Alhamdulillah...akhirnya tercapai juga niat nk buat tat nenas utk raya ni. Bukan senang nk carik mood buat tat sebegini tau. Kena ada give n take. DJ terpaksa berperanglah dgn perasaan malas ni. Yalah, nk menghasilkan sesuatu kenalah byk bersabar dan tak patah semangat. Inilah hasilnya...berbaloi2.
Tat nenas ni kalau tak silap ada org memanggilnya 'tat nona'. Tapi apa2pun, intinya tetap inti nenas kan. Rasa dan teksturnya mmg best! Resepi asal ada di SINI ye. Kalau nak guna buter dan marjerin separuh2 pun boleh atau kalau nak campurkan sedikit ghee atau minyak sapi pun juga boleh. Yang penting, sedap, gebu, wangi dan menepati citarasa.
Dah ramai yg bertanya, macam mana buat tat ni terutama part yg ada berduri tu. Harap step kat bawah ni dpt membantu yer. DJ menggunakan gunting kecik yg runcing ke atas tu. Senang sket nk mengguntingnya. Mula2 mungkin rasa kekoklah kan, tapi lama2 bila dah terbiasa, jadi expert ler. DJ bukannya pandai sgt pun, tp Alhamdulillah...stkt ni mmg berpuas hatilah dgn hasilnya. So, beginilah cara DJ buat. Just nk share kpd pembaca di luar sana. Lepas ni bolehlah mencuba ye. Resepi boleh ikut mana2 resepi pun, cuma resepi yg ada ni mmg sesuailah utk buat stail gini. Kalau resepi utk tat gulung tu, kena pandai adjust sket la kan. Takut terlampau lembik atau gebu sehingga payah nk membentuknya.
Ok, pada kesempatan ini DJ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kpd semua pembaca yg beragama Islam. Jika kesilapan semalam belum terampun, maafkanlah. Jika kesilapan hari ni menyakitkan hati, lupakanlah. Jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke akhirat...Mohon ampun dan maaf semuanya....
Dayang,
ReplyDeleteCantiknya...terpesona akak. Lama tak komen, just dropped by, jeling2 resipi.
SALAM AIDILFITRI UTK DJ SEKUARGA TERCINTA. Maaf Zahir Batin sekiranya sepanjang perkenalan di alam siber nih akak ada menyinggung atau menyakiti awak tanpa disedari...
Take care dearie..
look very nice....
ReplyDeletecanteknyer...
ReplyDeletesayang nak makan
berseni betul tangan DJ
wah..cantiknya...kreatif btol kak DJ nih...untung
ReplyDeleteaslmkum DJ.. suka tgok tart ni.. kemas n cantik.. selamat hr raya maaf zahir n batin dr akk..
ReplyDeleteBerseninya nak buat tart nih! cantik sangat! rasa pun mesti sedap. Like byk kali nih! ;D
ReplyDeleteSalam Kak D,cantik dan nampak geeebu sangat...nyum..nyum
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir dan batin. menariknya nampak tart tu
ReplyDeleteSelamat hari raya Dayang DJ,
ReplyDeleteCantiknya tart tu..menarik, mesti sedap sebab dibuat dengan penuh kasih sayang..
Jalan2, jumpa tat menawan kat sini.. walaupun dah raya, tapi masih ok kan.
ReplyDeleteCantiknya tart dia... nmpak gebu jer... Selamat hari raya Dayang
ReplyDeletesalam DJ, cantikknya tart dia, tak jual ke?
ReplyDeleteassalam dj. tahun ni akk tak sempat nak buat tart nona ni...sedapnya DJ
ReplyDelete