Friday, August 26, 2011

Tat Nenas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Alhamdulillah...akhirnya tercapai juga niat nk buat tat nenas utk raya ni. Bukan senang nk carik mood buat tat sebegini tau. Kena ada give n take. DJ terpaksa berperanglah dgn perasaan malas ni. Yalah, nk menghasilkan sesuatu kenalah byk bersabar dan tak patah semangat. Inilah hasilnya...berbaloi2. 

Tat nenas ni kalau tak silap ada org memanggilnya 'tat nona'. Tapi apa2pun, intinya tetap inti nenas kan. Rasa dan teksturnya mmg best! Resepi asal ada di SINI ye. Kalau nak guna buter dan marjerin separuh2 pun boleh atau kalau nak campurkan sedikit ghee atau minyak sapi pun juga boleh. Yang penting, sedap, gebu, wangi dan menepati citarasa.


Dah ramai yg bertanya, macam mana buat tat ni terutama part yg ada berduri tu. Harap step kat bawah ni dpt membantu yer. DJ menggunakan gunting kecik yg runcing ke atas tu. Senang sket nk mengguntingnya. Mula2 mungkin rasa kekoklah kan, tapi lama2 bila dah terbiasa, jadi expert ler. DJ bukannya pandai sgt pun, tp Alhamdulillah...stkt ni mmg berpuas hatilah dgn hasilnya. So, beginilah cara DJ buat. Just nk share kpd pembaca di luar sana. Lepas ni bolehlah mencuba ye. Resepi boleh ikut mana2 resepi pun, cuma resepi yg ada ni mmg sesuailah utk buat stail gini. Kalau resepi utk tat gulung tu, kena pandai adjust sket la kan. Takut terlampau lembik atau gebu sehingga payah nk membentuknya. 


Ok, pada kesempatan ini DJ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kpd semua pembaca yg beragama Islam. Jika kesilapan semalam belum terampun, maafkanlah. Jika kesilapan hari ni menyakitkan hati, lupakanlah. Jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke akhirat...Mohon ampun dan maaf semuanya....


Thursday, August 25, 2011

Pari Bakar Berempah Harum....terbaekkk!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya...

Kembali lg bersiaran...DJ hampir2 terlupa nk tayang menu yg teramat-amat sedap ni. Dimasak 2 hari lepas. Sebelum ni DJ menggunakan ikan siakap dengan perencah yg sama. Klik Di Sini. Kali ni try ikan pari plak. Adehh...tak dpt dijelaskan dengan kata-kata akan kesedapan ikan berempah harum ni. Sila-silalah mencuba resepinya dulu ye. Memang tak rugi pun. Selamat Mencuba! :)

Pari Bakar Berempah Harum
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 2 ketul ikan pari (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil (boleh juga dibalut dengan daun pisang). Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  4. Semasa menghidang, perahkan ikan dengan sedikit jus limau kasturi atau limau nipis. Sedaaaap!


Tuesday, August 23, 2011

Ayam Goreng Berempah Beriani

Minta maaf sekiranya gambar ni terlampau terang & menyakitkan mata. 
Memang x sempat nk edit langsung gara2 nak cepat....huhu.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuanya...

Waduhh2...terlambat lagi nak update blogku ini. Nampak sgt bersawang. Spider sana spider sini...bilalah nk mencuci balik ni eh...raya dah nk dekat dah nih...huhu. Apa2pun utk tdk menghampakan para pembaca setiaku di sini...jomlah kita mencuci mata dengan menu yg dimasak semalam. Ni lah antara yg sempat dirakam. Ayam goreng berempah beriani. Sebelum ni DJ ada letak resepinya DI SINI. Tapi DJ kopipes semula resepinya di sini supaya senang nk baca kan. Kang tak letak resepi, ada plak yg merungut kang...spt yg terjadi bbrp hari lepas. Nak buat macam mana kan. DJ tak mampu nk memuaskan semua pihak. Kalau ada ruang dan masa, DJ bolehlah melepak lama sket kat sini dan update mana2 resepi yg belum ditulis. Tetapi tuntutan kerja2 lain telah mengatasi segala2nya. Apalah dayaku. Sekiranya ada terdapat kekurangan dlm blog ini, DJ memohon maaf la yer. Terima kasih juga kpd yg memberi komen. Ada yg sempat dibalas dan ada yg belum sempat dibalas lg. Nanti DJ akan cuba membalasnya satu persatu...InsyaAllah.

Ok...jom kita layan resepi sedap ni. Ada yg dah mencuba resepi ni. tqvm. Memang tak menghampakan. Alhamdulillah...seronok dpt feedback yg baik dp rakan2 blogger. Kalau tak jumpa rempah beriani, boleh juga digantikan dgn rempah kurma. Pun sedap jugak. 

Ayam Goreng Berempah Beriani
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6-7 batang serai 
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Sedaaaaaappp!

Tuesday, August 16, 2011

Umai Udang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya.....

Wah...agak lama gak berhibernasi ni. Terasa rindu plak nk menulis entri. Yalah kan...sejak dua menjak nih DJ tak berapa sihat sgt. Skjp ok skjp tak...ditambah lagi dgn line internet yg agak slow..mulalah mood merudum. Tapi Alhamdulillah hari ni rasa gembira sgt2 sb dpt menggunakan modem yg lain tetapi msh menggunakan line Celcom. Memang laju jer...tak ada masalah tersekat2 atau page error. Bolehlah berkampung di sini lepas ni....InsyaAllah. 

Oklah... utk iftar semalam DJ buat umai udang. Mcm mana boleh x ingat menu yg simple lg sedap nih. Hari tu nampak menu ni kat dapur CMG. Mmg kecur liur abih dibuatnya...x senang duduk DJ..hehe. hmm...apalagi...DJ pun buat gaklah keesokannya. 

Umai ni bg sesiapa yg tak pernah try lagi, sila2lah cuba dulu resepinya. Memang sedap tau. Guna ikan pun boleh. Tapi kenalah dihiris nipis2 isinya yer. 

Ok jom kita semak resepinya. 

Umai Udang
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 5 ekor udang sederhana (dibuang kulit, dicuci dan dipotong kecil2)
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci belacan*
  • 1 biji cili merah*
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 3 biji cili api (dihiris) - optional
  • 1 sudu mkn kacang tanah (yg tlh digoreng dan dikisar) - optional
  • 1 sudu makan cuka
  • 5 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • sedikit garam dan gula
  • utk hiasan(jika suka) : daun kunyit, daun sup, daun ketumbar, hirisan serai.

Cara-cara
  1. Perapkan udang bersama perahan limau dan garam di dlm satu bekas/mangkuk dan biarkan seketika. Kalau nak hiris memanjang pun ok.
  2. Tumbuk bahan yg bertanda * hingga lumat. (cili merah boleh ditumbuk atau dihiris shj)
  3.  Masukkan bahan * dan kesemua bahan yg selebihnya ke dlm bekas/mangkuk perapan udang td.
  4. Perapkan di dlm peti sejuk sekurang2nya 1 jam ( udang tersebut akan masak sendiri setelah dicampurkan dgn bahan2 td) 
  5. Hidangkan dgn nasi panas. Memang sedap.

**ikan segar yg sgt sedap dibuat umai ialah ikan empirang, terubuk, bawal dan ikan merah. Cara penyediaannya sama seperti di atas. Cume dayang ade tmbh2 sket.

Sunday, August 14, 2011

Kek Lapis Bumi (Kukus) - Updated


Nilah antara projek mengukus minggu ni. Antara kek fav DJ nih. Dulu2 ada simpan resepi ni tp hilang entah ke mana...mmg x dpt dikesan. Masa tu sgt tak peka dan cuai bab2 penyimpanan koleksi resepi kek2 lapis ni. Nasib baik jiran senegeriku telah bermurah hati menyumbangkan resepi sedap ni di dapur MYR. TQ HaSue. Nak tengok resepi asalnya boleh KLIK DI SINI. Cuma DJ tlh olah sedikit mengikut citarasa DJ sekeluarga. Jamu mata jelah dulu yer...nanti update lagi. Sebelum tu nak ucap terima kasih byk2 kpd kak Watie kerana telah sudi mencuba resepi Kek Lapis Alwani versi II baru2 ni. Sangat cantik hasilnya. Nak tengok, sila klik di SINI


UPDATE :
note : resepi di bawah adalah mengikut versi dan citarasa DJ.

Kek Lapis Bumi (Kukus)
rujukan sumber asal : HaSue@Myr
resepi olahan : DayangJack@DapurKu Sayang

bahan-bahan : loyang 6" x 6"
menggunakan cawan metrik = 250 ml air

  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1/4 cawan serbuk holicks
  • 5 biji telur gred A 
  • 225 g mentega (DJ menggunakan butter SCS)
  • 4 sudu besar serikaya
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2  sudu besar serbuk nescafe + 1 sudu kecil serbuk koko (bancuhkan dengan 1 sudu besar air panas)
  • Pewarna hijau dan kuning
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
  2. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
  4. Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  6. Masukkan serikaya dan putar sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar lagi.
  7. Masukkan tepung dan diadun sekata. 
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Campurkan satu bahagian dengan bancuhan nescafe tadi dan kacau sebati. Adunan kedua dan ketiga diwarnakan hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua dengan menggunakan bekas-bekas atau cawan-cawan kecil.
  9. Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
  10. Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair. 
  11. Akhir sekali ialah adunan nescafe. Ulangi proses hingga habis.
  12. Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  13. Sejukkan kek sebelum dipotong.
***Sila KLIK DI SINI utk tip2 mengukus kek


Wednesday, August 10, 2011

Kek Lapis Alwani Kukus (Versi II)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

hmmm...entri ni sepatutnya dah publish smlm lagi tp atas sebab2 tertentu termasuklah line internet yg skjp ok skjp tak, maka terpaksalah ditangguhkan dulu tayangannya. Pastinya ada yg x sabar menanti tuu...hehe. Sebenarnya lps kejadian smlm tu, DJ terus hilang idea nk present entri ni. Mood jd x stabil plak...geram pun ada....nasib baik x meroyan...hihik. .tp skrg dah ok dah...

Kpd pengikut2 yg sentiasa setia bersama DJ sjk dari tahun 2009 lg pastinya msh ingat lagi ttg kewujudan kek Lapis Alwani ni kan. Ramai juga yg telah mencuba resepi kek yg mudah ni. Terima kasih semuanya.
Version lama ada di SINI. Atau nk singgah ke MYR pun boleh. KLIK DI SINI.

Kali ni DJ buat versi barunya plak. Namun tetap sesedap versi lamanya. Cuma tak letak kismis jelah. Bahan-bahannya ringkas dan senang je nk buat. Kiranya kek lapis kukus yg asas la kan. Yg baru nk belajar buat kek kukus tu sila2lah cuba resepi ni yer. Ringkas, mudah dan sgt sedap.  Rasanya ala2 kek kukus keju pun ada. Bolehlah buat utk raya...hehe. 

Dari segi penggunaan butter plak, gunakanlah butter yg berkualiti tinggi spt SCS utk mendapatkan tekstur kek yg lbh sedap dan lembut.

Jom semak resepinya. Kek ni bersaiz kecil yer. Tak perlu dibuat 1/2 adunan dah. Kalau nk buat yg bersaiz besar, gandakan bahan-bahannya.

Kek Lapis Alwani Kukus (Versi II)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : loyang 6 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk horlicks
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 220 g mentega berkualiti (DJ guna SCS)
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna kuning, merah jambu dan hijau (DJ guna pes pandan + pewarna hijau)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
  2. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
  4. Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  7. Masukkan tepung dan diadun sekata. 
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah jambu, hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua. (Kalau nak buat 3 lapis jer pun ok)
  9. Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
  10. Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair. 
  11. Akhir sekali tuangkan lapisan merah jambu. Ulangi proses hingga habis.
  12. Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  13. Sejukkan kek sebelum dipotong.
***Sukatan menggunakan cawan metrik. Boleh juga menggunakan cawan yg boleh muat 250 ml air. 

Kebanyakan kek lapis versi Srwk ni tak memerlukan bahan penaik/baking powder. Itulah keunikannya. Kalau nk letak gak, hasilnya tak samalah spt dlm gambar ni....hehe. 

Tuesday, August 09, 2011

menu iftar 8 : Resepi Kerisi Masak Lemak Merah Berlengkuas

Assalamualaikum......

Hari ni InsyaAllah DJ akan update dua resepi untuk dikongsikan bersama. Tu pun tengoklah kalau line ok kan...hehe. Tapi dh diwar2kan kat FB yg DJ akan share satu resepi kek kukus. Nak bg laluan dulu kat resepi satu ni iaitu menu iftar smlm. Cam biasa, DJ kalau masak, kebanyakannya main campak2 jer. Janji sedap kat tekak. Ni ha, ikan kerisi ni. Oleh kerana hati berbelah bahgi nk masak antara masakan padang dan masak lemak kuning...last2 jd masak lemak merah. Boleh gitu kan...hehe. mmg boleh pun...sendiri punya resepi dan ciatarasa, lantaklah kan...Alhamdulillah cukup kena dgn selera tekak...syukur dpt tekak yg x cerewet...haha

haishh...meleret2 lak citer. Mood ni kdg2 ok, kdg2 tak. Hari ni pun tak brp ok. Tapi oklah gak....mungkin ada certain perkara buat DJ happy, ada sesetengah perkara tu plak buat sakit hati. Biasalah kan, manusia mana tak ada perasaan. Cuma apa yg perlu kita lakukan ialah bersabar dan terus bersabar. Banyak pahalanya org yg bersabar nih. Inilah ujian Allah utk menaikkan darjat dan menguatkan seorang hamba.

Ok, jomlah kita semak resepi mudah dan sedap ni. Selain menu ni, DJ ada buatkan sambal tempe sekali. Memang sedap sgt. Kalau rasa berminat, boleh lah cuba resepi ni yer. Kejap2 lagi entri kek akan menyusul.

Kerisi Masak Lemak Merah Berlengkuas
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 4 ekor ikan kerisi (dibersihkan)
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam gelugur
  • santan secukupnya
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • garam dan gula secukup rasa
  • hirisan daun kunyit - optional
bahan-bahan kisar :
  • 3 biji cili merah (dibuang biji)
  • 4 biji cili padi
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi. 
  2. Masukkan sedikit air, ikan, kiub ikan bilis dan dikuti santan. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih.
  3. Masukkan garam, gula, asam gelugur dan daun kunyit (jika suka). Kacau lagi hingga mesra.
  4. Hidangkan panas-panas sesudah masak.

Monday, August 08, 2011

Menu Iftar 7 : Resepi Ayam Goreng Berempah Cajun

Assalamualaikum.....

Bersiaran kembali setelah sehari tak dpt on9 gara-gara broadband tgh berpuasa...huhu. Malas nk citer lebih2 psl broadband no 1 nih...hanya mampuku lakukan ialah bersabar jelah dgn dugaan yg dihadapi....

Kpd pengunjung2 setiaku sekalian, terima kasih byk2 krn sudi singgah dan meninggalkan komen. Sekiranya ada kesempatan dan line ok, DJ akan reply komen anda k. TQ

Oklah...meh layan resepi yg dh lama masuk list nih. Baru semalam DJ buat. Terima kasih tak terhingga buat Kak Nor Ganu yg sudi mengirimkan resepi ni ke FB. Kak Nor dah tau kesusahan DJ takleh nk bukak blog smlm tu...thanks so much, kak. Sedaplah ayam ni kak. I likeeee!....cuma DJ ada tertambah sket jer bahan dlm resepi ni mengikut citarasa. Jangan marah yer kak. Thanks again....lebiuuu!




AYAM GORENG BEREMPAH CAJUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram
sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan:
  • 1/2 ekor ayam ~ potong kecil dan toskan
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 1 sudu besar cajun
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu teh madu (DJ letak 1 sudu besar)
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sudu besar air
  • garam
  • minyak
  • 1 inci halia - ditumbuk (DJ tambah)
Cara:
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan minyak hdan gaul hingga sebati.
  2. Lumurkan pada ayam dan perap sekurangnya 1/2 jam
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
  4. Hidangkan panas2.



Saturday, August 06, 2011

Menu Iftar 5 : Resepi Golden Chicken Puff


Assalamualaikum.....

Bosan dan tak tau nak buat apa dah dgn roti sandwich yg berbaki dan hampir expired?? Jom kita buat puff ayam guna roti jer, nak? Penyediaannya amatlah mudah sekali. Semudah ABC. DJ dpt ilham setelah terkontang kanting mencari idea mcm mana nk perhabiskan stok roti Gardenia semalam. Biasalah time berpuasa ni roti jadi tak luak plak. Ari tu dah buatkan puding roti. Smlm, Alhamdulillah...menjadi gak puff ni...sgt mudah, rangup dan sedap! Yang bestnya tak perlu buat pastry atau guna kulit pastri yg instant tu. Guna roti pun sedap gak tau. Makan time panas-panas lagi tu...adehh...mmg rangup dan menyelerakan. Boleh jer dihidangkan bila-bila masa jer.

Amacam?? ada teringin??...jom kita layan resepinya yer. Hari ni DJ tak pasti lg nk masak apa utk berbuka...mulalah gelisah...mungkin nk buat rendang padang kot...Arggghhh!...tak pasti!

Golden Chicken Puff
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 6-8 keping roti sandwich
  • 100 g daging ayam cincang
  • 1 keping cheesedale (disiat-siat kecil)
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit sayur campur
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu besar mayonis
  • sedikit garam jika perlu
Cara-cara :
  1. Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga keperangan. Kemudian masukkan isi ayam cincang tadi dan kacau hingga sedikit kering. 
  2. Masukkan cheesedale, susu, sayur campur dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
  3. Masukkan pula garam dan mayonis. Kacau lagi hingga kering. Angkat dan ketepikan.
  4. Sediakan roti. Potong semua bahagian tepinya(kerak) jika suka. Kemudian leperkan dengan rolling pin.
  5. Sapukan semua bahagian tepinya dengan telur. Kemudian letakkan inti ayam tadi di tengah-tengahnya. Lipat seperti bentuk triangle dan tekan kemas bahagian tepinya dengan garpu.
  6. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Gunakan api sederhana. Apabila sudah cukup panas, gorenglah roti tadi hingga keemasan. (MINYAK JANGAN TERLALU PANAS, nanti roti jadi hangus). Setelah masak dan garing, angkat dan toskan.
  7. Hidangkan panas-panas. 
***puff ni kalau dibiarkan sejuk lama2, ia akan lembik tapi x liat. Still ok 4 me.


Antara yg sempat ditembak...hehe. 


Friday, August 05, 2011

Iftar 4 : Resepi Puding Roti Chocolate Chips...yang sgt mudah dan sedaaap!

Assalamualaikum dan salam Jumaat....

Kali ni DJ nk share satu resepi puding yg tak memerlukan penggunaan serbuk agar-agar. Penyediaan yg amat ringkas dan hanya mengambil masa lbh krg 20-30 minit jer. Alhamdulillah...hasilnya memang best. Rasa puding ni ada keunikannya yg tersendiri tetapi sgt kena dengan selera DJ sekeluarga. Nak tau rasa mcm mana, kenalah try resepinya yer. Resepinya diambil dari Majalah Sedap tetapi telah diedit sket bahan-bahannya mengikut citarasa.

Puding Roti Chocolate Chips
Sumber : Majalah Sedap, 2011
Olahan : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 4-5 orang makan

  • 4 keping roti sandwich (disiat-siat kasar)
  • 300 ml susu cair
  • 25 g serbuk koko
  • 50 g gula pasir
  • 25 g tepung jagung
  • 2 biji kuning telur (dipukul ringan)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar mentega
  • chocolate chip secukupnya
Cara-cara :
  1. Satukan susu cair, serbuk koko, gula pasir, esen vanilla dan tepung jagung di dalam periuk. Didihkan dengan api perlahan dan kacau hingga meletup-letup. Matikan api.
  2. Ambil sedikit rebusan susu tadi untuk dicampurkan dengan kuning telur. Kacau sebati.
  3. Nyalakan api langkah 1 tadi. Masukkan kuning telur tadi ke dalamnya dan kacau semula hingga pekat dan meletup-letup. Angkat.
  4. Masukkan mentega dan kacau rata. Masukkan pula roti dan kacau lagi hingga bersalut (kacau cepat-cepat). Akhir sekali masukkan chocolate chips. Ratakan.
  5. Tuangkan ke dalam mangkuk tahan panas kecil. Taburkan baki chocolate chips. 
  6. Sejukkan ke dalam peti sejuk sebelum hidang.
  7. Jika suka, boleh juga hiaskan dengan sirap coklat atau sos karamel.



Thursday, August 04, 2011

Menu Iftar 3 : Resepi Tenggiri Masak Garo Rica

Assalamualaikum....

Dah agak lm gak x masak ikan tenggiri ni. Bukan main sedap lg dimasak stail gini. Mula2 takut gak kan kalau2 tak menepati selera. Tp Alhamdulillah....licin habiss! Si anak2 pun asyik dok meratah jer ikan ni. Memang best sgt. Tp DJ mkn sket jer sb ehem2...nak diet la konon2nya...hehe.

Jom kita semak resepinya yer. DJ ambik dari Majalah Sedap tahun lps tp diolah mengikut citarasa. Next time kena kisar bawang merah tu barulah nampak cantik sket kuahnya. Apa-apapun masakan stail gini mmg x mengecewakan. 

Tenggiri Garo Rica...unik kan namanya...DJ pun tak tau kenapa dipanggil Garo Rica. Tapi yg pasti rasa masakan ikan ni sesedap namanya. 

Jom layan!

Tenggiri Masak Garo Rica
sumber : Majalah Sedap, Mac 2010
adaptasi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 500 g kepingan ikan tenggiri
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • sedikit garam
  • 8 biji bawang merah (dihiris nipis) - boleh juga dikisar jika suka
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 sudu besar cili giling/cili kisar
  • 3 helai daun bay (optional)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • air secukupnya
  • 2 sudu besar kicap manis
  • sedikit serbuk lada sulah
bahan-bahan kisar :
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji cili merah (dibuang biji)
  • 6 biji buah keras (disangai)
  • 1 inci halia
Cara-cara:
  1. Perapkan ikan bersama air asam jawa dan garam selama 30 minit. Kemudian, gorenglah dengan api sederhana sehingga berkulit. Jangan goreng terlalu lama supaya tidak keras. Ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, serai, daun bay, bahan kisar dan cili giling/kisar hingga terbit aroma dan pecah minyak.
  3. Masukkan ikan tenggiri dan kacau hingga tersalut rempah.
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit, kicap manis, garam dan serbuk lada sulah. Masak hingga pekat dan rempah menyerap. 
  5. Hidangkan setelah masak.


Wednesday, August 03, 2011

Iftar 2 : Resepi Cendawan Goreng Crispy

Assalamualaikum...

Untuk iftar semalam, DJ hanya masak yg ringkas2 jer. Belum ada mood lg nk masak yg special...hehe. Tapi yg ringkas2 pun tetap menyelerakan. DJ sempatlah buat cendawan krispi, ayam masak merah berlengkuas dan tauhu sumbat. Memang best sgt esp cendawan krispi tu...dah sejuk pun tetap rangup. 

Jom layan resepi mudahnya yer. Senang jer nk buat. Untuk sosnya, DJ guna sos cili tauhu sumbat. Sedaaaapp!


Cendawan Goreng Crispy
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 250 g cendawan (dicuci bersih dan dikeringkan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 sudu besar mentega
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • sedikit lada sulah
Cara-cara :
  1. Kisar/blend semua bahan kecuali cendawan hingga sebati. 
  2. Siat-siatkan cendawan jika perlu. 
  3. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Pastikan minyak betul-betul panas.
  4. Celupkan cendawan ke dalam adunan tadi dan gorenglah hingga garing keemasan. Kemudian toskan.
  5. Hidangkan panas-panas bersama sos cili atau sos bermayonis.



Ini plak lauk ayam masak merah berlengkuas(menu permintaan si princess). Resepi lbh kurang sama dengan Ketam Masak Merah. Cuma ayamnya kena goreng dulu dan bahan-bahan tumis DJ tambahkan rempah 4 sekawan. 

Tuesday, August 02, 2011

Iftar 1 : Resepi Ketam Masak Merah Berkicap

Assalamualaikum....

Untuk menu berbuka puasa smlm, DJ masak ala2 kadar jer. Selain ketam masak merah b'kicap, DJ buatkan sup ayam utk anak2. Lagipun hubby ada belikan martabak. Mmg lebih dp mencukupi bg kami sekeluarga. Hmmm...hari ni plak tak pasti lagi nk masak apa. Msh blurrr....

Ok jom layan resepi ketam masak merah berkicap yg sungguh sedap ni! Sorry, gambar tak brp menarik sb nk cepat kan...hehe.

Ketam Masak Merah Berkicap
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 5 ekor ketam (dibersihkan dan direbus sedikit bersama garam dan asam gelugur. Kemudian ditoskan)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, kicap pekat, sos cili dan sedikit air. Masak hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan ketam, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. Gaul-gaulkan hingga sebati
  4. Setelah masak, hidangkan.



Sedaaappppp!

Monday, August 01, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua pembaca yg beragama Islam.....

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata, dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa. Mohon ampun dan maaf atas segalanya. Selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan yg mulia. Semoga dpt menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan semoga mendapat keberkatan dariNya. Ya Allah, ampunilah segala dosa kami dan rapatkanlah tali persaudaraan kami. Limpahkanlah rahmat yg terbaik buat kami semua....amin.

SUDI2KANLAH AMBIL KAD YG TAK SEBERAPA INI UTK DIGANTUNGKAN DI RUMAH MASING2 YER. TQVM.

Terima kasih buat semua teman blogger yg sudi menghadiahkan kad ucapan Ramadhan yg penuh bermakna ini. 



daripada : AlongRoz

daripada Kak Ummi Kuantan

daripada Noorsha

daripada Kak Nor Ganu

daripada Mas

daripada Ita