikupas kulit dan ditumbuk)
1 biji bawang merah (dibakar, dikupas kulit dan ditumbuk)
1/2 inci halia muda (disangai dan ditumbuk)
1/2 lengkuas (disangai dan ditumbuk)
2 biji cili api (ditumbuk)
1 sudu makan kerisik (ditumbuk)
1 sdt lada hitam (ditumbuk)
1/2 kunyit hidup (ditumbuk)
1 sdt cuka makan
sedikit air asam jawa
gula dan garam secukupnya

Cara-cara :

Gaulkan kesemua bahan dan simpan seketika di dlm peti sejuk sebelum dihidangkan. Sedap dimakan dgn nasi panas.




Jus Pegaga


Bahan-bahan (1-2 gelas )

  • 100 gm pegaga (cuci dgn air garam bsama akarnya sekali)
  • 3 camb gula perang (blh tmbah atau kurangkan)
  • 500 ml air masak
  • 5-7 ketul ais

Cara-cara

  1. Masukkan air masak ke dlm periuk bersama gula perang dan masak sehingga mendidih. Sejukkan.
  2. Kemudian kisar daun pegaga bersama air gula td. Tapiskan jusnya.
  3. Masukkan semula jus td ke dlm pengisar dan kisar bersama ketulan ais selama 1 minit.
  4. Siap dan boleh diminum. Selamat Mencuba!
  5. ** Setiap 100g bahagian pegaga yg blh dimakan mengandungi air 87.7g, protein 2.0g, lemak 0.2g, karbohidrat 6.7g, serat 1.6g, kalsium 171mg, fosforus 32mg, B2 0.19mg, niasin 0.1mg dan Vitamin C 48.5mg.

No comments:

Post a Comment

komen dan info amat-amat dialukan...terima kasih